Anda di halaman 1dari 7

PENYAKIT-PENYAKIT AUTOIMUN

Objektif pembelajaran:
Memahami jenis-jenis penyakit autoimun
Memahami mekanisme bagaimana penyakit autoimun terhasil

Mengetahui ujian-ujian yang digunakan untuk diagnosis penyakit


autoimun

Dalam keadaan normal individu tidak menghasilkan antibodi yang boleh


merosakkan sel-sel tubuhnya sendiri kerana tubuh mempunyai toleransi terhadap
antigen diri. Toleransi ini diselenggara oleh rangkaian sel T dan B serta produknya
yang kompleks. Walau bagaimanapun, dalam sesetengah penyakit gerak balas
imun dijana terhadap sel atau tisu diri. Antibodi terhadap antigen diri dipanggil
autoantibodi dan penyakit yang terhasil dikenali sebagai penyakit autoimun.
Dalam sesetengah keadaan tindak balas terhadap antigen diri berlaku secara
normal dan mempunyai fungsi fisiologi mengawal gerak balas imun. Autoantibodi
yang wujud pada aras fisiologi normal mungkin bertindak sebagai komponen
mekanisme homeostasis tubuh seperti pengangkutan tisu lama untuk
dimusnahkan. Penghasilan autoantibodi normal ini adalah terkawal ketat, dan
apabila kawalan ini gagal penyakit autoimun boleh terhasil.
Penyakit-penyakit autoimun dikelaskan sebagai spesifik-organ atau tak spesifikorgan bergantung sama ada gerak balas yang terlibat adalah terhadap antigen
yang terhad taburannya kepada satu organ atau lebih luas. Sesetengah haplotip
HLA lebih cenderung terdedah kepada penyakit autoimun. Haplotip B8, DR3
kerap dikaitkan dengan penyakit spesifik-organ, sementara artritis reumatoid
dikaitkan dengan satu jujukan nukleotida yang terdapat pada DR1 dan DR4.
A. Penyakit-penyakit Spesifik-organ
1. Myasthenia gravis
Antibodi dihasilkan terhadap reseptor asetilkolin pada persimpangan
neurootot. Reseptor ini dimusnahkan menyebabkan isyarat dari saraf yang
dibawa oleh asetilkolin tidak diterima oleh otot dan otot menjadi lemah.
Penyakit ini boleh dirawat dengan perencat kolinesterase dan
plasmaferesis untuk membersihkan autoantibodi.
2. Diabetes mellitus bergantung insulin
Penyakit ini dikenali juga sebagai diabetes jenis I (diabetes juvana) dan
disebabkan oleh sel Tc spesifik memusnahkan sel pankreas yang terlibat
menghasilkan insulin. Apabila sel dimusnahkan kurang insulin akan

dihasilkan. Aktiviti sel Tc bergantung kepada sitokin dari sel CD4 Th1,
oleh itu kerentanan terhadap penyakit ini dikaitkan dengan individu yang
mempunyai alel MHC II HLA-DR3 dan -DR4. Simptom-simptom
penyakit ini dirawat dengan suntikan insulin. Siklosporin A yang menekan
sel Tc telah berjaya digunakan untuk merawat penyakit ini.
3. Pernicious anemia
Penyakit ini berlaku pada usus. Sel plasma dalam mukosa perut
merembeskan autoantibodi (IgG) terhadap faktor intrinsik dan
mengganggu pengambilan normal vitamin B12. Pergabungan autoantibodi
kepada faktor intrinsik menghalang pengangkutan vitamin B12 yang perlu
untuk pematangan eritrosit dan tidak disintesis oleh tubuh. Oleh itu, lebih
banyak eritrosit tak matang yang tak efisien mengangkut oksigen
dihasilkan.
4. Anemia hemolisis autoimun
Autoantibodi dihasilkan terhadap berbagai antigen eritrosit seperti antigen
ABO dan Rh. Pergabungan antibodi kepada eritrosit akan menyebabkan
pemugaran eritrosit terpeka oleh limpa. Kesannya ialah anemia.
Pengaktifan pelengkap juga boleh berlaku dan menyebabkan hemolisis.
5. Sindrom Goodpasteur
Autoantibodi dihasilkan terhadap kolagen jenis IV yang terdapat pada
membran dasar alveolus peparu dan kapilari glomerulus ginjal. Pelengkap
akan diaktifkan dan tisu ini dimusnahkan.
6. Sklerosis berganda
Sklerosis berganda (multiple sclerosis) ialah sejenis penyakit nyahmielin
(demyelinating disease) pada sistem saraf pusat. Mielin ialah satu lapisan
selaput berlemak yang memudahkan pengangkutan impuls saraf. Dalam
penyakit sklerosis berganda, selaput ini dimusnahkan dan perpindahan
impuls menjadi perlahan. Proses nyahmielin mungkin diperantarakan oleh
gerak balas imun terhadap antigen diri, iaitu mielin. Autoantibodi antimielin akan bergabung dan pemusnahan selaput ini berlaku hasil tindakan
bersama pelengkap. Pencetusan proses nyahmielin mungkin dimulakan
oleh infeksi virus.
7. Penyakit Grave
Autoantibodi dihasilkan reseptor TSH (thyroid stimulating hormone) dan
kesannya ialah hipertiroidisme. Dalam keadaan normal sel tiroid
dirangsang oleh TSH dari kelenjar pituitari yang bergabung kepada
reseptor TSH. Apabila autoantibodi bergabung dengan reseptor ini,
kelenjar ini akan dirangsang untuk merembeskan hormon dan menjadi

