Anda di halaman 1dari 13

BIDANG TUGAS GURU

PERATURAN TETAP GURU

Kehadiran Bertugas:

1.

Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/81 yang bertarikh 12 September 1981
menyebut bahawa semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, kakitangan sekolah dan
para pelajar dikehendaki berada di sekolah sekurang-kurangnya lima minit sebelum
sekolah bermula. Bagaimanapun, guru bertugas harian perlu hadir di sekolah lebih awal
seperti yang ditetapkan oleh sekolah.

2.

Adalah menjadi tanggungjawab para guru untuk mengamalkan ketepatan masa itu
sepanjang waktu bertugas di sekolah, semasa datang dan balik dari sekolah, ketika
memasuki bilik darjah untuk mengajar dan masa menjalankan sesuatu kegiatan di luar
bilik darjah.

3.

Ketepatan masa juga bermakna seseorang guru hendaklah mengikut jadual pengajaran
dan tidak dibenarkan meninggalkan kelasnya atau pun kawasan sekolah.

4.

Peraturan ketepatan masa dikenakan kepada semua guru, kakitangan dan para pelajar.

Kepatuhan Tugas:

1.

Semua guru dan kakitangan hendaklah menandatangani buku kedatangan sebaik


sahaja tiba di sekolah dengan mencatatkan nama, masa sampai dan menurunkan
tanda tangan.

2.

Guru dan kakitangan tidak dibenar meninggalkan kawasan sekolah dengan tidak
mendapat keizinan Guru Besar terlebih dahulu.

3.

Mereka yang datang lewat hendaklah berjumpa dengan Guru Besar dengan memberi
sebab musabab kelewatan itu.

4.

Sekiranya tidak dapat menghadirkan diri di sekolah kerana kecemasan atau jatuh sakit
dan kemalangan, mereka perlu menghubungi pihak sekolah. Mereka juga dikehendaki
mengemukakan sijil sakit kepada Guru Besar apabila kembali bertugas semula.

5.

Guru-guru tidak dibenarkan meninggalkan bilik darjah semasa mengajar kecuali dengan
mendapat kebenaran daripada Guru Besar terlebih dahulu.

6.

Kehadiran semua guru adalah wajib semasa kegiatan dan upacara rasmi sekolah
seperti Hari Sukan Tahunan, Hari Penyampaian Hadiah, Mesyuarat Agung Persatuan
Ibu Bapa Guru untuk mengawasi para pelajar, melaksanakan tugas yang
dipertanggungjawabkan pelajar, di samping memberi sumbangan bakti dan bantuan
yang diperlukan agi menjayakan upacara tersebut.

7.

Para guru yang telah ditetapkan untuk mengawasi kegiatan ko-kurikulum, mesti
menghadirkan diri. Sebarang kesulitan yang berbangkit disebabkan oleh ketiadaan guru
pengawas adalah tanggungjawab guru itu sendiri.
Tugas Akademik Guru:

1.

Guru hendaklah menunjukkan sikap profesional dan budaya kerja yang bermutu tinggi.

2.

Kerja rumah hendaklah diberikan kepada pelajar berdasarkan garis panduan yang
diberikan oleh Guru Besar atau guru kanan masing-masing. Semua kerja rumah
hendaklah diperiksa dengan teliti.

3.

Ketua jabatan atau guru kanan mata pelajaran diberi kuasa untuk menyemak dan
menentukan bahawa buku rampaian, buku kerja dan lain-lain latihan diperiksa dengan
penuh teliti.

4.

Pemeriksaan buku tidak boleh dilakukan semasa mengajar di dalam kelas kecuali guru
itu mengawasi kerja pelajar di meja pelajar itu sendiri.

5.

Guru yang ditugaskan sebagai guru ganti hendaklah mengisi waktu itu dengan
pelajaran yang difikirkan perlu dan ini merupakan juga tugas rasmi guru itu. Pengajaran
itu mesti diisikan dengan kerja-kerja yang memberi faedah kepada pelajar.

6.

Biasanya guru mempunyai waktu untuk mengajar sebagaimana yang ditetapkan dalam
jadual waktu masing-masing. Waktu tidak mengajar, terluang/rehat di sekolah adalah
dikira masa bekerja. Guru Besar boleh mengarahkan guru-guru menggunakan masa itu
untuk menggantikan guru yang tidak hadir.

