Anda di halaman 1dari 3

Teks Pengacaraan Majlis Perjumpaan Waris Tahun 6 2010

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Salam sejahtera, Salam ukhwah mahabbah...

Ahlan wasahlan wamarhaban bikum kalimah pembuka tirai...

Alhamdulillah.....

Yang Berbahagia, En. Norizan b. Ibrahim Pengurus FELDA Lasah, Sg. Siput (U)

Yang Berusaha, Puan Faridah bt. Yusoff, Guru Besar Sek. Keb. R.K.T Lasah,

Yang Dipertua P.I.B.G, En. Muzakir b. Hj. Tahir,

i).

ii).

iii).

Kami selaku wakil pihak majlis pada petang ini, turut sama merakamkan ucapan jutaan terima
kasih yang tidak terhingga kepada seluruh hadirin warga dewan khususnya Yang Berbahagia. En.
Norizan b. Ibrahim Pengurus FELDA Lasah, Sg. Siput (U) kerana telah sudi meluangkan masa bagi
bersama-sama menjayakan majlis yang kita rencanakan pada hari ini.

Bersyukur kita pada petang yang penuh barakah ini, sekali lagi dapat kita berkumpul di dalam
dewan Sekolah Kebangsaan R.K.T Lasah Tahun 2010 ini. Hari ini, tanggal 05 Februari 2010
bersamaan 20 Safar 1431 Masehi, warga dewan hadirin hadirat sekelian akan turut bersama-
sama menyaksikan pelancaran Skim Tuisyen FELDA tahun 2010.

Hadirin warga dewan yang dihormati sekelian,

Majlis seumpama ini sememangnya menjadi agenda wajib dalam acara takwim sekolah.
Sesungguhnya ianya bukan sahaja dapat memupuk semangat kerjasama antara pihak sekolah
dengan waris penjaga, malahan turut juga dapat mengetengahkan segala pandangan waimma
idea bernas daripada warga sekolah mahupun para ibu bapa sekelian.

Justeru, adalah menjadi harapan kami warga pendidik agar ianya menjadi tonggak bagi
memulakan anjakan paradigma dan pencetus revolusi dalam meningkatkan lagi mutu
pencapaian anak-anak kita dalam aspek duniawi mahupun ukhrawi..insyaAllah.

Untuk itu, majlis dengan berbesar hati mempersilakan Yang Berusaha, Puan Faridah bt. Yusof
selaku Guru Besar Sekolah Kebangsaan R.K.T Lasah untuk menyampaikan ucaptamanya pada
petang ini. Dipersilakan....

~UCAPAN~

1|Page
Adalah menjadi harapan kami agar kata-kata yang telah diluahkan tadi menjadi renungan dan
panduan untuk kita bersama...insyaAllah. Jutaan terima kasih daripada pihak majlis turut
dirakamkan kepada Puan Guru Besar atas ucapan yang telah disampaikan.

Hadirin warga dewan yang saya hormati,

Agenda kemuncak majlis pada hari ini diteruskan dengan ucapan pelancaran Skim Tuisyen Felda
oleh Tuan Pengurus FELDA Lasah Yang Berbahagia, En. Norizan b. Ibrahim Pengurus FELDA Lasah,
Sg. Siput (U), Perak sekaligus menyempurnakan perasmian ‘Majlis Pelancaran Skim Tuisyen
Felda 2010’ kali ini. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan....

~UCAPAN~

Pihak majlis menghimpunkan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga atas ucapan
perasmian yang telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia, En. Norizan b. Ibrahim Pengurus
FELDA Lasah, Sg. Siput (U), Perak.

PANTUN:

Indah budi kerna jasa,

Indah manusia kerna bahasa,

Budimu tuan tidak dilupa,

Semoga bahagia melimpah berkatNya....

Agenda seterusnya pada petang ini, adalah merupakan satu simbolik kepada acara penyerahan
anak-anak oleh ibu bapa penjaga kepada para guru. Acara ini turut membawa pengertian
bahawa para ibu bapa penjaga bersetuju untuk menyerahkan tugas mendidik kepada pihak guru
di sekolah ini.

Bagi melangsungkan agenda ini, pihak majlis sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha, Tuan
Haji Alias b. Mohamad selaku wakil para guru, manakala Yang Dipertua P.I.B.G, En. Muzakir b. Hj.
Tahir selaku wakil pihak para ibu bapa penjaga bagi menyempurnakan majlis penyerahan pada
tahun ini. Majlis dengan ini mempersilakan...

Begitulah berlangsungnya simbolik majlis penyerahan yang telah disempurnakan oleh Yang
Berusaha, Tuan Haji Alias b. Mohamad bersama Yang Dipertua P.I.B.G, En. Muzakir b. Hj. Tahir.
Untuk itu, majlis turut menghimpunkan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada
kedua-dua wakil pihak.

Acara yang menyusul seterusnya adalah sesi dialog ibu bapa penjaga bersama para guru. Dalam
sesi ini, sebarang cadangan dan pandangan para waris penjaga adalah amat dialu-alukan. Ini
bukan sahaja untuk kebaikan bersama, malahan ianya juga tidak lain bermotifkan strategi
peningkatan pencapaian anak-anak menjelang UPSR pada tahun ini. InsyaAllah....

~Sesi Soal Jawab & Dialog~

2|Page
Dengan tersimpulnya kata sepakat dan idea pandangan itu tadi, maka berakhirlah majlis kita
pada hari ini. Saya selaku wakil pihak majlis dengan takzimnya menyusun sepuluh jari memohon
ampun dan maaf sekiranya terdapat sebarang khilaf tanpa sedar sepanjang saya mengendalikan
rostrum pengacaraan pada hari ini. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T,
yang kurang itu datangnya daripada kelemahan diri saya sebagai hamba Allah yang serba
kekurangan.

PANTUN:

Majlis berakhir penuh syafaat

Menjadi ingatan sepanjang zaman

Amalan sepakat membawa berkat

Hidup beramal bertunjang iman.

Sekian, wabillahi taufik......................

3|Page

Anda mungkin juga menyukai