Anda di halaman 1dari 12

BAHAN EDARAN 1-5

Bengkel Menganalisis Data


Edaran 1: Jenis dan Proses Analisis Data
Jenis Data
- Kuantitatif- data dalam bentuk yang melibatkan angka atau nilai-nilai yang diwakili
dengan angka

Kualitatif data dalam bentuk huraian, pendapat atau penerangan


Proses Analisis Data
Kumpul data
Asingkan data mengikut jenis / tujuan kajian
Susun data untuk dianalisis
Laksanakan analisis mengikut cara yang ditetapkan
Janakan keputusan dan persembahan grafik
Membuat intepretasi
Membuat keputusan

Edaran 2: Kaedah Analisis Data Kuantitatif


Kaedah Statistik

Descriptif menghurai dan memperihalkan perkara / vaiabel yang diukur secara ringkas dan

mudah difahami
Memperihalkan bentuk taburan
Memperihalkan titik tengah taburan (pusat) atau titik di mana ia paling kerap belaku (min,

mod, median)
Memperihalkan serahan taburan (sisihan piawai, julat)

Inferens menguji hipotesis

Mengenalpasti perhubungan antara 2 perkara /variabel


Mengenal pasti kesan / perubahan
Membuat perbandingan
Boleh Membuat inferens terhadap populasi berdasarkan nilai-nilai pada sampel sekiranya
syarat-syarat dipatuhi

Jadual 3.4 Panduan Am Memilih Teknik Statistik


(Ubahsuai daripada B.G. Tabachnick & L. S. Fidell,1996)
Bilangan (jenis)

Bilangan (jenis)

Soalan Kajian

pembolehubah
bersandar

pembolehubah
bebas

Pembolehubah
kawalan

Satu (selanjar)
Satu (selanjar)

Teknik
statistik

Korelasi r
Tiada

Multiple R

Ada

Sequential
Multiple R

Lebih dpd
satu (selanjar)
Perkaitan antara
pembolehubah
Satu (diskrit)

Satu (diskrit)

Chi-square

Lebih dpd
satu (selanjar)

Lebih dpd
satu (selanjar)

Canonical R

Tiada

Ujian t atau
ANOVA
sehala

Ada

ANCOVA
Sehala

Tiada

ANOVA
Dua hala

Ada

ANCOVA
Dua hala

Satu (diskrit)

Satu (selanjar)

Lebih dpd
Satu (diskrit)
Perbezaan
Antara
kumpulan

Satu (diskrit)

Satu (diskrit)

Chi square
Tiada

MANOVA
Sehala

Ada

MANCOVA
Sehala

Tiada

MANOVA
Dua hala

Ada

MANCOVA
Dua hala

Satu (diskrit)
Lebih dpd
Satu (selanjar)
Lebih dpd
Satu (diskrit)

Aktiviti Menganalsis Data Kuantitatif

Contoh 1: Apakah angka kegemaran kelas saya?


Semua peserta dikehendaki menyatakan angka kegemaran mereka (1-9) satu per satu.
Tuliskan nombor pada papan hitam secara berselerak.
Peserta diminta menafsir angka-angka tersebut. Apakah angka-angka ini cuba memberiahu
kita?
Peserta diminta memproses data itu secara teratur seperti tersebut di atas.
Menyusun data dalam bentuk jadual kekerapan- guna teknik gundang.
Gambarkan kekerapan itu secara grafik carta bar.
Kirakan peratus setiap kekerapan- menentukan nombor yang paling digemari.
Membuat bandingan mengikut peratus dan carta bar serta membuat intepretasi.
Membuat kesimpulan nombor yang paling gemar untuk kelas saya ialah ___

Contoh 2:
Jadual berikut menunjukkan skor Ujian matematik oleh pelajar lelaki dan perempuan.
Bandingkan pencapaian kedua-dua kumpulan dalam ujian ini.
Bagaimana membanding?

Skor Ujian Matematik (20 item)


Lelaki

12, 13, 11, 10, 15, 20, 12, 14, 9, 8, 11, 13

Perempuan

10, 12, 13, 14, 15, 16, 15, 16, 17, 18, 14, 13

Lakukan proses analisis data seperti di atas sekali lagi.

Edaran 3: Kaedah Analisis Data Kualitatif

Berbagai kaedah analisis data kualitatif seperti berikut boleh digunakan.


Kaedah tipologi
Kaedah Taksonomi
Kaedah Perbandingan
Kaedah Induksi Analitik
Kaedah Analisis Matrik
Kaedah Analisis Peristiwa
Kaedah Analisis Metafora
Kaedah Analisis Hermeneutikal
Kaedah Analisis Perbincangan
Akan tetapi dalam bengkel ini dua kaedah berikut akan digunakan.

