Anda di halaman 1dari 7

Maksud Alam Sekitar

Alam bermaksud dunia, bumi atau segala yang terdapat di langit dan di bumi
Manakala sekitar bermaksud di tempat atau di sekeliling. Perkataan alam
sekitar atau dalam bahasa Inggeris disebut invironment membawa maksud
keadaan sekeliling atau lingkungan. Oleh itu, sekirannya berdasarkan kepada
terjemahan literal, maka perkataan alam sekitar adalah menuju kepada apa
sahaja yang melingkungi manusia. Bagaimanapun, secara khusus perkataan
alam sekitar merujuk kepada fenomena fizikal sama ada biotik atau abiotik yang
melingkungi suatu organisma. Fenomena fizikal ini termasuk juga fenomena
yang berkait dengan iklim dan cuaca. (Mohd Zuhdi Marsuku, 2002)

Kesan Positif
Pembangunan Lestari
Pembangunan

Lestari

bermaksud

dengan pemeliharaan dan pemuliharaan

Pembangunan
alam

sekitar

atau

kemajuan

daripada

musnah.

Pemuliharaan membawa maksud membaik pulih sumber-sumber alam sekitar


seperti air, hutan, tenaga, udara, mineral dan lain-lain yang telah digunakan
tanpa membiarkan sumber-sumber itu pupus. Pemeliharaan pula meliputi aspek
penjagaan dan perlindungan untuk mengekalkan sumber-sumber semula jadi
daripada diteroka dengan rakus oleh manusia. Idea pembangunan lestari
dibentuk berasaskan konsep dan prinsip pembangunan secara berterusan dan
bermatlamat untuk memenuhi keperluan masa kini tanpa menjejaskan
keupayaan generasi akan datang. Contohnya adalah di Langkawi Geopark.
Walaupun kawasan tersebut telah digazetkan sebagai kawasan yang kaya
dengan pelbagai mineral dan fossil, namun keasliannya tetap terjaga.
Sungguhpun ramai pelancong yang hadir dan membuat kajian di kawasan

tersebut, namun kecantikan dan keasliannya tetap terpelihara kerana wujudnya


pembangunan lestari ini.
Peningkatan Kesedaran terhadap pe njagaan alam sekitar
Salah satu kesan positif yang wujud daripada sector pelancongan adalah
peningkatan kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar. Perkara ini dapat
dilihat apabila sesuatu kawasan itu diwartakan sebagai kawasan pelancongan,
sudah semestinya penduduk sekitar juga akan diberi pendedahan khusus tentang
pentingnya penjagaan alam sekitar. Antara langkah yang mungkin berlaku
apabila pewartaan sesuatu kawasan adalah pihak berkuasa akan membuat satu
seminar untuk menerangkan kepada penduduk sekitar. Secara tidak langsung,
penduduk sekitar akan lebih menghargai produk budaya itu sendiri. Contohnya,
di Sabah, apabila diwartakan bahawa Bunga Pakma (Rafflesia) merupakan salah
satu tarikan baru di sana, penduduk sekitar tidak lagi dibenarkan untuk memetik
atau mengambil bunga tersebut sesuka hati. Mereka sedar akan pentingnya
penjagaan bunga tersebut. Secara tidak langsung, kemandirian sepsis tersebut
akan terjaga.

Pengaplikasian Teknologi Hijau Dalam Pembangunan Alam Sekitar


Apabila berbicara mengenai teknologi hijau, sudah tentu akan terfokus kepada
tumbuh tumbuhan sahaja. Perkara ini adalah bertentangan dengan maksudnya
yang sebenar. Teknologi hijau bermaksud teknologi yang digunakan tanpa perlu
mengorbankan tenaga lain. Contohnya adalah tenaga yang boleh diperbaharui.
Namun dalam konteks pelancongan, teknologi hijau dipraktikkan secara meluas
dalam sector pertanian. Teknologi Hijau dalam pertanian ialah satu sistem atau
cara pengeluaran hasil tanaman yang tidak menggunakan bahan kimia sintetik
seperti baja kimia dan racun perosak. Ini mungkin yang kita kena tahu. Ini
kerana ianya melibatkan penggunaan bahan-bahan semulajadi sebagai sumber

nutrien tanaman seperti Pengkomposan Sisa Ladang dan Sisa Ternakan. Contoh
penggunaan teknologi hijau yang paling meluas adalah di Cameron Highland
yang terkenal dengan tanaman sejuk seperti anggur, strawberri dan Teh. Kesan
daripada kemajuan teknologi yang digunakan, tempat tersebut Berjaya
dinaikkan sebagai salah satu kawasan tarikan pelancong. Produk budaya yang
wujud disini iaitu kepelbagaian flora dan fauna dapat dikekalkan dengan adanya
teknologi hijau ini.

