Anda di halaman 1dari 11

Langkah Mengukuhkan Perpaduan

1. mengadakan aktiviti gotong-royong di taman-taman perumahan untuk memupuk


perpaduan kaum rakyat di Malaysia.
masyarakat yang berbilang kaum akan keluar untuk bekerjasama
membersihkan taman-taman perumahan. Melalui aktiviti kemasyarakatan ini,
mereka dapat lebih mengenali antara satu sama lain melalui perbualan dan
berinteraksi keranatak kenal maka tak cinta. Mantan Perdana Menteri, Tun
Dr Mahathir pernah menegaskan bahawa bulat air kerana pembetung, bulat
manusia kerana muafakat; perpaduan merupakan kekuatan negara.
jika kita mengamalkan prinsip berat sama dipikul, ringan sama dijinjing,
kita dapat menikmati pembangunan nusa tercinta ini bersama-sama.
2.

3.

4.

mengamalkan amalan kunjung-mengunjung ke rumah rakan-rakan yang berlainan bangsa


sempena hari-hari perayaan
Kebudayaan antara kaum dapat difahami dengan lebih mendalam sekali gus dapat
menjana tahap kefahaman dan membina masyarakat yang saling menghormati.
Amalan rumah terbuka juga boleh dipraktikkan untuk memupuk perpaduan kaum
rakyat Malaysia dengan amalan saling memaafkan sesama insan.
Oleh itu, sikap buang yang keruh , ambil yang jernih ternyata mampu
menjalinhubungkan semangat perpaduan yang tersedia utuh.
kita juga dapat memupuk perpaduan kaum di Malaysia dengan menghantar anak-anak ke
sekolah kebangsaan
Dengan cara ini, kita akan dapat melahirkan pemuda-pemuda yang tidak mempunyai
masalah perhubungan dan pergaulan antara kaum yang berlainan.
Pergaulan mesra dan semangat bersatu padu yang dijalin ini sudah mampu menjadi
tiang kukuh untuk membuktikan bahawa rakyat Malaysia patuh pada Rukun Negara.
Hal ini sangat penting untuk memupuk perpaduan kaum di Malaysia dalam sanubari
anak-anak sejak bangku sekolah keranamelentur buluh biarlah dari rebungnya.
Semua kekangan untuk mempererat perpaduan kaum akan dapat diselesaikan jika
anak-anak telah mempelajari cara-cara untuk berinteraksi dengan orang yang
berlainan kaum sejak kecil.
Program Latihan Khidmat Negara atau PLKN.
Melalui PLKN remaja dapat menyemai nilai-nilai patriotik yang semakin luntur dalam

kalangan remaja pada hari ini.


Hai ini disebabkan oleh perubahan masa dan cara hidup pada masa kini menjadikan
mereka leka sehingga tidak tahu erti kesusahan dan penderitaan hidup generasi sebelum
merdeka. Sesetengah daripada mereka pula langsung tidak mengetahui nama kementerian

dalam kerajaan.
PLKN dilancarkan untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan peserta melalui
modul kenegaraan yang didedahkan.

5.

Sekolah Wawasan
Konsep Sekolah Wawasan bermaksud dua atau tiga buah sekolah yang berlainan aliran dan
pentadbiran, dibina dalam kawasan yang sama dan berkongsi kemudahan-kemudahan asas
seperti padang permainan, dewan, pusat sumber, bilik komputer, kantin dan sebagainya serta
melaksanakan secara bersama aktiviti-aktiviti sekolah seperti perhimpunan mingguan, aktiviti
kokurikulum, temasya sukan sekolah, hari kecemerlangan pelajar, hari kantin dan sebagainya,
Mohd Izhan Haji Mohd Hamzah dan Jamalul Lail Abdul Wahab (2000). Tujuan penubuhan
Sekolah Wawasan ialah untuk meningkatkan perpaduan dikalangan rakyat di Malaysia. Antara
matlamat-matlamat Sekolah Wawasan ialah mencapai perpaduan dan integrasi nasional
melalui perkongsian prasarana, interaksi yang meluas serta penggunaan sumber secara
optimum meliputi kepelbagaian pelajar.