hiperaktif. Penyakit ini boleh dirawat dengan dadah anti-tiroid atau


pembuangan tiroid.
8. Penyakit Hashimoto
Kelenjar tiroid diserang oleh limfosit dan fagosit menyebabkan
keradangan dan tiroid menjadi bengkak (goiter). Autoantibodi dihasilkan
terhadap tiroglobulin dan pemusnahan sel-sel tiroid berlaku. Kedua-dua
keimunanan humor dan perantaraan sel terlibat. Kesannya ialah
hipotiroidisme. Penyakit ini dirawat dengan tiroksin.
B. Penyakit-penyakit Tak Spesifik-organ
1. Artritis reumatoid
Penyakit ini disebabkan pemusnahan sendi-sendi terutamanya pada jari.
Pemusnahan ini berpunca dari sel keradangan Th1 yang mengaktifkan selsel sinovial menghasilkan enzim-enzim hidrolisis. Enzim-enzim ini
memusnahkan kartilaj, ligamen dan tendon. Pesakit-pesakit mempunyai
faktor reumatoid, iaitu antibodi terhadap bahagian Fc IgG. Kehadiran
faktor reumatoid digunakan untuk diagnosis artritis reumatoid.
2. Lupus eritematosus sistemik (SLE)
SLE ialah satu penyakit autoimun kronik dan pelbagai organ yang
melibatkan tindak balas imun terhadap beberapa antigen diri. Dalam SLE,
kompleks imun yang terdiri dari DNA atau nukleoprotein diri, antibodi
spesifik dan pelengkap, tertempat dalam kulit, ginjal dan sendi-sendi. Ini
menyebabkan eritema, glomerulonefritis dan artritis, masing-masing.
Antibodi anti-nukleus (DNA, nukleoproein) boleh dikesan dalam lebih
90% pesakit dan 20% mempunyai faktor reumatoid. Autoantibodi terhadap
RNA, eritrosit, platlet juga boleh dikesan. Ciri utama penyakit ini ialah
kemerahan berbentuk kupu-kupu (butterfly rash) pada hidung dan pipi.
Satu lagi ciri penyakit ini ialah fenomenon sel LE (lupus erythematosus
cell). Apabila darah pesakit ini dieram pada 37oC selama 30 - 60 min,
limfosit menjadi bengkak dan membebaskan bahan nukleusnya. Bahan ini
diopsoninkan oleh antibodi anti-DNA dan pelengkap, dan difagositosis
oleh sel LE. Kehadiran antibodi anti-DNA dan sel LE digunakan untuk
diagnosis SLE. Penyakit ini lazimnya berlaku pada wanita berumur antara
20 - 40 tahun.
3. Sindrom Sjogren
Ini ialah penyakit keradangan kronik yang diperantarakan sel T CD4 yang
memasukki kelenjar eksokrin (terutamanya kelenjar lakrimal dan air liur).
Sindrom Sjogren lazimnya dikaitkan dengan penyakit tisu hubungan lain
seperti artritis reumatoid dan SLE.
4. Sindrom Guillain-Barre

Penyakit ini menjejaskan saraf periferi dan menyebabkan kelemahan yang


mungkin berakhir dengan kelumpuhan. Lazimnya ia berlaku selepas
pemvaksinan (seperti influenzae) atau selepas infeksi (contohnya measles,
hepatitis). Kemungkinan gerak balas imun terhadap agen menginfeksi
bertindak terhadap tisu neuron kerana kehadiran epitop yang dikongsikan.
C. Mekanisme Kerosakan Tisu
Kerosakan tisu dalam penyakit-penyakit autoimun boleh berlaku melalui beberapa
cara:

