Anda di halaman 1dari 3

BIG 6 - LAPORAN REFLEKSI CERAMAH JPN DAN GURU

CEMERLANG

REFLEKSI
Program Bina Insan Guru bagi semester pelajar Program Ijazah Sarjana
Muda Pendidikan kali ini dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama
merupakan sesi bersama dengan guru cemerlang dan bagi bahagian kedua pula
merupakan ceramah dan bengkel yang menelan masa selama tiga jam.
Pada 18 Oktober 2010, sesi seramah dan bengkel bagi Program Bina Insan
Guru ini telah diadakan di Dewan Zaba, Institut Pendidikan Guru Kampus
Darulaman. Sesi ceramah dan bengkel ini adalah berdasarkan kepada pro forma
dimana tempoh masa bagi sesi ceramah perlu dijalankan selam dua jam dan sejam
lagi diperuntukkan untuk bengkel. Sesi ceramah ini dibahagikan kepada dua sesi.
Seramai 81 orang pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan semester enam
daripada empat buah kelas telah terlibat bagi menjayakan program ini.
Pada sesi pertama, sesi ceramah telah disampaikan oleh seorang pensyarah
daripada Jabatan Bimbingan dan Kaunseling, iaitu En. Rosli B. Abdul Wahab yang
bertajuk Ciri-Ciri Guru Inovatif. Ceramah dimulakan pada jam 8.30 pagi setelah
para pelajar mendaftarkan diri dan tamat pada jam 10.30 pagi untuk sesi kudapan
atau minuman pagi. Pihak jawatankuasa Program Bina Insan Guru semester enam
kali ini, telah memberikan sedikit cenderahati kepada pencermah diatas kesudiannya
berkongsi ilmu. Pada sesi ceramah ini, para pelajar terlibat secara langsung dan
berlaku komunikasi dua hala di antara pensyarah dengan pelajar.
Selepas rehat, sesi kedua disambung dengan bengkel yang bertajuk, Fungsi dan
Peranan JPN serta Pengoperasiannya oleh pegawai Jabatan Pendidikan Negeri
Kedah iaitu En Mahadhir B. Ismail. Sesi bengkel ini diadakan di Bilik Kuliah 1, Pusat
Sumber Institut. Tempoh masa bengkel dijalankan ialah selama dua jam bermula
jam 11.00 pagi hingga jam 1.00 tengahari. Sesi bengkel diakhiri dengan pemberian
hadiah oleh pengerusi Program Bina Insan Guru semester enam iaitu, saudara
Muizzuddin B. Mahbud sebelum semua pelajar bersurai.

Antara kekuatan yang saya dapati pada Program Bina Insan Guru kali ini,
pertama adalah dari aspek kandungannya. Ini bermaksud melalui ceramah dan sesi
bengkel yang dijalankan, kandungannya menambahkan pengetahuan tentang
Jabatan pendidikan Negeri serta memberikan panduan kepada saya cara menjadi
seorang guru yang cemerlang.
Kedua, dari aspek penglibatan oleh pelajar yang memuaskan. Kehadiran
para pelajar adalah secara menyeluruh dimana perancangan bagi program hari ini
berjalan dengan lancar. Selain itu, sikap profesionalisme guru-guru pelatih dipupuk
melalui aspek pemakaian formal apabila setiap guru pelatih diwajibkan memakai
blazer.
Malang sekali, masih terdapat kelemahan pada Program Bina Insan Guru
kali ini. Perkara tersebut ialah berkenaan ruang aktiviti yang kurang kondusif.
Semasa sesi ceramah pertama sedang berlangsung, suasana menjadi sedikit
terganggu dengan rungutan dan keadaan pelajar yang tidak senang duduk kerana
system pengaliran udara di dalam dewan tidak berfungsi menyebabkan rasa bahang
yang melampau di dalam dewan. Pemakaian tie menambahkan lagi bahang
kepanasan pada para guru pelatih.
Syukur masalah ini tidak berlarutan kerana tindakan pantas daripada pihak
Jawatankuasa Program Bina Insan Guru Semester enam yang menukar lokasi
program. Oleh itu, saya ingin mencadangkan beberapa usul yang boleh dijadikan
panduan dan dipertimbangkan unutk menjadikan program ini kurang bermasalah
dan berjalan dengan lebih lancar di masa hadapan. Cadangan tersebut ialah dengan
mengadakan aktiviti ceramah dan bengkal di dewan besar yang lebih luas dan
sesuai untuk pelbagai aktiviti selain suasana di dalamnya yang sangat kondusif dan
terdapat sistem pembesar suara bagi kemudahan penceramah.
Cadangan kedua ialah perlunya jawatankuasa persiapan tempat bagi
memeriksa lokasi program yang akan dijalankan beberapa hari lebih awal supaya
tidak tibul sebarang masalah dan jika terdapat masalah, cara mengatasinya dapat
difikirkan dengan lebih awal.
Kesimpulannya, Program Bina Insan Guru kali ini banyak memberikan faedah
kepada kami para pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan berfungsi
sebagai panduan atau bekalan bagi menghadapi liku-liku kehidupan sebagai
seorang guru di alam pendidikan yang sentiasa mencabar jiwa dan raga.

TENTATIF PROGRAM

Anda mungkin juga menyukai