Pengenalan:
Globalisasi bererti dunia tanpa sempadan akibat kemajuan teknologi maklumat dan
komunikasi
Berlaku aliran barangan, perkhidmatan, idea dan maklumat secara bebas antara negara
tanpa sekatan. Globalisasi membawa kebaikan dan keburukan.

Idea (Impak baik)


Globalisasi memajukan ekonomi negara

Globalisasi mewujudkan persefahaman sejagat

Pemindahan teknologi bertambah pesat

Politik

Sosial

Ekonomi

Impak buruk
Globalisasi menyebabkan penjajahan ekonomi

Globalisasi menyebabkan pencemaran budaya

Politik

10

Pendidikan

11

Ekonomi

12

Teknologi

Usaha dan Langkah Kerajaan untuk Mengatasi Halangan Perpaduan


dan Intregrasi Nasional
Rusuhan etnik 13 Mei 1969 telah menjadi satu titik utama ke arah
pemikiran semula dasar-dasar negara dan prosesr e-enggineer ing
masyarakat dilakukan dengan komprehensif meliputi semua bidang
iaitu ekonomi, sosial dan politik. Kerajaan telah melancarkan usahausaha tertentu dalam menangani halangan-halangan. Antaranya
ialah usaha politik, ekonomi, sosial dan pendidikan. Langkah ini
dijalankan secara serentak dan saling bertindan. Ia bertujuan
merapatkan semula jurang antara kaum yang selama ini wujud
dalam hubungan sosial mereka.
1. Perpaduan Politik
Perpaduan politik di Malaysia dapat dilihat bermula pada tahun
1950-an. Sistem kerajaan campuran dari segi kepelbagaian kaum
merupakan salah satu cara bagimenggabungkan fahaman politik
berbilang kaum dan diperkembangkan lagi melalui sistem politik
yang fleksibel. Ini jelas kelihatan apabila munculnya parti Perikatan
yangmerupakan hasil gabungan dengan parti UMNO, MCA dan MIC.
Keanggotaan parti komponen dalam parti ini juga semakin

bertambah setelah kemunculan Barisan Nasional. Sistem ini juga


tidak mengenepikan parti-parti politik di Sabah dan Sarawak yang
boleh menyertai kerajaancampuran pada peringkat pusat di Kuala
Lumpur.
Kerajaan Demokrasi juga merupakan satu alternatif untuk
mengatasi masalah perpaduan yang wujud. Semua warganegara
yang memenuhi syarat dan tidak melanggar undang-undang negara
boleh menyuarakan pendapat dan kritikan. pemilihan calon dalam
pilihanraya juga adalah bebas dan adil. calon yang memenangi
pilihanraya dengan suara majoriti berhak menjadi wakil rakyat dan
boleh menyuarakan aspirasi rakyat melalui Dewan Undangan Negeri
atau Dewan Rakyat
2. Perpaduan Ekonomi
Proses perkembangan ekonomi telah dirangka untuk
membolehkansemua kaum menyertaisemua bidang dan peringkat
kegiatan ekonomi. Untuk mencapai hasrat tersebut, kerajaantelah
mengambil langkah dengan mengintegrasikan ekonomi. Beberapa
dasar pembangunan telah digubal seperti Dasar Ekonomi Baru,
Dasar Pembangunan Nasional, dan lain-lain dasar pembangunan
ekonomi negara. Dasar- dasar ini diambil untuk memastikan
pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi
untuk membolehkan pertumbuhan lebih sama rata dan saling
melengkapi antara satu sama lain. Tujuan dasar-dasar ini
diperkenalkan adalah kerana kerajaan sentiasa berusaha untuk
meninggikan taraf hidup rakyatnya. Dasar- dasar ini juga merupakan
satu usaha kerajaan untuk melibatkan semua rakyat menyertai
pembangunan negara supaya negara boleh mencapai kemajuan
yang lebih membanggakan.Dengan terhapusnya gejala perbezaan
fungsi ekonomi mengikut kaum akan dapat melahirkan perpaduan
dalam kegiatan ekonomi dalam kalangan rakyat berbilang kaum. Ini
akan meninggikan lagi taraf pembangunan ekonomi Negara.
3. Perpaduan Sosial dan Kebudayaan
Strategi jangka pendek adalah melalui pelaksanaan aktiviti yang
menggalakkan interaksi dan perpaduan di kalangan masyarakat
Malaysia yangberbilang kaum. Strategi jangka pendek dilaksanakan
secara berterusan diperingkat kebangsaan, negeri, daerah dan
kawasan-kawasan Rukun Tetangga. Aktiviti-aktiviti yang
dilaksanakan melibatkan masyarakat setempat dari pelbagai
peringkat umur dan keturunan etnik mencakupi bidang sosial
pendidikan, sukan, rekreasi, kesenian dan kebudayaan serta
kesihatan dan alam sekitar, kebajikan, keagamaan, ekonomi dan
keselamatan. Lawatan-lawatan integrasi juga dianjurkan untuk para
penduduk melawati wilayah-wilayah lain ketika majlis-majlis
perayaan umum negara. Dengan adanya aktiviti yang berterusan
ini, akan membolehkan rakyat berinteraksi dan menjalinkan

