Anda di halaman 1dari 2

ATU FERINGGHI - Bagaimana sebuah kondominium 22 tingkat boleh dibangunkan

atas sebidang tanah kecil serta di lereng bukit bersebelahan jalan utama ke Batu
Feringghi?
Itulah yang disuarakan oleh lebih 100 penduduk Mount Pleasure, Batu Feringghi
yang membantah projek pembinaan kondominium di lereng bukit berdekatan Jalan
Pantai Batu yang terletak kurang dari 150 meter dari kediaman mereka.
Jurucakap penduduk Kondominium Mount Pleasure, Dr P Sundramoorthy berkata,
mereka bimbang jika kondominium itu kelak akan menjejaskan persekitaran dan
menyifatkannya tidak sesuai untuk didirikan di kedudukan berkenaan.
Pembangunan itu bakal menjejaskan persekitaran hutan dan mengganggu
ketenteraman kami di sini serta nilai rumah pula akan jatuh menjunam. Ia juga
boleh memberi kesan berikutan kawasan yang curam dan sempit.
Projek itu juga akan menyebabkan berlakunya gegaran dalam tanah hingga
mengancam kediaman penduduk sekitar serta boleh menyebabkan berlakunya
kejadian yang tidak diingini. Kita tidak mahu kejadian Highland Towers berulang di
sini, katanya kepada media, semalam.
Menurutnya, pembinaan kondominium itu juga akan memadatkan lagi persekitaran.
Dari pemerhatian penduduk kawasan curam yang dijadikan projek mewah terbabit
tidak mampu menahan bangunan setinggi itu.
Bayangkan projek setinggi 22 tingkat dibina di cerun bukit. Ia boleh
membahayakan semua pihak termasuk pengguna jalan raya untuk ke Batu
Feringghi terutama musim hujan lebat. Kebanyakan penduduk di kawasan ini
bimbang projek pembangunan atas bukit yang diluluskan Majlis Perbandaran Pulau
Pinang (MPPP) itu akan mengundang padah jika berlaku tanah runtuh, katanya.
Sundramoorthy berkata, mereka sudah mengemukakan surat bantahan dua kali
kepada MPPP iaitu pada 15 Januari 2010 dan 14 Oktober 2010. Namun sehingga kini
tiada jawapan atau tindakan.
Projek pembangunan yang diluluskan itu juga tidak mematuhi garis panduan
ditetapkan kerana cerun bukit melebihi 35 darjah. Sudah dua kali kami
mengemukakan surat bantahan namun apa yang kami dapat amat mengecewakan.
Oleh itu, esok, sekali lagi kami akan mengemukakan surat bantahan dengan
ditandatangani lebih 100 penduduk.
Kami memberikan tempoh selama dua minggu bermula esok dan sekiranya
bantahan itu tidak diberitahu secara telus, kami akan membuat bantahan mengikut
undang-undang pula, katanya.
Difahamkan, pembinaan kondominium dicadangkan 37 tingkat tetapi diubah kepada

22 tingkat selepas penduduk menghantar memorandum bantahan pada Januari


tahun lalu.

Anda mungkin juga menyukai