Anda di halaman 1dari 5

7 TABIAT UTAMA YANG AMAT BERKESAN

THE 7 HABITS OF HIGHLY EFFECTIVE PEOPLE


Stephen R. Covey

1.( Be Proactive ) Pro-aktifMaksudnya mengambil tanggungjawab terhadap


sesuatu perkara dan bukannya menuding jadi kepada orang lain atau
persekitaran yang menimbulkan halangan dan masalah.
2. ( Begin With The End In Mind ) Mula dengan wawasan di dalam minda.Bina
wawasan berdasarkan prinsip "utara-benar". Cipta satu pernyataan misi hidup
anda dan bayangkan kesudahan misi anda itu. Minda anda perlu membayangkan
kejayaan pencapaian misi tadi untuk merangsang diri anda melakukan langkahlangkah yang sesuai ke arahnya.
3. ( Put First Things First ) Utamakan yang utamaDalam usaha mencapai sasaran
jangka panjang, keluarkan kerja-kerja yang bersifat segera tetapi tidak penting
untuk mencapai sasaran anda. Bahagikan tugas dan rancangan dengan
sebaiknya agar anda tidak perlu memperincikan semua perkara.
4. ( Think Win-Win ) Fikirkan Menang-MenangApabila menghadapi kebuntuan
terutamanya apabila bertembungan kepentingan dengan orang lain, fikirkan
penyelesaian yang memberi manfaat kepada setiap pihak. Dengan itu,
keberhasilan penyelesaian itu akan mudah dicapai.
5. ( Seek First To Understand, Then To Be Understood ) Dengar dahulu sebelum
berkataSebelum anda meminta orang lain mendengar permintaan atau nasihat
anda, dengar terlebih dahulu perihal latarbelakang mereka. Apabila
latarbelakang mereka diketahui anda, anda dapat memikirkan satu penyelesaian
yang memudahkan mereka menerimanya.
6. ( Synergize ) Sepadukan usahaAmalkan kerja dalam kumpulan. Jika hal ini
menjadi tabiat, pencapaian anda akan menjadi berganda kerana faktor kekuatan
kumpulan mengatasi kekuatan individu.
7. ( Sharpen The Saw ) Tajamkan pedangDari masa ke semasa, amalkan
peningkatan diri supaya kadar produktiviti dapat ditingkatkan selaras dengan
perubahan masa.

Pokok yang sihat berpunca daripada akar yang kuat dan mendapat sinaran
mentari serta curahan air hujan yang secukupnya. Akar yang kuat dapat
menyokong pokok agar tidak mudah tumbang di tiup angin kencang.
Inilah analogi untuk sesebuah organisasi. Apabila individu di peringkat akar umbi
berilmu , ber-etika, bertoleransi, berakhlak yang tinggi, dan mempunyai budaya
kerja yang cemerlang, hasilnya pastilah suatu organisasi yang kukuh dan
berjaya, yang tidak mampu di goyah oleh apa jua perubahan dalam persaingan
global hari ini.
Anda mahukan individu yang;
Cemerlang di peringkat personal?
Gemilang di peringkat jabatan?
Terbilang di peringkat nasional?
Boleh, jika anda mula melakukan transformasi ke atas cara setiap individu
mengendalikan kehidupan mereka. Budaya program 7 Tabiat Orang Yang
Amat Berkesan ini mampu membantu anda mencapai ketiga-tiga objektif di
atas.
MENGENAI PROGRAM:
Program 7 Tabiat memberi tumpuan kepada prinsip yang memandu kehidupan
seharian kita baik dari segi personal, interpersonal mahupun pengurusan dan
organisasi. Prinsip ini boleh diaplikasikan pada bila-bila masa dan tidak terbatas
dari segi geografi, sosio ekonomi mahupun jenis industri.
Di peringkat personal, bengkel ini menanamkan nilai-nilai kejujuran dan
kemuliaan. Ini akan memberi ruang ke arah saling mempercayai sesama individu
dan semangat kerjasama akan menular dangan cara spontan. Ini dapat
mengeratkan silaturrahim di antara warga keluarga dan organisasi. Semangat
saling mempercayai ini memudahkan inisiatif seperti pemberian mandat /
perwakilan kuasa(empowerment) untuk dipratikkan di peringkat pengurusan.
Organisasi perlu berganding bahu melahirkan individu yang berwawasan , berani
serta bersemangat untuk menangani masaalah.
Dr Stephen Covey pernah mengatakan untuk mencapai hasil yang berlipat
ganda, kita harus mengubah cara pemikiran kita pada dasarnya tentang sumber
manusia. Mereka adalah asset yang paling bernilai bagi sesebuah organisasi.
Program 7 Tabiat ini merupakan satu-satunya program yang menegakkan ciri-ciri
yang dapat meningkatkan keberkesanan inidividu serta juga organisasi. Ia
berlandaskan prinsip semulajadi dan boleh dipraktikkan oleh semua golongan.
Program 7 Tabiat bukanlah sekadar satu acara (event) yang memberi