Kaedah Tipologi
Pengelasan mengikut corak dan tema tertentu
Setiap kategori data atau tema tidak bertindih
Cth Data temu bual dan data senarai semak disusun secara sistematik
Kaedah Taksonomi
Kaedah yang kompleks yang mengandungi beberapa lapisan konsep atau tema disusun secara
taksonomi
Dari konsep atau tema terpenting sehingga kurang penting

PROSES ANALISIS DATA DALAM PENYELIDIKAN TINDAKAN


Miles & Huberman (1982) telah menyarankan struktur berikut sebagai panduan proses
analisis data kualitatif:

Selecting Data
Reading Data
Presenting Data
Interpreting data and drawing conclusions
Collecting Data
Further research activities

(Sumber: Altrichter, Posch, & Somekh, 1993).

KAEDAH-KAEDAH ANALISIS DATA DALAM PENYELIDIKAN TINDAKAN

Analisis Kandungan (Content Analysis)


Secara ringkas, kaedah ini melibatkan penyelidik
Meneliti data yang diperolehi (contoh: transkrip rakaman audio sesi pengajaran &
pembelajaran) dan menggariskan/menandakan perkara-perkara yang dianggap penting
berhubung dengan persoalan kajian.
Merujuk balik perkara-perkara yang ditandakan dan menentukan kategori yang sesuai
(contoh: Penyoalan Guru, Pujian dll).
Melabelkan bahagian-bahagian data dengan Nama Kategori atau Singkatan/Kodnya (Contoh:
PY bagi Penyoalan, PJ bagi Pujian dsb) digunakan, pastikan koding yang lebih detail
digunakan agar punca data berkenaan dapat dikenal pasti.
Contoh : PJ: TSPP3 / 2 / 18

Kategori Pujian
Punca Transkrip Sesi P&P Ke-3
Muka Surat ke-2
Baris ke-18

Analisis Pola (Pattern Analysis)

Setelah mengenal pasti serta membuat pengekodan perkara-perkara penting, penyelidik


membuat analisis berpandukan kepada soalan-soalan berikut:
Apakah pola yang dapat dilihat?
Apakah kesignifikan pola ini?
Apakah kesan pola perlakuan tersebut?
Sejauh manakah pola serta kesan daripadanya serasi/sepadan dengan hasrat guru?
Sekiranya kesan pola berkenaan memang sepadan dengan hasrat guru, apakah teori yang
dapat dirumuskan?
Analisis Dilema (Dilemma Analysis)

Meneliti data yang diperolehi (khasnya transkrip temu bual) untuk mencari kes-kes di mana
sasaran kajian menghadapi dilema yang bercorak
On one hand .. but, on the other hand
Menuliskan satu pernyataan yang jelas tentang dilema berkenaan.
Menjelajah dilema tersebut untuk memahami faktor-faktor yang menimbulkannya, kesan
serta tahap seriusnya.
Mencari penyelesaian.

Apakah peringkat-peringkat dalam penganalisisan data kualitatif?


Dalam penyelidikan kualitatif penganalisisan data dilakukan secara berterusan sepanjang
proses penyelidikan.
Sebelum pengumpulan
data

Jenis kerangka konseptual


Kes mana?
Apakah soalan kajian?
Apakah kaedah pengumpulan data?
Semasa pengumpulan data Membuat keptusan bagi menyempitkan bidang/skop yang
dikaji
Merancang sesi mengumpul data seterusnya berdasarkan
kepada pemerhatian yang telah dibuat
Menulis ringkasan, memo, komen dan pandangan
mengenai idea yang dibentuk
Mengekodkan data
Mencungkil tema
Membina kategori atau kelompok
Selepas pengumpulan data Mengenal pasti pola, keterangan, persamaan,
kemungkinan, proposisi, aliran sebab akibat, tanggapan
dan perspektif alternatif
Secara keseluruhan proses penganalisisan data meliputi 3 urutan aktiviti, iaitu penyaringan

