Anda di halaman 1dari 33

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN

Bil.

Perkara

Muka Surat

1.

Isi Kandungan

2.

Kata Pengantar

3.

Pendahuluan

4.

Definisi

4-6

5.

Sejarah Kurikulum Pendidikan Islam di


Malaysia

7-9

6.

KLSR (KURIKULUM LAMA SEKOLAH


RENDAH) 1962

10-12

7.

KBSR (KURIKULUM BARU SEKOLAH


RENDAH) 1982

13-19

8.

KBSM (KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH


MENENGAH) 1989

20-23

9.

KSSR (KURIKULUM STANDARD SEKOLAH


RENDAH) 2011

24-28

10.

PERBANDINGAN DAN PERBEZAAN


KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM DALAM
KLSR, KBSR, KBSM DAN KSSR.

29

11.

Kesimpulan

30

12.

Rujukan

31

KATA PENGANTAR
Dengan nama Allah , Yang Maha Pengasih dan Penyayang
Segala puji pujian dipersembah ke hadrat Allah SWT . Dari-Nya kita
memohon pertolongan dan keampunan , seta perlindungan-Nya dari gangguan
syaitan . Sesiapa yang dikurniakan hidayah oleh Allah SWT , maka mereka tidak
sesat selamanya . Sesungguhnya Allah sahajalah yang selayaknya disembah dan
Nabi Muhammad SAW itu adalah pesuruh-Nya .
Setinggi tinggi kesyukuran ke hadrat Allah swt . Ucapan selawat dan
salam untuk junjungan kita Nabi Muhammad, segenap keluarga dan sahabatnya,
serta siapa saja yang menyerukan dakwahnya hingga hari kiamat.
Alhamdulillah , bersyukur ke hadrat Ilahi kerana atas limpah kurnia dari
Nya , saya MUHAMMAD HUSIN BIN PARWAZALAM, IEB130010 telah dapat
menyelesaikan tugasan yang diberi dengan jayanya . Sekalung ucapan terima
kasih kepada semua yang banyak membantu saya dalam mengumpul bahanbahan dan maklumat untuk di jadikan teras penulisan saya. Seterusnya , tak
lupa juga kepada pensyarah saya , Dr Mohd Anuar Bin Mamat yang banyak
memberi dorongan dan tunjuk ajar agar tugasan ini dapat di jalankan dengan
sempurna.
Seperti tajuk tugasan yang telah diberikan ialah mengenai
Perkembangan Pendidikan Islam Di Malaysia (IXEB2121) iaitu Pembinaan
Kurikulum Pendidikan Islam di Malaysia , skop penulisan saya adalah mengenai
sejarah, kandungan dan sistem Pendidikan Islam dalam kurikulum pendidikan
Malaysia dari KLSR, KBSR, KBSM, dan KSSR.
Semoga ilmu dan pengetahuan yang telah di kongsikan bersama ini ,
dapat memberi manfaat dan di jadikan contoh teladan kepada sekalian pembaca
. Sekian.

PENDAHULUAN
Pendidikan Islam merupakan salah satu daripada usaha berterusan untuk
menerapkan ilmu pengetahuan agama Islam kepada para pelajar dan
masyarakat awam. Ia merangkumi usaha memberi pengetahuan tentang agama
Islam yang meliputi akidah, syariah dan akhlak. Ia menekankan kepada
penghayatan terhadap akidah dan kepercayaan dalam Islam, perlaksanaan
ibadat- ibadat khusus dan umum serta memberikan panduan dalam membentuk
sikap bertanggungjawab dalam diri terhadap pencipta, manusia dan alam. Dalam
usaha menjadikan kehidupan seorang insan itu memiliki cara hidup yang
berlandaskan ajaran Islam yang sebenar, maka ilmu yang disampaikan mestilah
mengikut kaedah yang betul dan memudahkan masyarakat terutama para
pelajar memahami isi kandungan agama Islam.
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran juga perlu sentiasa dinilai agar
segala kelemahan dapat diperbaiki dan ditambah baik. Harapannya supaya hasil
pembelajaran yang disampaikan oleh para pendidik dapat melahirkan pelajar
yang berilmu pengetahuan serta dapat menjadikannya sebagai amalan harian
dalam setiap aspek cara hidup mereka. Sehubungan itu, artikel ini cuba melihat
sejauh mana Pendidikan Islam dilaksanakan dalam Pendidikan di Malaysia serta
mengkaji kandungan-kandungan Kurikulum Pendidikan Islam yang terdapat di
dalam Kurikulum Pendidikan Malaysia dari sebelum merdeka, KLSR sehingga
KSSR.

DEFINISI
DEFINISI KURIKULUM
Pengetahuan terus berkembang dan pendidikan semakin kompleks untuk
memenuhi keperluan masyarakat dan negara. Kemajuan yang sentiasa dicapai
dalam bidang pendidikan telah menyebabkan berubahnya konsep pendidikan
dalam sebuah negara dari semasa ke semasa. Bagi mengimbangi perubahan
konsep pendidikan, maka apa yang berlaku di dalam proses pendidikan juga
perlu diubah agar pelajar dapat mengikuti perkembangan ilmu pengetahuan.
Dalam erti kata lain berubahlah kurikulum bagi setiap sekolah, maktab, universiti
dan pusat pengajian tinggi lainnya. Selaras dengan perkembangan ini, maka
definisi kurikulum juga turut berubah. Berbagai-bagai definisi kurikulum telah
dikemukakan oleh para pendidik, tokoh-tokoh ilmuwan dan para sarjana dari
berbagai bangsa. Ada pengertian yang sangat luas dan sebaliknya terdapat
pengertian yang sempit. Perkataan kurikulum berasal dari bahasa Latin yang
luas digunakan oleh bangsa Yunani. Curriculum dalam bahasa Latin bermaksud
Luang tempat pembelajaran berlaku (Sharifah Alwiah Alsagoff,1986).
Walaupun terdapat berbagai-bagai definisi untuk kurikulum, namun hampir
semua makna, atau pengertian kurikulum dari definisi-definisi itu akan kembali
ke pengertian asal, iaitu satu rancangan pengajian (Sharifah Alwiah
Alsagoff,1986).
Di dalam kamus bahasa Arab kurikulum (Manhaj) sering didefinisikan sebagai
jalan yang terang, atau jalan terang yang dilalui oleh manusia pada berbagai
bidang kehidupannya. Seterusnya,Prof. Dr. Omar Al-Syaibani (1991) menjelaskan
kurikulum (manhaj) dimaksudkan sebagai jalan terang yang dilalui oleh pendidik
atau guru dengan orang-orang yang dididik atau dilatihnya untuk
mengembangkan pengetahuan, keterampilan, dan sikap mereka.
Sementara itu Wiles dan Bondi (1993) memberikan definisi kurikulum sebagai:
It is the range of experiences,both indirect and directed,concerned in unfolding
the abilities of the individual,or it is a series of consciously directed training
experiences that the school use for completing and perfecting the individual
Menurut Zuharani (1983), Kurikulum adalah semua pengetahuan, kegiatankegiatan atau pengalaman belajar yang diatur dengan kaedah yang sistematik,
yang diterima anak untuk mencapai suatu tujuan.
Sementara itu Kementerian Pelajaran Malaysia (1984) menjelaskan Kurikulum
bermaksud segala rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah
sekolah ataupun institusi pelajaran untuk mencapai matlamat pendidikan.
Seterusnya, Pg. Dr. Hj. Abu Bakar(2008) menjelaskan:
Kurikulum adalah maklumat dan ilmu pengetahuan yang diajar oleh guru atau
yang dipelajari oleh pelajar di sekolah atau lain-lain institusi pendidikan, dalam
bentuk mata pelajaran yang terdapat dalam buku teks dalam setiap tahap
pendidikannya.
5

Ini bermakna kurikulum itu ialah segala pengalaman yang diperolehi oleh pelajar
di sekolah yang mempunyai pengaruh yang baik terhadap kelakuan anak di
bawah bimbingan guru bagi mencapai tujuan dan matlamat pendidikan.
Akhirnya dapatlah diambil kesimpulan bahawa kurikulum bukan hanya meliputi
mata pelajaran dan pengalaman yang berlaku dalam kelas, malah ia meliputi
semua pengalaman, aktiviti, suasana dan pengaruh yang diberikan kepada
pelajar atau yang mereka kerjakan atau yang mereka jumpai di sekolah atau
yang dikelolakan oleh sekolah. Ini termasuklah , semua kegiatan, pengalaman
budaya, seni, sukan dan sosial yang dikerjakan oleh pelajar di luar jadual waktu
dan di luar bilik darjah yang dikelolakan oleh pihak sekolah.