perhubungan antara mereka. Di samping itu, dapat mewujudkan


suasana persefahaman yang mesra dan harmoni.
Sementara itu, strategi jangka panjang pula dilaksanakan melalui
dasar-dasar dan program-program kerajaan yang menjurus ke arah
perpaduan nasional seperti Dasar Pembangunan Negara, Dasar
Belia Negara, Dasar Sosial Negara, Program Latihan Khidmat Negara
dan sebagainya termasuklah program-program sukan, kebudayaan
dan perayaan-perayaan seperti majlis-majlis rumah terbuka
Malaysia sempena menyambut hari perayaan-perayaan umum
kumpulan-kumpulan etnik di Malaysia.
Akhirnya apabila perpaduan dapat dijadikan sebagai satu budaya
masyarakat Malaysia kita akan mencapai perpaduan dalam erti
yang sebenar mewujudkan bangsa Malaysia yang kita telah
tentukan sebagai matlamat terulung negara.
4. Perpaduan Pendidikan
Matlamat pendidikan Negara adalah selaras dengan Falsafah
Pendidikan Negara dalam memupuk semangat kewarganegaraan
dan rasa bangga terhadap bangsa dan agama. Dasar yang
dimainkan oleh pendidikan pula sangat penting dalam proses
integrasi dan pembangunan sesebuah negara.
Pelbagai dasar telah dilaksanakan sejak merdeka hingga ke hari
untuk menyeragamkan sistem pendidikan. Jawatankuasa Barnes,
Laporan Fenn-Wu,Ordinan Pelajaran 1952, Penyata Razak, Penyata
Rahman Talib, Dasar Pendidikan Kebangsaan dan lain-lain dasar
berhubung isu pendidikan berperanan untuk memupuk perpaduan.
Pendemokrasian Pendidikan yang diperkenalkan oleh Kementerian
Pendidikan adalah untuk memastikan agar semua kaum atau etnik
diberi perhatian dan peruntukan serta kemudahan yangsama dan
adil dalam pendidikan sama ada mereka bersekolah di dalam
bandar atau di luar bandar.Oleh itu sebagai rakyat Malaysia, kita
seharusnya terus mempertahankan nilai-nilai perpaduan yang
diasaskan sebelum ini. Hanya menerusi pendidikansaja, rakyat
Malaysia yang berbilang etnik dapat disemai rasa semangat
kekitaan sejak kecil hinggalah dewasa

2.0 USAHA DAN STRATEGI KERAJAAN DALAM MEMANTAPKAN


PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL
Oleh sebab perpaduan dan integrasi nasional merupakan satu asas
yang penting dalam pembangunan sesebuah negara, kerajaan telah
mengambil beberapa langkah bagi memupuk perpaduan dan
integrasi dikalangan rakyat pelbagai kaum di Malaysia.Usaha-usaha
yang dijalankan meliputi pelbagai aspek, iaitu pendidikan, ekonomi,
sosial dan kebudayaan serta politik.

