Anda di halaman 1dari 8

LAPORAN PROJEK 1

TAJUK PROJEK : TANGGAM LEKAP T


BAHAN DAN PERALATAN :
1. Dimensi Kerja
i.
ii.

Ketebalan : 2" x 1"


Panjang : 12"

2. Peralatan yang Digunakan


i.

Pensil
- Menanda dan merancang tanda

ii.

Pita Pengukur
- Mengukur jarak yang pendek serta panjang

iii.

Sesiku L
- Menguji ketepatan sudut

iv.

Tolok Penanda
- Menanda ukuran tebal atau lebar kayu

v.

Kikir Parut
- Menipis, merata serta melicinkan permukaan sesuatu komponen kerja

vi.

Gandin Kayu
- Memahat dan memasang atau menanggalkan tanggam

vii.

Gergaji Lengan (Radial Arm Saw)


- Memotong kayu mengikut sudut yang diingini

viii.

Mesin Ketam / Serut


- Menghaluskan sisi kayu setelah proses penggergajian

LANGKAH KERJA :

1. Memilih kayu panjang dan kayu tersebut dipotong mengikut ukuran serta panjang yang
dikehendaki iaitu sepanjang 12". Kayu bersaiz 2 "x 1" diperlukan dalam membuat
tanggam lekap T ini.

2. Kerja mengetam kayu dilaksanakan menggunakan mesin pengetam. Tujuan pengetaman


kayu ini dilakukan adalah untuk memastikan permukaan kayu tersebut licin dan juga bagi
mendapatkan ukuran tebal dan lebar yang dikehendaki iaitu berukuran 2 " x 1".

3. Kayu panjang yang sudah diketam diukur mengikut panjang yang dikehendaki iaitu
sepanjang 12" setiap satu dan diukur untuk kerja kerja pemotongan kayu.

4. Kerja pemotongan kayu dilaksanakan mengikut ukuran yang telah dibuat.

5. Setelah kayu dipotong mengikut panjang yang dikehendaki, kayu diukur dan ditanda
untuk membuat temu dan parit untuk tanggam tersebut. Tebal parit dan temu tangaam
adalah setengah daripada tebal kayu.

6. Kayu ditpotong mengikut ukuran parit dan temu tanggam yang dikehendaki.

7. Hasil potongan parit dan temu tanggam yang telah dipotong

8. Kemasan pada bahagian parit dan temu tanggam kayu dilaksanakan dengan
menggunakan kikir parut.

9. Setelah kemasan pada parit dan temu dilakukan, kedua-dua kayu tersebut dicantumkan
untuk dijadikan tanggam lekap T. Akhir sekali kemasan pada tanggam dibuat bagi
mendapatkan permukaan yang licin.

HASIL KERJA
TANGGAM LEKAP T

ULASAN
Proses penghasilan tanggam lekap T ini memerlukan pengukuran yang tepat. Untuk
projek ini saiz kayu adalah berukuran 2" x 1" dan panjang kayu adalah 12" manakala
parit dan temu tanggam tebalnya adalah setengah dari tebal kayu.