DEFINISI PENDIDIKAN ISLAM

Istilah Pendidikan Islam merupakan rangkai kata yang membawa makna yang
sangat luas. Dalam ungkapan ini sendiri telah tersirat konsep, falsafah dan
matlamatnya. Ini agak berbeza dengan kefahaman umum masyarakat hari ini
yang menganggap pendidikan Islam itu ialah Mata Pelajaran Agama Islam atau
Pengetahuan Agama Islam di sekolah(Mohd Yusuf Ahmad, 2004).
Untuk memberikan pengertian pendidikan Islam yang sempurna, terlebih dahulu
kita menjelaskan makna kata pendidikan dan Islam. Menurut Al-Attas,Hassan
Langgulung dan Burlian Somad maksud pendidikan itu ialah perubahan dalaman
dan perubahan tingkah laku (Mohd Yusuf Ahmad, 2004). Apabila disebut
pendidikan Islam ia menjadi lebih khusus dan bermaksud pendidikan yang
berteraskan syariat Islam yang berpandukan Al-Quran dan Al-Hadis, dan
perubahan yang dikehendaki pula ialah perubahan rohani, akhlak dan tingkah
laku menurut Islam.
Dalam bahasa Inggeris istilah pendidikan disebut education. Manakala dalam
bahasa Arab pengertian kata pendidikan, sering digunakan pada beberapa
istilah, antaranya talim ( ) , tarbiyah ( ( dan tadib ) ( . Namun
demikian, ketiga kata tersebut memiliki makna tersendiri dalam menunjuk atau
menerangkan pengertian pendidikan (Dr. Samsul Nizar,M.A: 2001).
Kata at-talim merujuk kepada pengajaran yang bersifat pemberian atau
penyampaian pengertian, pengetahuan, dan keterampilan. Kata at-tarbiyah
membawa erti mengasuh, mendidik, dan memelihara. Sementara Kata at-tadib
dapat diertikan sebagai proses mendidik yang memfokuskan kepada pembinaan
dan penyempurnaan akhlak atau budi pekerti pelajar. Pendidikan adalah latihan
atau ajaran (Dr.Teuku Iskandar,1986). Sementara itu menurut al-Quran, Islam
ialah penyerahan diri dan kepatuhan sesuai dengan firman Allah swt dalam
Surah Ali Imran ayat 83:

Maka apakah mereka mencari agama yang lain dari agama Allah, padahal
kepada-Nyalah berserah diri segala apa yang di langit dan di bumi,baik dengan
suka maupun terpaksa dan hanya kepada Allahlah mereka dikembalikan

Ini menunjukkan kepada kita bahawa, pendidikan Islam merupakan usaha-usaha


pembentukan anak-anak sesuai dengan ajaran Islam, maka dengan itu melalui
pendidikan Islam akan dapat menyerapi dan menyedari hal-hal yang sebenar
atau hakikat-hakikat baik dalam ajaran dan amalan Islam, atau apa yang
terkandung dalam akidahnya, ibadatnya, sistem akhlaknya dan juga ajaran
syariatnya yang dilihat dari segi hukum-hukumnya yang zahir. Ahli-ahli fikir Islam
berpendapat bahawa dengan menyedari hal-hal ini semua manusia akan
mencapai kebahagiaan dalam dunia dan akhirat (Dr. Haron Din & Dr. Sobri
Salamon, 1988)
Lebih jauh lagi, pendidikan Islam ialah satu kesatuan yang terdiri daripada dua
aspek yang bersepadu. Yang pertama ialah bahawa sebahagian daripada ajaran
Islam dan undang-undang serta moral hendaklah diajar dengan begitu rupa
untuk membolehkan pelajar memahami, setakat yang memadai, asas-asas
Islam. Aspek yang kedua ialah untuk melatih pemikiran pelajar dengan cara yang
saintifik dan rasional supaya dia dapat menyelaraskan perilakunya dengan
moral, undang-undang dan keimanannya terhadap Islam (Muhammad Hamid AlAfendi & Nabi Ahmed Baloch, 1992) .
Menurut Mohd Kamal Hasan, pendidikan Islam menyatukan semua ilmu
pengetahuan di bawah authority dan pengendalian Al-Quran dan Sunnah yang
merupakan teras dalam sistem pendidikan dan kebudayaan Islam seluruhnya.
Akidah Islam menjadi pusat bagi semua ilmu serta sifatnya integrated. Menurut
beliau pendidikan Islam itu bolah dibahagi dua, iaitu formal dan informal (Mohd
Yusuf Ahmad,2004).
Akhirnya, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa tiada makna yang tepat bagi
pendidikan Islam namun dapat difahami oleh semua orang bahawa pendidikan
Islam adalah satu usaha untuk mengembangkan fitrah manusia sesuai dengan
ajaran agama Islam berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah yang akhirnya akan
mewujudkan satu masyarakat yang bertamadun tinggi, penuh rahmat dan
kebahagiaan serta mendapat keredaan Allah.

SEJARAH KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM DI


MALAYSIA
SEBELUM MERDEKA
Sebelum merdeka, masih belum wujud satu Kurikulum yang khusus untuk
Pendidikan Islam. Pendidikan Islam banyak diajar di sekolah Pondok. Pada
peringkat awal iaitu peringkat yang masyhur dengan gelaran sekolah
pondok, sistem pengajiannya dipanggil UMUMI (Abdullah Ishak, 1994) di
mana pembelajaran secara halaqah di hadapan guru pada waktu-waktu
tertentu.
Institusi pengajian pondok asalnya dimulai oleh sistem pengajian di
rumah tok guru yang kebanyakannya tamat pengajian agama di Mekah.
Setelah terdapat banyak peningkatan pelajar maka tempat pengajiannya
dipindahkan ke masjid atau pun surau.
Sistem Pendidikan Islam dari Mesir, Madinah serta negara-negara Arab
lainnya dijadikan model dalam sistem Pendidikan Islam di Tanah Melayu.
Pelajar-pelajar yang tamat pengajiannya melalui sistem pondok telah
melanjutkan pelajarannya ke negara-negara Timur Tengah dan apabila
balik menubuhkan pondok-pondok dan kemudiannya menjadi sebagai
sekolah Agama Arab atau Madrasah. Terdapat juga yang masih
meneruskan sistem pondok dan enggan menukar namanya sebagai
Sekolah Agama Arab . Contohnya Pengajian Pondok di Masjid alMuhammadi, di Kota Baharu telah berkembang menjadi Maahad alMuhamadi (1915), Maahad Mahmud di Kedah asalnya Madrasah AlHamidiah (1936), Sekolah Menengah Agama Arab Sungai Bakap, yang
dahulunya Sekolah Pondok.
Para pelajar lepasan Sekolah Menengah Agama Arab, pondok dan
madrasah boleh menyambung pelajarannya ke peringkat yang lebih
tinggi dalam dan luar negeri.
Selain itu juga, Pendidikan Islam juga diajar di Sekolah Agama Rakyat(SAR)
dan Sekolah Agama Negeri(SAN). Sekolah-sekolah tersebut menggunakan
kurikulum sendiri dalam pembelajaran Pendidikan Islam kerana ia tidak
terikat dengan dasar kerajaan dan diuruskan persendirian.
Sebelum merdeka juga, Pendidikan Islam masih belum dijadikan subjek
formal. Walaupun pada tahun 1951, akta Pendidikan pertama di wujudkan
namun Pendidikan Islam masih belum dijadikan subjek formal. Pendidikan
Islam yang terkandung di dalam Laporan Barnes 1951, Ordinan Pelajaran
1952, Laporan Razak 1956 hanya menerangkan syarat-syarat pendidikan
Islam diajar di sekolah kebangsaan.

PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA


SEBELUM MERDEKA

RUMAH

PONDOK

MADRASAH

GURU /
Kurikulum
Membaca
al-Quran
Asas fardu
Ain, Jawi

Kurikulum
Ilmu agama

Kurikulum

Kurikulum:

Kurikulum :
Al-Quran,
Fardu Ain

B. Arab

Tata bahas
Arab

Al-Quran

Matematik

Hadith

Fiqh, Tafsir

Geografi

Tauhid

Mantiq,
Balaghah

Kemahiran

Tasauf
Fiqh

Masa

Subuh

Waktu
yang tetap

Maghrib

Umur

SEKOLAH

SURAU

Masa

Zohor

MASJID/

Masa

Marhaban

Masa

Mengikut
minat dan
kemahuan
murid

Selepas
magrib

6-10th

Fiqh
B. Arab
Tajwid
Akhlak

Tidak dihad

Umur

Tauhid

Dan subuh

Tidak
ditetapkan

Masa
Selepas
Zohor
selepas Asar

Umur
Umur
Tidak terhad
biasanya
10 15th

Tidak
ditetapkan

Umur
Tidak
ditentukan

Perkembangan Pendidikan Islam sebelum Merdeka

SELEPAS MERDEKA
Selepas merdeka, kerajaan Tanah Melayu telah merancang untuk
membina kembali corak pendidikan Negara. Maka Resolusi Pendidikan
telah dibentuk. Hasilnya penubuhan satu Sistem Pendidikan Kebangsaan,
yang kemudian lahirlah pelbagai bentuk Laporan, Penyata, Ordinan, Akta
dan Jawatankuasa Pelajaran untuk memenuhi tujuan tersebut. Implikasi
dari itu lahirlah Pendidikan Islam dalam Dasar Pendidikan Negara.
Penekanan Pendidikan Islam dalam sistem pendidikan Kebangsaan
bermula berdasarkan penyata Razak 1956, Penyata Rahman Talib 1960
dan Akta Pelajaran 1961.
Dalam seksyen 49 Ordinan Pelajaran 1957 itu juga dinyatakan secara
terperinci kedudukan agama Islam di sekolah-sekolah :
i.
ii.
iii.
iv.

