Anda di halaman 1dari 19

1.

0 PENGENALAN
Konsep

Penggabungjalinan

boleh

dibahagikan

kepada

tiga

bahagian

iaitu

penggabungjalinan antara berlainan matapelajaran, penggabungjalinan pelbagai kemahiran


dalam subjek bahasa dan penggabungjalinan merentasi kurikulum. Penggabungjalinan adalah
proses dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang menyarankan supaya bidang-bidang
kemahiran yang berkait rapat atau bahan-bahan pengajaran yang mempunyai urutan yang baik
tidak disampaikan secara berasingan. Strategi ini berhasrat untuk menjadikan aspek-aspek
kemahiran saling memperkukuh dan bahan-bahan pengajaran saling melengkapi. Dalam hal ini,
sesi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih bererti (Juriah Long, 1992:22).
Tiga bentuk penggabungjalinan boleh dilakukan iaitu :
1. Penggabungjalinan kemahiran
2. Penggabungjalinan bahan
3. Penggabungjalinan aktiviti
Penggabungjalinan dalam bentuk kemahiran adalah dengan menggabungkan dua atau
lebih kemahiran seperti mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam satu matapelajaran.
Penggabungan ini adalah bertujuan supaya kemahiran ini tidak diajar secara berasingan bagi tiap
tiap satu kemahiran kerana ianya berhubung rapat bagi membolehkan pelajar memahami topik
yang dipelajarinya dengan lebih baik.
Penggabungjalinan dalam bentuk bahan tertumpu pada bahan atau tema pengajaran dan
pembelajaran. Bahan ini boleh terdiri daripada bahan utama dan bahan sokongan. Bahan yang
dipilih haruslah bersesuaian dengan tahap dan pengalaman murid supaya pengajaran dan
pembelajaran yang sedang berlangsung dapat diikuti oleh murid dengan baik.
Bentuk penggabungjalinan aktiviti pula ialah apabila seorang guru menggabungkan dua
atau lebih mengikut keperluan dan kesesuaian tahap murid dalam kelas tersebut. Ini amat penting
kerana aktiviti yang dipilih dan tidak bersesuaian akan menyulitkan guru untuk melakukan
aktiviti yang dirancang kerana murid memerlukan lebih penjelasan dan tunjuk ajar dari guru. Ini
akan menyebabkan berlakunya sedikit gangguan dalam pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti
boleh merangkumi aspek lisan, bacaan dan kefahaman dan juga tulisan.

2.0 DEFINISI
Suatu pengolahan dalam proses pengajaran-pembelajaran bahasa yang melibatkan
pengajaran beberapa aspek kemahiran bahasa dikumpulkan dan diajar serentak dan berkait rapat
di antara satu dengan lain dalam satu waktu pengajaran. Penggabungjalinan juga meliputi
penggabungan beberapa mata pelajaran, aktiviti, pendekatan, dan media.

3.0 STRATEGI PERLAKSANAAN


Perlaksanaan konsep penggabungjalinan didalam pengajaran dan pembelajaran boleh
dilakukan dengan pelbagai bentuk dan corak yang bersesuaian dengan tahap keperluan murid
didalam kelas tersebut. Ini kerana, murid perlu jelas dengan konsep penggabungjalinan yang
cuba disampaikan oleh guru semasa proses pembelajaran dan pengajaran dijalankan.
Penggabungjalinan memerlukan sekurang kurangnya dua kemahiran yang digabungkan
dalam suatu proses pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran ini boleh dibahagikan kepada dua
kategori iaitu kemahiran fokus dan kemahiran sampingan. Kemahiran fokus ialah kemahiran
yang menjadi tunggak utama yang ingin dicapai oleh guru manakala kemahiran sampingan ialah
kemahiran yang membantu guru untuk memastikan pelajar memperolehi objektif sesi pengajaran
dan pembelajaran pada waktu itu. Kemahiran sampingan penting baig memastikan pelajar dapat
menguasai lebih dari satu kemahiran pada masa yang sama.
Guru juga perlu menetapkan susunan atau tertib kedudukan kemahiran kemahiran
tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai persediaan sebelum bermulanya
proses pengajaran, guru boleh menyediakan bahan- bahan yang diperlukan bagi tujuan
perlaksanaan kemahiran kemahiran tersebut selaras dengan objektif mata pelajaran.
Terdapat beberapa prinsip yang perlu diketahui oleh seorang guru bagi memastikan
penggunaan penggabungjalinan dalam pengajaran dan pembelajaran mencapai objektif yang
ditetapkan oleh guru.

