Anda di halaman 1dari 3

TENAGA DI SEKELILING KITA

KEAJAIBAN TENAGA
1. Tenaga diperlukan untuk menjalani proses hidup seperti :
a. Bernafas
b. Membesar
c. Bergerak
d. Melakukan kerja
e. Membuat sesuatu perkara
2. Tenaga juga diperlukan oleh benda bukan hidup untuk
membolehkannya digunakan untuk :
a. Bergerak
b. Mengubah keadaan
3. Sumber-sumber tenaga :
a. Matahari (tenaga haba dan tenaga cahaya)
b. Bahan api (arang batu, petroleum, gas asli terbentuk daripada
tumbuhan + haiwan mati yang hidup berjuta tahun dahulu)
c. Sel kering (boleh menyimpan tenaga dalam jangka masa yang
panjang)
d. Angin (kincir angin)
TENAGA DI SEKELILING KITA
1. Bentuk-bentuk tenaga :
a. Tenaga elektrik
b. Tenaga kinetik
c. Tenaga cahaya
d. Tenaga haba
e. Tenaga keupayaan
f. Tenaga bunyi
g. Tenaga kimia
2. Tenaga boleh berubah dari satu bentuk ke bentuk yang lain.
Contohnya :
Aktiviti aktiviti yang terlibat dengan perubahan tenaga :
a. Menghidupkan lampu : Tenaga elektrik tenaga cahaya
b. Menyalakan lilin : Tenaga kimia tenaga haba + tenaga
cahaya
c. Kalkulator kuasa solar : Tenaga solar tenaga elektrik
tenaga cahaya
d. Menendang bola : Tenaga kimia tenaga kinetik tenaga
haba
e. Memanaskan air menggunakan cerek elektrik : Tenaga
elektrik tenaga haba

Peralatan - peralatan yang mengalami perubahan tenaga.


Perubahan tenaga membuatkan hidup manusia lebih mudah dan
cepat.
a. Seterika elektrik :
Tenaga elektrik tenaga haba
b. Radio menggunakan sumber elektrik :
Tenaga elektrik tenaga bunyi
c. Kipas siling :
Tenaga elektrik tenaga kinetik + tenaga bunyi
d. Dapur gas :
Tenaga kimia tenaga haba + tenaga cahaya
e. Televisyen :
Tenaga elektrik tenaga bunyi + tenaga cahaya
f. Alat pengering rambut :
Tenaga elektrik tenaga kinetik tenaga haba + tenaga
bunyi
g. Lampu suluh :
Tenaga kimia tenaga elektrik tenaga cahaya
TENAGA YANG BOLEH DIPERBAHARUI DAN TIDAK BOLEH
DIPERBAHARUI
Tenaga yang boleh diperbaharui (renewable energy) :
= tenaga yang boleh diperbaharui apabila telah habis warna.
Contoh :
Tenaga solar
Tenaga angin
Tenaga biomass
Tenaga air (empangan)
Tenaga yang tidak boleh diperbaharui (non-renewable energy) :
= tenaga yang tidak boleh diperbaharui apabila habis digunakan.
Contoh :
Gas asli
Tenaga nuklear
Petroleum
Arang
Arang batu

Kenapa kita perlu menggunakan tenaga dengan bijak ???

Untuk
Untuk
Untuk
Untuk

memastikan tenaga tidak akan habis di masa akan datang


menjimatkan wang
mengelakkan pembaziran
mengurangkan pencemaran

Cara-cara menjimatkan tenaga :


1)
2)
3)
4)

Tutup lampu dan kipas sekiranya tiada orang dalam bilik


Tutup komputer atau televisyen apabila tidak digunakan
Berkongsi kereta atau kenderaan awam
Mengeluarkan / mencipta bahan api baru untuk kenderaan

Kenapa tenaga yang boleh diperbaharui lebih baik daripada tenaga yang
tidak boleh diperbaharui ???
1) Ianya boleh digunakan berkali-kali dan diganti
2) Ianya mesra alam sekitar (tidak menyebabkan pencemaran)

Anda mungkin juga menyukai