Di mana dalam sebuah sekolah bantuan kerajaan, didapati 15 orang


murid atau lebih yang beragama Islam, murid-murid itu hendaklah
diajar Agama Islam
Pelajaran Agama Islam hendaklah diajar sekurang-kurangnya dua
jam seminggu dalam waktu pengajaran am sekolah-sekolah
Guru-guru Agama yang mengajar Agama Islam hendaklah terdiri
daripada mereka yang dibenarkan oleh pihak berkuasa negeri
Lembaga Pengurus atau Pengelola Sekolah hendaklah membuat
persediaan yang sepatutnya bagi mengadakan pelajaran Agama
Islam dengan syarat Lembaga Pengurus atau Pengelola dua buah
sekolah atau lebih boleh membuat persediaan-persediaan bersama
bagi pengajaran tersebut kepada murid-murid yang beragama Islam
dalam sekolah-sekolah mereka.

Ordinan Pelajaran 1957 digubal berdasarkan perakuan Laporan Razak


(1956) yang mengutamakan perpaduan dan menjadi teras Dasar
Pendidikan Kebangsaan. Perakuan Laporan Razak dikaji semula oleh
Jawatankuasa Rahman Talib pada tahun 1960. Namun begitu, walaupun
Ordinan Pelajaran 1957 dan Laporan Rahman Talib merupakan satu
penambahbaikan bagi pendidikan Negara, namun kurikulum pendidikan
Islam masih belum diwujudkan. Kurikulum Pengetahuan Agama Islam yang
diajar di sekolah pada ketika itu hanya menumpukan kepada perkaraperkara asas seperti Fiqh, Tauhid, Sejarah Islam dan pengajaran beberapa
ayat Al-Quran dan hadis yang dipilih.
Sehinggalah pada tahun 1961, di bawah Akta Pelajaran 1961. Satu
Kurikulum khusus diperkenalkan. Ia dinamakan Kurikulum Lama
Sekolah Rendah (KLSR). Berpandukan KLSR ini, mata pelajaran
pendidikan Islam mula diajar secara formal di sekolah menengah pada
tahun 1962. Kurikulum pendidikan Islam dibentuk berasaskan keperluan
10

dan matlamat untuk memberi pengetahuan mengenai agama Islam


kepada pelajar.
Kurikulum-kurikulum Pendidikan Malaysia :

KLSR (KURIKULUM LAMA SEKOLAH RENDAH) 1962


KBSR (KURIKULUM BARU SEKOLAH RENDAH) 1982
KBSM (KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH) 1989
KSSR (KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH) 2011

KLSR (KURIKULUM LAMA SEKOLAH RENDAH)


1962

SEJARAH
Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) mula dilaksanakan sejak Negara
mencapai kemerdekaan. Pada tahun 1960, sebuah Jawatankuasa
Penyemak Mata pelajaran telah dibentuk yang dikenali sebagai Laporan
Rahman Talib. Jawatankuasa ini diketuai oleh Menteri Pelajaran ketika itu,
iaitu Abdul Rahman Talib. Jawatankuasa ini ditubuhkan bertujuan untuk
mengkaji semula polisi pendidikan kebangsaan sebagaimana yang telah
dicadangkan dalam Laporan Razak yang dibuat pada tahun 1956 dan
dasar pendidikan awal sebelum itu iaitu Ordinan Pelajaran 1957. Laporan
Rahman Talib telah mencadangkan beberapa aspek pendidikan. Bahasa
Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama di setiap sekolah
termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil. Laporan Rahman Talib
ini kemudiannya dibentangkan di Parlimen dan diluluskan yang mana
kemudiannya dikuatkuasakan dalam Akta Pelajaran 1961. Sejak itu,
perkembangan pendidikan kebangsaan selanjutnya adalah berdasarkan
kepada polisi pendidikan kebangsaan yang tercatat dalam Akta Pelajaran
1961 ini.Seterusnya pada tahun 1966 Laporan Razak telah diperkenalkan.
Sekolah
umum menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar, sementara sekolah jenis umum seperti sekolah Inggeris,
sekolah Cina, dan Tamil boleh menggunakan bahasa pengantar masingmasing. Satu sukatan yang sama diwujudkan untuk semua sekolah.
Perkembangan sistem pendidikan negara pada tahun ini boleh
dibahagikan kepada tiga tahap iaitu Tahap Pertama (1963 -1965), Tahap
Kedua (1966-1970) dan Tahap Ketiga (1971-1975). Tahap pertama
merupakan tahap perlaksanaan rancangan sistem pendidikan yang telah
dikuatkuasakan dalam Akta Pelajaran 1961. Tahap kedua pula merupakan
tahap perlaksanaan rancangan pendidikan di bawah Rancangan Malaysia
Pertama. Ia digubal dengan tujuan untuk menyelesaikan masalah ekonomi
dan sosial yang timbul dalam tempoh ini. Antara matlamat lain yang ingin
dicapai ialah memperkukuhkan sistem pendidikan kebangsaan bagi
memupuk perpaduan sosial, kebudayaan dan politik , menyediakan
kemudahan pendidikan yang lebih bersistematik dan selesa kepada para
pelajar, meningkatkan taraf pendidikan di seluruh negara serta
melaksanakan pendemokrasian pendidikan tanpa mengira bangsa, kaum
mahu pun agama. Perkembangan sistem pendidikan dalam tahap ketiga
11

pula ialah merupakan pengubahsuaian sistem pelajaran dan latihan untuk


memenuhi keperluan perkembangan ekonomi serta untuk menghasilkan
lebih ramai pekerja mahir bagi melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Sistem pendidikan pada tahap ini dirancang supaya memberi sumbangan
penting bagi menggalakkan perpaduan di kalangan rakyat berbilang
bangsa. Perubahan-perubahan sistem pendidikan ini adalah akibat dari
konflik perkauman yang tercetus pada 13 Mei 1969. Kerajaan Malaysia
terpaksa mengkaji semula matlamat -matlamat pendidikan negara dan
seterusnya merancang suatu sistem pendidikan yang lebih sesuai dengan
harapan boleh menyatupadukan rakyat berbilang kaum dan dapat
mengelakkan tragedi konflik perkauman itu daripada berulang kembali.

12

KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM DALAM


KLSR

PENGENALAN DAN KONSEP


Pada tahun 1961, pengambilan guru di sekolah menengah diambil alih
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam urusan, gaji, latihan
dan sebagainya. Mereka juga telah mengambil tanggungjawab menyusun
kurikulum, urusan guru, pentadbiran dan pembiayaan di sekolah rendah
dan menengah. Sehubungan daripada itu, KPM telah memasukkan
Pendidikan Islam di dalam KLSR dan mewujudkan Kurikulum Pendidikan
Islam secara khusus.
Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) telah diperkenalkan di bawah Akta
Pelajaran 1961 yang mana merupakan dasar kepada sistem pendidikan di
negara ini. Kurikulum Pendidikan Islam mula dilaksanakan dalam KLSR
sejak Negara mencapai kemerdekaan iaitu bermula pada tahun 1962.
Penumpuan pengajaran dan pembelajarannya Kurikulum Pendidikan Islam
ini lebih ke arah penyampaian maklumat dan ilmu tentang agama Islam
daripada pencapaiannya dalam aspek amalan dan penghayatan Islam
dalam kalangan murid-murid. Selain itu, Kurikulum ini juga bercorak
pendidikan umum yang menitikberatkan hafazan dan hafalan fakta serta
kurang menitikberatkan aspek-aspek amali dan lebih berpusatkan guru
semata-mata.
Berdasarkan penyata Razak 1956 dan Penyata Rahman Talib 1960,
Pendidikan Islam diajar di mana-mana sekolah yang didaftarkan dan
terdapat sekurang-sekurangnya 15 orang murid yang beragama Islam
( Akta Pelajaran, 1961). Namun hasil perakuan Akta Pelajaran 1961,
Pendidikan Islam diajar di sekolah-sekolah bantuan penuh kerajaan. Pada
mulanya, ia diajar di luar jadual waktu sekolah (sekolah petang), sehingga
pada tahun 1962, mata pelajaran Pendidikan Islam dimasukkan dalam
jadual waktu rasmi sekolah. Peruntukan masa pengajaran dan
pembelajaran adalah selama 120 minit dalam seminggu ( Zainal Abidin
Abd. Kadir, 1994).