3.1 Prinsip prinsip dalam strategi perlaksanaan penggabungjalinan


Konsep penggabungjalinan dalam pengajaran dan pembelajaran perlu memenuhi tahap
dan keperluan pelajar secara menyeluruh. Ini kerana, setiap pelajar mempunyai tahap dan
kebolehan yang berbeza. Oleh itu, dalam melaksanakan penggabungjalinan dalam pengajaran
dan pembelajaran, guru perlu mengambil berat tentang beberapa perkara seperti berikut:i.

Kemahiran yang digabungkan mudah diikuti oleh pelajar serta dapat mencapai

ii.

objektif pengajaran dan pembelajaran yang telah ditetapkan oleh guru tersebut.
Guru perlu memastikan apa serta berapa kemahiran yang ingin digabungkan
supaya pelajar dapat mengikuti pengajaran dengan baik. Guru tidak boleh terlalu
meletakkan tanggapan/objektif yang terlalu tinggi kepada pelajar sebaliknya

iii.

memastikan keperluan pelajar diepenuhi terlebih dahulu.


Guru juga perlu mrancang kemahiran fokus/utama dan kemahiran sampingan

iv.

dengan baik supaya murid memahami isi pengajaran dengan lebih sempurna.
Guru juga perlu memastikan perlaksanaan konsep penggabungjalinan ini
memenuhi kebolehan pelajar dan tahap pencapaian mereka dengan meletakkan
objektif pengajaran dan pembelajaran sejajar dengan keperluan pelajar.

3.2 Kelemahan dan Kekuatan Perlaksanaan Penggabungjalinan


3.2.1 Kelemahan
Meskipun terdapat kepelbagaian aktiviti yang dijalinkan, bagi murid yang berada pada
tahap yang baik, penerimaan mereka lebih cepat berbanding dengan yang sederhana dan lemah.
Murid yang berada pada tahap sederhana pula memerlukan 50% bantuan daripada guru untuk
memahami topik yang diajar oleh guru dengan lebih berkesan manakala murid yang lemah
memerlukan lebih perhatian dan panduan dari guru. Kadangkala, dapat dikesan murid yang
lemah tidak dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran yang sedang berlangsung dengan
baik.
Masalah disiplin dalam bilik darjah boleh mengganggu ketika proses pengajaran
dijalankan. Ini sekaligus, memberi masalah kepada guru untuk menjalankan aktiviti
penggabungjalinan kerana murid akan membuat bising dan mengganggu rakan rakannya yang

lain kerana guru memerlukan sepenuh perhatian dari murid untuk mengelak maklumat yang
disampaikan diterima oleh semua pelajar.
Pengurusan masa yang tepat juga amat penting un tuk menjalankan konsep
penggabungjalinan ini kerana ianya memerlukan rancangan yang sitematik dan teratur. Namun,
masa yang terhad boleh mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dengan
baik. Ini akan mengundang masalah sekiranya masa yang diperuntukkan untuk setiap langkah
tidak dipatuhi dasn boleh mengakibatkan sesi penutup tidak dapat dijalankan dengan sempurna
kerana kesuntukan masa.
Selain itu, ia juga memberi kesan kepada pelajar yang pasif kerana mereka semakin
menjadi pasif dan tidak menonjolkan diri mereka semasa pengajaran dalam bilik darjah
berlangsung. Ini itdak begitu menguntungkan kepada golongan ini kerana mereka memerlukan
perhatian yang lebih khusus serta memerlukan masa yang lebih lama untuk memahami sesuatu
yang diajar oleh guru.

3.2.2 Kekuatan
Konsep penggabungjalinan dapat meningkatkan tahap penguasaan murid bagi tiap tiap
topik yang diajar serta dapat mengelak murid daripada berasa bosan dalam proses pembelajaran.
Ini kerana murid tidak didedahkan dengan hanya satu kemahiran tetapi dipelbagaikan supaya
murid dapat memahami dengan lebih mendalam. Lazimnya, murid akan cepat berasa bosan
sekiranya pembalajaran yang sedang berlangsung hanya tertumpu pada satu kemahiran sahaja
sebagai contoh, hanya pada kemahiran menulis sepanjang pengajaran dan pembelajaran
dijalankan.
Selain itu, murid dapat menguasai pelbagai tahap kemahiran kerana setiap kemahiran itu
berhubung kait diantara satu sama lain. Sebagai contoh kemahiran mendengar dan bertutur pada
sesi pembacaan dilakukan. Seorang murid membaca teks yang diberikan (bertutur) manakala
yang lain mendengar dengan teliti bacaan murid tersebut. Dua kemahiran ini dapat dilakukan
secara serentak pada satu sesi pembelajaran yang sedang berlangsung.