Kerosakan oleh pelengkap yang diaktikan oleh antibodi terhadap


antigen diri: Autoantibodi terhadap antigen diri yang terdapat pada
membran sel tubuh bergabung dengan antigen-antigen ini dan
mengaktifkan pelengkap, membawa kepada sitolisis. Ini berlaku dalam
penyakit anemia autoimun hemolisis, apabila autoantibodi (IgG)
bergabung dengan sesetengah antigen kumpulan darah, mengaktifkan
pelengkap, memusnahkan eritrosit dan menyebabkan anemia.
Fungsi sel terkompromi (terganggu) apabila autoantibodi bergabung
dengan reseptor permukaan sel yang memperantarakan fungsi lain:
Autoantibodi boleh terhasil terhadap reseptor permukaan sel seperti
reseptor hormon. Autoantibodi ini mungkin menyerupai (mimic) fungsi
hormon normal, menghalang pergabungan hormon, atau memusnahkan
reseptor. Kesemua ini akan menjejaskan fungsi reseptor tersebut. Dalam
myasthenia gravis, autoantibodi dihasilkan terhadap reseptor asetilkolin
pada persimpangan neurootot dan mengganggu perpindahan isyarat dari
saraf ke otot. Dalam tirotoksikosis, pergabungan autoantibodi merangsang
kelenjar tiroid dan menyerupai tindakan hormon normal.

Kerosakan tisu berlaku apabila autoantibodi dan antigen diri yang


larut membentuk kompleks imun, dan mencetuskan gerak balas
keradangan yang merosakkan: Pengaktifan pelengkap menjana
anafilatoksin C3a dan C5a. Histamina kemudian dibebaskan dan aktiviti
fagositosis ditingkatkan. Ini menyebabkan gerak balas keradangan yang
merosakkan tisu berhampiran. Ini berlaku dalam SLE.

Sel Tc spesifik yang diaktifkan oleh antigen diri merosakkan sel:


Apabila sel T mengcam antigen diri sebagai asing, subset sel ini akan
diaktifkan. Sel fagositik dan sel Tc akan ditarik dan memusnahkan sel
yang mempamerkan antigen diri spesifik. Ini berlaku dalam tiroiditis
autoimun di mana pengumpulan fagosit dan sel Tc dicerap pada lesi
tiroid.

D. Teori-teori Penyakit Autoimun


Terdapat beberapa mekanisme yang telah dicadangkan untuk menerangkan
bagaimana penghasilan autoantibodi dicetuskan. Kejadian-kejadian yang
mencetuskan gerak balas autoimun adalah kompleks dan mungkin mengelirukan
penyelidik. Kombinasi beberapa kejadian mungkin diperlukan. Sebagai contoh,

dalam penyakit anemia hemolisis autoimun, kehadiran autoantibodi sahaja tidak


cukup untuk menghasilkan penyakit dan faktor-faktor lain mungkin
mempengaruhi pengekspresan penyakit. Faktor-faktor imunologi, hormon,
genetik, infeksi dan penggunaan dadah mungkin bertindak sendiri atau secara
kombinasi untuk mencetuskan penyakit autoimun.
Beberapa teori telah dicadangkan untuk menerangkan bagaimana toleransi diri
gagal dan penyakit autoimun terhasil:

Infeksi tisu oleh virus: Infeksi virus boleh menyebabkan antigen virus
dipamerkan pada permukaan sel walaupun virus wujud dalam keadaan
laten. Antigen-antigen ini boleh mengaruh gerak balas autoimun. Virus
juga boleh menyebabkan pengaktifan poliklon limfosit, mimik antigen
atau mengganggu kawalan oleh sel Th dan sel Ts. Infeksi virus sebelum
berlaku penyakit telah dikaitkan dengan SLE, sklerosis berganda dan
diabetes.
Antigen diri diubahsuai oleh pergabungan dadah ke permukaan sel:
Pergabungan dadah kepada permukaan sel boleh mengubah epitop
permukaan sel. Sebagai contoh, anemia hemolisis boleh dihasilkan dalam
individu rentan yang mengambil antibiotik penisilin. Penisilin boleh
bergabung dengan eritrosit dan antibodi yang terhasil terhadap dadah ini
kemudian boleh bergabung dengan molekul penisilin. Penisilin yang
tergabung kepada membran sel boleh mengaktifkan limfosit dan antibodi
yang diaruh akan bertindak bersama pelengkap untuk memusnahkan
eritrosit dan menyebabkan anemia.