FALSAFAH
Falsafah Kurikulum Pendidikan Islam dalam KLSR Ini ialah memberi
tumpuan kepada aspek pembelajaran melalui pendekatan hafalan secara
langsung atau tidak langsung. Aspek-aspek penting yang lain seperti
pemahaman, amalan dan penghayatan kurang diberi perhatian yang
sewajarnya. Selain itu, Guru hanya memberi dan menyampaikan
pengetahuan asas tentang agama Islam kepada murid-murid.

MATLAMAT
Matlamat yang digariskan ialah menumpukan kepada penyampaian ilmu
agama melebihi daripada penekanan aspek amalan dan penghayatan
dalam pembelajaran. Selain itu, cara penyampaian guru hendaklah lebih
13

bercorakkan untuk memberi ilmu dan maklumat sahaja seperti yang


terdapat dalam sukatan pelajaran. Pelajar-pelajar juga belajar Pendidikan
Agama hanya untuk mengetahui dan lulus dalam peperiksaan sahaja,
termasuklah peperiksaan awam di peringkat Sijil Rendah Pelajaran ( SRP).

SUKATAN/KANDUNGAN
Kurikulum Pendidikan Islam dalam KLSR ini telah dinyatakan tetapi tidak
secara terperinci. Secara umumnya, mata pelajaran yang diajar oleh guruguru dan dipelajari oleh murid-murid dalam KLSR antaranya ialah :
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Tawarikh, Ilmu Alam,
Hal Ehwal Tempatan, Tata Rakyat, Jawi,Pendidikan Agama Islam, Lukisan
dan Pertukangan Tangan, Pendidikan Jasmani dan lain-lain. Mata pelajaran
pendidikan seni dikenali sebagai mata pelajaran Lukisan dan Pertukangan
Tangan semasa KLSR.
Manakala untuk Kurikulum Pendidikan Islam, sukatannya hanya
menumpukan kepada perkara-perkara asas seperti Feqah, Tauhid, Sejarah
Islam dan Pengajaran daripada beberapa ayat Al-Quran dan Hadis yang
dipilih (Kementerian Pelajaran Malaysia 1980).

KELEBIHAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM DALAM KLSR


1. Dengan wujudnya KLSR, ibu bapa tak perlu bimbang untuk
menghantar anak-anak ke sekolah kebangsaan.
2. Selain dapat mempelajari ilmu duniawi, pelajar juga dapat
mempelajari ilmu ukhrawi atau agama.

KELEMAHAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM DALAM KLSR


1. Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) yang dilaksanakan sebelum
tahun 80- an dirancang berasaskan isi kandungan mata pelajaran.
2. Sukatan pelajaran lama adalah kurang fleksibel, sebaliknya dalam
perubahan yang dilakukan lebih menekankan perkaitan dan
penyerapan.
3. Isi kandungannya terlampau memberi penekanan dalam persediaan
untuk mencapai kecemerlangan kebendaan.
4. Isi kandungan sukatan pelajaran kadangkala berulang dan tidak ada
kaitan antara mata pelajaran atau antara darjah.
5. Sukatan pelajaran mengandungi butiran yang terlalu banyak. Ini
membebankan dan membosankan murid.
6. Guru dan murid selalu terdesak menghabiskan sukatan pelajaran
terutama apabila ada peperiksaan.
7. Pengajaran dan pembelajaran selalunya berdasarkan buku teks. Ini
mengahadkan penggunaan teknik dan bahan pengajaran lain yang
lebih menarik dan berkesan.
14

KBSR (KURIKULUM BARU SEKOLAH


RENDAH) 1982

SEJARAH
1982 - Percubaan di 305 buah sekolah seluruh Malaysia.
1983 - Pelaksanaan penuh di semua sekolah.
1984 - Amalan perdagangan disisipkan dan diganti dengan Kemahiran
Hidup.
1988 - Falsafah Pendidikan Negara dinyatakan secara rasmi
1993 - Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukar kepada Kurikulum
Bersepadu Sekolah
Rendah.
Perlaksanaan KBSR adalah susulan daripada perubahan yang dilakukan
oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perlaksanaan Dasar
Pelajaran yang dikeluarkan pada tahun 1979. Kajian yang telah dilakukan
oleh Jawatankuasa Kabinet ini terhadap Kurikulum Lama Sekolah Rendah
(KLSR) yang telah dilaksanakan sejak merdeka tersebut mendapati
bahawa terdapat beberapa kelemahan yang perlu diatasi. Antaranya
termasuklah isi kandungan sukatan pelajaran yang berulang dan tidak
mempunyai kaitan antara satu sama lain. Keduanya ialah dari segi
sukatan pelajarannya yang terlalu banyak sehingga membosankan murid.
Yang ketiga ialah guru dan murid terpaksa menghabiskan sukatan
pelajaran apabila menjelang peperiksaan. Aspek keempat ialah
pengajaran dan pembelajaran adalah menggunakan buku teks tanpa
menggunakan sebarang bahan bantu lain. Aspek kelima ialah aktiviti
kokurikulum dijalankan secara berpisah dan tiada kaitan dengan kurikulum
formal bilik darjah.
Justeru, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah telah dilancarkan
sepenuhnya pada tahun 1983. Pada tahun 1993, Kurikulum Baru Sekolah
Rendah ditukarkan kepada nama baharu iaitu Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah. Namun, hanya perubahan nama sahaja yang berlaku.
Kandungan kurikulum itu masih sama seperti sebelumnya. Antara objektif
penting pembentukan KBSR yang perlu dicapai ialah yang pertama, murid
dapat menguasai dan menghargai Bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan dan sebagai alat perpaduan dengan baik dan memuaskan.
Rancangan KBSR juga telah menekankan penguasaan terhadap kemahiran
asas 3M iaitu membaca , menulis dan mengira. Sukatan Pelajaran Bahasa
Malaysia Sekolah Rendah 1983 dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah
dengan jelas menyatakan bahawa di akhir program Bahasa Malaysia,
15

murid seharusnya boleh menulis karangan dan surat kiriman yang tepat
dengan maksud dan tajuknya serta memahami dan boleh mengisi borangborang yang sesuai untuk keperluan seharian. Mereka yang lemah akan
diberikan pemulihan ataupun mengulangi pengajiannya. Di samping itu
juga, ia juga memberi tumpuan terhadap perkembangan individu secara
menyeluruh yang meliputi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial
(JERIS). Aspek pengajaran nilai-nilai murni dan kewarganegaraan juga
turut ditekankan berbanding KLSR sebelum ini.
Pengajaran mata pelajaran moral dan Pendidikan Islam pula menjadi unsur
kesepaduan dalam pengajaran, bukannya terletak pada guru agama
sahaja. KBSR dibahagikan kepada tiga bidang asas iaitu bidang
komunikasi, bidang kemanusiaan dengan persekitaran dan bidang
perkembangan diri individu. Bidang komunikasi pada asasnya terdiri
daripada komponen Kemahiran Asas yang mengandungi mata pelajaran
Bahasa iaitu Bahasa Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris serta mata pelajaran
Matematik. Bidang Kemanusiaan dan Alam Sekitar pula terbahagi kepada
dua komponen iaitu Kerohanian, Nilai dan Sikap serta Komponen
Kemanusiaan dengan Alam. Mata pelajaran yang mewakili bidang ini ialah
mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Bidang yang ketiga
pula iaitu bidang perkembangan diri individu terdiri daripada komponen
Kesenian dan Rekreasi yang mengandungi mata pelajaran Muzik,
Pendidikan Seni dan Pendidikan Jasmani. Berdasarkan perkara yang
berkaitan di atas, maka jelaslah bahawa matlamat pendidikan KBSR di
sekolah rendah untuk memastikan perkembangan murid secara
menyeluruh dari aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilainilai estetika dan sosial selaras dengan falsafah dan dasar pendidikan
negara iaitu untuk membangunkan negara dan menyemai perpaduan
kaum yang kukuh serta integrasi nasional melalui sistem pendidikan yang
tersusun dan bersistematik.
Dalam KBSR merangkumi peringkat sekolah rendah yang terbahagi
kepada dua tahap. Tahap pertama ialah daripada tahun satu hingga tahun
tiga manakala tahap kedua daripada tahun empat hingga tahun enam.
Mata pelajaran yang diajar di peringkat ini semua adalah mata pelajaran
wajib yang dipelajari oleh semua pelajar. Nilai-nilai murni diajar melalui
sistem pendidikan yang ditawarkan dalam mata pelajaran iaitu merentasi
kurikulum. (Abdullah Sani, 2005: 174-175).
Melalui aktiviti kokurikulum KBSR pula ianya meliputi aktiviti kelab,
persatuan, permainan serta unit beruniform. Murid-murid dapat
berinteraksi dengan pelbagai kaum, memahami budaya kaum lain,
mendisiplinkan diri, serta dapat mengamalkan sikap toleransi dan
kerjasama dengan rakan- rakan yang berlain agama dan budaya. Justeru,
penerapan nilai- nilai murni ini adalah penting dalam pemupukan individu
ke arah mencapai integrasi nasional.