motivasi, menghibur dan kemudian dilupai dalam masa yang singkat. Program
ini merupakan suatu proses yang memberi inspirasi yang dapat membawa
perubahan positif untuk SEUMUR HIDUP
Program 7 Tabiat ini akan menjadi pemangkin kepada inisiatif-inisiatif lain untuk
mempertingkatkan lagi keberkesanannya.
Tabiat 1 3 akan membantu peserta menanjak dari tahap pergantungan ke
tahap kebebasan. Ia dapat membina akhlak dan peribadi yang lebih baik dan
kuat ke arah Kemenangan Peribadi. Ini bagaikan akar pokok yang akan
menyokong pokok agar tidak tumbang apabila di tiup angin kencang.
Tabiat 4 6 akan membantu peserta menganjak paradigma dari tahap
kebebasan ke tahap saling pergantungan bagi mencapai Kemenangan Umum. Ini
membolehkan peserta mendapat faedah bersama dalam perhubungan dengan
orang lain.
Tabiat 7 bagaikan hujan dan matahari yang memberi tenaga kepada pokok untuk
terus hidup dengan subur.
MANFAAT PROGRAM:
-Mengimbangkan semua aspek kehidupan anda (karier dan keluarga)
Menggantikan perasaan kelesuan minda (burnt-out) dengan tahap kepuasan
pencapaian yang tinggi
Meningkatkan kepercayaan (diri)
Meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja anda
Menguruskan masa dengan lebih berkesan
Menjadikan anda seorang yang lebih berpengaruh apabila anda mengetahui
erti/makna diri anda yang sebenarnya.
Mewujudkan satu budaya kerja kearah mencapai visi dan misi
Mewujudkan etika kerja, minda dan sikap yang positif serta keluhuran daya
kepimpinan.
Menjurus kepada CEMERLANG, GEMILANG dan TERBILANG
Anda akan dapati mereka yang telah menghadiri program ini lebih berkeyakinan
dan berketrampilan serta menyenangi persekitaran pekerjaan mereka ,
peningkatan dalam produktiviti dan kualiti perkhidmatan. Sesungguhnya, anda
perlu menghadiri program ini untuk merasai keberkesanannya.

APLIKASI BUDAYA 7 TABIAT DALAM BEBERAPA OBJEKTIF KMK.


Program Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja (KMK) di sektor awam diwujudkan
berlandaskan pengurusan yang bersifat kemanusiaan dan menggalakkan
penyertaan setiap individu didalam organisasi. Ini adalah satu manifestasi
tentang kepentingan sumber manusia bagi sesebuah organisasi.
Melalui program 7 Tabiat, anda akan dapati cara untuk memenuhi objektif KMK
dengan menggunakan salah satu atau gabungan beberapa daripada 7 Tabiat
berkenaan.
Contohnya :
1. Pembangunan Diri:.Tabiat 1, 2, 3
2. Peningkatan kualiti:- Tabiat 1, 2,3,5,6,7
3. Peningkatan dalam Perhubungan dan Sikap:- Tabiat 1, 4,5,6
4. Pengurusan pembaziran:- Tabiat 3, 4, 5,6
5. Kepuasan bekerja:- Tabiat, 1, 2, 3,6
6. Pengurangan Kos:- Tabiat 1,3, 4, 6
7. Peningkatan Produktiviti:- Tabiat 1, 2,3,5,6
8. Kesempatan Untuk Menyelesaikan Masalah:- Tabiat 1, 2,5,6
9. Pembinaan Pasukan:- Tabiat 1, 2, 3, 4,5,6
10. Hubungan pegawai dan pekerja lebih rapat:- Tabiat 1, 2, 4,5,6
11. Menarik minat lebih ramai lagi dalam melaksanakan kerja:- Tabiat 1,2,4, 5, 6
12. Meningkatkan penyertaan pekerja:- Tabiat 1, 2, 3. 4,5,6,7
13. Mengurangkan ketidakpuasan hati:- Tabiat 1, 4,5,6
RANGKA KURSUS 7 TABIAT
1) Jadi Proaktif
Focus kepada menerima tanggungjawab dan menganjak paradigma
2) Mula dengan Mengingati Matlamat
Membawa kepada penyatuan kumpulan dan organisasi ke arah satu visi
3) Utamakan Perkara Penting Dahulu
Mengutamakan perkara penting dahulu
4) Fikirkan Menang-Menang
Membantu dalam menambahkan keuntungan kedua-dua pihak dengan pemikiran
Abundance Mentality
5) Usaha Memahami Dahulu kemudian untuk Difahami
Membantu dalam memahami masalah dan mengukuhkan komunikasi ke arah
penyelesaian masalah

6) Bersinergi
Menghasilkan pilihan yang lebih berkesan
7) Menajamkan Gergaji
Membantu supaya sentiasa mengekalkan keberkesanan
Jadi, mulakanlah proses untuk memenuhi cabaran sebenar anda dengan
membaca dan menghadiri program

Anda mungkin juga menyukai