Tindak balas silang antara antigen bakteria dan antigen diri: Antibodi
yang dihasilkan terhadap antigen pada agen infeksi mungkin bertindakbalas dengan tisu hos dan menyebabkan penyakit. Sebagai contoh, dalam
kes siflis yang disebabkan oleh Treponema pallidum, antibodi yang
dihasilkan terhadap organisma ini mungkin bertindak terhadap sesetengah
antigen eritrosit dan menghasilkan anemia. Tindak balas silang antara
antigen pada Streptococcus kumpulan A dan antigen otot jantung pula
mungkin terlibat dalam gejala-gejala yang berlaku dalam demam
reumatik.

Pengaruh hormon: Hormon dari kelenjar tiroid, hipotalamus dan adrenal


memang diketahui mempengaruhi homeostasis sistem imun dan
rangsangan terhadap antigen. SLE dan artritis reumatoid lebih kerap
berlaku pada wanita, dan myasthenia gravis lebih kerap berlaku pada
lelaki. Ini mungkin berkaitan hormon seks berbeza yang terdapat pada
wanita dan lelaki.

Kegagalan rangkaian kawalan yang mengcam diri: Pengekspresan diri


dikawal ketat oleh rangkaian imun dan kegagalan pada sistem ini akan
mencetuskan penyakit autoimun. Gangguan kepada perkembangan sel T
penekan (Ts) atau Th yang disebabkan oleh mutasi atau faktor sekitaran
boleh menjejaskan rangkaian imun yang mengawal gerak balas imun
terhadap diri. Sebagai contoh, sel T yang berpotensi menjana gerak balas

terhadap diri sepatutnya telah terhapus semasa perkembangan dalam


timus. Jika mekanisme ini tidak sempurna, sel yang berpotensi
menghasilkan tindak balas terhadap diri tidak dihapuskan dan mungkin
diaktifkan kemudian.
Gerak balas autoimun juga boleh diaruh oleh pengaktif poliklon seperti
lipopolisakarida yang mengaktifkan sel B secara terus tanpa bantuan sel
T. Dengan cara ini mekanisme kawalatur oleh sel T dipintas. Pengaktifan
poliklon mungkin membangunkan klon sel B yang mengekspres reseptor
untuk antigen diri dan penghasilan autoantibodi terhadap antigen diri
mungkin tercetus.

Antigen baru terdedah terbit dalam tubuh: Antigen-antigen yang


terdapat dalam beberapa tempat tertentu seperti otak, ovari, plasenta, testis,
uterus dan kebuk mata anterior dianggap antigen istimewa
(immunologically privilege sites) dan tidak mengaruh gerak balas imun
dalam keadaan normal kerana tiada interaksi antara antigen ini dengan sel
T. Jika antigen ini dibebaskan dalam kuantiti yang banyak sebab berlaku
kecederaan, ia mungkin akan mengaruh gerak balas imun. Sel T yang
diaktifkan akan memasukki tempat asal antigen tersebut dan merosakkan
tisu. Ini berlaku dalam sympathetic ophthalmia atau uveitis autoimun
apabila pendedahan antigen mata kepada sistem imun akibat kecederaan
atau infeksi mengaruh gerak balas imun yang merosakkan mata yang sihat.

E. Ujian-ujian Diagnosis
1. Imunopendarfluor (Immunofluorescence)
Ujian ini boleh digunakan untuk mengesan autoantibodi dalam serum.
Sampel tisu yang mempunyai antigen diri dieram dengan serum pesakit.
Jika autoantibodi terdapat dalam serum tersebut, ia akan bergabung
dengan antigen diri. Antibodi anti-IgG manusia yang telah dilabelkan
dengan pewarna pendarfluor ditambah dan kehadiran antibodi terhadap
antigen diri dalam serum pesakit dicerap menggunakan mikroskop
pendarfluor.
2. Ujian pengaglutinatan
Serum pesakit dicampurkan dengan ampaian sel yang mempunyai antigen
diri yang diuji. Jika autoantibodi spesifik wujud pengaglutinatan akan
berlaku. Jika antigen yang disyakki adalah antigen larut ia boleh
dijerapkan ke permukaan eritrosit dan digunakan dalam ujian
penghemaglutinatan pasif atau tak terus.
3. Radioimunoasai
Kaedah ini adalah sensitif. Antigen dijerapkan ke permukaan tiub plastik
dan serum pesakit ditambah. Kehadiran autoantibodi dikesan dengan

penambahan antibodi sekunder (anti-IgG manusia) berlabel radioaktif.


Selepas pembasuhan, kuantiti radioaktiviti ditentukan dan ini memberikan
ukuran aras autoantibodi yang terdapat dalam serum pesakit.

Anda mungkin juga menyukai