Anda di halaman 1dari 3

Bab 4

KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA


DI MAKKAH
Pengenalan:
Tamadun Awal Dunia secara umum terletak di Sungai Tigris, Euphrates, Nil, Hwang Ho,
dan Indus. Berbeza dengan Tamadun Islam . wujud di yempat terpencil di kawasan
padang pasir yang panas dan kering kontang Hijjaz. Ia berasaskan pemikiran dan
ajaran agama anugerah Allah kepada manusia. Perkembangan tamadun islam diikuti
bersama perkembangan tamadun Parsi dan Rom.
Masyarakat Arab Jahiliyah
Jahiliyah berasal dari perkataan arab jahala bermaksud jahil dan tidak mengetahui
atau tidak mempunyai ilmu pengetahun.
Masyarakat Jahiliyah masyarakat arab yang hidup selepas runtuhnya empangan
Maarib di Sabak sehingga turunya wahyu kepada Nabi Muhamad saw. Jangka masa lebih
kurang 310 tahun dari 300sm hingga 610sm.
Sebab empangan maarib runtuh : berlaku banjir besar, kelalaian pemimpin sabak untuk
membaikinya.
Kerajaan sabak : 2 peringkat 950 650 sm, 650 115 sm. Ekonominya berasaskan
pertranian, dan perdagangan. Pernah diterajui oleh Ratu Balqis.
Dikatakan jahiliyah kerana mereka tidak menerima kebenaran dan tidak mengikut
ajaran nabi dan rasul sebelumnya.
Zaman jahiliyah dianggap zaman kegelapan kerana tidak sembah allah. Keadaannya
kucar-kacir Akhlaknya rendah spt kejam, angkuh, dan degil sebab tiada petunjuk dan
pembimbing spt nabi dan rasul serta kitab suci..

Ciri-ciri Masyarakat Arab Jahiliyah.


1. Dua golongan : Arab Badwi dan Arab Hadari. Arab Badwi tinggal di gurun dan
pedalaman. Bahagian Tengah Semenanjung Arab. Arab Hadari menetap di kawasan
pesisiran pantai.
2. Ciri-cirinya dapat dilihat dari aspek agama, ekonomi , kepercayaan, nilai hidup dan sosial.
a. Amalkan perbuatan berzina, berjudi, dan meminum arak.
b. Kedudukan wanita rendah sehingga tidak dapat mewarisi harta pusaka.
c. Menanam bayi perempuan percaya ia pembawa sial kepada keluarga.
d. Perkahwinan tidak ada peraturan khusus. Lelaki boleh berkahwin dengan seberapa banyak
wanita sekali gus, begitu juga wanita.
e. Aktiviti perniagaan berasaskan riba dan penindasan.Lebih pentingkan untung.
f. Merompak kafilah antara punca pencarian. Merompak satu kewajipan dalam kabilah
Kafilah sekumpulan manusia yang bergerak dari satu tempat ke satu tempat bertujuan
berniaga atau berpindah.
g. Ekploitasi golongan kaya terhadap golongan miskin.
h. 4 bentuk kepercayaan.
i. Agama wathani menyembah berhala.
ii. Animisme memuja alam
iii. Samawi Kristian dan Yahudi
iv. Kepercayaan menilik nasib, sihir dan percayai roh orang mati menjadi burung.
i. Catatan Al Quran ada sebilangan orang yang menganut agama Hanif Agama yang
disampaikan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail . Penganutnya digelar Hunafa. Antara
pengikutnya ialah Waraqah bin Naufal, Uthman bin Huwarith, Abdullah bin Jahsh, dan
Umaiyah bin Abi Saif. Ada juga yang mencampurkan agama ini dengan amalan jahiliyah.
Beransur-ansur hilang setelah 3500 tahun.
j. Amalkan sistem kabilah hidup berpuak dan berkelompok. Dalam kabilah ada suku dan
tinggal dalam sebuah kawasan. Ada identiti dan peraturannya taasub kepada kabilah
masing-masing.
i. Diketuai oleh Sheikh lambang perpaduan kabilah.
1. Syarat Pelantikan sheikh Mesti disukai ahli kabilah
2. Dilantik atas persetujuan ramai
3. Berfikiran matang, gagah, berani, dan pandai berpidato
ii. Amalan datangkan kesan.
1. Kemunculan semangat assabiah atau kesukuan yang melampau.
a. Berpunca dari sistem kabilah yang berasaskan keturunan.
b. Keadaan geografi dan suasana tempat tinggal yang kering kontang.
2. Menjadikan kehidupan kucar-kacir dan persengketaan.
3. Peperangan antara kabilah berlaku. Perang Al-Basus selama 40 tahun antara Bani Tagrib
dan bani bakar. Sebab berlaku:
a. Tindakan seorang ahli Bani Bakar membunuh ahli Bani Tagrib

Kehidupan Nabi Muhamad saw sebelum menjadi Rasul


Keperibadian Nabi Muhamad saw
1. siddiq ( Berkata Benar)
2. amanah ( dipercayai )
3. Tabliq ( menyampaikan )
4. fatanah ( bijaksana )
1. Mendapat gelaran Al Amin sentiasa dipercayai dan berkata benar. Kesannya
a. Mendapat kepercayaan Khadijah Khuwailid untuk memberikan modal perniagaan.
b. Menyelesaikan persengketaan di kalangan kabilah Quraish dalam peristiwa Hajar
Aswad..
c. Menjadi pemimpin unggul.
2. Ketua keluarga yang patut dicontohi. Sifat pengasih, melayan anak, memasak,
menampalkan pakaian koyak, dan membersihkan rumah. Anak diberikan didikan agama.
3. Penyayang terhadap orang tua dan kanak-kanak, pengampun.
4. Bijaksana dalam menyelesaikan masalah. Cth Perjanjian Hudaibiyah 628M. Walau berat
sebelah tetapi berjaya sebar Islam di Makkah.
5. Ubah nilai masyarakat jahiliyah dengan cara bertahannuth ( mengasingkan diri untuk
beribadat) di gua Hira yg terletak di Jabal Nur kira-kira 6 km dari Mekah..
6. 6 Ogos 610M ( 17 Ramadhan ) turun wahyu pertama. Surah Al- Alaq menjadi tanda
pemisah Zaman Jahiliyah dengan Zaman Islam. Umur Nabi ketika itu 40 tahun.
Kerasulan Nabi Muhamad saw.
1. Wahyu pertama Surah Al-Alaq ayat 1-5 memerintah umat Islam membaca. Mula
tamadun Islam yang bersandarkan ilmu.
2. Kepentingan pembacaan dari aspek Ilmu :
a. Pembacaan melahirkan masyarakat berilmu pengetahuan.
b. Bacaan menggalakkan kajian.
c. Bangsa yang maju ialah bangsa yang berilmu ilmu hanya wujud jika masyarakat rajin
membaca.
d. Kewujudan dan peningkatan tamadun adalah kerana penguasaan ilmu.
3. Wahyu kedua Surah Al-Muddasir ayat 1 7. Mengistiharkan Muhamad sebagai rasul
dan mewajibkan Nabi saw menyampaikan kepada masyarakat Arab Jahiliyah.
4. Cara pertama yang dilakukan ialah
a. membetulkan akidah dan kehidupan masyarakatnya.
b. Menggesa meninggalkan amalan yang keji seperi penindasan , pembunuhan dan mencuri.

Anda mungkin juga menyukai