Anda di halaman 1dari 8

PELAJARAN V

TAFSIRAN SUMBER
Kenapa sumber atau bukti perlu ditafsir?
Untuk menentukan ketulenan sumber atau
bukti itu.
Ada kemungkinan ia dipalsukan.

Pentafsiran sumber mempunyai dua proses.

Kritikan luaran
Kritikan dalaman

Kritikan luaran dijalankan dengan membuat


inquari terhadap sesuatu sumber:
Bila sumber itu dicatatkan atau direkod?
Di mana ia dihasilkan?
Siapa yang menghasilkannya?
Daripada bahan apa ia dihasilkan?
Dari bentuk apa asalnya ia dihasilkan?

Kritikan Dalaman
Untuk mendapatkan nilai bukti yang terdapat
pada isi kandungan sumber itu.
Perlu juga dikaji siapa orang yang
menghasilkan sumber itu dan apa niatnya,
apa kedudukannya dalam masyarakat masa itu.
Perlu dikaji sebab dan tujuan sesuatu peristiwa
itu dicatat.

Pentafsiaran sumber mustahak kerana wujud


usaha-usaha memalsukan sumber.
Di antara motifnya:
Untuk keuntungan kewangan
Kerana keangkuhan keserjanaan
Kerana cemburu
Kerana kepentingan parti
Kerana kegiatan keagamaan yang tidak
berperaturan
Untuk mencari nama dengan melakukan
kejahatan.

Sejarawan mesti bersikap skeptik terhadap


semua sumber atau bukti.
Sejarawan mesti bermula dengan methodical
doubt (kaedah kesangsian).
Semua yang belum disahkan mesti dianggap
buat sementara sebagai sesuatu yang
disangsikan.

Untuk mentafsir sumber/bukti, seseorang


sejarawan mestilah:
Bersikap adil
Bersikap rasional dan waras
Mengakui kejahilan diri.

Adil
Sejarawan mesti bersikap adil dan tidak bias
terhadap sumber/bukti yang ditafsirnya.
Sejarawan harus bersimpati dan memahami
pihak-pihak yang terbabit.
Sejarawan mesti berkecuali semasa menilai
sumber.

Anda mungkin juga menyukai