Anda di halaman 1dari 2

Transkrip 3.

Penemu bual: Assalamualaikum , tujuan saya menemu bual saudari adalah ingin bertanya
tentang pendapat saudari tentang kesantunan bahasa yang kian luntur di
kalangan pelajar masa kini.
Pelajar C:

Waalaikumsalam , saya harap maklumat yang bakal saya kemukankan ini


dapat membantu dalam kajian ini.

Penemu bual: Apakah yang dimaksudkan dengan kesantunan bahasa?


Pelajar C:

Mengikut kefahaman saya , kesantunan bahasa ialah penggunaan


bahasa yang halus dan sopan .

Penemu bual: Pada pandangan anda, adakah taraf pendidikan seseorang itu
mempengaruhi kesantunan berbahasa seseorang?
Pelajar C:

Ya. Pengaruh taraf pendidikan terhadap kesantunan berbahasa


sangat ketara kerana seseorang yang berilmu akan berfikir sebelum
menuturkan kata-kata yang mungkin tidak sesuai didengarkan oleh
masyarakat.

Penemu bual: Pada pandangan anda, sekiranya seseorang menghadapi gangguan


emosi adakah kesantunan berbahasa seseorang itu terjejas oleh
faktor tersebut?
Pelajar C:

Ya . Gangguan emosi merupakan penyebab utama terjejasnya kesantunan


bahasa kerana apabila seorang individu tidak dapat mengawal gangguan
emosi , tiada lagi kesopanan yang akan ditunjukkan terutama semua
perkataan yang bakal dituturkan.

Penemu bual: Pada pandangan anda, bagaimanakah media massa mempengaruhi minda
masyarakat sehingga menyebabkan kesantunan bahasa kian diabaikan?
Apakah peranan yang perlu dimainkan untuk menangani masalah tersebut?

Pelajar C:

Pada zaman yang kian ditakluki teknologi ini , media massa merupakan
medium utama yang digunakan masyarakat terutaman generasi muda .
Kesantunan bahasa kian diabaikan dengan wujudnya rancangan televisyen
yang menayangkan cerita yang menggunakan bahasa yang agak kasar dan
aksi-aksi yang merbahaya. Salah satu cara untuk menangani masalah ini
adalah , media perlu memperbanyak menayangkan cerita melayu klasik dan
membuat lebih banyak rancangan mengenai bahasa melayu supaya generasi
muda dapat menghargai serta meneruskan kesantunan yang dipupuk dalam
bahasa melayu.

Penemu bual: Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan . Semoga apa yang anda
katakana tadi dapan dimanfaatkan bersama.

Anda mungkin juga menyukai