Anda di halaman 1dari 1

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Yang diraikan cikgu Rahim b. Johari, Guru Besar SK Chenderawasih, Yang


Dihormati guru-guru Penolong Kanan, guru-guru serta rakan-rakan yang dihormati
sekalian.
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kerana memberi
kesempatan kepada saya untuk menyampaikan ucapan bagi mewakili murid-murid SK
Chenderawasih. Untuk itu, izinkan saya untuk melafazkan beberapa rangkap pantun :
Terbang serindit ke pohon meranti,
Hinggap sebentar membuat sarang,
Majlis indah lagi diberkati,
Bagi meraikan Cikgu Rahim tersayang.
Tiada kata seindah bicara,
Dapat dilafazkan seiring jasa,
Tiba ketika Cikgu Rahim bersara,
Bakti dicurah di ingatan sentiasa.
Bibir merah tergigit lada,
Lada dicampur bersama laksa,
Walau di mana Cikgu Habib berada,
Ingatlah kami anak didik tercinta.
Salam kemaafan kami hulurkan,
Semoga kemesraan terus berpanjangan,
Ilmu diberi harap dihalalkan,
Semoga perjuangan kami mendapat keberkatan.
Disini, saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada cikgu Rahim
b. Johari kerana telah banyak menabur bakti dan mencurahkan ilmu yang berguna
untuk kami semua di SK Chenderawasih. Segala jasa baik dan tunjuk ajar cikgu Rahim
tidak dapat kami balas. Hanya Tuhan sahajalah yang mampu membalas segalagalanya. Terima kasih juga kepada Cikgu Rahim kerana tidak pernah jemu mendidik
kami ke arah pembentukan sahsiah yang baik serta kecemerlangan akademik yang
berterusan.
Akhirnya, saya bagi mewakili rakan-rakan saya yang lain ingin memohon ampun
dan maaf seandainya ada tingkah laku dan perbuatan kami yang menyinggung hati dan
perasaan Cikgu Rahim samada disedari mahupun tidak disedari. Halalkan segala ilmu
yang telah cikgu berikan kepada kami selama ini. Terima kasih di atas segala-galanya.
Terima kasih cikgu.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai