Anda di halaman 1dari 6

Peranan Guru Dalam Menangani Masalah Sosiobudaya

Sebagai seorang guru, adalah penting untuk mengetahui dan ambil peduli akan
siapa sebenarnya pelajar-pelajar atau komuniti di dalam sesebuah kelas. Guru juga
perlu meneliti akan pendekatan yang bersesuaian yang dibawa oleh setiap pelajar,
bakat serta minat mereka ke dalam situasi pembelajaran. Sewajarnya guru perlu
mengetahui bahawa setiap individu pelajar adalah berbeza dari aspek budaya, latar
belakang keluarga, dan tahap sosioekonomi yang mana sedikit sebanyak memberi
kesan kepada gaya dan corak pembelajaran mereka. Setelah guru mampu
memahami serta mengenali setiap jenis pelajar didalam kelas, impaknya pelajar
boleh mencapai kejayaan daripada hasil pembelajaran mereka di sekolah
http://qalish.com/2011/01/kepelbagaian-pelajar.html

i.

Penerimaan dan layanan yang adil

Mengikut Noriati at el mengenali latar belakang pelajar, taraf sosioekonomi, tempat


tinggal, budaya, adat resam, kepercayaan dan agama akan membolehkan guru
memberikan layanan yang lebih adil kepada individu pelajar. Guru tidak seharusnya
melayan pelajar sebagai satu kelompok individu, kelompok kelas sosial atau
kelompok mengikut kaum etnik tetapi sebagai individu yang mempunyai keunikan.
Justeru, guru perlu memberi layanan yang adil mengikut keperluan individu pelajar.
Guru hendaklah mengajar tanpa mengira kaum atau status sosial seorang murid
dengan mewujudkan kumpulan pelbagai kategori supaya murid-murid yang tercicir
tidak merasa tersisih.Guru perlu melayan keperluan murid ke arah
memperkembang potensi mereka secara optimum. Mereka dapat berkomunikasi
dengan baik antara satu sama lain tanpa ada perasaan rendah diri. Menurut Rohand
Meighan (1986), Kelas Sosialmengambarkan perbezaan cara hidup atau pendapatan
di dalam sesuatu bangsa yang sama.

ii.

Strategi pembelajaran yang sesuai.

Setiap seorang pelajar itu adalah unik. Keunikan mereka tidak sama antara satu
sama lain. Seorang guru tidak boleh menganggap semua murid boleh belajar
dengan cara yang sama. Biasanya penyampai seseorang guru itu bergantung pada
persekitaran tempat tinggal pelajar, status sosioekonomi keluarga dan gaya
pembelajaran. Guru harus berusaha untuk menolong murid memahami dan
membentuk nilai, sikap serta tingkah laku yang sesuai. Dengan mengambil kira
faktor-faktor yang membantu pembelajaran guru dapat menyediakan pembelajaran
yang berkesan mengikut kemampuan. Menurut Dunn dan Dunn (1979), setiap

individu mempunyai gaya pembelajaran tertentu. Oleh itu, guru perlu didedahkan
kepada pengetahuan tentang gaya pembelajaran dan bagaimana menyesuaikan
gaya pembelajaran pelajar dengan pengajaran guru agar dapat mencapai
pengajaran dan pembelajaran yang cemerlang.
Selain daripada itu juga, interaksi sosial mampu menangani isu-isu berkaitan
dengan cara bagaimana pelajar berinteraksi semasa proses pembelajaran. Menurut
Reichmann dan Grasha (1974) telah menyarankan beberapa jenis pelajar
berasaskan kepada cara yang paling mereka gemari semasa belajar. Antaranya
adalah, pelajar yang ingin belajar secara bersendirian, kolaboratif, penyertaan dan
kompetitif. Dunn & Dunn (1978) mengkategori gaya pembelajaran kepada 18
kategori berdasarkan unsur-unsur asas tetapi diklasifikasikan dan diringkaskan
kepada empat perkara sahaja berdasarkan rangsangan (stimuli)

iii.

