Anda di halaman 1dari 14

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN

CPE 4103
KAUNSELING KELUARGA

TUGASAN
TERAPI KELUARGA STRUKTURAL
NAMA
NOR LIYANA BINTI SHARIFUDIN

NOMBOR MATRIK
172672

NUR SALEHAH BINTI ABD RAHIM


IYLIA-NUR ANATI BINTI ROSLAN
NUR AMIRAH BINTI MOHAMED
MUHAMMAD HASNAN BIN MOHD SALIM

173656

PENSYARAH: PROF. MADYA DR. SITI AISYAH BINTI HASSAN

PENGENALAN
Terapi Keluarga Struktural pada awalnya berasaskan pengalaman seorang
doktor iaitu Salvador Minuchin dan rakan-rakannya di Wiltwyck School. Menurut
Minuchin dalam Gladding ST (1998), sifat agresif yang ditunjukkan oleh ahli keluarga di
Wilwyck School dan kecenderungan mereka untuk menyalahkan orang lain
membuatkan terapis perlu lebih kuat dan cepat bertindak dalam membantu menangani
permasalahan mereka. Semenjak terapi ini diperkenalkan ia menjadi begitu popular dan
seterusnya ia dimurnikan pada tahun 1960an dan 1970an ketika Minuchin menjadi
Pengarah di Philadelphia Child Guidance Clinic. Hingga kini terdapat ramai pengamal
terapi ini dalam bidang kesihatan mental dan Philadelphia menjadi pusat utama
pendekatan terapi keluarga ini. Terdapat beberapa tokoh terkenal dalam Terapi
Keluarga Struktural ini termasuklah Braulio Montalvo, Bernice Rosman, Harry Aponte
dan Charles Fishman tetapi yang lebih dikenali adalah pengasasnya sendiri iaitu Dr.
Salvador Minuchin.
Latar Belakang Pengasas Salvador Minuchin dilahirkan pada 13 Oktober 1921 di
Argentina dan dibesarkan dalam keluarga Yahudi. Beliau mendapat kelulusan Ijazah
Perubatan di Argentina. Pada tahun 1948 beliau menjadi doktor kepada tentera Israel
selama 18 bulan. Pada tahun 1950, beliau ke United State dengan harapan ingin
menyambung pelajaran bersama Bruno Bettelheim di Chicago. Walau bagaimanapun
beliau telah berjumpa Nathan Ackerman di New York dan memilih untuk tinggal di sana.
Pada tahun 1954, beliau mula belajar Psikolanalisis dan beberapa tahun kemudiannya
beliau menjadi Pengarah Perubatan di Wiltwyck School.
Sepanjang pengalaman beliau berada di Wiltwyck menjadi terapis sistem
bersama-sama dengan Dick Auerswald dan Charles King, pada tahun 1959 mula
mengembangkan pendekatan tiga tahap dalam membantu keluarga berkulit hitam yang
berada dalam kelas sosio-ekonomi yang rendah. Mereka mengembangkan suatu
bahasa dalam menerangkan struktur keluarga dan kaedah bagaimana untuk
memperbaiki organisasi dalam sesebuah keluarga. Intisari penggunaan kaedah ini telah
diterbitkan melalui sebuah buku yang bertajuk Families of the Slums pada tahun 1967.

Pada tahun 1965, Minuchin menjadi Pengarah Philadelphia Child Guidance


Clinic. Beliau telah mengubah klinik tersebut kepada pusat terapi keluarga. Selepas itu
Institute for Family Counseling pula ditubuhkan untuk menyediakan program latihan
kepada pembantu perkhidmatan komuniti. Di Philadelphia, Minuchin bekerja bersamasama dengan Braulio Montalvo dan Jay Haley. Pada tahun 1974, beliau menerbitkan
buku Families and Family Therapy.

