Anda di halaman 1dari 10

Kepelbagaian Sumber

Bumi
Bumi (earth) adalah satu-satunya planet dalam sistem solar
yang didiami oleh hidupan.
Air, udara, tanah, mineral, bahan api fosil dan benda hidup
adalah sumber yang paling penting di bumi.
Air, udara, tanah, mineral dan bahan api fosil adalah sumber
yang tidak hidup.
Sumber-sumber

asas

ini

amat

diperlukan

untuk

mengekalkan proses kehidupan manusia dan semua


organisma yang hidup di bumi.
Air

Air meliputi dua-pertiga daripada permukaan bumi.


Hanya kira-kira 1% sahaja air bumi yang digunakan.
Kira-kira 97% lagi adalah air laut dan 2% dibekukan
dalam bentuk glasier dan kawasan kutub.
Semua hidupan di bumi memerlukan air untuk terus
hidup. Kehilangan air dalam sel hidup dipanggil
dehidrasi (dehydration).
Udara

Udara yang terdapat di sekeliling bumi dipanggil


atmosfera (atmosphere). Udara mengandungi gas
penting

yang

menyediakan bahan-bahan

untuk

menyokong kehidupan.
Semua hidupan memerlukan oksigen untuk bernafas.
Tumbuhan memerlukan udara untuk menjalankan
fotosintesis (photosynthesis).
Tanah dan mineral

Tanah (soil) yang meliputi kebanyakan permukaan


tanah bumi dipanggil kerak (crust). Tanah adalah suatu
campuran zarah mineral dan batu, tinggalan organisma
mati, air dan udara.
Bahan api fosil

Bahan api fosil (fossil fuels) terdiri daripada fosil


tumbuhan dan haiwan berusia ratusan juta tahun.
Bahan api fosil terdiri daripada petroleum (minyak), gas
asli dan arang batu.
Produk petroleum (seperti petrol dan diesel) digunakan
pada kereta, bas, keretapi, dan kapal terbang.
Arang batu digunakan dalam loji janakuasa untuk
menghasilkan elektrik.
Gas asli digunakan dalam industri pembuatan, untuk
memanas,
kenderaan.

memasak,

atau

sebagai

bahan

api

Unsur / Elemen
Elemen (element) atau unsur adalah bahan yang paling
ringkas/mudah (simplest substance). Ianya tidak boleh
dipisahkan dengan menggunakan kaedah kimia kepada
apa-apa

komponen

yang

lebih

ringkas/mudah

lagi.

Semua unsur (element) adalah terdiri daripada hanya satu


jenis

atom

sahaja.

Terdapat beberapa unsur yang mempunyai atom dari jenis


yang sama, yang bergabung untuk membentuk molekul.
Terdapat 112 jenis unsur. Daripada jumlah tersebut, 92 jenis
unsur adalah terjadi secara semulajadi di bumi, manakala 20
dicipta

oleh

Contoh-contoh unsur:
1. Emas (gold).
2. Zink (zinc).
3. Besi (iron).
4. Oksigen (oxygen).
5. Karbon (carbon).
6. Nitrogen.
7. Hidrogen (hydrogen).
8. Aluminium.

para

saintis.

Unsur-unsur

boleh

dikelaskan

kepada logam (metal)

dan bukan logam (non-metal).


Logam

87 jenis logam telah dikenal pasti.


Contoh-contoh logam:
Kalium (potassium)
Kalsium (calsium)
Magnesium
Merkuri/raksa (mercury)
Natrium (sodium)
Perak (silver)
Kuprum/tembaga (copper)
Platinum
Emas (gold)
Bukan Logam

17 jenis bukan logam telah dikenal pasti.


Contoh-contoh bukan logam:
Hidrogen (hydrogen)
Oksigen (oxygen)
Fluorin (fluorine)
Klorin (chlorine)
Karbon (carbon)
Fosforus (phosphorus)

Bromin (bromine)
Iodin (iodine)
Nitrogen
Sulfur (sulphur)
Kebanyakan bukan logam wujud dalam bentuk gas pada
suhu bilik (room temperature). Tetapi, terdapat juga
beberapa bukan logam yang wujud sebagai pepejal dan
cecair.