7.

Mereka perlu membuat persediaan mengajar seperti membaca buku tambahan,


menulis buku ringkasan mengajar, menyediakan alat bantuan mengajar dan memeriksa
buku latihan pelajar.

8.

Mereka juga boleh mengadakan pertemuan dengan pelajar-pelajar yang bermasalah.


Mereka juga boleh melaksanakan aktiviti-aktiviti ko-kurikulum dan lain-lain tugas yang
difikirkan perlu atau diarahkan oleh pihak sekolah.

Buku Ringkasan Mengajar:

1.

Kementerian Pendidikan telah menetapkan peraturan mengenai pengisian Buku Rekod


Mengajar. Peraturan ini hendaklah dipatuhi dan dilaksanakan dengan sepenuhnya.

2.

Dalam Buku Rekod Mengajar itu mesti mengandungi salinan jadual waktu persendirian
termasuk analisisnya, salinan sukatan pelajaran, salinan kertas soalan peperiksaan dan
keputusan peperiksaan bagi tiap-tiap kelas yang diajar oleh guru itu.

3.

Pada tiap-tiap hari hujung minggu, Buku Rekod Mengajar yang telah siap diisi untuk
minggu berikutnya hendaklah diserahkan kepada Guru Besar. Buku Rekod Mengajar
adalah menjadi hak milik sekolah dan perlu diserahkan ke pejabat apabila guru itu
bertukar, bercuti panjang dan juga pada akhir tahun sekiranya Guru Besar memerlukan
agar dia berbuat demikian.

Perhubungan Guru Dengan Pelajar:

1. Guru perlu mempunyai hubungan mesra dengan semua pelajar dan sentiasa
bermuka manis. Mereka perlu memahami masalah pelajar.
2. Disiplin pelajar adalah menjadi tanggungjawab semua guru. Tindakan segera
perlulah diambil terhadap sebarang pelanggaran disiplin yang dilakukan oleh
pelajar.Kes-kes pelanggaran disiplin yang serius hendaklah dilaporkan kepada
Guru Besar atau guru disiplin.
3. Tiap-tiap guru adalah bertanggungjawab untuk memelihara dan mengekalkan
disiplin. Kesalahan yang berat sahaja hendaklah dilaporkan kepada Guru Besar
untuk mendapat keputusan bagi pelaksanaan yang berkesan.
4. Perkara-perkara tatatertib yang dianggap berat adalah seperti menganggotai
pertubuhan haram, membawa senjata merbahaya dengan tujuan jahat, memukul
guru, mengancam keselamatan orang lain serta melanggar peraturan sekolah.
Pelajar juga dilarang menulis kepada akhbar tanpa memberitahu pihak sekolah,
merosakkan harta sendiri, guru, pelajar, dan sekolah, mencuri, menghisap rokok
dan mengambil dadah, berjudi, meminum minuman keras dalam kawasan
sekolah, membantah hukuman guru, bersifat bongkak dan menghina guru atau
Guru Besar.
5. Guru yang mengajar dalam kelas hendaklah mengawal disiplin pelajarpelajarnya.
6. Para guru hendaklah menunjukkan teladan, sikap dan perwatakan yang sesuai
untuk dihormati dan dipandang tinggi oleh pelajar.
7. Jika terdapat pelajarnya yang sakit atau ditimpa kemalangan, guru tersebut
hendaklah melaporkannya kepada guru bertugas harian atau penolong kanan
dengan segera.

Pakaian:

1.

Guru hendaklah kelihatan kemas dengan memakai pakaian yang sesuai semasa
bertugas di sekolah.

2.

Mereka tidak dibenarkan memakai selipar dan baju T walaupun pada waktu petang
semasa berada di sekolah.

3.

Pakaian formal mesti dipakai semasa upacara rasmi sekolah.

Potongan Rambut:

1.

Potongan rambut tidak boleh melebihi kolar baju bagi guru lelaki. Rambut perlu diurus
dan kelihatan kemas.

Pelawat:

1.

Jangan benarkan pelawat termasuk jurujual berjumpa dengan pelajar di dalam bilik
darjah atau makmal.

2.

Pelawat atau jurujual hanya boleh berjumpa dengan guru sekiranya mereka mendapat
kebenaran daripada Guru Besar terlebih dulu.