MODEL STRUKTUR
Terdapat beberapa model struktur dalam Terapi Keluarga Struktural. Antaranya ialah:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Peraturan Keluarga
Organisasi
Keutuhan
Subsistem
Sempadan
Peranan
Kesepakatan

PROSPEK MODEL TERAPI KELUARGA STRUKTURAL


Terdapat beberapa prospek model Terapi Keluarga Struktural. Antaranya ialah:
1. Simptom-simptom individu lebih difahami sebagai akar umbi dalam konteks
bentuk transaksi keluarga.
2. Perubahan dalam organisasi atau struktur keluarga mesti berlaku sebelum
simptom-simptom dilepaskan.
3. Ahli terapi mesti mempunyai sikap peranan seorang pemimpin untuk mengubah
struktur atau konteks yang mana simptom-simptom tertanam.

Sebagai penentu utama teori struktur keluarga, penekanan diberikan kepada:


i. Keutuhan sistem keluarga.
ii. Pengaruh organisasi hierarki keluarga.
iii. Kebergantungan fungsi subsistem keluarga.

KONSEP TERAPI KELUARGA STRUKTURAL


Dalam Terapi Keluarga Struktural ini, setiap ahli keluarga berhubung antara satu
sama lain melalui beberapa ikatan yang mengikat peralihan-peralihan mereka.

Ikatan yang terbina kebiasaannya tidak dinyatakan secara bertulis secara


spesifik serta tidak disedari kewujudannya juga tetapi ianya mewakili keseluruhan
struktur keluarga itu sendiri.
Terdapat beberapa konsep Terapi Keluarga Struktural. Antaranya ialah:
1.
2.
3.
4.
5.

Struktur Keluarga (Family Structure)


Subsistem Keluarga (Family Subsystem)
Kegagalan Fungi Keluarga (Family Dysfunction)
Sempadan (Boundary Permeability)
Penjajaran, Kuasa & Kesepakatan (Alignment, Power & Coalition)

1. STRUKTUR KELUARGA (FAMILY STRUCTURE)


Pendekatan struktural adalah sebagai suatu teori yang sangat pragmatik.
Menekankan interaksi individu dengan persekitaran.
Keluarga yang berfungsi dengan baik dilihat secara keseluruhan sebaikbaiknya mempunyai interaksi di antara sub-unit dalam keluarga tersebut.

2. SUBSISTEM KELUARGA (FAMILY SUBSYSTEM)


Merujuk kepada pecahan unit yang kecil serta wujud dalam sistem
keluarga secara keseluruhan.
Terdapat 3 bahagian subsistem yang penting dalam keluarga.
1. Subsistem suami isteri.
2. Subsistem Keibubapaan.
3. Subsistem antara adik beradik.

3. Kegagalan Fungi Keluarga (Family Dysfunction)


Merujuk

kepada

kegagalan

untuk

memenuhi

tujuan

memupuk

pertumbuhan dan perkembangan anggotanya.


Merujuk kepada reaksi keluarga, tindak balas kepada tekanan berulangulang tanpa berlaku modifikasi setiap kali berlaku konflik keluarga.
Sebagai contoh, bagi pasangan yang tidak memiliki cahaya mata lagi,
mereka perlu berbincang mengenai perkembangan bagi hubungan
mereka yang saling melengkapi sebelum kehadiran cahaya mata serta
setelah mereka menerima kehadiran cahaya mata baru dalam keluarga.

4. Sempadan (Boundary Permeability)


Kawasan fizikal dan psikologikal yang dimiliki oleh setiap individu atau
sesuatu subsistem dalam sistem keluarga.
Menurut Lily Mastura Harun dan Ramlan Hamzah (2007) sempadan dapat
disamakan seperti maruah diri atau harga diri.
i. Setiap individu akan menjaga sempadan ini agar tidak dicerobohi
ii.

oleh individu lain.


Jika pencerobohan berlaku, individu akan bertindak balas untuk

menjaga sempadannya.
Sempadan dalam keluarga dan akses membantu menentukan sifat dan
kekerapan hubungan antara ahli keluarga.