Pengurusan bilik darjah

Pengurusan hal-ehwal murid dalam bilik darjah melalui pendekatan penyayang yang
ditunjukkan guru dapat menjinakkan mereka, bercakap bahasa lembut, menegur
dan membetul kesilapan dengan cara berhemah, di samping menggunakan segala
sifat akan mempercepat proses kecintaan dan kesetiaan murid terhadap gurunya.
Guru perlu melayan keperluan murid ke arah memperkembang potensi mereka
secara optimum. Faktor ini mendesak guru menggunakan kemahiran secara
optimum dalam pengurusan bilik darjah, dan adalah penting kepada guru untuk
memahami tingkahlaku dan budaya murid supaya sebarang tindakan dapat
dilakukan mengikut kaedah yang betul dan tepat.

http://www.authorstream.com/Presentation/izzyati009-775697-pembentukanpersekitaran-pembelajaran-yang-kondusif-2/
Menurut Noriati A Rashid et al mengurus pelajar yang ramai berlainan latar
belakang bukanlah sesuatu yang mudah. Sebagai satu komuniti kecil di dalam bilik
darjah, kawalan tingkah laku dianjurkan melalui peraturan dan rutin harian bilik
darjah. Pematuhan peraturan menjadi satu keperluan untuk mewujudkan suasana
yang terkawal.

iv.

Penglibatan aktif murid

Lave dan Wenger (1991) mencadangkan supaya seseorang individu akan menjadi
seseorang yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam penglibatannya. Beliau

boleh mengembangkan identitinya serta perasaan kepunyaannya terutama sebagai


ahli kepada sesuatu kumpulan. Wenger (1998) mengembangkan pandangan
mengenai pembelajaran melalui penglibatan sosial berkenaan. Guru mesti
menolong murid membentuk Konsep Kendiri Positif supaya mereka dapat mengikuti
pembelajaran dengan perasaan yang seronok.

v.

Aspirasi /Jangkaan guru

Aspirasi bermaksud cita-cita dan harapan seseorang dalam sesuatu aspek


kehidupan. Pencapaian akademik adalah satu aspek persekolahan yang tidak dapat
dipisahkan dari kehidupan pelajar. Bagaimana pencapaian akademik pelajar adalah
berbeza-beza kerana dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Latar belakang pelajar
adalah faktor yang sering disebut sebagai pengaruh utama kepada perbezaan
dalam pencapaian akademik yang pelbagai.
Pengetahuan mengenai latar belakang pelajar serta budaya dan gaya pembelajaran
banyak membantu guru dalam menyediakan proses pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan kepada setiap pelajar dan menarik kesungguhan serta usaha untuk
mencipta pengalaman-pengalaman pembelajaran yang pelbagai. Kepelbagaian
pengajaran yang sesuai dengan tahap serta gaya pembelajaran pelajar mempu
memberi pulangan yang cukup baik kepada semua pelajar tanpa mengira
kepelbagaian yang wujud di dalam sesebuah bilik darjah. Dengan kata lain, ia dapat
meningkatkan metodologi pengajaran dan amalan bagi pelajar-pelajar tertentu akan
menghasilkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna dan
bukan hanya berorientasikan kepada peperiksaan semata-mata.

Ini kerana tanggungjawab seorang guru bukan sahaja mendidik dan menyampaikan
ilmu pengetahuan. Kepada pelajar tetapi turut mempunyai satu tugas yang besar
dalam memahami dunia pendidikan yang sebenar terutama pengurusannya di
dalam sesebuah bilik darjah. Hal ini kerana realitinya, kini pelajar yang wujud dalam
sesebuah kelas adalah datang dari pelbagai latar belakang yang berbeza antaranya
adalah usia, jantina, bangsa, etnik, personaliti, bahasa, status ekonomi keluarga,
kesihatan, lokasi tempat tinggal, fizikal, tingkah laku dan sosial. Kesemua aspek ini
mempengaruhi penerimaan serta minat pelajar untuk terus belajar dan diaplikasi
dalam kehidupan sebenar.
http://qalish.com/2011/01/kepelbagaian-pelajar,html

Seseorang guru perlu bijak menangani kepelbagaian tahap pencapaian murid. Ini
kesan daripada kepelbagaian tahap sosioekonomi mereka. Setiap murid mempunyai
tahap kecerdasan yang berbeza. Seseorang guru perlu bijak dalam memotivasikan
pelajar untuk menyiapkan kerja rumah dan membuat tugsan yang diberikan. Guru
perlu menggunakan pelbagai strategi dan teknik yang berbeza untuk mengajar dan
memberi kefahaman kepada pelajar.

vi.