3.

Perbincangan antara pelajar dan guru dengan pelawat atau jurujual hanya boleh dibuat
di dalam bilik guru sahaja.

Kenyataan Akhbar:

1.

Guru adalah dilarang daripada membuat kenyataan akhbar walaupun bertindak atas
nama Guru Besar atau pihak sekolah.

Surat Rasmi:

1.

Semua surat rasmi yang hendak dihantar keluar dari sekolah sama ada dari guru atau
dari persatuan dan kelas hendaklah dikirim melalui Guru Besar.

Lawatan:

1.

Sebarang lawatan yang dilakukan oleh persatuan dan kelab hendaklah terlebih dahulu
mendapat kebenaran daripada Guru Besar dan Jabatan Pendidikan Negeri.

2.

Untuk lawatan ke luar negeri, borang permohonan hendaklah dikirim ke Jabatan


Pendidikan Negeri melalui Guru Besar. Surat itu mesti dikirim sekurang-kurangnya lima
minggu sebelum lawatan dilakukan.

Kutipan Wang:

1.

Guru penasihat yang dilantik untuk mengawas perjalanan persatuan dan kelab perlu
mengawasi hal ini.

2.

Mereka perlu menentukan bahawa wang yang dipungut itu tidak disalahgunakan oleh
persatuan dan kelab. Pembukaan akaun bank adalah perlu jika wang yang berkenaan
itu dianggap besar jumlahnya.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU KELAS

Bidang Tugas:

1.

Merekod dan mengemaskini butiran peribadi pelajar ke dalam buku jadual kedatangan,
buku rekod mengajar, buku kemasukan sekolah dan APDM.

2.

Buku jadual kedatangan para pelajar hendaklah ditanda pada waktu yang pertama
pada setiap hari belajar.

3.

Memastikan pelajar membawa surat daripada ibu bapa penjaga atau surat doktor
sekiranya mereka tidak dapat menghadirkan diri di sekolah.

4.

Bagi pelajar yang tidak hadir selama tiga hari berturut-turut dengan tiada memberi
penjelasan dan sebab yang munasabah, guru darjah hendaklah mengirimkan surat
amaran ponteng sekolah kepada penjaganya dengan satu salinan ke pejabat sekolah.

5.

Sekiranya pelajar tidak hadir selama sebulan, namanya dikeluarkan dari buku jadual
kedatangan. Kes-kes ini hendaklah dirujukkan kepada PK HEM terlebih dahulu.

6.

Menjalankan pengurusan bilik darjah seperti pemilihan ketua darjah mengikut suara
ramai dalam kelas, membuat giliran bertugas, giliran kebersihan, alat tulis, perhiasan
kelas, kerusi meja berada dalam keadaan teratur dan menguruskan pertukaran pelajar.

7.

Memungut yuran-yuran khas, yuran peperiksaan, sukan dan permainan dan


mengeluarkan resit kepada pelajar dan merekodkannya ke dalam buku jadual
kedatangan dan buku yuran.

8.

Menyerahkan kira-kira pungutan yuran pada masa yang ditetapkan pihak sekolah.

9.

Menguruskan pengagihan dan pemulangan Skim Pinjaman Buku Teks kepada pelajar
dan memungut buku daripada pelajar yang hendak bertukar ke sekolah lain.

10.

Membantu Guru Besar dalam pengurusan biasiswa, mengirim surat-surat jemputan


kepada ibu bapa, sijil berhenti sekolah dan surat akuan.

11.

Mengisi butiran semua ujian dengan lengkap untuk dikaji dan dianalisis.

12.

Mengambil, menyalin dan menyemak jadual waktu kelas masing-masing dan


memberitahu pelajar.

13.

Bertanggungjawab terhadap disiplin pelajar dalam kelasnya dan menanam semangat


rajin, tekun, dedikasi, berusaha dan kesedaran sivik.

14.

Melaporkan kes-kes yang tidak dapat diselesaikan oleh guru kepada guru PK HEM
seperti ketidakhadiran, ponteng yang berulang, kesulitan memungut yuran dan masalah
disiplin lain.

15.