Terdapat beberapa jenis sempadan.


1) Sempadan yang jelas antara subsistem.
Membantu keluarga mengekalkan pengasingan dan dalam pada
masa yang sama menekankan belongingness kepada sistem
keluarga secara keseluruhan.
Kejelasan
hubungan
akan
kesejahteraan keluarga.
Menggalakkan
indenpendence

meningkatkan
dan

keseluruhan

kebebasan

untuk

bereksperimen dengan ahli-ahli subsistem yang lain.

2) Sempadan tegar atau fleksibel.


Membawa kepada halangan antara subsistem.
Dunia ibu bapa dan anak- iaitu hierarki generasi adalah berasingan
dan berbeza, ahli-ahli subsistem tidak sanggup atau tidak dapat
masuk ke dalam dunia/sistem lain.
Ibu bapa dan anak-anak, masing-masing tidak dapat mengubah
atau merentas sempadan subsistem.
Autonomi boleh dikekalkan, tetapi nurturance, penglibatan dan
pertukaran atau perkongsian kasih sayang antara satu sama lain
biasanya mudah hilang.
3) Diffuse boundaries
Sempadan yang kurang jelas, dan mudah diceroboh oleh ahli-ahli
keluarga yang lain.
Bentuk hubungan terlalu mudah dan pencerobohan privasi.

Tidak ada hierarki generasi yang jelas, orang dewasa dan kanakkanak atau dengan kata lain ahli dalam sistem boleh bertukar
peranan dengan mudah.

5. PENJAJARAN, KUASA & KESEPAKATAN (ALIGNMENT, POWER &


COALITION)
1) Penjajaran (Alignments)
Ditakrifkan dengan cara ahli keluarga bersama-sama atau menentang

antara satu sama lain dalam menjalankan aktiviti keluarga.


Kuasa dalam keluarga yang mempunyai kaitandengan kedua-dua pihak
yang berkuasa (yang merupakan pembuat keputusan) dan pihak yang

bertanggungjawab (yang menjalankan keputusan).


Merujuk kepada bagaimana sokongan atau unsupportive antara satu
sama lain di antara ahli dalam menjalankan operasi. Sebagai contoh
seorang ayah setuju atau tidak setuju dengan tindakan displin yang
dilakukan oleh isterinya terhadap anak-anak.

2) Kuasa (Power)
Kuasa adalah berkaitan dengan konteks atau situasi.
Berkaitan dengan cara ahli keluarga secara

aktif

atau

menggabungkan kuasa.
Sebagai contoh kuasa suami dan isteri terhadap anak-anak mereka.

3) Pakatan (Coalition)

pasif

Berkait tentang pakatan antara ahli keluarga tertentu terhadap anggota

atau ahli ketiga.


Gabungan yang stabil adalah kesatuan tetap dan fleksibel (seperti ibu dan

anak) yang menjadikan dominan sebahagian fungsi seharian keluarga.


Detouring coalition adalah salah satu cara, di mana pasangan yang
memegang ahli keluarga ketiga yang bertanggungjawab terhadap
masalah atau konflik mereka dengan satu sama lain, sekali gus
mengurangkan tekanan pada diri sendiri atau hubungan mereka.

Structuralists percaya bahawa bagi ibu bapa untuk mencapai hasil yang
dikehendaki dalam keluarga, mesti mempunyai:
o Jelas sempadan generasi agar ibu bapa bersama-sama membentuk
subsistem yang mempunyai kuasa eksekutif.
o Penjajaran antara ibu bapa kepada isu-isu utama, seperti disiplin.
o Peraturan yang berkaitan dengan kuasa dan kuasa, yang menunjukkan
yang ibu bapa akan menang jika mereka tidak bersetuju dan sama ada
ibu bapa mampu menjalankan kehendak mereka apabila mereka
bersetuju.