Murid juga dapat mengikuti kepelbagaian aktiviti mengikut tahap pencapaian murid
didalam kelas. Ini kerana, dalam tiap- tiap satu kelas, terdapat beberapa tahap murid yang boleh
dikategorikan baik, sederhana dan lemah. Justeru itu, aktiviti akan dipelbagaikan supaya semua
murid dapat memahami okjektif pengajaran dan pembelajaran pada masa itu. Sebagai contoh,
guur menggabungkan aktiviti bacaan dan kefahaman dengan tulisan. Penggabungjalinan ini
membantu murid memahami objektif pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut dengan
lebih berkesan.
Konsep penggabungjalinan ini juga dapat membantu murid untuk berinteraksi dengan
leibh aktif semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Penggabungjalinan bahan utama dan
bahan sokongan mengikut tema pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan lagi
kebersanan penguasaan murid bagi topik atau tajuk yang diajar. Bahan yang bersesuaian dengan
tema membantu guru menerangkan dengan lebih jelas apa yang ingin diajarnya pada hari
tersebut.

3.3 Strategi Perlaksanaan Penggabungjalinan dalam Pengajaran dan Pembelajaran


Konsep penggabungjalinan memainkan peranan yang penting dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu kerana dengan menggabungkan aspek aspek kemahiran tersebut
dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH), ianya dapat memberi manfaat yang terbaik kepada
pelajar sekiranya ia dilaksanakan dengan sistematik dan teratur.
Rancangan Pengajaran harian merupakan satu bentuk dokumen yang penting bagi
seorang guru kerana guru dapat meletakkan objektif dan sasaran yang ingin dicapai olehnya
sebelum pengajaran dan pembelajaran (P&P) bermula. Objektif ini menjadi tunjang kepada
kejayaan ataupun kegagalan suatu P&P berdasarkan output yang diperolehi setelah P&P
berakhir. Objektif ini dapat dinilai berdasarkan maklumbalas yang guru terima daripada murid
melalui soaljawab, kerja berkumpulan dan latihan yang diberikan.

3.4 Perlaksanaan dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH)


Perlaksanaan penggabungjalinan boleh dilakukan pada semua langkah dalam P&P iaitu set
induksi, langkah 1, langkah 2, langkah 3 dan penutup. Perlaksanaan ini adalah untuk memastikan
murid dapat menguasai sesuatu yang diajar dengan lebih berkesan dan pembelajaran ini bukan
hanya untuk mengingati tetapi untuk difahami menjadi pengetahuan yang baru kepada murid.

3.4.1 Set Induksi (5 minit)


i. Murid diminta untuk melihat gambar yang dipaparkan dan menghayatinya.
ii. Murid diminta membezakan jenis perayaan mengikut kaum di Malaysia dan

menceritakan pengalaman mereka.


iii. Guru menjelaskan tujuan aktiviti dan tajuk pengajaran yang akan diajari pada hari itu.
Guru menggabungkan pelbagai kemahiran, bahan dan aktiviti semasa sesi set induksi dimana
guru menggabungkan kemahiran mendengar dan bertutur pada suatu masa dengan menggunakan
bahan seperti kad gambar unutk memudahkan lagi pemahaman murid mengenai tajuk yang diajar
oleh guru. Murid dapat memahami dengan lebih cepat melalui aktiviti soaljawab dimana murid
diminta untuk menceritakan pengalaman mereka ketika menyambut perayaan dan guru memberi
pandangan secara umum. Melalui penggabungan ini, murid dapat memahami tajuk yang akan
diajar oleh guru. Pengetahuan murid mengenai suatu tajuk itu amat penting untuk memastikan
mereka dapat mengikuti pengajaran pada hari tersebut.

3.4.2 Langkah 1 (15 minit)


i. Murid dikehendaki untuk mengelik salah satu pautan yang disediakan.
ii. Murid diminta membaca petikan itu secara individu dengan kuat dan mengikut intonansi

serta gaya yang betul.


iii. Murid murid yang lain dikehendaki mendengar dan meneliti teks sambil memahami
petikan tersebut.
iv. Kemudian guru menanyakan soalan kepada murid berkaitan dengan petikan tersebut.

Dalam langkah 1, guru menggabungkan pelbagai kemahiran seperti mendengar, bertutur melalui
bacaan petikan dimana guru memilih beberapa orang murid untuk membacakan petikan
berkenaan manakala murid murid yang lain diminta untuk meneliti dan memahami petikan
tersebut. Guru juga menggabungkan bahan yang iaitu slaid yang digunakan untuk memaparkan
teks ucapan dan menjadi rujukan kepada pelajar yang lain. Jadi tumpuan pelajar menjurus
kepada slaid yang dipaparkan dan lebih menarik perhatian berbanding guru memberi setiap
pelajar salinan petikan tersebut. melalui slaid, guru boleh menambah bahan sampingan dengan
lebih mudah. Selain itu, murid juga mendapat galakan untuk mengutarakan idea serta
menjawab soalan yang ditanya oleh guru. Ini dapat meningkatkan lagi kefahaman dan
pengetahuan murid.