Bahasa

Dalam bidang pendidikan, Akta pelajaran 1961 yang dirangka berasaskan


Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 menekankan penggunaan
bahasa kebangsaan sebagai bahasa perpaduan. Penyata Razak 1956 menyatakan

Tujuan dasar pelajar di dalam negeri ini ialah bermaksud hendak menyatukan
budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu
peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan Bahasa
Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar, walau pun perkara ini tiada
dapat dilaksanakan dengan serta merta melainkan hendaklah diperbuat dengan
beransur-ansur. (Penyata Razak, perenggan 12, 1956)

Penggunaan bahasa merangkumi penggunaannya secara betul dan jitu di dalam


dan di luar bilik darjah. Contohnya, di dalam kelas sebaik-baiknya hendaklah
menggunakan bahasa kebangsaan kerana memudahkan proses pengajaran dan
pembelajaran walaupun terdapat pelbagai kaum di dalam kelas tersebut supaya
satu persekitaran yang kondusif dapat terbentuk.

Menurut Syed Ismail Syed Mustapa (2012) aspek bahasa harus diberi pertimbangan
yang sewajarnya oleh guru. Murid yang terdiri daripada pelbagai kaum pastilah
menyebabkan berlakunya dialek bahasa yang sedikit sebanyak akan memberi
impak kepada pembelajaran. Jurang yang berlaku akibat daripada penggunaan
bahasa dialek haruslah dielakkan.

Penggunaan bahasa yang Standard akan memberi peluang sama rata kepada murid
untuk mengambil bahagian dalam aktiviti Pembelajaran Faktor ini mendesak guru
menggunakan kemahiran secara optimum dalam pengurusan bilik darjah, dan
adalah penting kepada guru untuk memahami tingkahlaku danbudaya murid
supaya sebarang tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang betul dan tepat.
Kesabaran, kecekalan dan kesungguhan untuk membentuk perangai murid kadang
kala mengambil masa yang agak lama. Apabila berlaku perubahan ke arah
kebaikan, berilah pengiktirafan dan penghargaan terima kasih.

vii.

Pelbagai kaedah pembelajaran

Guru harus menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran mengikut


tahap pencapaian murid. Guru juga perlu memberi tunjuk ajar untuk mengatasi
masalah akademik murid yang lemah melalui pelbagai kaedah yang sesuai seperti
penganjuran kem-kem motivasi dan sebagainya. Masa pengajaran dapat digunakan
semaksimumnya untuk melakukan banyak aktiviti yang merangsangkan minda. Ini
boleh dilakukan dengan menggunakan kata-kata bermotivasi dan penuh dengan
senyuman dan jenaka (Sense Humour).
Guru juga perlu menghormati murid-murid, bersikap adil, hukuman berbentuk
deraan tidak seharusnya dilaksanakan kerana akan menyebabkan hubungan murid
dengan guru akan renggang serta memberi teguran umum berbentuk nasihat tetapi
bukan leteran. Guru perlu bertanggungjawab untuk membentuk komuniti
pembelajaran yang mesra murid berasaskan latar belakang dari pelbagai SosioBudaya.

KESIMPULAN
Negara Malaysia mempunyai pelbagai budaya dan sosiobudaya yang berbeza
antara satu sama lain. Kepelbagaian masyarat ini memerlukan usaha berterusan
untuk membentuk masyarakat yang saling memahami antara satu sama lain.
Khususnya apabila berlaku pertembungan budaya antara setiap kumpulan. Dalam
proses tersebut melibatkan peringkat integrasi antara kaum. Proses ini adalah
bertujuan menyatupadukan pelbagai kelompok masyarakat dengan menghilangkan
perbezaan identiti. Proses ini juga merujuk kepada penyatuan kelompok yang
berbeza latar belakang dan menjadi satu entiti yang terikat oleh norma dan nilai
serta kepentingan bersama.
Sebagai seorang pendidik sudah menjadi tanggungjawab guru untuk membimbing
pelajar mencapai potensi diri dalam pencapaian akademik dan sosial. Guru perlu

mengkaji dan memahami sosiobudaya setiap pelajar untuk memudahkan proses


pengajaran dan pembelajaran supaya tidak ada murid yang merasa tersisih.
Kepelbagaian sosiobudaya yang wujud di dalam bilik darjah memerlukan guru
mengambil perhatian yang sesuai bagi membolehkan setiap pelajar mendapat
peluang yang adil untuk pembelajaran yang berkesan.