Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN DOKUMENTASI BACAAN SURAH YASIN

(HARIAN) SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI ULAR,


09000 KULIM, KEDAH DARUL AMAN
TAHUN 2015

PENGENALAN

Dalam

konteks

memenuhi

sarana

daripada

falsafah

pendidikan

kebangsaan, antaranya adalah murid mesti cemerlang JERI. Salah satu


daripada unsur JERI tersebut adalah rohani pelajar. Mengambil kira
keutamaan peningkatan rohani pelajar, maka pihak SK Sungai Ular telah
mengambil inisiatif mengadakan program bacaan Yasin secara harian di
awal bagi berusaha memenuhi kehendak tersebut. Untuk memastikan
kelancaran aktiviti ini, sekumpulan warga sekolah terdiri daripada pihak
pentadbiran, guru dan pelajar telah terlibat dalam organisasi program ini.

OBJEKTIF
1. Memohon keredhaan dan rahmat Allah untuk seluruh warga sekolah
melalui pembacaan surah Yasin
2. Mengkhususkan doa terhadap

pelajar

Tahun

yang

bakal

menduduki peperiksaan.
3. Mengasah kefasihan dan kelancaran pembacaan Al-Quran seluruh
pelajar.
4. Membentuk peribadi pelajar yang sentiasa mendampingi Al Quran
dalam kehidupan.
5. Membina peribadi kepimpinan dalam diri pelajar.

Tarikh Pelaksanaan: Sepanjang Tahun

Masa: 7.15-7.45 Pagi

Tempat: Dewan Terbuka Sk Sungai Ular


Sasaran: Semua murid Tahun 4,5 dan 6

Laporan Pelaksanaan Aktiviti.


Setiap hari jam 7.15 pagi akan hadir dan berkumpul di dewan. Bacaan
yasin akan dimulakan tepat pada jam 7.20 minit pagi. Sementara
menanti kehadiran seluruh pelajar Tahun4,5 dan 6, murid terlebih
dahulu akan berzikir dan berselawat ke atas Junjungan Besar Nabi
Muhammad s.a.w. Seterusnya, seorang murid turus akan mengetuai
bacaan secara berjemaah. Setiap minggu murid turus mempunyai
giliran mereka tersendiri. Kedudukan murid ketika pembacaan Yasin
berlangsung adalah mengikut kepada barisan kelas masing-masing
seperti hari perhimpunan rasmi pada hari Ahad. Begitu juga dengan
guru yang memantau, setiap hari 3-5 orang guru akan berada di dewan
bersama

dengan

murid

ketika

pembacaan

Yasin

berlangsung.

Lazimnya, bacaan Yasin akan tamat dalam masa 20 minit, iaitu 5 minit
sebelum bermula kelas pertama awal pagi. Kesemua guru turut berada
di dewan untuk mengaminkan doa, sebelum selanjutnya mengambil
murid untuk dibawa ke kelas masing-masing.
Adalah diharapkan program bacaan Yaasin ini akan berterusan dan
berjalan dengan lancar di atas kehendak IradahNya.

JAWATANKUASA
Pengerusi/Penaung: Pn Fauziah Najib Bt Hashim(Guru Besar)
Timbalan Pengerusi: Pn Maznah Bt Ibrahim
K. Penyelaras: Pn Mardiah Bt Abdul Rahman
Timb. Penyelaras: Pn Zarinas Bt Abdullah
AJK:
1. Ustaz Mohd Irwan Bin Khadip
2. Ustaz Wan Mohd Iqbal Bin Wan Mustafa
3. Ustaz Ahmad Zabani Bin Omar

1.1

Gambar semasa aktiviti dijalankan

1.2 Gambar semasa aktiviti dijalankan