2.1 Pendidikan
Pendidikan merupakan satu agen penting dalam memupuk
perpaduan. Terdapat beberapa perkara yang menjadi asas kepada
perpaduan dalam sistem pendidikan iaitu Bahasa Malaysia sebagai
bahasa pengantar, perlaksanaan kurikulum yang seragam di semua
sekolah dan pendidikan yang sempurna kepada semua rakyat.
Menerusi Penyata Rahman Talib pada tahun 1959 yang
mengkaji perlaksanaan Penyata Razak, telah mengemukakan
beberapa cadangan yang membantu dalam membina perpaduan.
Antaranya ialah mulai tahun 1962, pendidikan percuma diberikan
kepada semua murid sekolah rendah kerajaan. Langkah ini
menunjukkan pendidikan diberikan kepada semua rakyat tanpa
mengira kaum dan keturunan. Selain itu sekolah umum telah ditukar
menjadi sekolah kebangsaan dan sekolah jenis umum telah ditukar
kepada sekolah jenis kebangsaan bagi memupuk semangat
kebangsaan dan perpaduan. Keadaan ini menjadikan Bahasa
Malaysia sebagai bahasa pengantar dan Bahasa Cina dan
Bahasa Tamil sebagai bahasa pilihan. Penyata Rahman Talib juga
turut mencadangkan sekolah rendah yang menggunakan Bahasa
Inggeris sebagai bahasa pengantar hendaklah ditukar kepada
Bahasa Malaysia. Ini adalah penting dalam menyemai semangat
kebangsaan dalam diri rakyat.
Penyata Rahman Talib yang dicadangkan telah diterima dan
seterusnya digubal semula pada tahun 1961 dan dinamakan Akta
Pelajaran 1961.
Dasar pendidikan Kebangsaan yang dilaksanakan mempunyai dua
matlamat iaitu mewujudkan persefahaman dan perpaduan
dikalangan rakyat Malaysia yang terdiri pelbagai etnik serta
mengkaji masalah keciciran dalam pendidikan. Oleh yang demikian
terdapat beberapa langkah digunakan dalam memastikan matlamat
yang dibuat dapat dilaksanakan. Antaranya ialah menyediakan
sukatan pelajaran yang seragam di semua sekolah, mewajibkan
penggunaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di semua
sekolah serta institusi pengajian tinggi, menggunakan buku-buku
teks yang bercirikan Malaysia serta melaksanakan aktiviti
kokurikulum iaitu aktiviti diluar bilik darjah.
Namun begitu, pada tahun 1974 satu jawatankuasa yang
ditubuhkan oleh Datuk Seri Dr. Mahathir bin Mohamad telah
berperanan mengkaji semula dasar yang dibuat. Jawatankuasa
tersebut dinamakan Jawatankuasa Kabinet.
Matlamat penting yang terkandung dalam Laporan Jawatankuasa
Kabinet ialah pembentukan masyarakat yang bersatu padu,
berdisiplin dan terlatih menerusi sistem pendidikan. Oleh itu
beberapa perkara telah dilaksanakan bagi mencapai matlamat yang
dibuat. Pertama ialah semua sekolah swata hendaklah
menggunakan sukatan pelajaran yang sama dengan sekolah kerjaan
serta pelajar sekolah swasta hendaklah mengambil peperiksaan
yang sama dengan pelajar sekolah kerajaan. Selain itu

