Anda di halaman 1dari 8

ICON MARITIME TRAINING CENTRE

December 2013

BERITA "ICON MARITIME


TRAINING CENTRE"
December 2013 | SKILL ENHANCEMENT PROGRAM (SKEP)

Fakta Terkini
Icon Offshore Berhad pada
ketika ini adalah syarikat
perkapalan pesisiran pantai
yang ketiga terbesar di
Malaysia.

Industri Minyak
& Gas Malaysia
Industri Minyak dan Gas
Negara dijangka
berkembang sehingga 20%
hingga 30% menjelang
tahun 2020

Industri OSV
Malaysia
Dijangkakan industri OSV
terdapat sejumlah 12,000
kelasi kapal yang
berkhidmat di perairan
Malaysiaa dan sejumlah 49
buah syarikat yang
berdaftar dan bekerja di
sektor OSV Malaysia.
Sebanyak 65 buah kapal
ketika ini disewa oleh
PETRONAS.

IMTC DILANCAR

KUALA LUMPUR - Icon Maritime Training Centre (I.M.T.C)


bakal dilancarkan secara rasmi pada bulan Disember 2013
bersempena Acara Makan Malam Tahunan Icon Oshore Berhad.
Pelancaran IMTC akan mengubah lanskap di dalam industri OSV
(Oshore Supply Vessel) di Malaysia.

"IMTC akan menjadi ikon yang unik di


dalam industri OSV di Malaysia kerana
pusat ini menyediakan siri-siri latihan
y a n g k h u s u s ke p a d a p e m b a n g u n a n
kemahiran bagi para pekerja di industri
perkapalan pesisiran pantai ini." ujar Dr
Jamal Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif,
Icon Oshore Berhad (Gambar).

Tambahan beliau lagi, "Program kelolaan


I M T C a k a n m e n d a p a t s o ko n g a n p e n u h d a r i Ja b a t a n
Pembangunan Kemahiran Malaysia (JPK), agensi di bawah
Kementerian Sumber Manusia Malaysia dan mensasarkan pada
13hb Januari 2014, kursus pertama akan dijalanka di premis kami."


IMTC

Pekeliling Dalaman

!1

ICON MARITIME TRAINING CENTRE

December 2013

"Selama ini pekerja-pekerja mahir di dalam industri perkapalan persisiran pantai (OSV) tidak pernah
mendapat peluang untuk mendapat sijil kemahiran yang diiktiraf oleh Kerajaan kerana ketiadaan kursus
yang disenaraikan bagi sektor ini. Dengan penubuhan IMTC, ianya akan dapat memberi peluang kepada
para pekerja mahir ini untuk mendapat pengiktirafan." kata Dr. Jamal Yusof.

Kursus-kursus yang ditawarkan dibahagikan kepada dua bidang


iaitu, operasi dek kapal dan operasi enjin kapal. Ianya disasarkan
kepada semua peringkat di dalam pengurusan kapal dengan pelbagai
kursus ditawarkan mengikut peringkat-peringkat yang tertentu.

Dr. Jamal juga berkata bahawa misi IMTC di masa hadapan ialah
untuk menubuhkan Institut Latihan yang menawarkan kursuskursus khas industri perkapalan persisiran pantai kepada para
pelajar lepasan sekolah yang berminat untuk menyertai industri ini.

PELUANG KEEMASAN KEPADA KRU PERKAPALAN ICON


OFFSHORE BERHAD

KUALA LUMPUR - Penubuhan IMTC merupakan satu peluang keemasan


kepada kru Icon Oshore Berhad kerana ianya akan dapat membentuk
mereka menjadi lebih kompeten dengan siri-siri kursus yang ditawarkan."
kata Haji Rahman Yusof, Ketua Pegawai Operasi, Icon Oshore Berhad
(Gambar)

"Selama ini tiada syarikat perkapalan pesisiran pantai yang sanggup untuk
melabur wang yang banyak untuk menyediakan kemudahan latihan seperti
yang disediakan oleh Icon Oshore Berhad." tambah Haji Rahman.

"Semua perbelanjaan akan ditanggung oleh Icon Oshore Berhad kepada kru kapal yang berkhidmat
dengan syarikat kami seperti elaun pengangkutan, makanan serta minuman dan juga penginapan di hotel 4
bintang turut disediakan secara percuma kepada mereka." kata Tuan Haji Rahman.

Beliau juga berkata bahawa ianya adalah peluang yang terbaik kepada kru-kru kapal Icon Oshore Berhad
untuk menjadikan mereka yang terbaik dikalangan mereka yang lain. Selain daripada itu, peluang-peluang
pekerjaan di luar negara yang jauh lebih lumayan adalah tidak mustahil lagi untuk kru-kru Malaysia.

