Ehsan Is Important
Ehsan Is Important
IHSAN
KUMPULAN B
NO MATRIK: D20142069293
IHSAN
PENGERTIAN IHSAN
Ihsan membawa maksud berbuat baik, membaikkan dimana berbuat sebaik-baiknya
membawa makna membuat sesuatu dengan sempurna. Dengan kata lain Ihsan itu juga
membawa pengertian berbuat sempurna atau menyempurnakan sepertimana ihsan
dalam solat yang membawa maksud melakukan solat dengan sempurna dengan
membulatkan budi dan hati, sehingga fikiran, penghayatan dan anggota jasmani menjadi
satu dan hanya tertuju kepada Allah sahaja
Ihsan ialah memperhamba diri kepada Allah (tabudallah) dengan sepenuh hati, seolaholah kamu melihat Allah, kerana walaupun kamu tidak melihat Allah, Allah melihat
kamu
(H.R. Muslim)
Secara umumnya tabudallah itu membawa makna menyembah Allah dan
menyembah Allah itu telah disamakan dengan ibadah solat atau sembahyang (sembahyang).
Solat yang ihsan akan melahirkan sifat khusyuk ketika solat. Khusyuk dalam solat
didefinisikan sebagai melaksanakan solat dengan sepenuh hati seolah-olah kita melihat
Allah walaupun kita tidak nampak Allah.
Selain daripada ihsan dalam solat, sifat ihsan ini juga boleh diadakan ketika melakukan
ibadat-ibadat lain seperti zakat, puasa, haji, dan zikir.
Menurut Imam Nawawi, ihsan akan mendorong seseorang agar sentiasa ikhlas dalam
beribadat dan melakukanya semata-mata kerana Allah S.W.T. Ihsan dalam ibadat adalah
antara martabat yang paling tinggi dan mulia. Oleh itu ibadat yang hendak dilaksanakan
perlulah dibina berdasarkan dua perkara yang penting iaitu merasa tawaduk dan tunduk
kepada Allah dan merasa takwa, takut dan merasa kerdil apabila berhadapan dengan
kebesaran dan kasih sayang Allah S.W.T.
golongan Al Bir melainkan beliau telah menunaikan peringkat pertama iaitu Al Takwa
kerana melakukan perkara pertama merupakan syarat mutlak untuk naik ke peringkat
seterusnya.
Kesimpulanya bagi sesiapa yang mendakwa diri mereka telah melakukan kebaikkan
sedangkan beliau tidak mengimani unsur-unsur qaidah iman dalam islam, serta tidak
terhindar dari seksaan api neraka, maka beliau tidak dapat masuk kedalam peringkat Al
Bir. Mengenai perkara ini Allah S.W.T berfirman dalam kitab-Nya :
Bukanlah kebaikan dengan memasuki rumah-rumah dari belakangnya, akan tetapi
kebaikan itu adalah takwa, dan datangilah rumah-rumah itu dari pintu-pintunya dan
bertakwalah kepada Allah agar kalian beruntung. (al-Baqarah: 189)
Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami mendengar seruan orang yang menyeru kepada
iman, yaitu: Berimanlah kamu kepada Tuhanmu, maka kamipun beriman. Ya Tuhan kami
ampunilah bagi kami dosa-dosa kami dan hapuskanlah dari kami kesahan-kesalahan
kami dan wafatkanlah kami bersama orang-orang yang banyak berbuat baik. (Ali
Imran: 193)
Tingkat Al Ihsan ini hanya mampu dicapaii oleh mereka yang telah melalui peringkat
takwa dan al-bir. Selain daripada itu, ihsan ini juga mempunyai dua sisi, sisi pertama
dalam ihsan adalah kesempurnaan dalam beramal sambil menjaga keikhlasan dan jujur
pada saat beramal. Ihsan ini dinamakan sebagai Ihsan dalam Tatacara. Sisi kedua ihsan
adalah sentiasa memaksimumkan amalan-amalan sunnah yang mampu membantu untuk
mendekatkan diri kepada Allah.