data (data reduction), persembahan data (data display) dan penulisan kesimpulan/verifikasi
(conclusion drawing/ verifikasi) (Miles & Huberman,1994).
Penyaringan data (Data Reduction)
Proses ini merupakan usaha untuk mengurangkan jumlah data dengan memilih dan
mengasingkan data yang kurang relevan. Untuk itu, aktiviti meringkaskan, memilih buang
dan menyusun data dalam bentuk tertentu dilakukan untuk menjadikan data lebih berfokus
bagi membantu proses membuat keputusan. Proses penyaringan data boleh dilakukan secara
berterusan sepanjang proses pelaksanaan penyelidika: sebelum, semasa dan selepas proses
mengumpul data.
Pengekodan data adalah bahagian penting dalam penyaringan data. Proses ini melibatkan
aktiviti;
Membaca transkripsi untuk menentukan pola atau tema topik;
Menulis ayat sebagai kod kategori untuk mewakili pola atau topik;
Menyenaraikan kategori menurut abjad atau nombor;
Membaca keseluruhan data dan memberikan tanda bagi setiap unit (ayat dan perengan
dengan kategori pengkodan yang berkaitan);
Menguruskan data dengan cara mengasingkan unit-unit mengikut kategori dan
memasukkannya ke dalam fail menggunakan komputer, dan:
Membina kod pola untuk mengenal pasti tema atau keterangan yang muncul.

Persembahan data (Data Display)


Persembahan data merupakan cara sistematik yang paling jelas untuk memaparkan data agar
mudah difahami. Data juga harus dipersembahkan secara tersusun dan padat serta dapat
menjelaskan keputusan yang dibuat. Untuk itu, persembahan data boleh dilakukan dengan
menggunakan perkataan, matrik, graf, carta, jadual dan huraian.

Penulisan Kesimpulan dan Verifikasi


Proses penganalisisan data dilakukan untuk membolehkan penyelidik membina kesimpulan
tentang persoalan kajian. Bagi menjamin keesahan, kesimpulan yang dibina mestilah
disokong dengan bukti-bukti daripada data. Untuk itu, beberapa langkah, seperti meneliti
hubungan antara data, menyemak keesahan melalui bukti yang menyokong dapatan, mencari
bukti yang tidak selaras dengan dapatan, mempertimbangkan perspektif alternatif, iaitu
pemahaman yang diperoleh daripada kajian, menyemak silang dengan perspektif responden
dan/atau rakan penyelidik lain perlu dilakukan.
(Sumber: Bahagian Pendidikan Guru, (2002). Garis Panduan Kursus Penyelidikan
Tindakan Untuk Maktab/Institut Perguruan Malaysia m.s. 81-84, Sub Unit
Penyelidikan Unit Dasar, Perancangan & Pembangunan)

Edaran 4: TRANSKRIP TEMU BUAL (NG KEE CHUAN, 1997)


Sila baca transkrip temu bual ini dan jawab beberapa soalan berikut.
Tajuk Kajian: Keberkesanan Bimbingan Latihan Mengajar
Tarikh:
7 Jun 1997
Tempat:
Maktab Perguruan Kent Sabah
Masa:
2.30 petang
Kunci: (N) K.C Ng, (K) Kathy, (R) Rus, (S) Sutinah
Peserta
Perbualan
N

Bilakah anda mula sedar masalah utama ini ?


K

Bagi saya.mula-mula saya tidak sedar itu


N

Ya! Bila saya tengok dalam buku rekod kamu, anda


pernah menulis tentang masalah itu

Mungkin itu bukan yang saya first time masuk itu,


K
apabila saya masuk mengajar memang tidak dapat

Sejak praktikum I, saya hadapi masalah yang sama,


S
mula-mula masuk tidak ada masalah disiplin tetapi bila sudah
biasa dengan murid-murid itu, mereka pun mulalah

Jadi semasa itu kamu ada jalankan apa-apa tindakan


N
tak?, untuk mengatasi masalah ini?

Masa itu saya kurang bimbingan macam mana


S
mengatasi, Jadi saya tiada idea macam mana hendak.. sebab
pensyarah masuk tiada masalah

Apakah perasaan anda setelah meninggalkan sekolah?


N

Sedih pun ada, lega pun ada. Sebab tidak perlu


K
menyediakanRPH. Sebab itu yang menekan. Rasa sedih kerana
terpisah dengan murid-murid. Terharulah meninggalkan mereka

Saya pun lebih kurang dengan (K) walaupun budakS


budak itu macam ada kalanya geram juga dengan mereka itu.
Tetapi apabila terpisah agak sedih juga. Dan lagi satu saya ada
banyak pengalaman

Sedih itu memang sedih. Tetapi hari ini memang latihan


kan?. Saya menunggu-nunggu sekolah yang tetap. Memang
R
saya menantikan penempatan itu.

Bagaimana dengan masalah utama anda? Bilakah anda


mula
sedar?
N

Kalau masalah utama dari LM 1. Tetapi di Tempasuk II,


mungkin seminggu dua minggu saya masuk baru nampaklah
R

Semasa LM 1, kamu ada ambil apa-apa tindakan atau


tidak?
N

Ada tetapi murid-murid saya semasa LM 1 lebih berada


R
di bandarkan, suka juga menggunakan Bahasa Inggeris

Jadi apakah pendapat anda terhadap dua kawasan LM


N
ini?
K

Saya lebih bersedia untuk posting. Dalam praktikum II


memang banyak yang sudah saya dapati. Lebih bersedia untuk
mempraktikan apa yang sudah didapati..cubalah
N

Apakah yang menyebabkan anda lebih yakin?