jawatankuasa ini juga menyatakan bahawa Bahasa Melayu


hendaklah menjadi mata pelajaran wajib dalam semua peperiksaan.
Di samping itu, penekanan hendaklah ditumpukan kepada aspekaspek tertentu dalam setiap mata pelajaran serta penekanan
hendaklah ditumpukan kepada pendidikan moral, agama, disiplin
dan kokurikulum sebagai asas pencapaian perpaduan.
Berdasarkan Laporan Jawatankuasa Kabinet juga, satu kurikulum
baru telah dibuat dan dilaksanakan di semua peringkat sekolah.
Kurikulum tesebut ialah KBSR, Kurikulum Baru Sekolah Rendah serta
KBSM, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Langkah ini
bertujuan memastikan semua sekolah menggunakan satu kurikulum
yang seragam.
2.2 Ekonomi
Dalam aspek ekonomi perkara asas kepada perpaduan negara serta
integrasi nasional ialah melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dasar
Ekonomi Baru atau DEB telah dibuat pada tahun 1971 oleh Perdana
Menteri Tun Abdul Razak bin Hussein di dalam ucapan beliau di
Perhimpunan Agong UMNO di Kuala Lumpur. Dasar ini bertujuan
untuk meningkatkan ekonomi rakyat di Malaysia dengan dua
matlamat iaitu pengambilan pekerja-pekerja di pelbagai sektor
ekonomi dan di peringkat kerajaan serta hakmilik harta-harta
produktif yang terdapat di dalam negara ini disusun semula supaya
orang-orang Melayu dapat memiliki sekurang-kurangnya 30%
daripada jumlah hakmilik tersebut pada tahun 1990, Malaysia Kita
(2003).
Strategi yang dilaksanakan melalui dasar ini ialah mengurangkan
serta membasmi kemiskinan dengan menambahkan peluangpeluang pekerjaan kepada semua rakyat di Malaysia serta
mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat di
Malaysia untuk memperbaiki masalah ekonomi yang tidak seimbang
seperti pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.
Ketika zaman pemerintahan British, banyak buruh asing telah
dibawa masuk ke Tanah Melayu. Ini adalah untuk meningkatkan
jumlah tenaga buruh bagi perusahaan-perusahaan di Tanah Melayu
seperti perusahaan getah dan biji timah. Namun begitu, ketigaketiga golongan penduduk di Tanah Melayu iaitu Melayu, Cina dan
India telah telah ditempatkan secara berasingan dengan pekerjaan
dan asas ekonomi yang berbeza. Kebanyakkan orang-orang Melayu
ditempatkan di kampung-kampung bagi mengusahakan pertanian
tradisional, kaum Cina pula ditempatkan di bandar-bandar bagi
mengerjakan perusahaan biji timah. Manakala kaum India di estetestet getah.
Antara punca berlakunya keadaan yang sedemikian ialah untuk
menghindarkan terjadinya perselisihan faham serta kecenderungan
buruh asing untuk tinggal sesama mereka di satu perkampungan.
Dasar yang dilaksanakan oleh pemerintahan British ini disebut juga
sebagai pecah dan perintah. Dasar ini dapat mengukuhkan lagi
kuasa penjajahan mereka.

