Anda di halaman 1dari 1

Pendaki Malaysia kibar Jalur Gemilang di

Puncak Gunung Ararat, Turki


Bernama | Kemas kini: Ogos 31, 2014
(Diterbitkan pada: Ogos 31, 2014 20:24 MYT)

Ini sebahagian daripada latihan buat peserta yang akan


mendaki puncak tertinggi dunia di Gunung Everest pada
Mac tahun depan - Sumber Facebook Terengganu De
Everest
KUALA LUMPUR: Tatkala Jalur Gemilang berkibar megah di seluruh pelosok negara, sekumpulan pendaki Malaysia pula
merakamkan detik bersejarah setelah berjaya mengibarkan Jalur Gemilang di puncak Gunung Ararat di Turki, pada Jumaat
lalu.
Rombongan ekspedisi itu disertai lapan pendaki diiringi tiga kru jurulatih diketuai Pengerusi Persatuan Kembara Negara
Datuk Khalid Yunus.
Khalid ketika dihubungi Bernama melalui akaun Facebook berkata mereka mengambil masa 10 jam untuk sampai ke
puncak gunung setinggi 5,137 meter itu.
"Alhamdulillah, misi pendakian kali ini mencatat kejayaan apabila kesemua pendaki berjaya ke puncak dengan selamat.
"Paling istimewa apabila kami berjaya mengibarkan Jalur Gemilang dua hari sebelum detik bersejarah buat negara yang
menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-57," katanya.
Ia sebahagian daripada latihan buat peserta yang akan mendaki puncak tertinggi dunia di Gunung Everest pada Mac tahun
depan.
Sementara itu, ketua jurulatih misi kali ini, Mohd Rafi Kori berkata pihaknya memilih gunung Ararat kerana ia sesuai untuk
latihan altitud tinggi dan pendakian bersalji yang mempunyai ciri persamaan dengan gunung Everest.
"Latihan seterusnya ialah mendaki Gunung Aconcagua di Argentina setinggi 6,962 meter pada Disember atau Januari tahun
depan sebelum misi Everest bermula pada Mac, selain itu latihan mendaki gunung-gunung di dalam negara tetap diteruskan
setiap bulan termasuk pendakian Gunung Kinabalu," katanya.
Peta Laman
Copyright Astro Awani Network Sdn. Bhd. 2014 (535275-D). All Rights Reserved.
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/pendaki-malaysia-kibar-jalur-gemilang-di-puncak-gunung-araratturki-42921?cp

Anda mungkin juga menyukai