K

Sebab sepanjang praktikum kita kenali apa kelemahan,


bila cuba menyelesaikan masalah itu juga, kita nampak reaksi
murid kita, jadi lebih yakin untuk teruskan apa yang kita telah

Kod

K
R

N
R
K
S

lakukan

Kalau dibandingkan dengan LMI dengan LMII ini lebih


banyak pengalaman jadi saya rasa macam tersedia untuk pergi
ke sekolah yang tetap.

Tetapi setuasi yang baru lagi, gentar juga

Kalau saya sedia, memang sedialah. Tidak tahu tempat,


tidak pasti apa yang sudah dibuat di sekolah boleh dibuat
disana. Mungkin persekitaran yang lain kan?

Sudahkah anda dapat selesaikan masalah utama kamu


atau belum

Kalau saya belum. Tapi ada perkembangan

Kadang-kadang tercapai, kadang-kadang aktiviti yang


sama itu kadang-kadang tidak ada perkembangan

Saya rasa macam satu kitaran. Sebab kadang-kadang


masalah disiplin itu tidak timbul bergantung kepada cara saya
mengendalikan pelajaran itu. Tetapi lepas itu lama-lama lagi ada
juga masalah walaupun saya gunakan kaedah yang sama. Jadi
macam pusing-pusinglah. Saya rasa tidak habislah !

Sila analisis transkrip ini dengan tajuk-tajuk berikut;


A: Catatkan ungkapan-ungkapan yang membawa maksud:

Kawalan Kelas
a)________________________________________________________
b)________________________________________________________
c)________________________________________________________
(Kekerapan:
)

Keyakinan guru pelatih


a)________________________________________________________
b)________________________________________________________
c)________________________________________________________
(Kekerapan:
)

B: Gunakan Kod dan catatkan kekerapan perkataan itu disebut:

Kawalan Kelas: disiplin (

) susah (

Keyakinan guru pelatih: gentar (


boleh buat (

)
)

Ng Kee Chuan. (1997). Kaedah mengintegrasikan prinsip-prinsip penyelidikan tindakan


dalam praktikum guru-guru pelatih maktab perguruan: Satu kajian kes. Tuaran, Sabah:
Maktab Perguruan Kent.

Edaran 5: CATATAN PEMERHATIAN KAJIAN


Catatan berikut merupakan catatan yang dibuat oleh seorang pensyarah semasa membuat
pemerhatian dalam bilik kuliah:
[11:02 am] The lecturer then switched to what the class would be doing that day, she said
something like lots of book talk today. Two young women in the front row started talking to
one another while the teacher was talking. Several people [maybe 5] were shifting around in
their desks]. The lecturer then was talking about catching up with response logs today.
One young man in the row in front of me was paging through the Wings For the Future
brochure. Another female student, two rows in front of me was paging through another kind
of book. Three students in that same row on the far right were paging through notebooks.
The lecturer said something like: You are doing a wonderful job with your personal
responses. (She had described them as journals for personal reactions to the material they
were covering in class and the text.) The lecturer went on to say I think journals now will
be taken on a rotation basis (I find myself concentrating on what the lecturer is saying
rather than on the class participants].
[11.12 am] Two young women sitting in front of me were discussing something. I havent
seen any of the students write anything down yet. Most people have notebooks or binders
sitting on their desks. Some are open and some are closed. Three to four different groups
of student pairs are talking to one another while the lecturer is talking. The lecturer now is
talking about have to remember that you have a life outside of school. Its easy to be a
martyr if something comes up outside of school you have to take care of yourself Ive
seen a lot of teacher burn-out from not taking care of yourself. (The lecturer, I think is
referring to once the students are teachers, not their role presently as students.
[11.22 am] (I stopped to figure out how many rows and desks were filled in the lecture room.
I thought it might help me remember more when I typed up the fieldnotes if I could reference
where people were sitting.) A girl who the lecturer called Jamilah asked a question, Are
you saying we need to know about stress management?

(Sumber: Lim Keat Heng, 2000)


Lim Keat Heng (2000) Pungutan Data Kualitatif melalui Pemerhatian. Kertas
disampaikan pada Kursus Pendek Kelolaan Maktab Pembelajaran Koperatif
berasaskan Kajian Tindakan, Jun 2000. Kota Samarahan: Maktab Perguruan
Samarahan, Sarawak.

Anda mungkin juga menyukai