Anda di halaman 1dari 21

PPK 223

KEMAHIRAN HIDUP DALAM PENDIDIKAN KHAS


(KEMAHIRAN SOSIAL)
SIDANG AKADEMIK 2013/2014
SEMESTER 1

NAMA

: MOHAMMAD FARID BIN SAPIAN

NO MATRIKS

: 122069

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN
2.0 LATAR BELAKANG INSTITUSI
3.0 OBJEKTIF PROGRAM YANG DIPILIH
Memerhati kemahiran sosial dalam bermain
Menilai tahap kemahiran sosial yang merangkumi komunikasi:
Membolehkan subjek berimaginasi

4.0 LIMITASI KAJIAN


5.0 STRATEGI DAN METHODOLOGI KAJIAN
Kaedah temu bual
Kaedah pemerhatian melalui permainan
Kaedah soal selidik

5.1 PERALATAN YANG DIGUNAKAN SEMASA KAJIAN


6.0 PENILAIAN
6.1 Perubahan tingkahlaku
6.2 Cara berkomunikasi
6.3 Cara berimaginasi

7.0 BILIOGRAFI
8.0 LAMPIRAN

1.0 PENGENALAN

Setiap anak yang dianugerahkan oleh Allah merupakan anugerah yang tidak ternilai
harganya. Bermacam-macam cabaran yang dihadapi oleh ibu untuk melahirkan seorang anak.
Pelbagai halangan yang dihadapi termasuklah alahan,mabuk, dan sebagainya. Namun siapa
kita untuk melawan ketentuan Ilahi. Sekiranya anak yang dilahirkan tidak sempurna, kita
mesti menerima dengan hati yang terbuka dan memberi didikan secukupnya seperti anak
yang dilahirkan sempurna. Kemahiran hidup bagi kanak-kanak pendidikan khas telah digubal
bagi memenuhi keupayaan kanak-kanak khas untuk melakukan kurikulum kemahiran hidup
dalam pendidikan khas. Antaranya termasuklah kemahiran motor, kemahiran sosial,
kemahiran komunikasi, dan kemahiran kerjaya. Kanak-kanak pendidikan khas akan diajar
dengan sebaiknya agar mereka dapat berdikari dan member sumbangan kepada Negara.
Kemahiran yang telah dikaji oleh saya melalui seorang kanak-kanak pendidikan khas yang
mempunyai masalah autism iaitu kemahiran sosial. Kemahiran sosial amat penting dalam
kehidupan manusia dan dipelajari sejak kecil. Kemahiran asas sosial yang perlu dikuasai oleh
kanak-kanak pendidikan khas ialah kemahiran menarik perhatian orang lain, berkongsi dan
memberi, meminta dan bertanya, memberi idea dan memuji atau memberi penghargaan.
Malangnya terdapat kanak-kanak yang tidak dapat mempelajari untuk berinteraksi secara
positif dengan rakan sebaya mereka. Autisme merujuk kepada gangguan perkembangan
pervasif. Gangguan ini berkisar pada tiga perkara utama iaitu gangguan interaksi sosial,
komunikasi dan tingkah laku berulangan yang streotaip dan terhad. Kemahiran sosial
sememangnya penting untuk dikuasai oleh kanak-kanak pendidikan khas terutamanya kanakkanak autisme.Hal ini demikian kerana, kanak-kanak autisme ini sememangnya mempunyai
masalah dalam kemahiran berkomunikasi. Satu ciri yang hampir sama antara kanak-kanak ini
ialah mereka mahu kepada kesamaan dan tidak suka kepada perubahan serta mengekalkan
tingkahlaku yang sama. Kanak-kanak autistik cuba mengekalkan rutin harian dan jika
berlaku perubahan kecil sekalipun akan memperlihatkan sedih dan tidak tenteram. Mereka

mahu kesamaan itu mungkin kerana tidak mempunyai keupayaan untuk memahami dan
menangani situasi yang berbeza. Untuk memenuhi objektif pembelajaran subjek PPK 223,
saya telah menjalankan kajian ke atas seorang pelajar perempuan yang mempunyai masalah
autisme. Nama subjek kajian saya terpaksa dirahsiakan kerana saya telah berbincang dengan
pihak sekolah dan ibu murid ini untuk merahsiakannya dan akan digantikan dengan subjek A.
Ini bagi menjaga hak murid tersebut sebagai seorang kanak-kanak pendidikan khas.