"I HATED EVERY MINUTE OF TRAINING, BUT I SAID, 'DON'T


QUIT. SUFFER NOW AND LIVE THE REST OF YOUR LIFE AS A
CHAMPION" ... Muhammad Ali


IMTC

Pekeliling Dalaman

!2

ICON MARITIME TRAINING CENTRE

December 2013

KURSUS-KURSUS KEMAHIRAN
ANJURAN IMTC BAKAL
DIIKHTIRAF OLEH JABATAN
PEMBANGUNAN KEMAHIRAN
MALAYSIA.

Hotel De Palma Ampang


Diumum Hotel Rasmi
IMTC

CYBERJAYA Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia bakal


b e ke r j a s a m a d e n g a n Ic o n O f f s h o r e B e r h a d d a l a m
membangunkan kompetensi pekerja mahir di dalam industri
perkapalan pesisiran pantai di Malaysia.

Satu Jawatankuasa Pemandu telah dibentuk yang dianggotai oleh


kedua-dua organisasi dalam usaha membangunkan Standard
Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (Natinal Occupational Skills
Standard NOSS). Jawatankuasa ini telah bermesyuarat
beberapa kali dan bakal
membangunkan
beberapa
s t a n d a r d p e ke r j a a n d i d a l a m
industri perkapalan pesisiran
pantai, menurut Dr. Mohd Yuso
b i n Ab u B a k a r, Pe n g a r a h
Pe m b a n g u n a n
Ke r j a s a m a
Strategik, Jabatan Pembangunan
Kemahiran (gambar).

KUALA LUMPUR - Hotel De Palma


Ampang diumumkan sebagai hotel
rasmi Icon Maritime Training Centre
(IMTC). Hotel milik penuh kerajaan
Negeri Selangor ini adalah sebuah hotel
yang terkenal di kawasan Ampang,
lokasi yang strategik dan berdekatan
dengan semua kemudahan serta pusat
hiburan dan pusat membeli-belah.

Ho t e l D e Pa l m a A m p a n g b a k a l
menempatkan semua peserta kursus
anjuran IMTC.

Dengan adanya NOSS, para


pekerja mahir di dalam industri perkapalan pesisiran pantai akan
berpeluang mendapat pengiktirafan kemahiran mereka melalui Maklumat lanjut, sila layari laman web
sijil-sijil yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia melalui kursus www.depalmahotel.com
yang ditawarkan oleh pihak Icon Oshore Berhad, ujar Dr. Mohd
Yuso lagi.
Kerjasama yang dijalin oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran
dan Icon Oshore Berhad ini membuktikan bahawa jalinan yang
kukuh di antara sektor awam dan swasta mampu membantu
Negara di dalam membangunkan modal insan terutamanya di
kalangan pekerja mahir di Malaysia.
Maklumat lanjut mengenai Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia sila layari www.dsd.gov.my atau
www.skillsmalaysia.gov.my.

Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: Doktor, selepas pakai cermin mata
nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain? Dah tentu, jawab doktor. Oh, gembiranya. Dah lama saya buta
huruf, akhirnya boleh juga saya membaca, kata lelaki itu dengan girangnya.

IMTC

Pekeliling Dalaman

!3

ICON MARITIME TRAINING CENTRE

December 2013


PAKAR-PAKAR PESISIRAN PANTAI DI BALIK TABIR ICON
MARITIME TRAINING CENTRE

KUALA LUMPUR - Icon Oshore Berhad melangkah setapak kehadapan dengan penubuhan Icon
Oshore Training Centre (IMTC) yang bertujuan untuk menjana para pekerja mahir di dalam industri
perkapalan pesisiran pantai. Disebalik tabir pusat latihan ini, adalah antara nama-nama besar serta
berpengalaman yang bakal berkongsi pengalaman bersama-sama pelajar
yang menyertai kursus yang ditawarkan oleh pihak Icon Maritime
Adakah Anda Tahu?
Training Centre.

Captain Abdul Halim Said memulakan karier beliau di dalam


industri perkapalan sejak 1971. Beliau berkelulusan
Master Mariner Class 1 dari UK dan berpengalaman
luas di perairan luar Malaysia. Pada tahun 1984,
beliau kembali ke Malaysia dan berkhidmat bersama
Akademi Laut Malaysia (ALAM) sebagai pensyarah
nautikal. Kemudian beliau meneruskan karier beliau
dengan menyertai SHELL pada tahun 1991 hingga
2008. Kini beliau telah bersara dan menjalankan
kerja juru runding serta latihan.

