Anda di halaman 1dari 3

1. Tanda2 Kematian DATANGNYA ajal atau kematian, hanya Tuhanlah yang tahu.

Dan
jika ajal sudah tiba, tidak akan bisa ditunda. Dan manusia tidak bisa menghindar dari
kematian.

2. Tanda 100 hari sebelum hari mati. Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada
hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Tanda
ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh yaitu dari hujung rambut
sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.
Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan
teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat
dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka
getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

3. Tanda 40 hari sebelum hari mati Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar.
Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita
akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikatmaut akan
mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah
ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikatmaut ini akan
memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan
merasakan seakan-akan bingung seketika.

4. Tanda 7 hari Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji
dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya
berselera untuk makan.

5. Tanda 3 hari Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu
diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita
selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan
urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak
akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini
dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana
bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang
terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

6. Tanda 1 hari Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu
denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita
tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya

7. Tanda Akhir Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk
di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke
bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan
berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali
kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

8. PENUTUP Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT
semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi
kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat
persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun
dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.

9. Tanda-tanda kematian yang baik (husnul-khatimah) 1. Mati dengan mengucap


kalimah syahadah Sesiapa yang ucapan terakhirnya (sebelum mati) ialah Lailahaillallah,
maka ia akan masuk syurga. 2. Berpeluh di dahiSeorang mukmin mati dengan
berpeluh dahinya. 3. Mati ketika sedang melakukan amal solehSesiapa
mengucapkan Lailahaillallah semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah, lalu ia
mati dengan kalimah itu, maka ia akan masuk syurga. Sesiapa berpuasa pada satu hari
kerana mengharapkan keredhaan Allah, lalu ia mati ketika sedang berpuasa itu, maka ia
akan masuk syurga. Sesiapa bersedekah dengan satu sedekah kerana mencari redha Allah,
lalu ia mati sesudah bersedekah itu, maka ia akan masuk syurga.

10. Di antara tanda2 khusnul khatimah 1. Dapat mengungkapkan Lailahaillah.. sblm


kematiannya. 2. Berpeluh dahinya. 3. Mati pada malam/siang Jumaat. 4. Mati ketika
berjuang (berjihad) di jalan Allah. 5. Mati ketika berjuang (berdakwah) menyebarkan
agama Allah. 6. Mati kerana wabak taun, sakit perut, lemas dan ditimpa runtuhan. 7. Ibu
mengandung. 8. Orang yang berkawal di jalan Allah. 9. Mati ketika beramal 10. Mati
kerana puasa yang puasanya itu kerana Allah. 11. Mati ketika bersedekah. 12. Mati ketika
mempertahan harta, 13. Mati ketika mempertahan agama/keluarga/diri.

11. Malaikat Mencabut Nyawa Baginda Rasullullah S.A.W bersabda: "Apabila telah
sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubanglubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua
telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat
yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka
keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari
perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang
lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke
kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

12. Nazak orang ber iman "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka
malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang
yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu
melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah
kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail
A.S." sabda Rasullullah S.A.W Ajarilah orang yang hampir mati di antara kamu
Lailahaillallah. Sesungguhnya ruh orang beriman akan keluar dengan bercucuran
peluhnya. Adapun ruh orang kafir akan keluar dari rahangnya sebagaimana keluarnya ruh
kaldai.

13. Nazak orang munafik Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail
A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat
kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang
disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan
menjadi tempat tinggalnya.

14. kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad berkata Abu Bakar R.A:"Roh itu
menuju ketujuh tempat:- 1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin. 2. Roh
para ulama menuju ke Syurga Firdaus. 3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga
Illiyyina. 4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak
mereka. 5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan
tidak di langit sampai hari kiamat. 6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di
gunung dari minyak misik. 7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,
mereka diseksa berserta jasadnya sampai hari Kiamat."

Anda mungkin juga menyukai