3.4.3 Langkah 2 (15 minit)


i. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
ii. Murid diminta untuk berada dalam kumpulan dan membuat perbincangan.
iii. Murid dikehendaki membentangkan perbezaan antara perayaan yang terdapat di Malaysia
dan membandingkan dengan pengetahuan dan pengalaman mereka.
iv. Setiap kumpulan diberi masa selama 10 minit untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.
v. Kemudian kumpulan akan membentangkan hasil tugasan mereka.
vi. Kumpulan yang berjaya menyiapkan tugasan dengan hasil kupasan dan pembentangan
yang baik akan menerima ganjaran.
vii. Guru menanyakan soalan yang berkaitan dengan tajuk dan pengetahuan sedia ada
mereka.
Pada langkah ini, murid mengaplikasikan pelbagai kemahiran bahasa, bahan dan aktiviti. Guru
menggabungkan kemahiran bahasa iaitu bertutur, mendengar dan menulis. Murid dapat
melakukan ketiga tiga penggabungan ini dengan mudah kerana ianya saling berkait diantara
satu sama lain. Ketika berada didalam kumpulan murid dapat mengaplikasikan ketiga- tiga
kemahiran ini semasa sesi perbincangan berlangsung. Murid dapat menyuarakan pendapat,
mendengar pendapat dan mencatat pendapat sebelum menaip dengan menggunakan slaid. Power
point digunakan sebagai bahan penggabungjalinan. Aktiviti pula adalah sesi perbincangan dan
pembentangan yang dilakukan oleh kumpulan kumpulan tersebut.

3.4.4 Langkah 3 (20 minit)


i.

Guru terlebih dahulu menanyakan kepada murid sekiranya mereka masih tidak

memahami tajuk pengajaran pada hari tersebut.


ii. Guru memberikan latihan kepada murid iaitu membuat karangan pendek mengenai
perbezaan perayaan di Malaysia.
iii. Guru membimbing kumpulan murid yang memerlukan pemulihan dengan menyediakan

teks cerita yang perlu dilengkapkan dengan mengisi tempat kosong.


Pada sesi ini,guru lebih memberi penekanan pada aspek kemahiran bahasa iaitu kemahiran
menulis. Sebelum murid membuat aktiviti penulisan, murid akan ditanya terlebih dahulu tahap
kefahaman mereka mengenai tajuk yang diajar melalui sesi soaljawab. Murid juga mendapat
kemahiran mendengar dan bertutur kerana murid boleh bertanya soalan dan guru akan memberi
bimbingan kepada murid serta menambahbaik pengetahuan murid mengenai perayaan yang
terdapat di Malaysia. Dalam langkah 3, guru memberi lebih tumpuan kepada setiap murid
dengan memastikan tahap kebolehan dan pencapaian murid. Oleh itu, sesi penulisan dibahagikan
kepada dua bahagian dimana pelajar yang mampu berdikari, boleh membuat esei pendek
manakala yang lemah diberikan latihan yang lebih mudah seperti mengisi tempat kosong dengan
bimbingan dari guru.

3.4.5 Penutup
i.

Murid digalakkan supaya mengumpul maklumat tambahan daripada bahan bahan yang
lain bagi menambahkan pengetahuan mereka.

ii. Murid juga menyatakan nilai nilai murni yang telah dipelajari pada hari tersebut.

Nilai nilai murni :


Menghargai
Bersyukur
Menghormati
Bekerjasama
iii. Guru memainkan lagu Selamat Hari Raya dan menayangkan video perayaan yang
diraikan di Malaysia secara ringkas.
Langkah terakhir sekali bagi P&P adalah penutup bagi sesi pengajaran pada hari tersebut. Pada
sesi ini, murid dan guru akan bersoaljawab unutk mengukuhkan lagi kefahaman murid. Pada sesi

ini juga guru menggabungkan kemahiran bertutur dan mendengar serta menggabungkan mata
pelajaran lain itu muzik dalam Bahasa Melayu untuk memantapkan lagi pengetahuan murid dan
menjadikan sesi P&P lebih menarik.