Captain Syed Fazil Yahya pula mula berkecimpung di dalam industri


perkapalan sejak tahun 1970, di mana pada ketika itu
beliau bekerja dengan Isomar Shipping Sdn Bhd
yang merupakan agensi perkapalan yang pertama dia
Kemaman. Beliau berkelayakkan Master-Near
Coastal (1988) dan mempunyai pengalaman selama
30 tahun di dalam industri Minyak & Gas. Beliau
juga pernah berkhidmat di PETRONAS sebagai
Penguasa Marin pada tahun 2001. Kini beliau sudah
bersara tetapi masih meneruskan kerja-kerja juru
runding di dalam industri maritim.

Captain Ahmad Imran merupakan peneraju IE Marine yang


menyediakan perkhidmatan latihan dan juru
runding untuk industri maritim. Beliau
mempunyai pengalaman belayar selama 13 tahun
bersama Kapal LNG MISC. Selain daripada itu
beliau pernah mengajar di Akademi Laut Malaysia
selama 3 tahun sebagai pensyarah kanan juga
s e b a g a i Pe n g u a s a L a t i h a n d i A E T S h i p
Management (Singapore) Pte. Ltd

IMTC

Pekeliling Dalaman

Penglibatan Kru kapal Icon


Offshore Berhad di dalam
ku r s u s y a n g d i a n j u r k a n
adalah WAJIB dan akan
ditentukan oleh bahagian
Crewing Department, Icon
Offshore Berhad.

Manfaat Kepada
Anda Dalam
Menyertai Kursus
IMTC
1. Meningkatkan produktiviti
serta menambah
pengetahuan untuk
menjalankan tugas harian
2. Dapat mengurangkan
kerja-kerja yang berulang
3. Dapat membantu anda di
dalam membuat
keputusan kritikal
4. Membantu anda di dalam
mengenal pasti masalah
yang bakal mendatang
5. Meningkatkan kepuasan
di dalam bekerja dengan
penambahan ilmu.
6. Meningkatkan profil ICON
di mata klien.


!4

ICON MARITIME TRAINING CENTRE

December 2013


KURSUS OPERASI ENJIN DI DALAM INDUSTRI
PERKAPALAN PESISIRAN PANTAI AKAN DIBANGUNKAN.

KEMAMAN - Icon Maritime Training Centre telah berjaya membangunkan sukatan pembelajaran bagi
kursus-kursus berkaitan dengan operasi 'deck' kapal dan program seterusnya ialah untuk membangunkan
sukatan pembelajaran berkaitan dengan operasi enjin bagi sesebuah kapal pesisiran pantai. Program ini
dijangka akan dibangunkan selewat-lewatnya akhir Januari 2014 oleh pakar-pakar yang berpengalaman di
dalam operasi ini.

"Adalah penting kepada para jurutera yang berkhidmat di dalam industri


perkapalan pesisiran pantai mengetahui serta memperkuatkan pengetahuan
dan kemahiran mereka di dalam operasi bagi menjamin kelancaran operasi
sesebuah kapal yang berkhidmat di kawasan-kawasan operasi minyak dan
gas yang bernilai berpuluh billion ringgit", tegas Encik Rahman Jahya,
Penguasa Teknikal & Operasi, Icon Oshore Berhad.

Program yang akan dibangunkan ini bakal memberi pengetahuan tambahan


serta kemahiran di dalam mengendalikan operasi enjin serta pengkongsian
pengalaman kepada para jurutera serta operator enjin.

TEMUBUAL EKSKLUSIF BERSAMA CAPT. HAMIDON


KAHAR, KETUA PROJEK ICON MARITIME TRAINING
CENTRE

KUALA LUMPUR - Temubual bersama Capt Hamidon Kahar berlangsung di dalam suasana yang santai
dan beliau sungguh bersemangat dengan projek terbaru yang dijalankan oleh Icon
Oshore Berhad. Capt Hamidon Kahar adalah merupakan Ketua Projek bagi
IMTC, beliau bertanggungjawap di dalam penubuhan dan pembangunan
program pembelajaran. Di bawah adalah ringkasan temubual kami bersama Capt
Hamidon.

