Anda di halaman 1dari 2

xxxxxxxxxxx,

P.O Box 10194,MAS Security Department,


Kota Kinabalu International Airport,
88802 Kota Kinabalu Sabah.
Lembaga Tabung Haji Cawangan Sabah,
Peti Surat 12908, Jalan Sembulan,
88100 Kota Kinabalu Sabah.
Mac 2015

17

Tuan,
RAYUAN MENUNAIKAN IBADAH HAJI TAHUN 2015
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
Maklumat saya beserta tanggungan adalah seperti berikut :
1) nama
No KP :
2) nama
No KP :
3) nama
No KP :
Untuk makluman tuan,kami telah mendaftar dan disenaraikan untuk pergi menunaikan haji
pada tahun 2048 Masihi. Justeru itu,kami memohon dan merayu untuk memperoleh
penempatan ibadah haji pada tahun 1436 Hijrah/2015 Masihi berdasarkan perkara-perkara
berikut :
1. Ingin menjadi mahram kepada kakak saya yang merupakan golongan warga
emas.Di samping menjadi mahram kepada isteri saya.
2. Usia kami yang dianggap lanjut dan semakin meningkat ini akan menghalang kami
daripada mengerjakan ibadat haji dengan sempurna sekiranya kami tidak dapat
menunaikannya dalam masa terdekat.
3. Kesihatan kami yang masih agak baik pada masa sekarang akan memberikan
keyakinan dalam menunaikan haji dengan sempurna berbanding masa hadapan
ketika usia telah lanjut dan kesihatan yang semakin terjejas. Untuk makluman
tuan,saya menghidap penyakit Darah Tinggi.
4. Akaun Tabung Haji kami telah cukup untuk menunaikan haji.
Justeru itu,kami amat berharap dan berbesar hati sekiranya rayuan kami dapat
dipertimbangkan seterusnya diberikan peluang mengerjakan haji pada tahun ini.
Kerjasama dan jasa baik pihak tuan dalam mempertimbangkan rayuan kami amat dihargai
dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian terima kasih,
Yang benar,

.
(nama pemohon)