4.0 REFLEKSI
Semasa pengajaran dan pembelajaran dilakukan pada masa set induksi, murid dilihat
begitu aktif memerhati dan meneliti kad gampar yang telah ditampal di papan hitam. Apabila
ditanya soalan mengenai apa yang mereka lihat, murid murid memberi respon yang cukup baik
meskipun jawapan yang diberikan berbeza beza. Contohnya, terdapat murid yang menjawab
Sambutan Hari raya, Hari Deepavali, Tahun Baru Cina dimana jawapannya lebih berbentuk
khusus. Oleh itu, saya telah menerangkan kepada murid murid bahawa pelajaran pada hari ini
adalah mengenai perayaan perayaan yang terdapat di Malaysia. Namun begitu, apabila
ditayangkan gambar perayaan di Sarawak dan Sabah, murid tidak dapat meneka perayaan yang
diraikan oleh suku kaum di Sabah dan Sarawak. Ini menunjukkan bahawa murid murid belum
lagi didedahkan dengan perayaan lain yang disambut di Malaysia selain tiga perayaan terbesar
yang disambut oleh tiga kaum terbesar di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India.
Selain itu, apabila ditanya mengenai pengalaman murid murid ketika menyambut
perayaan, kebanyakan mereka memberi respon ketika menyambut perayaan Hari Raya Puasa dan
Hari Raya Korban kerana majoriti penduduk di kawasan ini adalah kaum Melayu sahaja dan
mereka tidak terdedah dengan perayaan lain seperti Tahun Baru Cina dan Hari Deepavali yang
disambut meriah oleh pelbagai kaum di kawasan Bandar seperti di Kuala Lumpur, Ipoh, Kuantan
dan sebagainya. Namun begitu, terdapat murid yang boleh memberi respon megenai perayaan
lain seperti Tahun Baru Cina dimana tarian naga dimainkan setiap kali kaum kedua terbesar di
Malaysia ini menyambut perayaan mereka.
Walau bagaimanapun, ketika set induksi berjalan, terdapat beberapa orang pelajar yang
pasif dan tidak begitu responsif ketika saya bertanyakan soalan kepada mereka. Dua keadaan
yang mungkin berlaku sama ada mereka ini tidak mempunyai pengetahuan yang baik mengenai
perayaan atau malu untuk menyuarakan pendapatnya. Oleh itu, saya perlu lebih peka dan

mengatasi sikap pasif murid - murid ini supaya lebih berinteraksi semasa pengajaran dan
pembelajaran dijalankan pada masa akan datang.
Pada sesi pembacaan dijalankan, saya telah memilih beberapa orang murid untuk
membaca teks petikan yang dipaparkan. Terdapat murid yang boleh membaca dengan lancar
beserta sebutan dan intonansi bacaan yang betul. Namun begitu, masih terdapat beberapa orang
murid yang masih lagi berada pada tahap yang lemah kerana tahap pembacaannya yang tidak
lancar dan sebutan serta intonansinya yang tidak tepat. Oleh itu, perhatian lebih perlu diberikan
kepada murid murid ini kerana mereka juga tidak begitu aktif sewaktu sesi soal jawab
berlangsung. Mereka lebih gemar untuk berdiam diri dari menyuarakan pendapat mereka. Bagi
mengatasi masalah ini, saya lebih gemar menanyakan sendiri soalan kepada mereka meskipun
mereka hanya bangun dan berdiam diri. Namun begitu, ada juga yang cuba memberikan jawapan
kepada soalan yang diberikan.
Semasa sesi perbincangan didalam kumpulan,saya dapat lihat setiap kumpulan
mempunyai pelajar yang pasif dimana dia hanya berdiam diri dan tidak cuba untuk
menyumbangkan idea kepada ahli kumpulannya yang lain. Namun begitu, dilihat ramai pelajar
begitu teruja apabila melakukan kerja secara berkumpulan dan mereka sentiasa berinteraksi
diantara satu sama lain bagi menyuarakan pendapat masing masing. Ini menggalakkan
komunikasi yang lebih berkesan kerana murid tidak hanya menerima input dari guru tetapi juga
dari rakan rakan. Namun begitu, saya perlu lebih peka dan mengawal keadaan kelas dengan
lebih baik kerana terdapat juga pelajar yang mengganggu rakan rakannya dan menjadikan kelas
sedikit bising tetapi masih dalam keadaan yang terkawal.
Saya lebih gemar memberi pendedahan kepada pelajar untuk melakukan pembentangan
dihadapan murid murid yang lain. Ini bertujuan untuk melatih pelajar supaya dapat
meningkatkan estem diri dan keyakinan untuk berhadapan dikalayak ramai. Selain itu, ini juga
dapat membentuk diri pelajar untuk menjadi seorang pemimpin yang berkaliber dan saya dapat
melihat beberapa orang pelajar yang mempunyai kualiti sebagai pemimpin.
Tajuk perayaan yang saya pilih amat diuminati pelajar kerana mereka menunjukkan minat
untuk berinteraksi kerana pengetahuan mereka mengenai perayaan dan pengalaman mereka yang
menarik ketika menyambut perayaan yang tiba. Meskipun mereka lebih gemar bercerita

pengalaman mereka berbanding pengetahuan mereka mengenai perayaan yang diraikan di