2.0 LATAR BELAKANG INSITUSI

Institusi yang dipilih ialah sekolah rendah iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan Titi Teras, Balik
Pulau. Sejarahnya sudah bertapak lebih kurang 150 tahun dahulu. Kampung Titi Teras terbina
daripada empat batang kayu balak yang sangat teras merentangi Sungai Mati. Sekiranya sungai
tersebut dikorek semula pada hari ini, berkemungkinan kayu balak tersebut masih lagi
tertimbus di dasar Sungai Mati. Sekolah Kebangsaan Titi Teras (SKTT) merupakan sekolah yg

menjadi tumpuan penduduk Kg Titi Teras dalam mendapatkan pendidikan primer atau peringkat
sekolah rendah. Hal ini sudah semestinya kerana lokasinya yg berdekatan dgn Kg Titi Teras.
Saya juga amat berterima kasih kepada guru besar SK Titi Teras, iaitu Puan Hajah Zaharah binti
Haji Jaafar kerana membenarkan saya menjalankan kajian saya di sekolah ini. Begitu juga
kepada Puan Sarina yang merupakan Penolong Kanan Kelas Pendidikan Khas di SK Titi Teras.
Mereka telah membantu saya untuk mengenali subjek A ini dengan lebih mendalam lagi
sebelum saya memulakan kajian.

NAMA : SUBJEK A ( IDENTITI PELAJAR DIMINTA DIRAHSIAKAN 0OOOO OLEH KELUARGA)


JANTINA : PEREMPUAN
BANGSA : MELAYU

TARIKH LAHIR : 10 FEBRUARI 2000


UMUR : 12 TAHUN
BILANGAN ADIK-BERADIK : 5 ORANG
KEDUDUKAN DALAM KELUARGA : ANAK KE 3 DARI 5 ORANG
SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN TITI TERAS, BALIK PULAU.
PENYAKIT YANG DIHADAPI : AUTISME
NAMA IBU : NOOR HAYATI BT MOHD YUSOPE UMUR : 46 TAHUN PEKERJAAN :
SURI RUMAH
3.0 OBJEKTIF PROGRAM YANG DIPILIH

Kemahiran pengurusan yang dipilih ialah kemahiran sosial:


3.1 Memerhati kemahiran sosial dalam bermain:
Kemahiran sosial yang akan diperhatikan oleh saya terhadap subjek A semasa
kajian termasuklah tingkahlaku subjek A di dalam kelas dan semasa kajian dijalankan.
Saya akan memerhatikan sama ada subjek A mempunyai tinkahlaku yang positif atau
tingkahlaku negatif. Hal ini demikian kerana, tingkahlaku subjek A akan membolehkan
saya menghasilkan satu kajian dapatan kajian yang jelas. Seterusnya akan membantu saya
untuk memahami keadaan kanak-kanak yang menhidapi masalah autisme dengan lebih
mendalam lagi. Secara tidak langsung akan membantu saya mengawal kanak-kanak
autisme seperti subjek A.

3.2 Menilai tahap kemahiran sosial yang merangkumi komunikasi:


Saya akan menilai kemahiran komunikasi subjek A melalui permainan puzzles. Saya akan
melakukan aktiviti puzzles ini dalam dua peringkat. Peringkat pertama ialah saya akan
menyelesaikan permainan puzzles bersama dengan subjek A. Manankala pada peringkat yang
kedua, saya akan membiarkan subjek A untuk menyelesaikan permainan tersebut secara
sendirian. Tujuan saya membahagikan aktiviti ini kepada dua peringkat adalah untuk mengetahui
sejauh mana subjek A akan berkomunikasi dengan saya untuk menyelesaikan puzzles tersebut.