Kesan Negatif
Gangguan Ekologi Hidupan Marin
Gangguan ekologi merupakan salah satu kesan negatif yang wujud berpunca
daripada aktiviti selam scuba dan snorkeling. Contoh yang paling popular di
Malaysia adalah Taman Laut Pulau Payar, yang kebanyakan pengunjungnya
merupakan rakyat Taiwan dan Jepun. Walaupun begitu, aktiviti ini digemari dan
hanya tertumpu Marine Park Centre House Reef. Jumlah kemasukan pelancong
asing yang semakin meningkat menyebabkan kerosakan yang serius kepada
fizikal terumbu karang yang seterusnya menyebabkan berlakunya masalah
pencemaran air. Kesan serupa berlaku terhadap Pulau Langkawi dan Pulau
Sipadan dimana pelancong menyumbang kepada kesan kesan negatif terhadap
hidupan marin terutamanya terumbu karang. Terumbu karang dijana oleh
serangga kecil marin yang dinamakan polyps. Jika polyps terdedah kepada
pencemaran dan bahan-bahan kumbahan manusiamaka ianya akan mati dan
penambahan terumbu karang tidak dapat dilakukan (Hilmi danKathleen, 2001)

Penerokaan Hutan

Penerokaan hutan secara rakus juga menyumbang kepada kesan negative


kepada alam sekitar. Golf, salah satu sukan yang popular di kalangan orang
kenamaan dan ahli korporat memerlukan tanah yang besar untuk dibangunkan.
Sebagai contohnya di United Kingdom sahaja terdapat lebihdaripada 2,600
padang golf yang telah dibuka (Joy dan Paul, 1999). Hal ini sedikit sebanyak
mempengaruhi alam sekitar apabila permintaan terhadap padang golf tinggi
ekoran ramainya pelancong yang masuk ke sesebuah Negara. Lazimnya, padang
golf dibina dengan keluasan 25 hingga 30 hektar yang hanya memuatkan
seramai 72 pemain pada satu satu masa. Selain itu, padang yang mempunyai 18
lubang pula memerlukan sekurang kurangnya 50 hingga 60 hektar kawasan baru
yang perlu ditarah semata mata untuk menampung 150 orang pemain pada satu
satu masa. Cuba bayangkan, berapa luaskah sebenarnya kawasan yang perlu
dikorbankan untuk mewujudkan suatu padang golf yang boleh menjadi daya
tarikan kepada pelancong? Di Malaysia sahaja terdapat lebih dari 200 padang
golf yang dibangunkan tetapi ke manahala tuju sukan ini dan apakah hasilnya?
Senario ini diburukkan lagi dengan kuantiti airyang banyak yang diperlukan
untuk menyiram rumput akibat iklim panas dan lembapsepanjang tahun di
negara kita.

Kerosakan Alam Sekitar


Aktiviti pelancongan yang melibatkan penjelajahan gua juga menyumbang
kepada factor yang menyebabkan alam sekitar terjejas. Pelancong yang datang
ke Malaysia amat menggemari aktiviti lasak seperti masuk ke dalam gua.
Malaysia kaya dengan gua yang mempunyai laluan yang menarik dan
mencabar, antaranya Gua Niah dan Gua Mulu (Sarawak), Gua Telinga (Pahang)
dan Gua Wang Burma (Perlis). Kesan daripada aktiviti ini, manusia yang gatal
tangan akan mengambil dan mencuri stalaktit atau stalagmit untuk dijadikan
cenderamata. kemasukan pelancong kedalam gua menyebabkan suhu menjadi

tinggi, dan seterusnya menyebabkan pertumbuhan stalaktit dan stalakmit


terbantut. Justeru, selain memberi impak positif terhadap pendapatan Negara,
sebenarnya pelancongan menyebabkan alam semulajadi terjejas.