Malaysia, respon yang diberikan amat menggalakkan dan menjadikan pengajaran dan
pembelajaran yang sedang berlangsung amat menarik.
Untuk penbahagian kumpulan pula, saya lebih gemar meggunakan undian meskipun saya
boleh memilih ahli bagi setiap kumpulan. Namun untuk berlaku adil, saya menggunakan undian
bagi mengelakkan rasa tidak puas hati dikalangan pelajar dengan ahli kumpulan yang dipilih
oleh saya. Meskipun secara undian, masih terdapat pelajar yang tidak berpuas hati namun saya
lebih gemar menyatakan kepada pelajar bahawa kerja berkumpulan akan mendapat hasil yang
baik sekiranya pelajar menerima kelemahan dan kekuatan seseorang. Apa yang saya perjelaskan
kepada pelajar adalah nilai berat sama dijunjung, ringan sama dijinjing. Pelajar yang lemah
perlu dibimbing oleh rakan kumpulannya yang mempunyai tahap pengetahuan yang lebih tinggi.
Semasa sesi penulisan esei, saya telah memecahkan latihan kepada dua bahagian dimana
pelajar yang pintar dan sederhana, mereka perlu menulis esei pendek mengenai perbezaan
perayaan di Malaysia manakala pelajar yang lemah, mereka perlu mengisi tempat kosong pada
petikan teks yang disediakan oleh guru dengan perkataan yang sesuai. Pelajar yang sederhana
mendapat bimbingan dari guru untuk menulis esei pendek mereka supaya mereka dapat menjana
idea dan memperkembangkan idea tersebut. Bagi pelajar yang lemah, masih ada terdapat
beberapa pelajar yang tidak dapat mengisi tempat kosong dengan jawapan yang betul. Mungkin
kerana petikan itu sedikit sukar kepada mereka dan saya akan cuba menggunakan petikan yang
lebih mudah dan sesuai dengan tahap murid yang lemah.
Akhir sekali, melalui karangan pendek yang ditulis oleh pelajar, saya dapati murid
memahami tajuk yang diajar pada hari ini dengan baik dan mendapat pengetahuan yang baru
mengenai perayaan yang lain yang terdapat di Malaysia seperti perayaan yang diraikan di Sabah
dan Sarawak. Oleh itu, objektif pengajaran dan pembelajaran pada hari ini telah tercapai
berdasarkan hasil output yang dilahirkan oleh pelajar menerusi penulisan esei pendek dan
mengisi tempat kosong bagi pelajar yang lemah.

4.1 Cadangan untuk Penambahbaikan

Meskipun objektif pengajaran pada hari ini telah tercapai, namun masih terdapat beberapa
perkara yang perlu diberi perhatian untuk memantapkan lagi pengajaran yang akan datang.
i.

Pengurusan masa
Bagi memastikan pengajaran lebih sempurna, pengurusan masa amat penting dan perlu
dititikberatkan oleh guru. Ini kerana tanpa pengurusan masa yang sistematik, P&P yang
dijalankan mungkin akan berakhir dengan penyudah yang tidak sempurna kerana guru
terpaksa mengejar masa bagi memastikan objektif P&P dicapai.

ii.

Pembahagian kumpulan
Setiap kumpulan perlu dibahagikan sama rata dari segi kebolehan dan tahap pencapaian
mereka. Kepelbagaian tahap dalam satu kumpulan dapat memberi dorongan kepada
pelajar yang lemah dengan bantuan dari rakan rakannya yang lain. Pembahagian yang
tidak seimbang akan menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan murid meskipun guru
menggunakan system undian kerana terdapat kumpulan yang mempunyai bilangan ahli
yang lemah lebih ramai bebanding kumpulan lain yang mempunyai ahli ahlinya yang
pintar.

iii.

Bilangan aktiviti yang dilakukan


Aktiviti yang terlalu banyak boleh menghilangkan daya saing diantara murid kerana
murid tidak terkejar untuk mengikuti pengajaran guru kerana waktu yang terhad. Oleh
itu, aktiviti yang dirancang perlulah bersesuaian dengan tahap murid serta boleh diikuti
oleh semua murid termasuk golongan murid yang lemah.

iv.

Latihan yang bersesuaian


Latihan atau latihtubi yang diberikan untuk menguji tahap kefahaman murid perlu
mengikut tahap pencapaian murid kerana soalan yang terlalu sukar akan menyukarkan
lagi murid untuk memahami tajuk yang diajar oleh guru. Oleh itu, setiap latihan yang
diberikan perlu memenuhi keperluan setiap murid dari yang pintar, sederhana dan lemah.
Kepelbagaian bahan kerja dapat membantu guru mencapai objektif yang disasarkan
dengan lebih mudah dan efektif.