A DA K A H P R O G R A M YA N G D I JA L A N K A N O L E H I C O N
MARITIME TRAINING CENTRE DIWAJIBKAN OLEH BADANB A DA N L A I N S E P E R T I S T C W, JA B ATA N L AU T DA N
SEBAGAINYA?
Program-program yang dijalankan adalah dari inisiatif daripada Icon Oshore Berhad sendiri. Program ini
dibangunkan berlandaskan kepada keperluan serta tuntutan yang dikehendakki oleh piha penyewa kapal
antaranya PETRONAS, SHELL, EXXON dan sebagainya,

IMTC

Pekeliling Dalaman

!5

ICON MARITIME TRAINING CENTRE

December 2013

ADAKAH PROGAM-PROGRAM INI DIIKHTIRAF OLEH MANA-MANA BADAN


BERKAITAN?
Pihak kami pada ketika dan saat ini sedang di dalam proses untuk mendapatkan pengikhtirafan daripada
badan-badan berkaitan dan antaranya Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia serta badan-badan lain
yang masih di dalam perbincangan.

APAKAH BENTUK ELAUN SERTA FAEDAH-FAEDAH LAIN YANG DIBERIKAN


OLEH PIHAK IMTC JIKA TERPILIH MENGHADIRI PROGRAM INI?
Pihak Icon Oshore Berhad akan memberikan elaun berbentuk tunai berjumlah RM 70 sehari kepada
peserta program yang berkhidmat di kapal-kapal milik Icon Oshore Berhad. Selain daripada itu,
penginapan serta elaun pengangkutan juga disediakan untuk kemudahan para kru kapal yang hadir di
dalam program ini.

DIMANAKAH PROGRAM-PROGRAM INI AKAN BERLANGSUNG?


Sementara menunggu premis tetap IMTC, program-program ini akan dijalankan di ibu pejabat Icon
Oshore Berhad bertempat di Kuala Lumpur

APAKAH OBJEKTIF KHUSUS DI DALAM PERLAKSANAAN PROGRAM-PROGRAM


INI?
Objektif khusus program IMTC adalah untuk merapatkan jurang pengetahuan serta kemahiran di dalam
sektor OSV.

SIAPAKAH YANG BAKAL MENJADI TENAGA PENGAJAR BAGI PROGRAMPROGRAM INI?


Pihak Icon Oshore Berhad telah melantik jururunding dan pakar selain daripada pakar-pakar dalaman
untuk membangunkan modul serta skop pembelajaran. Mereka ini berpengalaman di dalam bidang
masing-masing terutamanya di dalam sektor OSV

ADAKAH PROGRAM-PROGRAM INI MENAWARKAN LATIHAN SIMULASI?


Buat ketika ini, pihak kami masih berunding dengan pihak-pihak tertentu di dalam membekalkan
peralatan simulasi bagi program-program yang ditawarkan. Saya yakin di dalam masa akan datang, IMTC
akan dilengkapi oleh peralatan simulasi yang bakal memberikan latihan yang lebih komprehensif.

APAKAH HARAPAN CAPT. HAMIDON KEPADA SEMUA KRU KAPAL ICON


OFFSHORE BERHAD?
Saya berharapan agar kru-kru kapal Icon Oshore Berhad dapat mengambil peluang keemasan ini untuk
kebaikkan mereka di masa hadapan. Tambahan lagi, panel pengajar adalah terdiri daripada mereka yang
amat berpengalaman di dalam sektor OSV terutamanya di dalam industri Minyak & Gas.

IMTC

Pekeliling Dalaman

!6

ICON MARITIME TRAINING CENTRE

December 2013

Sidang Redaksi Buletin IMTC

Penasihat
Dr. Jamal Yusof
Capt. Hassan Ali
Tn Haji Abdul Rahman
Puan Zaleha Abd Hamid

Ketua Pengarang
Capt Hamidon Kahar
(hamidon.kahar@iconoshore.com.my)

Pengarang
Ezriq Sajad
(ezriq@iconoshore.com.my)

Sila hubungi 03-2180 6300 untuk pertanyaan


mengenai :
1. Crewing - Pn Adila Nisya
2. Engineering - Haji Rahman Jahya
3. IMTC - Ezriq Sajad



IMTC Akan Dilancarkan
Bersempena Dengan Makan Malam
Tahunan Icon Offshore Berhad

KUALA LUMPUR - Icon Maritime Training Centre


(IMTC) bakal dilancarkan secara rasmi pada 20hb
Disember 2013 bertempat di Hotel Royale Chulan Kuala
Lumpur. Pelancaran ini adalah bersempena dengan Makan
Malam Tahunan Icon Oshore Berhad 2013. Makan malam
bertemakan "Movie Night" bakal menyaksikan pelbagai
kostum yang meriah mengikut tema. Persembahan jenaka
bersahaja dari Barney dan kumpulan muzik Sons of Adam
bakal menghiburkan hadirin yang hadir.

IMTC

Pekeliling Dalaman

!7

ICON MARITIME TRAINING CENTRE

IMTC

December 2013

Pekeliling Dalaman

!8

Anda mungkin juga menyukai