3.3 Membolehkan subjek berimaginasi:


Saya juga akan turut memerhatikan sama ada subjek A dapat berimaginasi melalui
permainan puzzles. Seperti yang diketahui, kanak-kanak autisme ini mempunyai dunia mereka

sendiri. Mereka mempunyai daya imaginasi yang tinggi berbanding kanak-kanak biasa.
Berdasarkan kajian saya melalui permainan puzzles ini, saya ingin melihat sama ada subjek A
mampu menyelesaikan puzzles dengan caranya sendiri atau memerlukan bantuan saya
sepenuhnya.

4.0 LIMITASI KAJIAN

Kajian telah dialankan selama 1 hari Isnin bertarikh pada 4 November 2013. Tempoh
kajian yang dilakukan oleh saya boleh dikatakan amat singkat berbanding dengan orang lain. Hal
ini demikian kerana, saya khuatir kajian yang dijalankan oleh saya akan menyebabkan
perjalanan pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan terganggu. Secara tidak akan menyebabkan
kanak-kanak ini hilang tumpuan untuk belajar. Kajian saya dimulakan dengan pertemuan
anatara saya dan guru Besar SK Titi Teras dan kedatangan saya telah diasambut baik oleh beliau
sendiri. Beliau telah memudahkan kerja saya dengan memperkenalkan saya dengan guru
penolong kanan pendidikan khas SK Titi Teras iaiatu Puan Sarina Mohd Rejab. Selepas
berjumpa dengan Puan Sarina, beliau telah menjelaskan secara ringkas tentang penubuhan dan

struktur pendidikan khas di SK Titi Teras. Saya telah diperkenalkan kepada semua guru dan
kakitangan pendidikan khas bagi memudahkan saya mendapatkan bantuan serta memudahkan
saya semasa kajian dijalankan. Secara tidak langsung saya dapat memahami serba sedikit tentang
masalah yang dihadapi oleh guru-guru pendidikan khas berhubung dengan perjalanan pengajaran
dan pembelajaran. Soalan kaji selidik telah diedarkan oleh saya kepada guru-guru yang
bertanggungjawab untuk mengisi data-data dan maklumat yang berkaitan dengan Pelajar A. Puan
Sarina telah memberikan profil Subjek A kepada saya supaya dapat mengumpul data yang lebih
lanjut. Antaranya termasuklah RPI matapelajaran Bahasa Melayu, kerjayang telah dijalankan
oleh subjek A, dan sebagainya. Puan Sarina juga telah mengaturkan temu bual antara saya
dengan Ibu Subjek A iaitu Noor Hayati 46 tahun, untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat
mengenai sasaran kajian. Hasil daripada temubual itu juga saya mendapati bahawa subjek lebih
gemar untuk menggunakan bahasa Inggeris untuk berkomunikasi. Saya telah diberi pendedahan
tentang proses pengajaran dan pembelajaran rutin sasaran kajian. Subjek A telah melibatkan diri
dalam kelas bahasa, pengurusan diri dan agama. Saya telah bersama-sama Subjek A dan telah
menjalankan pemerhatian terhadapnya dan cuba untuk berinteraksi dengannya.

5.0 STRATEGI DAN METHODOLOGI KAJIAN


Terdapat tiga kaedah yang digunakan untuk menjalankan kajian kes ini iaitu kaedah temu bual,
pemerhatian melalui permaianan, dan kaedah soal selidik.
Kaedah temu bual:
Saya telah menjalankan kaedah temubual ini sebelum serta selepas saya menjalankan kajian.
Saya menjalankan temubual pertama ialah sebelum melakukan kajian ini dijalankan. Hal ini

dimana saya telah menemubual Puan Hajah Zaharah dan Puan Sarina bagi mengetahui lebih
lanjut tentang kelas pendidikan khas di SK Titi Teras. Menurut Puan Sarina, jumlah pelajar
pendidikan khas di SK Titi Teras adalah seramai 12 orang. Puan Sarina juga telah membantu
saya untuk berkomunikasi dengan subjek A. Saya juga sempat menemubual subjek A, dengan
menanyakan soalan yang berkaitan dengan kemahiran sosial, namun murid terbabit tidak
memberi sebarang respon.Selepas menjalankan kajian, saya telah menemubual ibu kepada subjek
A. Selepas menemubual ibu subjek A, saya mendapat tahu bahawa dalam keluarganya pernah
anak lelakinya mengalami masalah yang sama seperti subjek A. Namun telah sihat seperti biasa
pada usia 6 tahun. Subjek A juga kurang bergaul dengan masyarakat sekeliling serta menyendiri,
menurut ibunya.Namun, perkara yang agak mengejutkan saya ialah subjek A begitu fasih
berbahasa Inggeris. Menurut ibunya, subjek A hanya belajar bahasa Inggeris melalui kartun yang
ditonton. Hal ini membuktikan bahawa subjek A mempunyai masalah dalam menguasai
kemahiran sosial namun mempunyai kemahiran berbahasa dalam bahasa Inggeris yang tinggi
berbanding kanak-kanak pendidikan khas yang lain.