4.3 Rumusan

Menghasilkan sebuah pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah adalah
mudah bagi seorang guru tetapi untuk menghasilkan P&P yang terbaik adalah sukar sekiranya
tiada perancangan dan penyusunan secara sistematik. Oleh itu, penggabungan pelbagai
kemahiran dalam mata pelajaran yang sama (bahasa), menggabungkan mata pelajaran lain
(contoh: muzik, pendidikan seni, pendidikan Jasmani) dengan bahasa serta penggabungan
merentasi kurikulum amat penting untuk menjadikan sesuatu pelajaran lebih berkesan, menarik
dan efektif. Oleh itu, pembelajaran dapat berlangsung dengan menarik dan guru dapat menarik
minat murid untuk mengikuti P&P tanpa rasa jemu dan bosan.
Terdapat empat peranan guru bahasa Melayu bagi memastikan murid memperolehi P&P
yang terbaik iaitu sebagai perancang pengajaran dan pembelajaran, penggerak dan pendorong
pengajaran dan pembelajaran, pembimbing murid, dan pemupuk semangat dan pembentuk
sahsiah murid (Ab. Rahman, 1997).

5.0 BIBLIOGRAFI
1. Dr Ali Mahmood, (2007). HBML1103 Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu.Fakuti
Pendidikan dan Bahasa. Open University Malaysia
2. Juriah Long, (2010). Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran. Penerbitan Universiti
Kebangsaan Malaysia.
3. Sulaiman Masri, Ab Yusof, mohd Rain Shaari.(2006). Demensi pengajaran dan
Pembelajaran. Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd.

4. Pengajian

dan

pengurusan

kurikulum

seni

visual

KBSR.

Retrieved

from

http://www.slideshare.net/syireen/konsep-5p
5. Nota
Kaedah.
Retrieved
from
http://www.educ.upm.edu.my/~fadzilah/nota
%20kaedah.htm
6. Penggabungjalinan.

Retrieved

from

http://www.scribd.com/doc/59136105/62/PENGGABUNGJALINAN
7. Penggabungjalinan.
Retrieved

from

http://www.scribd.com/doc/38072044/PENGGABUNGJALINAN
8. Maksud
Penggabungjalinan.
Retrieved

from

http://miewann673.blogspot.com/2011/10/maksud-penggabungjalinan.html

Lampiran 1
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

Mata Pelajaran

: Bahasa Melayu

Tahun

: 5 Arif

Bilangan Murid

: 32 Orang

Tema

: Kebudayaan

Tajuk

: Perayaan di Malaysia

Tarikh

: 12 Oktober 2011

Masa

: 60 minit

Objektif

: Pada akhir pelajaran, murid dapat;


i.

Murid dapat menyatakan tentang pengalaman mereka menyambut


perayaan dan menyaksikan perayaan perayaan yang disambut di

ii.

Malaysia secara lisan.


Membaca dan menyatakan lima isi penting secara lisan mengenai

iii.

perayaan yang terdapat di Malaysia.


Murid dapat menulis karangan pendek mengenai pengalaman
mereka

menyambut

perayaan

masing

masing

dengan

menggunakan ayat majmuk yang betul.


Hasil Pembelajaran

:1.1

berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan


seharian dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan,
intonasi dan nada yang sesuai.
Aras 1 (i) berbual tentang sesuatu perkara yang dialami dan
didengar dengan menggunakan bahasa yang sesuai.

5.1

Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonansi


yang betul dan memahami petikan yang dibaca.
Aras 2 (i) membaca pelbagai jenis ayat dengan memberikan
penekanan pada intonansi berdasarkan tanda baca.

8.2

Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam


sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk.
Aras 3 (i) menyediakan perenggan dengasn menggunakan ayat
tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk yang diberikan.

Kemahiran Bahasa

Kemahiran bertutur, menulis dan mendengar.

Sistem Bahasa

Sistem ejaan, ayat tunggal dan ayat majmuk, sebutan dan


Intonansi.

Ilmu

Bahasa Melayu, Kebudayaan

Nilai

Kesenian, menghayati, menghormati dan menghargai.

Kemahiran Bernilai Tambah (KBT)


Kemahiran Berfikir

Membuat perbezaan, meembuat inferens dan kemahiran


mengkategori.

Kemahiran Belajar

Menerima maklumat, memproses dan melaporkan.

Kecerdasan Pelbagai :

Kinestetik, intrapersonal, interpersonal, naturalis dan emosi.