Sebatian
Sebatian (compounds) terbentuk apabila dua atau lebih jenis
unsur

(element)

bergabung

secara

kimia

(combine

chemically).
Zarah terkecil dalam suatu sebatian adalah molekul
(molecule). Contoh: Air (water) adalah suatu sebatian.
Molekul air terdiri daripada dua atom hidrogen dan satu
atom

oksigen

yang

bergabung

secara

kimia.

Keterangan di bawah menunjukkan beberapa jenis sebatian


serta komponen-komponennya.
Karbon dioksida (Carbon dioxide)

Komponen: Satu atom karbon, dua atom oksigen.


Natrium

klorida

(Sodium

chloride)

Komponen: Satu atom natrium, satu atom klorin.

Benzena

(Benzene)

Komponen: Enam atom karbon, enam atom hidrogen.

Metana

(Methane)

Komponen: Satu atom karbon, empat atom hidrogen.

Ammonia

Komponen: Satu atom nitrogen, tiga atom hidrogen.

Air

(Water)

Komponen: Satu atom oksigen, dua atom hidrogen.


Komponen-komponen

sebatian

tersebut

tidak

boleh

dipisahkan secara fizikal (cannot be physically separated).


Komponen-komponen dalam suatu sebatian hanya boleh
dipisahkan

secara

kimia,

menggunakan haba

sebagai

contoh,

dengan

yang

(pemanasan) atau menggunakan

tinggi
tenaga

elektrik

(elektrolisis).

Campuran
Campuran (mixtures) adalah terdiri daripada dua atau lebih
bahan

(substances)

(combined

yang

physically),

digabungkan

contohnya,

secara

dengan

fizikal

mengacau

(stirring).

Bahan-bahan di dalam campuran tidak bersatu (do not unite)


oleh tindak balas kimia. Jadi, komponen-komponen di dalam
campuran boleh dipisahkan dengan secara fizikal (physical
means).
Campuran

homogen (homogenous

mixture)

terbentuk

apabila bahan dicampur dengan sama rata dan identiti


setiap bahan tidak dapat dikenal pasti dengan mudah.
Contohnya, larutan garam biasa dan minuman ringan.

Campuran heterogen (heterogenous mixture) terbentuk


apabila

bahan

boleh

dikenal

pasti

dengan

mudah.

Contohnya,
Keterangan

udara.
di

bawah

menunjukkan

beberapa

jenis campuran serta komponennya.


Udara
Komponen: Nitrogen, oksigen, karbon dioksida, gas
lengai (inert gas), habuk, mikroorganisma, wap air.
Tanah
Komponen: Air, pasir, tanah liat, tanah gambut, kerikil,
humus.
Air

laut

Komponen: Natrium klorida, air, magnesium, kalsium,


oksigen.
Air
Komponen: Garam, gula, limau.
Jeruk

limau
buah-buahan

Komponen: Buah-buahan, garam, gula, cuka air.


Kari
Komponen: Santan kelapa, gula, garam, rempah,
serbuk cili.
Makanan

ringan

Komponen: Garam, gula, perisa, pewarna, pengawet.

Darah
Komponen: Hormon, sel darah, nutrien, mineral, air,
plasma, oksigen.
Bahan yang terdapat di dalam suatu campuran boleh
dipisahkan secara fizikal dengan menggunakan prosesproses berikut:
1. Penurasan (Filtration)
2. Pengayakan (Sieving)
3. Penyejatan (Evaporation)
4. Penyulingan (Distillation)
5. Kromatografi (Chromatography)
6. Pengekstrakan (Extraction)
7. Menggunakan magnet (Using a magnet)
8. Pemendakan (Precipitation)

Anda mungkin juga menyukai