Merekodkan butiran peribadi yang lengkap mengenai kemasukan pelajar baru dan
mereka yang berhenti dalam Jadual Kedatangan, Buku Rekod Mengajar dan Buku
Daftar Kemasukan Pelajar.

16.

Bagi kelas-kelas peperiksaan adalah penting baginya untuk mengisi borang masuk
peperiksaan. Mereka juga perlu memungut yuran peperiksaan dan membantu
menyusun kerusi meja.

17.

Mengisi butiran kemajuan akademik pelajar ke dalam Buku Kemajuan di samping


menyediakan tabung markah atau mark sheet.

18.

Bertanggungjawab terhadap keselamatan perabot dan kebersihan kelasnya.

19.

Menyediakan senarai tugas bagi pelajar dalam kelasnya untuk tugas pembersihan
kelas pada tiap-tiap hari persekolahan.

20.

Berada di samping pelajarnya semasa pelajar beratur di kaki lima kelas dan pada masa
perhimpunan hari biasa.

21.

Memastikan papan kenyataan kelas ditampalkan dengan makalah-makalah, maklumat


dan berita-berita yang positif, membina dan terkini.

22.

Dalam tiap-tiap peperiksaan sekolah, guru mata pelajaran harus memberi markah
kepada guru-guru kelas untuk meringankan beban tugas guru.

SENARAI TUGAS GURU KELAS


1.

Pengurusan dan Organisasi Kelas


1.1 Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada Ketua Kelas, Penolong
Ketua Kelas, Ketua Keceriaan dan Kebersihan dsb.
1.2 Menentukan perkara-perkara yang berikut ada di dalam kelas
(a)
Jadual Waktu
(b)
Jadual Bertugas
(c)
Motto Kelas
(d)
Perabot kelas seperti kerusi-meja guru dan murid mencukupi
(e)
Alatan pembersihan seperti penyapu, bakul sampah dan pencedok
sampah
(f)
Papan tulis, kapur, papan kenyataan, almari dan lain-lain keperluan
bilik darjah mencukupi dan dalam keadaan baik dan teratur.
1.3 Melaporkan perabot dan peralatan yang rosak kepada guru berkenaan.

1.4 Membimbing organisasi kelas/ murid yang dilantik menjalankan tugas.


1.5 Mengadakan tabung kelas dengan jumlahnya terpulang kepada budi
bicara murid. Tabung ini adalah bagi tujuan yang berikut:
(a) Kebajikan murid
(b) Keceriaan kelas jika perlu dan lain-lain
2.

Jadual Kedatangan dan Kedatangan Murid


2.1 Menandakan Jadual Kedatangan Harian selewat-lewatnya sebelum waktu
kedua berakhir dan menyimpan Buku Daftar Kedatangan Murid di pejabat.
2.2 Menentukan semua butir yang dikehendaki di dalam Buku Daftar
Kedatangan Murid Ditulis dengan lengkap.
2.3 Memastikan data terkini murid di dalam kelas.

3.

Laporan / Rekod Profil / Kemajuan Murid, Sijil Berhenti, Surat Akuan, Buku
Rekod Kesihatan, dan Rekod Pergigian
3.1 Memastikan setiap murid mempunyai
(a)
Rekod Profil / Kemajuan Murid
(b)
Kad Kesihatan
(c)
Kad Pergigian
(d)
Buku Nilam

4.

Kutipan Yuran dan Derma

4.1

Mengutip yuran sekolah pada awal tahun persekolahan dan menggalakkan


murid membayar kesemua yuran sekali gus.

4.2

Mengutip derma PIBG.

4.3

Mengeluarkan resit rasmi kepada murid bagi pembayaran yang dibuat.

4.4

Menyerahkan wang kutipan yuran sekolah, insurans Takaful dan lain-lain derma
kepada pembantu tadbir sekolah (Pentadbiran).

4.5

Menyerahkan wang kutipan derma PIBG kepada Bendahari PIBG.

5.

Buku Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)

5.1

Mengagihkan Borang SPBT 1 bagi mengenal pasti murid mendapat Skim


Pinjaman Buku Teks (SPBT).

5.2

Memastikan SPBT diagih kepada murid yang layak dan memastikan buku-buku
tersebut dibalut dan dijaga dengan baik serta ditulis nama murid.
Mengemas kini Borang G semasa pengagihan dan pengembalian atau
mengemas kini fail SPBT dari masa ke semasa.