Kaedah pemerhatian melalui permainan:


Seterusnya adalah melalui kaedah pemerhatian. Saya menjalankan pemerhatian melalui
permainan iaitu bermain secara berkumpulan dan secara individu. Permainan yang digunakan
oleh saya adalah puzzles. Pertama saya melakukan aktiviti permainan ini dengan bermain
puzzles bersama subjek A. Tujuan saya bermain puzzles dengan subjek A adalah untuk
mengetahui sejauh mana beliau telah menguasai kemahiran sosial. Menurut pemerhatian saya
melalui permainan ini, subjek A kurang berkomunikasi dengan saya semasa kami menyelesaikan

puzzles tersebut. Subjek A lebih suka menyelesaikannya secara bersendirian. Berbanding semasa
subjek A bermain secara individu, saya dapati subjek A lebih berimaginasi berbanding ketika
kami bermain bersama tetapi komunikasi antara kami semasa subjek A menyelesaikan puzzles
secara individu memang tidak wujud komunikasi antara kami. Subjek A seperti sedang berada
dalam dunianya sendiri. Namun imaginasi subjek A begitu tinggi kerana beliau boleh
menyelesaikan puzzles tersebut dengan cara tersendiri. Berbeza dengan cara yang diajar oleh
saya.

Kaedah soal selidik:


Kaedah soal selidik ini telah saya jalankan semasa kajian saya berlangsung. Saya telah memilih
5 orang respondan untuk menjawab soalan soal selidik saya. Antaranya termasuklah guru
besar,guru penolong kanan pendidikan khas,guru pendidikan khas,guru biasa, serta ibu kepada
subjek A. Soalan soal selidik saya banyak berkaitan dengan personaliti subjek A, masalah yang
dihadapi oleh keluarga terutamanya dalam berkomunikasi, bergaul, berdikari, dan melakukan
aktiviti harian. Saya juga menyediakan satu ruang khas untuk meminta pendapat respondan saya
dalam meningktkan lagi mutu pendidikan khas di sekolah bagi melahirkan pelajar pendidikan
khas yang lengkap dari segi JERI,JERIT dan JASER. Hal ini bagi membantu melahirkan pelajar
pendidikan khas yang mampu menjalani kehidupan seharian tanpa mengharapkan bantuan orang
lain. Contoh soalan soal selidik adalah pada lampran 1.

5.1 PERALATAN YANG DIGUNAKAN SEMASA KAJIAN

Peralatan yang digunakan oleh saya dalam menjalankan kajian ke atas subjek A ialah puzzles.
Bagi saya, permainan puzzles ini sememangnya sesuai bagi kanak-kanak autism seperti subjek
A. Permainan puzzles ini mampu menarik minat subjek A dan memudahkan saya untuk
menjalankan kajian tanpa perlu saya menyediakan pelan B. Hal ini turut diakui oleh Puan Sarina.