MATLAMAT TERAPEUTIK
o Teras utama terapeutik terapi keluarga struktur adalah aktif dan secara
langsung mencabar corak interaksi keluarga.
o Memaksa ahli-ahli untuk melihat di luar tanda-tanda pesakit yang dikenal
pasti untuk melihat semua tingkah laku mereka dalam konteks struktur
keluarga.
o Membantu keluarga mengubah corak stereotaip yang interaktif dan
mentakrifkan semula hubungan, sekali gus membantu ahli-ahli untuk
tawaran yang lebih baik.
o Menawarkan kepimpinan keluarga, arahan dan galakan untuk memeriksa
dan membuang struktur tegar yang tidak lagi berfungsi kepada keluarga.

Arahan-arahan yang biasa diikuti oleh terapi ahli Terapi Keluarga


Struktural:
o Menyertai dan bertolak ansur
o Menilai interaksi keluarga
o Pemantauan keluarga set berfungsi
o Penyusunan semula corak transaksi

JOINING AND ACCOMODATION

Joining adalah proses yang berlaku antara terapis dan ahli keluarga. Joining
merupakan salah satu prasyarat penting dalam proses penstrukturan semula
keluarga.

joining merupakan istilah yang digunakan dalam Terapi Struktural Keluarga


dalam membina hubungan (rapport).

Prasyarat ini adalah perlu untuk mewujudkan keadaan yang selesa dan selamat
agar klien dapat merasakan suasana saling percayai mempercayai di antara satu
sama lain.

mimesis iaitu terapis menjadi seperti keluarga iaitu cuba menyesuaikan diri
dalam keluarga tersebut mengikut cara atau konteks keluarga tersebut
berkomunikasi dan sebagainya.

Assessing family interactions

Penilaian dilakukan dengan menyertai bersama-sama dengan keluarga tersebut


dari permulaan

Road map

Family mapping

Contoh :

PEMANTAUAN SET DISFUNGSI KELUARGA

Tujuan Pemantauan

Pemantauan bagi membantu mengubahsuai masalah atau corak transisi yang


bermasalah merupakan pekara pokok dalam proses intervensi struktur.

Apabila ahli struktur mampu masuk ke dalam sebuah keluarga, mereka akan
memulakan melihat struktur keluarga tersebut terlebih dahulu, melihat ruang dan
peluang fleksibal yang wujud dan kemungkinan perubahan itu dilakukan.

Contoh kes:
satu keluarga yang datang untuk melakukan terapi disebabkan anak perempuan
mereka yang merupakan seorang pemalu dan mempunyai masalah dalam kehidupan
sosial. Ahli terapi akan melakukan pemerhatian bagi tujuan mendiagnosis dengan
melihat bagaimana keluarga tersebut melangkah masuk ke dalam bilik terapi: anak
perempuan tersebut duduk disebelah ibunya, dan mereka merapatkan kerusi mereka
bersama.

Apabila ahli terapi bertanya apa masalah yang dihadapi, ibu klien akan
menjawab, tidak menghiraukan sama ada anak perempuannya mahu memberi
pendapat atau bercakap. Ibunya klien mengatakan bahawa beliau sangat mengetahui
kehidupan sosial anaknya lebih daripada biasa. Ayahnya kelihatan kurang penglibatan
dalam hal ini. Selepas beberapa minit kemudian, ahli terapi struktur telah melakukan

intervensi yang pertama iaitu dengan meminta si ibu dan ayah mengubah kedudukan
kerusi

struktur terapi dimulakan dengan : melibatkan si ayah dengan perbincangan


keluarga, fleksibel keluarga di uji pada tahap ini, implikasi terhadap patologi yang
ditunjukkan oleh ibu-anak.

tujuan utama keluarga ini mendapatkan terapi adalah disebabkan anak mereka
telah dilabelkan dan reframe sebagai satu masalah dalam fokus yang lebih besar
dalam keluarga ini

Anda mungkin juga menyukai