Langkah-langkah kerajaan yang dilaksanakan dalam proses


penyusunan semula masyarakat ialah pemodenan cara hidup
masyarakat luar bandar dan pertumbuhan pesat dan seimbang
kegiatan-kegiatan di bandar.
2.3 Politik
Politik memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan
keamanan dan ketenteraman rakyat yang pelbagai kaum di
Malaysia. Melalui kaedah konsensus atau persetujuan di mana
kerajaan yang memerintah diberi kuasa memerintah atas pilihan
dan persetujuan rakyat menerusi proses pilihan raya perpaduan
dapat diwujudkan.
Dalam pilihan raya, semua rakyat bebas memilih calon yang mereka
percayai sebagai pemerintah. Pilihan raya ini dijalankan setiap lima
tahun sekali. Calon-calon yang terpilih akan berkerjasama dan
membuat rundingan dikalangan parti-parti politik yang lain supaya
dapat memastikan semua perti terlibat dalam proses pentadbiran
Malaysia.
Di Malaysia, sebuah Parti Perikatan telah dibentuk oleh tiga buah
parti yang mewakili setiap kaum terbesar di Malaysia iaitu parti
Orang Melayu atau UMNO, parti Kaum Cina atau MCA serta parti
Kaum India atau MIC. Oleh yang demikian, pembangunan negara
dapat ditingkatkan serta perpaduan dapat dipupuk diseluruh kaum
di Malaysia.
Melalui perpaduan politik ini juga pertikaian asas yang berlaku
dapat diatasi dan sebuah negara aman dan makmur dapat
diwujudkan.
2.4 Sosial dan Kebudayaan
Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan pelbagai
bangsa, suku kaum dan etnik. Kaum-kaum utama di Malaysia ialah
Melayu, Cina dan India. Walaupun tinggal di negara yang sama,
namun terdapat jurang yang memisah antara kaum dari segi
penempatan, pekerjaan dan kebudayaan. Oleh yang demikian,
kerajaan telah mengambil beberapa langkah yang sesuai
merangkumi sistem pendidikan, kesihatan, perumahan serta
kemudahan asas bagi mewujudkan perpaduan sosial dikalangan
masyarakat di Malaysia. Melalui sisitem pendidikan, semua rakyat di
Malaysia diberikan khidmat pendidikan yang sama tidak mengira
kaum. Contohnya seperti skim pinjaman buku teks, rancangan
makanan tambahan atau RMT serta projek susu sekolah.
Dari segi aspek kesihatan pula, perkhidmatan ubat-ubatan secara
percuma diberikan kepada semua warganegara tidak mengira kaum
dan keturunan di hospital-hospital dan klinik-klinik kerajaan.
Bagi sistem perumahan, beberapa program telah dilancarkan bagi
memupuk perpaduan dikalangan rakyat. Antaranya ialah program
penempatan semula iaitu pembinaan projek-projek perumahan
yang memberi peluang kepada semua rakyat tanpa mengira kaum
untuk hidup bersama di kawasan penempatan yang lengkap dan