6.0 PENILAIAN

6.1 PERUBAHAN TINGKAH LAKU

Kajian dan pemerhatian saya terhadap perubahan tingkah laku subjek A agak menyeluruh.
Terdapat pelbagai keadaan yang merujuk kepada pelbagai tingkah laku iaitu tingkah laku positif
dan juga tingkah laku negatif. Tingkah laku positif dan negatif ini dapat dilihat dan diperhatikan
semasa saya menjalankan pemerhatian serta semasa kajian berlaku. Antara tingkah laku positif
ialah seperti menghormati arahan dan akur dengan perintah guru serta arahan yang diberikan
oleh saya semasa kajian dijalankan. Manakala bagi tingkah laku negatif pula adalah seperti
membuat bising dan mengganggu rakan sekelas. Saya juga telah dimaklumkan oleh Puan Sarina
dan ibunya tentang perubahan tingkah lakunya. Hasil temul bual dan perbincangan dengan
ibunya sememangnya sangat membantu saya dalam membuat pentaksiran dengan betul dan
lebih jitu. Semasa kajian dijalankan, saya dapati subjek A berubah daripada seorang yang pasif
kepada seorang yang aktif. Saya mendapatisubjek A berubah kerana permainan puzzles telah
menarik perhatiannya. Subjek A kelihatan tersenyum dan tidak kelihatan seperti sebelum kajian
dijalankan. Ini juga secara amnya melibatkan pengubahsuaian tingkah laku yang mana
merupakan aspek yang penting untuk membuat penilaian secara menyeluruh. Pengubahsuain
tingkah laku ini merujuk kepada keberkesanan dengan pertemuan saya dan subjek A. Hal ini
secara tidak langsung boleh merubah tahap perkembangan sosial subjek A.

6.2 CARA BERKOMUNIKASI

Berdasarkan kajian yang telah saya jalankan, saya dapati subjek A mempunyai kelebihan dan
kekurangan dalam komunikasi. Subjek A tidak banyak berkomunikasi dalam bahasa Melayu. Ini
merupakan kelemahan yang paling ketara dapat saya perhatikan pada subjek A. Subjek tidak
menghiraukan saya semasa saya cuba untuk berkonikasi dengan. Saya ada menanyakan beberapa
soalan dalam bahasa Melayu kepada subjek A. Contohnya dah makan ke belum?, datang
sekolah dengan siapa?, namun soalan yang diajukan oleh saya kepada subjek A tidak dijawab
olehnya. Namun perkara yang mengejutkan saya ialah subjek A dapat berkomunikasi dalam
bahasa Inggeris dengan begitu lancer sekali. Hal ini sememangnya satu kelebihan bagi seorang
kanak-kanak autisme seperti subjek A. Anara soalan yang saya ajukan kepada subjek A
termasuklah what is your name, do you enjoy the game, subjek A menjawab dengan baik iaitu
my name is subjek A,I enjoy the game. Bagi saya itu merupakan satu kelebihan yang
sememangnya satu anugerah kepada subjek A. Kefasihannya dalam berbahasa Inggeris dapat
membantu menjalani kehidupan seharian.

6.3 CARA BERIMAGINASI

Melalui kajian ini juga, saya telah melihat bagaimana subjek A ini berimaginasi. Mengikut
pendapat saya sendiri, apa yang dapat saya perhatikan ialah subjek A sememangnya mempunyai
daya imaginasi yang begitu tinggi. Hal ini demikian kerana, subjek A dapat menyelesaikan
puzzles mengikut cara yang tersendiri. Pada kali pertama bermain, subjek A hanya menggunakan
cara yang diajar oleh saya untuk menyiapkan permainan puzzles. Namun pada kali kedua
sewaktu subjek A menyelesaikan puzzles secara bersendirian, saya dapati subjek A menyusun

puzzles dengan membilang nombor pada puzzles. Ini amat mengejutkan saya dan yang pastinya
subjek A sememangnya mempunyai daya imaginasi yang lebih tinggi berbanding rakannya yang
lain.

7.0 BILIOGRAFI

6.1 Pengantar Pendidikan Khas-(Mohd Zuri Ghani dan Aznan Che Ahmad)
6.2 Intrapersonal dan Interpersonal Remaja-(Dr Shahizan, Tsai Chen Chien, Saw
Hooi Chin

8.0 LAMPIRAN

Logo SK Titi Teras

Puan Hajah Zaharah-Guru Besar SK Titi Teras

Puzzles yang digunakan

Gambar-gambar di sekitar SK Titi Teras

Bahagian Pendidikan Khas SK Titi Teras

Puan Sarina-Penolong Kanan Pendidikan Khas SK Titi Teras

Barisan Pendidik di Kelas Pendidikan Khas SK Titi Teras

Subjek A

Dokumen berkaitan

Anda mungkin juga menyukai