MUAMALAH
Dalam aspek ini, ihsan telah dijelaskan Allah S.W.T dalam surah an Nisaa ayat 36, yang
bermaksud :
Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun dan
berbuat baiklah kepada dua orang ibu bapak, karib kerabat, anak-anak yatim, orangorang miskin, tetangga yang dekat maupun yang jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan
hamba sahayamu
Ihsan kepada kerabat karib adalah melalui perjalinan hubungan yang baik dengan
mereka. Malah Allah S.W.T telah menyamakan orang yang memutuskan hubungan
silaturahim dengan orang lain sebagai perosak di muka bumi. Firman Allah :
Maka apakah kiranya jika kamu berkuasa kamu akan membuat kerusakan dimuka bumi
dan memutuskan hubungan kekeluargaan.? (Muhammad: 22)
Silaturahim merupakan kunci untuk mendapatkan keredhaan Allah kerana sebab paling
utama terputusnya hubungan seseorang hamba dengan Allah adalah kerana terputusnya
hubungan silaturahim yang telah dijalinkan dahulu. Dalam sebuah hadis qudsi, Allah
berfirman :
Aku adalah Allah, Aku adalah Rahman, dan Aku telah menciptakan rahim yang Kuberi
nama bagian dari nama-Ku. Maka, barangsiapa yang menyambungnya, akan Ku
sambungkan pula baginya dan barangsiapa yang memutuskannya, akan Ku putuskan
hubunganku dengannya. (HR. Turmuzdi)
Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda:
Tidak akan masuk syurga, orang yang memutuskan tali silaturahim. (HR. Syaikahni
dan Abu Dawud)
Ihsan kepada anak yatim dan fakir miskin
Diriwayatkan oleh Turmudzi, Rasulullah S.A.W
Dari Ibnu Abbas bahwasanya Nabi SAW bersabda : Barangsiapadari Kaum
Musliminyang memelihara anak yatim dengan memberi makan dan minumnya, maka
Allah akan memasukkannya ke dalam surga selamanya, selama ia tidak melakukan dosa
yang tidak terampuni.
Ihsan kepada tetangga dekat, tetangga jauh, dan teman sejawat
Ihsan kepada tetangga dekat membawa maksud berlaku ihsan kepada tetangga yang
berada dekat dengan rumah ataupun tetangga yang dekat dari kerabat manakala tetangga
jauh pula meliputi tetangga yang jauh dari rumah. Manakala yang dimaksudkan dengan
teman sejawat pula adalah mereka yang berkumpul berhampiran atas dasar pekerjaan,
teman sekolah atau kampus, perjalanan, mahad, dan atas sebab lain-lain. Seorang
tetangga kafir hanya mempunyai hak sebagai tetangga sahaja, namun bagi tetangga
muslim mereka mempunyai dua hak iaitu hak sebagai tetangga dan hak sebagai muslim.
Selain itu jika tetangga itu merupakan tetangga kerabat maka beliau mempunyai tiga hak
iaitu hak sebagai tetangga, hak sebagai muslim dan hak sebagai kerabat. Rasulullah
S.A.W telah menjelaskan mengenai hal ini dalam sabdanya :
Dari Abdullah bin Masud RA berkata, bersabda Rasulullah SAW : Demi Yang jiwaku
berada di tangan-NYA tidaklah selamat seorang hamba sampai hati dan lisannya
selamat (tidak berbuat dosa) dan tidaklah beriman (sempurna keimanannya) seorang
hamba sehingga tetangganya merasa aman dari gangguannya. (HR.Ahmad)
Dalam hadis yang lain Rasulullah S.A.W bersabda :
Tidak beriman kepadaku barangsiapa yang kenyang pada suatu malam, sedangkan
tetangganya kelaparan, padahal ia megetahuinya.(HR. ath-Thabrani)
Ihsan dengan perlakuan dan ucapan baik kepada manusia
Rasulullah saw. bersabda, Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kiamat,
hendaklah ia berkata yang baik atau diam. (HR. Bukhari dan Muslim)
Diriwayatkan dari Bukhari dan Muslim, Rasulullah bersabda :
Ucapan yang baik adalah sedekah.
Secara umumnya setiap manusia perlu melembutkan ucapan, saling menghargai dalam
pergaulan, menyuruh kepada kebaikan, mengakui hak-hak mereka serta tidak menggangu
mereka dengan perkara-perkara yang mengusik atau melukai mereka.
Ihsan dengan berlaku baik kepada binatang
Maksud ihsan terhadap binatang adalah berbuat baik kepada binatang mengikut
keperluan binatang tersebut seperti menyediakan tempat tinggal, menyediakan makan dan
minum, tidak menyeksa dan menganiaya binatang, mengubati binatang apabila sakit dan
menjaga binatang dari ancaman musuh. Rasulullah S.A.W telah menjelaskan tentang
kewajibpan berlaku ihsan terhadap binatang berdasarkan hadis yang bermaksud :
Daripada Aby Yala Syaddad bin Aus r.a. bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
Sesungguhnya Allah mewajibkan berlaku ihsan atas semua perkara. Jika kamu
membunuh, berkalu ihsanlah ketika membunuh, dan jika kamu menyembelih, berlaku