sempurna. Selain dari itu, projek Rukun Tetangga juga turut


dilaksanakan di kawasan-kawasan perumahan yang mana aktivitiaktiviti persefahaman, persahabatan, toleransi, semangat kejiranan
serta bersatupadu diwujudkan dan sekali gus dapat memupuk
perpaduan dan integrasi nasional di Malaysia. Kemudahankemudahan asas yang mencukupi serta lengakp tanpa mengira
penghuni di setiap kawasan turut menyumbang kepada perpaduan
antara kaum. Ini kerana semua rakyat dapat menikmati kemudahan
yang sama dan dapat mengelakkan rasa cemburu serta
ketidakadilan di antara kaum.
Kebudayaan ialah satu sistem atau corak hidup yang merangkumi
agama, kepercayaan, adat resam, bahasa, ekonomi dan politik
sesebuah masyarakat, Malaysia Kita (2003). Perpaduan kebudayaan
dapat dicapai melalui program-program yang bercorak kebudayaan
semua kaum di Malaysia. Antara aktiviti kebudayaan yang biasa
dilaksanakan oleh kerajaan ialah seperti muzik, drama, teater,
sastera dan sebagainya. Menerusi aktiviti-aktiviti seperti ini setiap
kaum dapat berinteraksi dan memahami adat dan kebudayaan
masing-masing sekali gus dapat meningkatkan persefahaman dan
perpaduan antara kaum di Malaysia.
Memandangkan perpaduan kebudayaan dilihat penting oleh pihak
kerajaan, satu dasar telah digubal pada tahun 1971 sebagai asas
perpaduan ke arah mewujudkan identiti nasional bangsa Malaysia.
Dasar tersebut ialah Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
Selain itu, perpaduan kebudayaan juga turut diperkenalkan dalam
sistem pendidikan melalui mata pelajaran sastera di peringkat
menengah atas. Menerusinya, pelajar-pelajar banyak didedahkan
dengan genre-genre seperti novel, drama, puisi, kritikan sastera
serta cerpen yang banyak mengandungi unsur-unsur seperti
hubungan kaum, muhibah dan toleransi. Oleh yang demikian unsurunsut tersebut amat sesuai dijadikan sebagai asas kepada integrasi
nasional di Malaysia.
3.0 USAHA-USAHA YANG BOLEH DILAKSANAKAN DI PERINGKAT
SEKOLAH BAGI MEWUJUDKAN PERPADUAN DAN INTEGRASI
NASIONAL
Sekolah adalah permulaan yang cukup baik dalam memupuk
perpaduan dan integrasi nasional di Malaysia. Ini kerana generasi
masa kini yang membawa imej negara pada masa akan datang
perlu dilatih dan dididik supaya bersatupadu untuk pembangunan
negara kelak.
Dalam mencapai matlamat perpaduan di peringkat sekolah,
kerajaan telah mengambil beberapa langkah yang sesuai dalam
membentuk masyarakat majmuk yang bersatu padu dan
bersefahaman. Salah satu cara yang telah dibuat oleh kerajaan ialah
Program Latihan Khidmat Negara atau PLKN. Program ini pertama
kali telah dibuat pada tahun 2004 yang mewajibkan pelajar-pelajar
yang berumur antara 17-18 tahun yang terpilih untuk mengikuti
satu program selama tiga bulan di kem-kem yang telah ditetapkan

di seluruh Malaysia.
Selain dari Program Latihan Khidmat Negara atau PLKN, kerajaan
turut menubuhkan Sekolah Wawasan. Walaupun hanya terdapat
beberapa buah sekolah sahaja yang merupakan Sekolah Wawasan
di Malaysia, namun tetap sebagai langkah untuk membina
perpaduan di kalangan rakyat. Konsep Sekolah Wawasan bermaksud
dua atau tiga buah sekolah yang berlainan aliran dan pentadbiran,
dibina dalam kawasan yang sama dan berkongsi kemudahankemudahan asas seperti padang permainan, dewan, pusat sumber,
bilik komputer, kantin dan sebagainya serta melaksanakan secara
bersama aktiviti-aktiviti sekolah seperti perhimpunan mingguan,
aktiviti kokurikulum, temasya sukan sekolah, hari kecemerlangan
pelajar, hari kantin dan sebagainya, Mohd Izhan Haji Mohd Hamzah
dan Jamalul Lail Abdul Wahab (2000). Tujuan penubuhan Sekolah
Wawasan ialah untuk meningkatkan perpaduan dikalangan rakyat di
Malaysia. Antara matlamat-matlamat Sekolah Wawasan ialah
mencapai perpaduan dan integrasi nasional melalui perkongsian
prasarana, interaksi yang meluas serta penggunaan sumber secara
optimum meliputi kepelbagaian pelajar.
Terdapat beberapa ciri penting bagi sesebuah Sekolah Wawasan,
antaranya ialah setiap sekolah diuruskan oleh seorang Guru Besar
dan salah seorang dari Guru Besar tersebut akan bertindak sebagai
penyelaras bagi sekolah-sekolah yang terdiri dari pelbagai aliran
tersebut. Aktiviviti-aktiviti seperti perhimpunan, dan sukan turut
dilaksanakan secara bersama dan yang penting ialah Bahasa
Melayu sebagai bahasa rasmi di luar bilik darjah.
Buat masa ini, hanya lima buah Kompleks Sekolah Wawasan sahaja
yang telah beroperasi dengan jayanya iaitu Kompleks Sekolah
Wawasan Pekan Baru, Parit Buntar, Perak, Kompleks Sekolah
Wawasan Taman Aman, Alor Setar, Kedah, Kompleks Sekolah
Wawasan Tasik Permai, Pulau Pinang, Kompleks Sekolah Wawasan
USJ 15, Subang Jaya, Selangor dan Kompleks Sekolah Wawasan
Pundut, Seri Manjung, Perak.
Dalam usaha memupuk perpaduan dan integrasi nasional, kerajaan
turut melancarkan satu projek yang berteraskan integrasi iaitu
Program e-Integrasi. Projek ini merupakan satu projek yang
berasaskan teknologi maklumat yang mana semakin pesat
membangun pada hari ini. Program e-Integrasi ini merupakan satu
program yang menggalakkan para pelejar dari sekolah kebangsaan
dan sekolah jenis kebangsaan untuk berinteraksi antara satu sama
lain melalui permainan komputer yang direka khas berteraskan
tema perpaduan kaum. Ia bermatlamat untuk memastikan mereka
mula berinteraksi antara satu sama lain secara maya dan
kemdiannya berjumpa untuk mengukuhkan semangat berpasukan
yang telah mereka bina melalui permainan komputer itu, Berita
Harian (28 April 2004). Namun begitu, Program e-Integrasi ini masih
dalam permulaan dan hanya melibatkan 60 buah sekolah di Pulau
Pinang.
Bukan itu sahaja, masih terdapat banyak cara yang boleh