5.3
5.4

Memungut kembali SPBT pada tarikh yang ditetapkan dan menyenaraikan nama
murid yang tidak mengembalikan / memulangkan atau merosak dan
menghilangkan SPBT pada akhir tahun dan memberikan senarai itu kepada
Guru SPBT.

5.5

Mengenal pasti murid yang layak menerima sebarang bentuk bantuan yang lain
dan Melaporkan kepada Guru Kebajikan.

6.

Pendaftaran Murid Baru

6.1

Menerima kemasukan murid baru.

6.2

Mendaftarkan murid baru ke dalam Buku Kedatangan Murid dan mendapatkan


Nombor Pendaftaran Murid dari Buku Kemasukan Murid daripada Penolong
Kanan HEM.

6.3

Mengambil butir-butir diri yang diperlukan.

6.4

Menentukan penerimaan borang SPBT (sekiranya layak) dari sekolah yang


terdahulu dan memastikan murid ini dapa buku teks.

6.5

Menentukan penerimaan Kad Kemajuan / Buku Rekod Profil, Kad 001R, Kad
Kesihatan, Kad Pergigian dan lain-lain dokumen yang diperlukan dari sekolah
yang terdahulu.

6.6

Menentukan rumah sukan.

7.

Murid Keluar

7.1

Menentukan Kad Kemajuan / Rekod Profil telah kemas kini dan diserahkan
kepada murid.

7.2

Menentukan Kad Kesihatan, Kad Pergigian dan lain-lain dokumen yang


berkaitan diserahkan kepada murid.

7.3

Menentukan buku teks (SPBT) telah dipulangkan.

7.4

Menentukan semua jenis bayaran seperti yuran sekolah dsb telah selesai
dibayar.
GURU BERTUGAS HARIAN/MINGGUAN

1.

Guru bertugas harian hendaklah datang sekurang-kurangnya 15 minit sebelum


persekolahan bermula dan pulang sekurang-kurangnya 15 minit selepas sekolah
berakhir.

2.

Memastikan bilik-bilik darjah telah disapu, sampah-sampah telah dibuang /


tingkap telah ditutup setelah tamat persekolahan.

3.

Mengawasi disiplin murid di luar waktu belajar seperti pada waktu rehat dan
waktu sebelum loceng pertama dibunyikan, di sekitar sekolah dan mengambil
tindakan segera dan munasabah jika perlu.

4.

Mengawasi kebersihan bilik-bilik darjah, tandas, dapur RMT, bilik-bilik khas dan
kawasan sekolah.

5.

Mengurus rawatan murid yang sakit dan menghantar mereka ke hospital / ke


rumah.

6.

Mengeluarkan surat kebenaran ke hospital dan merekodkan nama murid yang


memohon.

7.

Mengawasi murid menepati waktu datang dan pulang ke sekolah, masa rehat
dan masa pertukaran guru atau mata pelajaran.

8.

Mengurus hal-hal bersabit dengan kehilangan barang-barang.

9.

Menentukan keselamatan murid di sekitar kawasan sekolah serta mengawasi


harta benda sekolah.

10.

Mencatat kegiatan-kegiatan sekolah seperti sukan, persatuan-persatuan, unit


beruniform dan aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan di sekolah.

11.

Membuat catatan mengenai perkara-perkara penting yang berlaku sepanjang


hari /minggu persekolahan ke Buku Laporan Bertugas, antara perkara-perkara
yang dicatat ialah:

11.1
11.2
11.3
11.4
11.5

kedatangan murid, guru dan staf sokongan


murid ponteng, tidak hadir atau sakit
lawatan-lawatan / pelawat
ucapan / pengumuman-pengumuman dalam perhimpunan
laporan hari Isnin ditulis di dalam buku khas mengenai perhimpunan

12.

Membuat laporan di dalam Buku Laporan Bertugas yang disediakan dan kalau
perlu laporkan terus kepada Guru Besar supaya tindakan segera dapat diambil.

13.

Perhimpunan
13.1 Memastikan semua guru menghadiri perhimpunan
13.2 Memastikan bendera-bendera, pembesar suara dan tempat duduk guru
telah disediakan
13.3 Memastikan murid telah beratur dengan kemas

Anda mungkin juga menyukai