Anda di halaman 1dari 2

Madu

RANGKAP 1
Di pohon sana,
pada dahan pohon tualang
lihatlah lebah-lebah
sudah membuat sarang
serangga yang cergas
sentiasa hidup sepakat
sikap yang terpuji
Maksud : Lebah serangga yang cergas dan mengamalkan hidup bermasyarakat
RANGKAP 2
Ada ratu ada pekerja
berkumpul dan bekerjasama
madu manisnya
penawar penyakit manusia
Maksud : Lebah ada pembahagian tugas yang jelas, namun tetap bekerjasama. Lebah
menghasilkan madu yang berguna untuk manusia
RANGKAP 3
Lebah-lebah
pada dahan pohon tualang
kau membuat aku sedar
harus selalu berusaha
dan meninggalkan jasa
seperti madumu yang istimewa.
Maksud : Kumpulan lebah menarik perhatian penyajak untuk menjadikannya sebagai
contoh, iaitu selalu berusaha dan berbuat jasa kepada semua.
Tema
Kesedaran untuk mencontohi lebah yang sentiasa bekerjasama, dan sepakat, selain berjasa
kepada hidupan lain.
Persoalan
1 Ketekunan dalam melakukan sesuatu pekerjaan
2 Permuafakatan dalam sebarang pekerjaan
3 Kerajinan dalam menyempurnakan sesuatu tugasan
4 Ketaatan terhadap pemimpin
5 Kebijaksanaan dalam mengatur organisasi

6 Hidup berjasa sesama makhluk


7 Kepekaan terhadap sifat terpuji makhluk lain
Nilai
1. Bekerjasama - Kerjasama yang terjalin antara lebah sehingga mampu membuat sarang
pada dahan pokok tualang.
2. Kerajinan - Kerajinan lebah dalam usaha membuat sarang dan menghasilkan madu.
3. Bersatu padu - Hidup lebah yang sentiasa bermuafakat dan bersatu padu telah membawa
kejayaan.
4. Berjasa - Lebah berjasa besar kepada manusia kerana madunya menjadi penawar kepada
penyakit.
5. Taat kepada pemimpin - Pekerja lebah mematuhi arahan ratu sebagai pemerintah.
Pengajaran
1. Kita hendaklah tekun dalam melakukan sesuatu pekerjaan
2. Kita hendaklah sentiasa bermuafakat dan bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu
pekerjaan
3. Kita hendaklah mematuhi arahan ketua
4. Kita hendaklah bijak dalam memimpin
5. Kita wajiblah hidup berjasa sesama makhluk
6. Kita hendaklah mencontohi sifat-sifat terpuji yang dimiliki oleh makhluk lain