Anda di halaman 1dari 5

CARTA ALIR PERJALANAN HARI LAPORAN

MULA

PENDAFTARAN

SEMAKAN YURAN & KES KHAS

BAYARAN YURAN

ADA KES
TIADA KES

LAPORAN AKADEMIK

LAPORAN PSIKOMETRIK

AKHIR

KONSULTASI

Keterangan Carta
1. Pendaftaran
(a) Kaunter pendaftaran dibuka pada jam 2.30 petang. Lokasi kaunter adalah di
hadapan pintu masuk blok A SMIAAG.
(b)Ibu bapa yang mendaftar akan diminta menyemak dan mengemaskini
butiran peribadi.
(c) Satu senarai semak yang mengandungi aturan pergerakan semasa hari
laporan akan diberikan kepada ibu bapa setelah selesai pendaftaran.

2. Semakan yuran dan kes khas


(a) Kaunter kedua akan dibuka untuk urusan semakan yuran dan kes khas.
Petugas akan menyemak:
i. Status yuran
ii. Kes disiplin
iii. Kes kaunseling
(b)Petugas diberikan tiga senarai yang berstatus sulit dan persendirian.
Senarai tersebut ialah:
i. Senarai yuran tertunggak pelajar
ii. Senarai pelajar yang perlu dirujuk masalah disiplin
iii. Senarai pelajar yang mendapat rekomendasi untuk berjumpa kaunselor
(c) Petugas akan memberi cop pada ruang selesai untuk urusan yang tidak
perlu dilalui oleh ibu bapa.
(d)Angka giliran berwarna akan diberikan kepada ibu bapa sekiranya:
i. Pelajar belum membayar yuran sehingga keputusan dalam SPS tidak
dapat diakses ibu bapa
ii. Pelajar mempunyai masalah disiplin gred A atau B
iii. Kaunselor ingin bertemu ibu bapa pelajar yang dirujuk
(e) Bergantung kepada warna angka giliran, ibu bapa akan diminta untuk ke
kaunter yang berkaitan
(f) Sekiranya tiada kes seperti di (a), ibu bapa akan diberikan angka giliran
berwarna putih dan cop boleh terus ke kelas anak masing-masing untuk
mendapatkan keputusan.
Nota: Petugas pendaftaran akan mengepilkan nombor giliran mengikut
keperluan pada ruang yang disediakan pada senarai.
3. Bayaran yuran
(a) Satu senarai pelajar yang belum membayar yuran akan dikeluarkan oleh
Pejabat Kewangan PPAA 3 hari sebelum hari laporan.
(b) Salinan senarai tersebut akan diberikan kepada guru kelas dan petugas
kaunter semakan (lihat 2(b)).
(c) Bayaran yuran dikendalikan sepenuhnya oleh Pejabat Kewangan PPAA.
(d) Tatacara pembayaran
i. Ibu bapa akan menyelesaikan urusan yuran di Pejabat Kewangan PPAA
ii. Setelah selesai, mereka akan kembali ke kaunter semakan dengan resit
bayaran untuk mendapatkan angka giliran seperti di 2(e).
Nota: sekiranya terdapat lebih dari satu kes yang perlu diselesaikan,

ibu bapa boleh menyelesaikan semua kes sebelum kembali ke kaunter


semakan.

4. Konsultasi
(a) Ibu bapa yang mempunyai anak yang berada dalam kes di bawah akan
dirujuk kepada guru disiplin dan/atau guru kaunseling
i. Pelajar mempunyai rekod disiplin gred A atau B
ii. Pelajar pernah menjalani sesi kaunseling dan kaunselor mahu berjumpa
ibu bapa untuk perbincangan lanjut
(b)Satu senarai akan dikeluarkan oleh bahagian disiplin atau/dan kaunselor dan
akan diberikan kepada kaunter semakan.
Selesai urusan pembayaran / konsultasi, ibu bapa akan kembali ke kaunter
semakan untuk mendapatkan nombor giliran sebelum mendapatkan laporan
daripada guru kelas.
Nota: sekiranya terdapat lebih dari satu kes yang perlu diselesaikan, ibu bapa
boleh menyelesaikan semua kes sebelum kembali ke kaunter semakan.
5. Laporan akademik / psikometrik
Tatacara penyerahan laporan:
Ibu bapa akan bergerak ke kelas anak masing-masing untuk mendapatkan laporan
akademik dan membuat perbincangan bersama guru kelas.
Guru kelas hanya akan menyentuh permasalahan pelajar sewaktu di dalam kelas.
Sebarang isu berkaitan disiplin telah disebutkan oleh guru disiplin sekiranya ibu
bapa telah diminta berjumpa guru disiplin. Maka guru kelas tidak perlu lagi
menyeatakan perkara yang sama.
Laporan psikometrik adalah pilihan. Walau bagaimanapun, ibu bapa disyorkan
untuk mengambil laporan psikometrik daripada kaunselor untuk mengetahui
kecenderungan dan kebolehan pelajar.

Lokasi-lokasi yang digunakan sepanjang hari laporan


Perkara

Tempat

Pendaftaran

Di hadapan pejabat Kewangan PPAA

Bayaran Yuran

Pejabat Kewangan PPAA

Konsultasi Disiplin

Makmal Fizik Lama

Konsultasi Kaunseling

Makmal Kimia Lama

Laporan Akademik

Kelas

Laporan Psikometrik

Makmal Kimia Lama

SENARAI SEMAK PERGERAKAN HARI LAPORAN

URUSAN

NOMBOR GILIRAN

SELES
AI

Bayaran Yuran
Konsultasi
Disiplin
Konsultasi
Kaunseling
Laporan
Akademik
Laporan
Psikometrik
Nota:
1. Sila kepilkan nombor giliran (jika perlu) pada petak nombor giliran
mengikut urusan
2. Tandakan (/) setelah selesai urusan

Anda mungkin juga menyukai