Aktiviti pelancongan yang melibatkan penjelajahan gua juga sedikit


sebanyak boleh menjejaskan alam sekitar. Kebanyakan pelancong yang datang
melawat gemarkanaktiviti menjelajah gua. Malaysia amat terkenal dengan
beberapa gua yang menarik antaranya Gua Niah dan Gua Mulu (Sarawak), Gua
Telinga (Pahang) dan Gua WangBurma (Perlis). Namun tindak-tanduk manusia
sememangnya sukar dikawal. Contohnyaformasi gua seperti stalaktit dan
stalagmit kerap dirosakkan atau diambil sebagaicenderamata.Kemasukan
pelancong-pelancong ke dalam gua akan menyebabkan suhu didalamgua akan
berubah dan sekaligus akan membantutkan pertumbuhan stalaktit dan stalagmit.
Justeru itu bilangan pengunjung perlulah dihadkan agar khazanah warisan
negara tidak akan terjejas dengan tindak-tanduk manusia yang tidak
bertanggungjawab

Kesimpulan
Setelah menjalankan kajian ini, saya mendapati bahawa wujud hubungan yang
amat penting antara pelancongan dan kesannya terhadap produk budaya.
Kebanyakan kesan yang ditonjolkan sebenarnya memberikan impak yang
negative terhadap produk budaya, sekalipun ianya mempunyai impak yang
positif.

Melalui kajian ini, beberapa perkara dapat dipelajari seperti impak pelancongan
terhadap alam sekitar, sosiofaks dan artifak budaya. Perkara yang paling jelas
adalah kesannya terhadap alam sekitar. Alam sekitar sebenarnya adalah keadaan
yang kita akan nikmati sepanjang hidup. Jadi adalah amat penting sebenarnya
untuk kita menjaga alam sekitar disamping menjalankan aktiviti aktiviti
pelancongan yang diyakini mampu memberikan pulangan yang lumayan.

Selain itu, adalah amat penting sebenarnya untuk kita menitikberatkan kepada
soal artifak budaya. Artifak budaya merupakan aset yang tidak ternilai. Tidak
banyak tempat yang mempunyai artifak budaya ini. Hal ini wujud kerana
wujudnya tamadun ataupun kehidupan lampau yang tidak boleh dicipta atau
dipalsukan dengan dengan mudah. Semuanya akan berkait rapat dengan sejarah,
keaslian dan tujuan sesuatu dibina. Contohnya artifak yang terdapat di candi

Lembah Bujang. Artifak artifak tersebut tidak boleh direka ataupun dicipta
menggunakan mesin moden kerana setiap ciptaan zaman dahulu mempunyai
kegunaan dan ciri ciri unik tersendiri. Hal inilah menjadikan produk budaya
tersebut sangat penting untuk dipelihara dan dipulihara tanpa perlu menjejaskan
sektor pelancongan.

Seterusnya, dalam membincangkan skop sosiofaks, sebenarnya amatlah penting


untuk kita mengekalkan sosiofaks sedia ada walaupun pelancongan wujud di
sesuatu kawasan. Hal ini kerana sosiofaks merupakan lambang pengenalan dan
jati diri sesebuah masyarakat. Jika mereka hilang nilai nilai yang menjadi
lambang pengenalan dan kebanggaan mereka, bagaimana mungkin sektor
pelancongan dapat diteruskan dan digiatkan lagi? Persoalan ini menjadi tanda
tanya. Seharusnya bagi mengekalkan sektor pelancongan dalam konteks
sosiofaks, budaya masyarakat tempatan harus dikekalkan malah diperkuatkan
lagi.

Berdasarkan

huraian

yang

diterangkan,

jelaslah

bahawa

pelancongan

sebenarnya memberikan impak positif dan negative terhadap alam sekitar,


artifak budaya dan sosiofaks seterusnya memberi kesan terhadap produk
pelancongan. Semuanya adalah bergantung kepada diri kita sendiri tentang
bagaiamana untuk memelihara dan memulihara aset pelancongan tersebut agak
tidak lekang dek panas, lupuk dek hujan.