Pengetahuan Sedia Ada:

Murid dapat menceritakan pengetahuan dan pengalaman mereka


mengenai perayaan yang terdapat di Malaysia dengan cara
berdialog dan membina ayat dengan menggunakan

ayat mudah.
Bahan Bantu Belajar :

Power point, kad gambar, kad bacaan, buku latihan dan alat tulis.

Isi Pelajaran
Guru menampal

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran


Set Induksi (5 minit)

Catatan
KB : menghubungkait,

beberapa keping

i) murid diminta untuk melihat gambar yang

inferens

gambar yang

dipaparkan dan menghayatinya.

BCB : meneliti dengan

berkaitan dengan

ii) murid diminta membezakan jenis

aktif

jenis jenis

perayaan mengikut kaum di Malaysia dan

BBB : kad gambar dank ad

perayaan yang

menceritakan pengalaman mereka.

perkataan

terdapat di

iii) guru menjelaskan tujuan aktiviti dan

Malaysia.

tajuk pengajaran yang akan diajari pada hari


itu.

Guru memberi teks Langkah 1 (15 minit)

KB : memebuat inferens

cerita yang

i) murid dikehendaki untuk mengelik salah

BCB : i) membaca dengan

bertajuk Perayaan

satu pautan yang disediakan.

intonansi yang betul.

Di Malaysia

ii)murid diminta membaca petikan itu secara

ii) mendengar dengan

melalui power

individu dengan kuat dan mengikut intonansi

aktif.

point.

serta gaya yang betul.

BBB : teks cerita, power

iii) murid murid yang lain dikehendaki

point

mendengar dan meneliti teks sambil


memahami petikan tersebut.
iv) kemudian guru menanyakan soalan
kepada murid berkaitan dengan petikan
Guru mengadakan

tersebut.
Langkah 2 (15 minit)

KB : menghubungkaitkan,

perbincangan

i) murid dibahagikan kepada beberapa

menjana idea

kumpulan antara

kumpulan.

BCB : memproses

murid murid dan

ii) murid diminta untuk berada dalam

maklumat dan melaporkan

melakukan

kumpulan dan membuat perbincangan.

maklumat.

pembentangan

iii) murid di kehendaki membentangkan

KP : verbal linguistic,

melalui power

perbezaan antara perayaan yang terdapat di

visual, intrapersonal,

point.

Malaysia dan membandingkan dengan

interpersonal

pengetahuan dan pengalaman mereka.

Nilai : kerjasama, hormat-

iv) setiap kumpulan diberi masa selama 10

menghormati

minit untuk menyiapkan tugasan yang

BBB : power point

diberikan.
v) Kemudian kumpulan akan
membentangkan hasil tugasan mereka.
vi) Kumpulan yang berjaya menyiapkan
tugasan dengan hasil kupasan dan
pembentangan yang baik akan menerima
ganjaran.
vii) Guru menanyakan soalan yang berkaitan

dengan tajuk dan pengetahuan sedia ada


Guru memberi

mereka.
Langkah 3 (20 minit)

latihan kepada
murid murid.

KB : menjana idea,
menghubungkaitkan,

i) guru terlebih dahulu menanyakan kepada

membuat inferens.

murid sekiranya mereka masih tidak

BCB : mengumpul,

Aktiviti

memahami tajuk pengajaran pada hari

memeproses, mencatat dan

Penggayaan :

tersebut.

melaporkan maklumat.

Menulis karangan

ii) guru memberikan latihan kepada murid

KP : intrapersonal,

pendek

iaitu membuat karangan pendek mengenai

interpersonal, visual, verbal

berdasarkan tajuk

perbezaan perayaan di Malaysia.

linguistik.

yang diberi.

iii) guru membimbing kumpulan murid yang

Nilai : bekerjasama,

memerlukan pemulihan dengan menyediakan menghargai.


Aktiviti

teks cerita yang perlu dilengkapkan dengan

Pemulihan:

mengisi tempat kosong.

Menyudahkan
petikan yang
diberikan dengan
mengisi tempat
kosong.
Guru membuat

Penutup (5 minit)

rumusan mengenai
pengajaran yang

i) murid digalakkan supaya mengumpul

telah diajar dan

maklumat tambahan daripada bahan bahan

menanyakan

yang lain bagi menambahkan pengetahuan

soalan kepada

mereka.

murid akan apa

ii) iii. Guru memainkan lagu Selamat Hari

yang mereka telah

Raya dan menayangkan video perayaan

pelajari.

yang diraikan di Malaysia secara ringkas.


iii) murid juga menyatakan nilai nilai

Guru juga

murni yang telah dipelajari pada hari

BBB : kertas latihan

menanyakan nilai

tersebut.

nilai murni yang


terdapat semasa
sesi pengajaran
dan pembelajaran.

Nilai nilai murni :


-

Menghargai
Bersyukur
Menghormati
Bekerjasama