16

KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM DALAM


KBSM

PENGENALAN DAN KONSEP


Pendidikan Islam sekolah rendah merupakan pendidikan awal untuk
memenuhi tuntutan fardu ain. Ia selaras dengan konsep dan proses
perkembangan intelek, rohani, emosi dan jasmani murid-murid ( JERI).
Konsepnya menggunakan sukatan yang baru bagi menggantikan Sukatan
Pelajaran Agama Islam Sekolah Rendah, Kementerian Pendidikan Islam
Malaysia yang diterbitkan pada tahun 1977 dan dilaksanakan pada tahun
1983. Untuk kurikulum, tumpuan utama pendidikan Islam sekolah rendah
ialah kepada bidang Asuhan Tilawah Al-Quran, bidang asas Ulum Syariah
dan Asas Akhlak Islamiah. Bidang-bidang ini merupakan fardu ain bagi
setiap murid dan mereka wajib mempelajari, menghayati dan
mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

MATLAMAT
Matlamat Pendidikan Islam untuk menghasilkan Muslim yang berilmu,
beriman, berketerampilan, beramal soleh dan berakhlak mulia
berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah supaya menjadi hamba dan khalifah
Allah yang bertakwa dan menyumbang ke arah mempertingkat tamadun
bangsa dan negara. Kemudian memperkembangkan semua potensi insan
ke arah menjadi seorang yang bertanggungjawab dan baik.

OBJEKTIF
Setelah mengikuti Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah, murid
dapat :

17

1. Membaca surah-surah terpilih daripada juzuk amma dengan betul dan


fasih, untuk memupuk minat membaca al-Quran dan menjadi amalan.
2. Menghafaz ayat-ayat lazim yang terpilih untuk bacaan dalam solat dan
ibadat harian.
3. Memahami maksud beberapa surah yang dipelajari dan menghayati
pengajarannya ke arah meyakini Al-Quran sebagai rujukan petunjuk
Allah.
4. Memahami dan meyakini asas-asas keimanan sebagai pegangan
akidah dan benteng keagamaan.
5. Mengamalkan ibadat-ibadat asas dalam Fardu Ain serta memahami
Fardu Kifayah sebagai tuntutan kewajipan umat Islam.
6. Memahami dan mengambil iktibar dengan sirah Rasulullah s.a.w
sebagai asas perkembangan tamadun manusia.
7. Mengamalkan adab dan menghayati nilai-nilai akhlak dalam kehidupan
seharian.
8. Membaca dan menulis Jawi serta mencintainya sebagai warisan budaya
bangsa.

FALSAFAH
Pendidikan Islam merupakan suatu usaha berterusan untuk
menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan AlQuran dan As- Sunnah. Tujuannya bagi membentuk sikap, kemahiran,
keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai
tanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar dan
negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan akhirat.

KANDUNGAN KBSR PENDIDIKAN ISLAM


Pendidikan Islam sekolah rendah wajib dipelajari oleh setiap murid Islam
dari tahun 1 hingga tahun 6. Pendidikan Islam menekankan kemahirankemahiran asas yang perlu dikuasai oleh individu Muslim merangkumi
aspek keimanan, kemanusiaan, kemasyarakatan dan kenegaraan.
Tumpuan khusus mata pelajaran ini ialah, pertama; pendidikan asas
tilawah al-Quran, kedua; pembentukan akidah dan bimbingan Asas Fardu
Ain, ketiga; pemupukan amalan Fardu Ain dan Fardu Kifayah yang
dituntut oleh Syariat Islam dan keempat; penerapan adab yang
berteraskan Akhlak Islamiah ke dalam diri murid. Keempat-empat bidang
ini hendaklah disampaikan dengan berkesan. Penyampaian yang berkesan
mampu menanam asas keimanan dan membentuk murid-murid agar
mempunyai cita-cita yang tinggi, daya tahan, semangat juang, gigih
berusaha dan mampu mengubah diri yang menyumbang kepada asas
tamadun masyarakat, bangsa dan negara. Para pendidik perlu
memastikan setiap murid menguasai ilmu, amalan dan kemahiran yang
telah ditetapkan supaya mata pelajaran Pendidikan Islam ini dapat
18

menyumbang ke arah pembentukan Muslim mukmin yang berilmu,


beriman, beradab, berakhlak mulia, berketerampilan, bertanggungjawab,
beramal soleh, dan bertakwa selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Islam.
Di bawah Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR), Tulisan Jawi adalah
sebahagian dari mata pelajaran Pendidikan Agama Islam dan diajar mulai
Tahun Tiga. Setelah murid dapat menguasai asas-asas membaca dan
menulis Jawi, pelajaran ini diserapkan ke dalam mata pelajaran pendidikan
Agama Islam sehingga akhir sekolah rendah. Murid-murid boleh
mengukuhkan pelajaran Tulisan Jawi melalui latihan- latihan dalam aspekaspek pendidikan Agama Islam yang lain seperti aspek Quran, Budi
Pekerti, Akidah, Ibadat dan lain-lain.

ORGANISASI KANDUNGAN
Kandungan Pendidikan Islam Sekolah Rendah dibahagikan kepada empat
bidang iaitu :1. Bidang Asuhan Tilawah al-Quran.
Bidang ini memberi tumpuan kepada :o Membaca ayat-ayat al-Quran dengan betul dan fasih.
o Menghafaz ayat-ayat al-Quran tertentu dengan betul dan fasih.
o Memahami pengertian surah-surah tertentu daripada juzuk Amma
(juz 30) dan menghayati pengajarannya.
2. Bidang Asas Ulum Syariyah.
Bidang ini memberi tumpuan untuk :o Penanaman akidah, pembentukan sikap dan tanggungjawab
terhadap Allah s.w.t.
o Pengetahuan mengenai peraturan ibadat yang ditentukan oleh Allah
s.w.t. dan melaksanakannya.
o Percontohan dan pengambilan iktibar daripada sirah Rasulullah
s.a.w. sukatan pelajaran pendidikan Islam KBSR
o Implikasi akidah, ibadah dan sirah dari segi tanggungjawab
terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara.
3. Bidang Asas Akhlak Islamiah.
Bidang ini memberi tumpuan kepada :o Kepatuhan terhadap peraturan dan cara hidup Muslim dalam
hubungannya dengan Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w.
o Kepatuhan terhadap peraturan dan tatacara perhubungan manusia
dengan diri sendiri, keluarga, alam sekitar, masyarakat dan negara.
4. Bidang Pelajaran Jawi.
Bidang ini memberi tumpuan kepada :o Menulis tulisan Jawi dengan baik.
o Membaca tulisan Jawi dengan lancar.
o Mempelajari asas seni tulisan Jawi.

19

Adab yang ditentukan dalam Asas Akhlak Islamiah diajar khusus dalam
Bidang Akhlak Islamiah. Adab ini berdasarkan adab terhadap Allah dan
Rasul, diri sendiri, ibu bapa, keluarga, guru, alam sekitar, masyarakat, dan
Negara berteraskan 4 nilai utama Syajaah, Iffah, Adalah dan Hikmah
sukatan pelajaran pendidikan Islam KBSR yang akhirnya membina pelajar
beradab dan menghayati nilai-nilai akhlak. Kesemua bidang di atas
merupakan kesepaduan ilmu yang dapat melahirkan insan soleh yang
diredai Allah s.w.t. Pengetahuan dan kemahiran yang disampaikan
berdasarkan kandungan sukatan pelajaran ini adalah sesuai dengan
peringkat keperluan dan keupayaan murid sekolah rendah. Bahan-bahan
rujukan seperti al-Quran, al-Sunnah, Sirah Rasulullah s.a.w., sejarah para
sahabat r.a., pendapat para sarjana Islam, kitab-kitab muktabar dan
sumber daripada ilmu-ilmu lain seperti Sains, Matematik, Geografi, dan
Sejarah boleh dijadikan asas bagi mengolah pengetahuan dan kemahiran
di dalam sukatan pelajaran ini. Pengetahuan dan kemahiran yang telah
diperoleh pada peringkat sekolah rendah ini dapat diteruskan ke peringkat
menengah.