dilaksanakan di peringkat sekolah sebagai langkah untuk memupuk


perpaduan di antara kaum di Malaysia. Antara cara yang sesuai
dijalankan ialah menambahkan jumlah guru serta guru besar dan
pengetua yang bukan berbangsa Melayu, Berita Harian (28 april
2004). Guru-guru yang terdiri dari pelbagai kaum dapat
meningkatkan lagi kesedaran terhadap sensitiviti masyarakat
pelbagai kaum di Malaysia. Ini kerana cara hidup pelbagai etnik
adalah berbeza. Dengan ini, persefahaman dapat dibina dan
kemudiannya membentuk perpaduan yang teguh dikalangan
masyarakat berbilang kaum.
Pengisian aktiviti yang dibuat oleh pihak sekolah yang berasaskan
perpaduan juga sesuai dilaksanakan di peringkat sekolah. Antaranya
ialah Minggu Bahasa Melayu. Seperti kata pepatah Bahasa Jiwa
bangsa, merupakan satu ungkapan yang menjelaskan betapa
besarnya peranan bahasa dalam membina sesebuah masyarakat.
Oleh sebab itu, penggunaan bahasa yang seragam oleh semua
golongan masyarakat mampu meningkatkan lagi perpaduan.
Dengan perlaksanaan Minggu Bahasa Melayu ini di sekolah-sekolah
dapat menggalakkan semua pelajar tidak mengira bangsa Melayu,
Cina atau India untuk berinteraksi dalam bahasa kebangsaan.
Melaluinya juga persefahaman antara kaum dapat diwujudkan.
Langkah seterusnya ialah pendedahan kepada kebudayaan Melayu
melalui muzik, drama, teater, puisi dan sebagainya. Sekolah
sepatutnya memperbanyakkan aktiviti-aktiviti kebudayaan supaya
dapat meransang minat para pelajar terhadap budaya Melayu. Ini
merupakan salah satu cara untuk meningkatkan semangat
patriotisme dkalangan mereka. Dalam menjayakan matlamat ini,
terdapat beberapa langkah yang boleh dijalankan di sekolah seperti
mengadakan pertandingan beruisi, mengadakan lawatan ke pentaspentas persembahan teater terutamya teater-teater klasik melayu
lama untuk melihat pementasan teater dibuat serta mengadakan
kelas muzik atau menubuhkan persatuan muzik sekolah, dimana
semua pelajar dari pelbagai kaum dapat belajar menggunakan alatalat muzik tradisional melayu lama seperti kompang, rebana dan
sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai