Anda di halaman 1dari 2

PENDAPAT

Pencapaian murid yang tinggal di asrama adalah lebih baik


daripada murid yang tinggal di rumah.
Berikan pendapat anda
Kebanyakan sekolah menyediakan asrama untuk dihuni oleh
murid-muridnya. Kemudahan
asrama
yang
disediakan
ini
dapat memudahkan mereka pergi ke sekolah. Sehubungan dengan
itu, murid-murid akan menuntut ilmu dengan selesa.
Tidak dapat dinafikan bahawa murid yang tinggal di asrama
mendapat pencapaian yang lebih cemerlang berbanding dengan murid
yang tinggal di rumah. Hal ini disebabkan hampir 80 peratus mereka
yang tinggal di asrama mempunyai latar belakang akademik yang
cemerlang di sekolah rendah. Tambahan pula pihak pengurusan
asrama sentiasa menyediakan persekitaran kondusif untuk membantu
mereka mendapatkan keputusan yang baik.
Dari aspek suasana pembelajaran, murid yang tinggal di
asrama belajar dalam keadaan yang amat berbeza daripada murid
yang tinggal di rumah. Mereka terpaksa mematuhi peraturan belajar
yang tetap. Contohnya waktu belajar pada sebelah malam ialah dari
pukul 8.00 malam hingga 10.30 malam. Ketika belajar mereka
dilarang menonton televisyen. Jika ingkar mereka akan didenda atau
dibuang dari asrama. Peraturan ini mendorong mereka supaya
memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pelajaran tanpa sebarang
gangguan luar. Mereka ditimbuni maklumat tentang isu semasa dan
pelajaran lantas menjadikan pemikiran mereka matang dan luas.
Punca lain yang membantu pencapaian murid tinggal di
asrama ialah bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru di luar waktu
pengajaran dan pembelajaran. Contohnya guru Matematik, Sains dan
Bahasa Inggeris akan mengadakan kelas tambahan pada waktu
malam. Pada hujung minggu pula murid didedahkan tentang teknik
belajar dan pengurusan masa yang efektif melalui ceramah moivasi
yang dianjurkan oleh pihak Bimbingan dan Kaunseling sekolah. Oleh
itu, murid di asrama mempunyai cara belajar yang betul dan terdorong
untuk lulus dengan cemerlang.
Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa badan yang sihat
menyebabkan otak cerdas. Oleh itu, pada sebelah petang murid-murid
yang tinggal di asrama diwajibkan melakukan aktiviti riadah seperti

senamrobik, bermain bola, berjoging dan lain-lain. Selain itu, aktiviti


riadah juga dapat melapangkan fikiran dan mengurangkan tekanan.
Kesimpulanya, pencapaian murid yang tinggal di asrama
adalah lebih baik daripada murid yang tinggal di rumah. Hal ini
demikian kerana suasana dan persekitaran belajar yang kondusif di
asrama dapat membantu seseorang itu cemerlang
dalam
akademik. Oleh itu, murid-murid tidak seharusnya melepaskan
peluang untuk belajar di sekolah asrama.

Anda mungkin juga menyukai