KEKUATAN KBSR
Matlamat kurikulum baru Sekolah Rendah adalah untuk memberikan
pendidikan yang menyeluruh kepada murid-murid. Jadi, oleh yang
demikian, kejayaan KBSR ini dapat dilihat dari segi aspek pencapaian 3M Membaca, Menulis dan Mengira - kemahiran belajar dan perkembangan
sahsiah. Satu kajian tentang penilaian pencapaian KBSR ini yang telah
dijalankan oleh Kementerian Pendidikan dengan Universiti Sains Malaysia
pada tahun 1982. Laporan Fasa I (1988) kajian tersebut menunjukkan
bahawa taraf penguasaan murid-murid dalam 3M ini adalah lebih tinggi
apabila dibandingkan dengan murid-murid yang mengikuti kurikulum
lama. Murid-murid KBSR berjaya menguasai kemahiran belajar yang
raudah seperti menyoal, berbincang dan mengeluarkan pendapat .
Sebilangan besar murid juga telah menguasai kemahiran belajar yang
lebih kompleks lagi seperti mengenal idea-idea utama dan membuat
rumusan Dari segi perkembangan sahsiah, murid-murid KBSR juga
didapati lebih berani bercakap dan yakin-dan menunjukkan minat dalam
pembelajaran mereka. Budaya membaca juga memuaskan. Selain
daripada itu mereka boleh berinteraksi sesama sendiri , bekerjasama dan
bertolak ansur.
Laporan kajian penilaian pencapaian KBSR, Fasa II telah
dibentangkan pada tahun 1990. Jadi, satu lagi kajian "Projek Inspire" yang
menilai tentang pencapaian KBSR bagi murid-murid di luar bandar telah
20

dijalankan. Projek Inspire ini adalah kajian yang berterusan mengenai


penggunaan alat Bantu mengajar .
KBSR telah menimbulkan kesan yang positif terutama dari segi
murid. Penekanan KBSR ke atas pengajaran yang berpusatkan kepada
murid, kepelbagaian aktiviti serta penglibatan semua murid dalam aktiviti
yang berkenaan telah menghasilkan murid-murid yang lebih berminat
dalam pembelajaran. Cadangan pengelolaan pengajaran seperti kaedah
kelas, kumpulan, rakan sebaya dan individu serta penggunaan berbagai
jenis bahan telah dapat memberi kepelbagaian dalam teknik pengajaran
dan pembelajaran, gerak kerja kumpulan khasnya pula dapat
menanamkan sifat-sifat kepimpinan dan bekerjasama di kalangan muridmurid. KBSR juga telah menegaskan bahawa aspek penilaian adalah
sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran dan hendaklah
dijalankan berterusan. Ini adalah dengan tujuan supaya kelemahan tidak
terkumpul dan langkah-langkah pemulihan dapat dijalankan dengan sertamerta. Program pemulihan dan pengayaan dijalankan untuk mengambil
kira bahawa murid berbeza dari segi pengalaman, tingkah-laku, amalan
kecenderungan, bakat dan kebolehan. Melalui temu ramah dengan guruguru KBSR, adalah didapati bahawa golongan murid-murid yang tahu
membaca adalah lebih ramai daripada dalam KLSR dan mereka membaca
lebih pantas daripada murid-murid dalam KLSR. Penilaian yang telah
dijalankan yang menunjukkan bahawa pencapaian murid KBSR dalam
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil adalah
lebih baik daripada murid-murid dalam KLSR. Dari sumber-sumber
pengesanan yang lain didapati juga murid KBSR lebih cekap dan lebih
berdikari.

KELEBIHAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM DALAM KBSR

1. Guru-guru lebih terlatih kerana mereka diberikan tunjuk ajar dan asas
latihan untuk menjadi guru pendidikan Islam.
2. Menggunakan pelbagai pendekatan dan kaedah pengajaran dalam
menyampaikan ilmu pengetahuan.
3. Sukatan pelajaran pendidikan Islam lebih menumpukan kepada bidang
Asuhan Tilawah Al-Quran, bidang asas Ulum Syariah dan Asas Akhlak
Islamiah.
4. Sukatan kurikulum menjadi fardu ain bagi setiap murid dan mereka wajib
mempelajari, menghayati dan mengamalkannya dalam kehidupan
seharian.
5. Tidak menggunakan kaedah hafalan dan hafazan semata-mata bahkan
murid memahami dan menghayati ertinya.
6. Jumlah waktu pembelajaran ditambah iaitu selama 240 minit seminggu.

21

KELEMAHAN KBSR
Beberapa prinsip KBSR tidak dilaksanakan dengan berkesan dalam proses
P&P. Ini mengakibatkan kesepaduan pengetahuan, kemahiran dan nilai
tidak tercapai sepenuhnya melalui proses P&P di bilik darjah. Antara faktor
yang mendorong kepada perkara ini ialah fokus berlebihan untuk
mencapai gred kelulusan A dalam peperiksaan. Maka kebanyakan proses
P&P yang berlaku di bilik darjah lebih berupa proses menyediakan pelajar
untuk peperiksaan, bukannya bersifat menyampaikan ilmu pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang perlu seperti mana dituntut oleh kurikulum mata
pelajaran tersebut. Ini secara langsung mengurangkan keberkesanan
usaha ke arah membangunkan insan yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berdaya saing, berkemahiran dan mempunyai jati diri
ciri modal insan cemerlang yang dihasratkan.

KBSM (KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH


MENENGAH) 1989

SEJARAH
KBSM telah diperkenalkan dalam tahun 1980 oleh kerajaan untuk
membentuk satu kurikulum yang kukuh untuk sekolah-sekolah menengah
di Malaysia. Ia diperkenalkan untuk mata pelajaran bahasa dalam tahun
1988. Kemudian ia telah diperkenalkan untuk semua mata pelajaran pada
tahun 1989. Program KBSM merupakan kesinambungan daripada KBSR
yang berasaskan pengiraan & kemahiran 3M iaitu membaca, menulis &
mengira. Selepas pelaksanaan KBSR di sekolah rendah,pelaksanaan KBSM
juga dilaksanakan secara menyeluruh di semua sekolah menengah pada
tahun 1989. KBSM juga lebih kurang kepada KBSR iaitu KBSM dibentuk
berdasarkan Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979). Dalam Perakuan 58,
Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979) menyatakan adalah diperakukan
22

bahawa kurikulum peringkat menengah rendah hendaklah berupaya


perkembangan daripada kurikulum sekolah rendah iaitu memperkukuhkan
lagi pendidikan asas dan memperkenalkan pendidikan umum yang juga
merangkumi aspek-aspek pendidikan pra vokasional (Laporan
Jawatankuasa Kabinet,1979). Pendidikan Islam Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah (KBSM) merupakan kesinambungan daripada program
Pendidikan Islam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).

KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM DALAM


KBSM

PENGENALAN DAN KONSEP


Menyedari akan hakikat bahawa Islam itu merangkumi keseluruhan cara
hidup dan amalan setiap detik bagi seorang Muslim, maka Pendidikan
Islam menekankan aspek ilmu, amalan dan penghayatan. Murid diberi
pengetahuan dan kefahaman yang mendalam serta mencukupi tentang
pelbagai persoalan dan isu kehidupan yang luas bagi mencorak dan
mempengaruhi budaya serta cara hidup masyarakat dan umat Islam.
Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam KBSM ini, hendaklah diajar
dengan tulisan Jawi. Bidang-bidang pembelajaran hendaklah diolah dan
disampaikan dengan berkesan melalui cara yang lebih menarik dan
sentiasa dikaitkan dengan pelbagai aspek ilmu dan amalan yang dapat
diaplikasikan dalam kehidupan secara meluas, mampu mengubah dan
membangunkan diri sendiri serta masyarakat yang mempunyai daya fikir
yang cemerlang, berakhlak mulia, bersefahaman, bersyukur dan bersatu
padu. Pengolahan yang demikian rupa hendaknya mampu menghasilkan
tamadun ummah yang tinggi serta dapat memberi sumbangan terhadap
pembangunan dan kesejahteraan negara. Nilai-nilai daripada mata
pelajaran lain seperti Sains, Geografi, Sejarah dan Matematik juga perlulah
direntas supaya wujud kesepaduan daripada pelbagai ilmu yang diperoleh
di sekolah menengah. Melalui pendekatan ini, cita-cita untuk melahirkan
insan harmonis, seimbang dan bertaqwa akan tercapai.

MATLAMAT
Matlamat Pendidikan Islam adalah untuk menghasilkan Muslim yang
berilmu, beriman, berketerampilan, beramal soleh, beradab dan berakhlak
mulia berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah sebagai hamba dan khalifah
Allah yang bertaqwa dan menyumbang kepada tamadun bangsa dan
negara.

OBJEKTIF
Setelah mempelajari Pendidikan Islam Bersepadu Sekolah Menengah
murid
dapat :23

1. Membaca ayat-ayat terpilih daripada al-Quran dengan betul, fasih,


mahir dan bertajwid, untuk memperkukuhkan minat dan amalan
membaca al-Quran.
2. Menghafaz ayat-ayat al-Quran yang terpilih untuk menambah
bacaan dalam solat dan amalan ibadah harian.
3. Memahami maksud beberapa ayat al-Quran dan Hadis yang
dipelajari serta menghayati pengajarannya sebagai sumber hukum
dan panduan mukmin.
4. Memantapkan keyakinan pegangan akidah Islamiah serta
menghidupkan konsep tauhid secara sedar dalam keseluruhan
amalan dan menjadi benteng keagamaan.
5. Memperkukuh dan mempertingkat amalan ibadat-ibadat Fardu Ain
serta memahami sumbangan Fardu Kifayah sebagai kewajipan umat
Islam menyumbang kepada kemajuan hidup di dunia dan di akhirat.
6. Memahami dan mengambil iktibar daripada sirah nabawiyah,
khulafa al-rasyidin, dan tokoh-tokoh Islam sebagai asas
pembentukan dan pembangunan insan yang cinta dan
menyumbang ke arah pembangunan tamadun bangsa dan negara.
7. Berakhlak mulia dan mengamalkan nilai-nilai murni sebagai
tunggak budaya bangsa yang bermaruah.
8. Membaca dan menulis Jawi melalui penggunaannya dalam
pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam sebagai warisan
amalan budaya bangsa akan terus diperkukuhkan.

KANDUNGAN KURIKULUM
Kandungan Kurikulum Pendidikan Islam ini dibahagi kepada tiga bidang
pembelajaran. Peruntukan waktu Pendidikan Islam ialah sebanyak enam
waktu (3+1+2) di peringkat sekolah menengah rendah dan empat waktu
(3+1) di peringkat sekolah menengah atas. Peruntukan waktu amali solat
perlu di isi dengan solat berjemaah dan tazkirah yang berkaitan dengan
kehendak sukatan pelajaran. Manakala peruntukan dua waktu tambahan
perlu digunakan untuk aktiviti-aktiviti memperkukuhkan penyampaian
objektif kurikulum Pendidikan Islam.
1. Bidang Pembelajaran Tilawah al-Quran dan Hadis
a. Membaca ayat-ayat al-Quran mengikut hukum-hukum tajwid
yang betul dan fasih.
b. Menghafaz ayat-ayat al-Quran yang terpilih mengikut hukumhukum tajwid yang betul dan fasih.
c. Memahami pengertian dan hikmah ayat-ayat tertentu dan
hadis-hadis pilihan.
d. Memahami serta menghayati pengajaran al-Quran dan Hadis
sebagai sumber hukum.
2. Bidang Pembelajaran Ulum Syariyah
a. Pemantapan akidah menerusi peneguhan Iman, pemupukan
sikap, tanggungjawab pelajar sebagai manusia yang sedar
dan insaf akan kedudukannya terhadap Allah s.w.t diri sendiri,
alam sekitar, masyarakat dan negara.

24

b. Penghayatan ibadah menerusi pengetahuan dan pemahaman


tentang peraturan dan disiplin ibadah yang telah ditentukan
oleh Allah s.w.t serta melakukannya.
c. Memahami peranan Fardu Ain dan Fardu Kifayah sebagai
ibadah yang diperlukan untuk pembangunan diri dan negara
ke arah kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.
d. Meneladani sirah Rasulullah s.a.w dan tamadun Islam iaitu
dengan mengetahui mencontohi dan membangunkan
kembali keagungan tamadun Islam.
3. Bidang Pembelajaran Adab Berteraskan Akhlak Islamiah
Bidang pembelajaran Adab berteraskan Akhlak Islamiah
diajar khusus dalam bidang Akhlak Islamiah. Adab yang telah
diperolehi dan diamalkan di peringkat sekolah rendah
dipertingkatkan lagi di sekolah menengah. Adab ini
berdasarkan cara hidup Muslim dalam hubungannya dengan
Allah s.w.t, diri sendiri, keluarga, alam sekitar, masyarakat
dan negara. Kandungan Kurikulum ini digubal untuk
memenuhi keperluan setiap Muslim dari segi fardu Kifayah
bagi mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat,
bersesuaian dengan peringkat dan keupayaan pelajar sekolah
menengah.

4. Jawi
Digunakan di dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Tiada sukatan
disediakan untuk mengajarkan tulisan Jawi. Kebolehan kemahiran
Jawi pelajar akan diuji dalam peperiksaan Pendidikan Islam Sijil
Pelajaran Malaysia. Memastikan pelajar dapat menggunakan tulisan
jawi dengan baik dalam subjek Pendidikan Islam.

KELEBIHAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM DALAM KBSM


1.
2.
3.
4.
5.
6.

Berpusatkan pelajar
Pengajian yang menyeluruh
Mempunyai pertalian rapat dengan kehidupan seharian.
Menyemat nilai-nilai moral.
Melahirkan individu yang seimbang dari pelbagai sudut.
Bersifatkan pendidikan umum.

KELEMAHAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM DALAM KBSM


Juga hampir sama dengan KBSR
1. Pembelajaran hanya untuk peperiksaan semata-mata
2. Sukatan yang banyak.
3. Masa yang suntuk iaitu 180 minit seminggu.
4. Guru dipaksa menghabiskan sukatan sebelum peperiksaan.
5. Pembelajaran tanpa penyerapan penghayatan.
25

KSSR (KURIKULUM STANDARD SEKOLAH


RENDAH) 2011

SEJARAH

Secara umumnya, Kurikulum Standart Sekolah Rendah berteraskan kepada


beberapa sandaran utama iaitu;

26

Gagasan ke 3 Ucapan Dasar Y.A.B. Perdana Menteri dalam


Perhimpunan Agung UMNO 2006 menuntut supaya pendidikan
Negara memberi penekanan kepada :
Pembangunan modal insan
Penghasilan pelajar celik minda
Pembentukan warganegara yang menguasai ilmu, kemahiran
dan maklumat
Program yang membangunkan akal manusia dalam melahirkan
insan Ulul al-bab.

Teras ke 2 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan:

Dasar membangunkan modal insan yang mempunyai


pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni.
Matlamat memastikan anak bangsa Malaysia dipupuk
semangat menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan
kompetensi, menerap nilai

Oleh itu, kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula bagi memastikan


kurikulum yang holistik dan sentiasa releven bagi melahirkan modal insan
yang seimbang yang dapat menangani cabaran semasa dan masa depan.
Berikut rentetan sejarah perkembangan kurikulum sekolah rendah seperti
berikut;
1983

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)

1993

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)

2003

KBSR (semakan)

2011

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

Kurikulum Standard Sekolah Rendah atau dikenali sebagai KSSR


diperkenalkan sebagai usaha menyusun semula dan menambah baik
kurikulum sedia ada untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan
pengetahuan, kemahiran dan nilai relevan untuk memenuhi keperluan
semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21.Pelaksanaan KSSR
menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) bermula pada sesi
persekolahan tahun 2010 bertujuan untuk meningkatkan minat murid
terhadap mata pelajaran Bahasa Inggeris.

2011: KSSR dilaksanakan secara berperingkat bermula tahun 1. Kurikulum


Transformasi Sek Rendah digubal berasaskan standard kandungan & standard
pembelajaran.

27

Standard Kandungan: penyataan spesifik mengenai perkara murid patut


ketahui dan boleh lakukan dalam tempoh persekolahan merangkumi aspek
pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Standard Pembelajaran: Penetapan Kriteria atau Petunjuk Kualiti
Pembelajaran dan Pencapaian yang boleh diukur bagi setiap Standard
Kandungan.
Fokus 3M iaitu membaca, menulis dan mengira yang dilaksanakan sejak KBSR
ditambah dengan satu lagi aspek iaitu menaakul menjadikannya 4M.

KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM DALAM


KSSR

PENGENALAN DAN KONSEP


Kurikulum Pendidikan Islam dalam KSSR meliputi Pendidikan asas ulum
syariah. Ia mengambil kira tahap perkembangan dan kemampuan murid
dalam pembelajaran. Ia juga menjelmakan kesepaduan ilmu aqli dan naqli.
Kurikulum ini Merangkumi tuntutan fardu ain dan fardu kifayah. Ia
menekankan pembentukan dan pembangunan insan mulia yang
berkeupayaan menyumbang ke arah pembangunan tamadun bangsa dan
negara. Penulisan bahan kurikulum Pendidikan Islam menggunakan tulisan
jawi.

MATLAMAT
Matlamat Pendidikan Islam sekolah rendah adalah untuk menghasilkan
insan yang berilmu, beriman, beramal soleh dan berakhlak mulia dengan
menjadikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai panduan dalam kehidupan
seharian supaya menjadi hamba Allah yang berjaya di dunia dan di
akhirat.

OBJEKTIF
Murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran kurikulum standard
Pendidikan Islam sekolah rendah berkebolehan untuk:

i.

Membaca al-Quran dengan betul dan bertajwid serta mengamalkan


pembacaannya dalam kehidupan seharian;

ii.

Menghafaz surah-surah terpilih dari juzuk amma untuk bacaan dalam


solat dan ibadat harian;

iii.

Memahami maksud beberapa surah yang dipelajari dan menghayati


pengajarannya;
28

iv.

Membaca dan memahami hadis-hadis terpilih serta menghayati


pengajarannya;
Memahami dan meyakini asas-asas keimanan sebagai pegangan akidah
dan benteng keagamaan;

v.
vi.

Memahami dan mengamalkan ibadat-ibadat asas fardu ain dan fardu


kifayah sebagai kewajipan umat Islam;

vii.

Memahami dan mengambil iktibar daripada sirah Rasulullah s.a.w. bagi


menanam rasa kecintaan kepada baginda;

viii.

Memahami dan mengamalkan adab serta menghayati nilai-nilai akhlak


dalam kehidupan seharian; dan

ix.

Membaca dan menulis jawi serta mencintainya sebagai warisan budaya


bangsa

FOKUS
Kurikulum standard Pendidikan Islam sekolah rendah memberi penekanan
kepada kemahiran membaca al-Quran, hadis, pemantapan asas-asas
akidah, ibadah, akhlak dan sirah Rasulullah s.a.w. serta kemahiran jawi.
Pada akhir pembelajaran Pendidikan Islam sekolah rendah murid mampu
memahami, mengamalkan dan menghayati tuntutan fardu ain dan fardu
kifayah dalam kehidupan harian.

ORGANISASI KANDUNGAN PENDIDIKAN ISLAM


Kurikulum Pendidikan Islam sekolah rendah dibangunkan dengan memberi
penekanan pada standard kandungan dan standard pembelajaran yang
perlu diketahui dan boleh dilakukan oleh murid. Standard kandungan
Pendidikan Islam Sekolah Rendah dibahagikan kepada enam modul iaitu:
a. Modul al-Quran
Modul ini memberikan tumpuan kepada membaca al-Quran
dengan betul, fasih dan bertajwid, menghafaz dan
memahami surah Al-Fatihah dan surah tertentu daripada
juzuk Amma serta menghayati pengajarannya.
b. Modul Hadis
Modul ini memberikan tumpuan kepada memahami maksud
hadis secara umum serta menghayati pengajarannya.
c. Modul Akidah
Modul ini memberikan tumpuan kepada pembentukan
akidah, sikap dan tanggungjawab terhadap Allah s.w.t,
29

pemahaman akidah yang sahih dan mengaplikasikan


tuntutan akidah dalam kehidupan harian.
d. Modul Ibadah
Modul ini memberikan tumpuan kepada memahami dan
menghayati cara beribadah yang ditentukan oleh Allah s.w.t.
dan melaksanakannya dalam kehidupan harian.
e. Modul Sirah
Modul ini memberikan tumpuan kepada memahami sirah
Rasulullah s.a.w dan mengambil iktibar daripadanya serta
mengaplikasikan dalam kehidupan harian.
f.

Modul Adab
Modul ini memberikan tumpuan kepada menghayati tatacara
perhubungan manusia dengan Allah, manusia sesama
manusia dan manusia dengan alam sekitar.

g. Modul Jawi
Modul ini memberikan tumpuan kepada kemahiran membaca
dan menulis jawi serta mempelajari asas seni khat.

KELEBIHAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM DALAM KSSR


i.
ii.
iii.
iv.
v.

Mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam


pembelajaran.
Kurang membebankan pelajar berbanding KBSR.
Ilmu mudah dan padat.
Menangani isu-isu pendidikan seperti kepadatan jadual
waktu, bilangan mata pelajaran yang banyak serta
keterlaluan penekanan kepada kecemerlangan akademik.
Pengajian bersertakan amali yang berkesan kerana
pembelajaran berpusatkan pelajar.

KELEMAHAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM DALAM KSSR


i.
ii.
iii.

Masalah yang sama iaitu masa yang diperuntukkan tidak


mencukupi.
Pengajian agama berkurangan.
Ini menyebabkan kebanyakan proses P&P yang berlaku di
bilik darjah lebih berupa proses menyediakan pelajar untuk
peperiksaan, bukannya bersifat menyampaikan ilmu
pengetahuan.

30

PERBANDINGAN DAN PERBEZAAN KURIKULUM


PENDIDIKAN ISLAM DALAM KLSR, KBSR, KBSM DAN
KSSR.
NO

SKOP

KLSR

KBSR

KBSM

KSSR

Tidak
dinyatakan
secara
terperinci.
Pengajaran
melibatkan
asas-asas
agama.

Terperinci.
Pengajaran
melibatkan
perkara-perkara
asas dalam
tilawah alQuran, akidah,
ibadah, sirah,
akhlak dan jawi.

Terperinci. para
pelajar
ditingkatkan lagi
pengetahuan
dan penghayatan
mereka dalam
bidang Tilawah
al-Quran, 'Ulum
Syari'yah dan
Akhlak Islamiyah.

Terperinci dan
menepati
Standard
pelajar. Segala
pembelajaran
al-Quran, hadis,
adab, sirah,
ibadah dan jawi
mengikuti
standard
kemampuan
pelajar.
Segala
pengajian
adalah
bertujuan untuk
pelajar-pelajar
dapat
mengamalkanny
a di dalam
kehidupan
harian selain
untuk
peperiksaan.
Sukatan yang
digariskan
menepati
kemampuan
dan masa yang
ditetapkan.
Pengajian lebih
kepada untuk
mendidik pelajar
mengamalkanny
a di dalam
kehidupan
seharian.
Sukatan tidak
membebankan

i.

KURIKULUM

ii.

TUJUAN DAN
SASARAN

Pengajian
hanya untuk
ilmu dan fakta
sahaja untuk
peperiksaan.

Pengajian
bertujuan untuk
ilmu dan fakta
serta
mengamalkanny
a selain untuk
peperiksaan.

Pengajian
bertujuan untuk
ilmu dan fakta
serta
mengamalkanny
a selain untuk
peperiksaan.

iii.

SUKATAN

Terlalu
banyak. Ini
kerana guru
terpaksa
mengajar
banyak kerana
tiada sukatan
yang
ditetapkan
dengan masa
yang terhad.

Lebih sedikit
berbanding
KLSR. Tetapi
juga sukar untuk
menghabiskan
sukatan kerana
masa yang
terhad serta
perlu
mengimbangi
pengajian ilmu
dengan amali.

Sukatan yang
ditetapkan tidak
banyak dan tidak
kurang.
Pengajian lebih
tinggi
berbanding
KBSR. Namun
dengan masa
yang terhad,
pengajian lebih
kepada
penyampaian
dan kurang
kepada amalan.

31

pelajar.

iv.

PENILAIAN

Pengajian
berpusatkan
guru. Penilaian
bergantung
kepada
peperiksaan.

Pengajian
berpusatkan
guru. Penilaian
bergantung
kepada amali
dalam kelas dan
peperiksaan.

Pengajian
berpusatkan
guru. Penilaian
bergantung
kepada
peperiksaan.

Pengajian
berpusatkan
pelajar. Segala
penilaian di nilai
dalam kelas
seperti amali,
kelakuan, kerja
dan sebagainya.
Serta penilaian
lain melalui
peperiksaan.

KESIMPULAN

Kesimpulannya,
kurikulum
pendidikan
Islam
di
sekolah-sekolah
kebangsaan sedikit sebanyak telah membantu pelajar Islam mempelajari agama
Islam. Selain itu, dengan adanya kurikulum pendidikan Islam di sekolah-sekolah
kebangsaan ini, sedikit sebanyak juga mampu mengurangkan beban pelajar
daripada memilih 2 sekolah (pagi dan petang). Usaha kerajaan juga harus dipuji
kerana menjadikan kurikulum pendidikan Islam sentiasa dibaiki dan diperkemas
sejak merdeka hingga kini.
Setiap kurikulum yang diatur dan di wujudkan oleh kerajaan ada
kelebihannya tersendiri. Namun transformasi yang berlaku adalah disebabkan
rasional yang kukuh serta mengikut kehendak perubahan waktu dan selaras
dengan cabaran semasa. Namun, kurikulum pendidikan Islam kini juga banyak
kekurangan dan perlu diperbaiki lagi sejajar dengan Negara Malaysia yang
majoritinya beragama Islam.

32

RUJUKAN
1. Abdur Rosyad Syuhudi,Dr., Pendidikan Islam, Universiti Brunei
Darussalam, Bandar Seri Begawan, 1990.
2. Muhammad Hamid Al-Afendi & Nabi Ahmed Baloch, Kurikulum Dan
Pendidikan Guru, terjemahan Ahmad Jaffni Hassan, Mohamad
Nordin Zainuddin, Asiah Idris, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur,1992.
3. Omar Al-Syaibani, Prof. Dr., Falsafah Pendidikan Islam, terjemahan
Prof. Dr.Hasan Langgulung,Hizbi Sdn. Bhd., Selangor Darul Ehsan,
1991.
4. Pengajian Agama Islam & J-qaf, Metodologi Dan Pedagogi
Pendidikan Islam ( Ahmad Mohd Salleh)
5. Falsafah Dan Sejarah Pendidikan Islam, Mohd Yusuf Ahmad
6. Ghazali Darusalam, Pedagogi Pendidikan Islam, Utusan Publication
& Distributors Sdn Bhd, kuala Lumpur, 2004.
7. http://www.moe.gov.my/v/soalan-lazim-view?
id=146&cat=30&keyword=&page=1&

33

Anda mungkin juga menyukai