Anda di halaman 1dari 5

Draf pendek

1. Tajuk rencana - Perpaduan kaum di Malaysia


2. Nama penulis Nama kita
3. Isi kandungan: bahagikan isi kandungan berdasarkan konstruk yang dikehendaki
(a) Pengenalan
Perpaduan boleh ditakrifkan sebagai satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara
seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai
bersama serta satu perasaan kebangsaan dalam kalangan mereka.
Pada zaman pemerintahan British di negara ini , mereka mengamalkan dasar pecah dan perintah terutama
membiarkan penduduk negara ini mengamalkan kegiatan ekonomi masing-masing mengikut komposisinya. Orang
Melayu berada di kampung yang terlibat dalam bidang pertanian dan penanaman padi serta menangkap
ikan manakala tenaga buruh di ladang diambil dari negara India dan di kawasan lombong bijih timah tenaga
imigran dari China diambil. Kesannya jurang perpaduan mula timbul disebabkan kegiatan ekonomi yang diusahakan
di samping tempat tinggal yang berbeza . Kesan jangka panjang keadaan ini ialah wujudnya jurang pemisahan
antara kaum.
Bersama-sama dengan kedatangan imigran ini ialah sistem pendidikan mereka yang dibawa ke negara ini. Orang
Cina dan India memiliki sistem sekolah vernakular sendiri yang membawa masuk guru, buku dan sukatan pelajaran
dari negara mereka. Kesannya di negara ini telah wujud satu sistem pendidikan yang di dalamnya terdapat sekolah
aliran agama , Inggeris, Cina , Tamil dan aliran Melayu. Kesan langsung wujudnya sistem pendidikan zaman
British ini menyebabkan terhalangnya proses asimilasi yang boleh memungkinkan pergaulan kaum dapat dilakukan
dengan sempurna.
Penaklukan Jepun juga mendatangkan kesan yang hebat ke atas hubungan integrasi kaum di negara ini. Pihak Jepun
pula mengamalkan dasar anti-Cina dan pro-Melayu yang ternyata mengeruhkan lagi keadaan semasa dengan
menyebabkan timbulnya perasaan benci dan prasangka buruk masyarakat Cina terhadap orang Melayu. Orang Cina
bertindak mengambil kesempatan utuk membalas dendam dengan menganggotai Bintang Tiga .Kekosongan politik
ketika inilah berlakunya keganasan 14 hari seperti membunuh, menculik, membakar masjid dan bangunan sebagai
cara membalas dendam . Keadaan ini menyebabkan berlakunya persengketaan kaum antara orang Melayu dan
orang Cina.
Tragedi 13 Mei 1969 juga merupakan hal yang sangat berkaitan dengan isu perpaduan Negara ini.Kejadian yang
berdarah ini merupakan satu bentuk natijah daripada kebebasan yang dikecapi setelah kemenangan di pihak
pembangkang pada pilihan raya 1969 yang berkesudahan Parti Perikatan gagal mendapat majority 2/3 daripada
kerusi parlimen . Pada masa inilah memuncaknya perasaan anti antara kaum Melayu dan Cina yang ternyata
menimbulkan kekacauan kepada Negara ini.
Perpaduan negara ini juga diuji dengan pelbagai isu berkaitan dengan agama dan soal hak kerakyatan dan beberapa
isu sensitif lain yang mampu menjejaskan perpaduan kaum di negara ini . Ianya dibawa dan dimainkan oleh
beberapa badan bukan kerajaan yang cuba mendapatkan nama dalam usaha mendapatkan sokongan . Jika dibiarkan
begitu sahaja tanpa diselesaikan atau dirungkai terlebih awal hal ini mampu merobek perpaduan kaum sedia ada
pada masa sekarang.
(b) Kepentingan perpaduan kaum
Perpaduan dalam kalangan pelbagai etnik di negara kita haruslah dikekalkan untuk menjamin keselamatan
negara agar kemerdekaan yang kita kecapi sekarang ini berkekalan .Hal ini adalah untuk mengelakkan berulangnya

perkara yang tidak diingini seperti rusuhan kaum pada 13 mei 1969 yang telah berlaku di negara kita. Kesan
daripada rusuhan ini kita dapat lihat betapa ramai masyarakat negara kita yang mati dalam peristiwa berdarah ini.
Oleh itu, perpaduan penting agar kejadian yang sama tidak akan berulang. Dalam nada yang sama kita akan dapat
mengekalkan kestabilan politik jika kejadian rusuhan kaum ini dapat dielakkan oleh semua anggota masyarakat
yang memiliki semangat nasionalisme dan patriotik yang tinggi.
Selain itu, keharmonian ini juga mestilah dikekalkan untuk melahirkan perasaan cintakan tanah air dan sanggup
berkorban untuk negara kita. Perpaduan dalam kalangan etnik di negara ini juga akan dapat mengukuhkan lagi
keselamatan negara daripada ancaman luar dan dalam negara. Warganegara yang memiliki semangat nasionalisme
akan melahirkan kekuatan dalam mempertahankan negara ini daripada campurtangan kuasa luar
seterusnya memelihara kedaulatan negara ini dan mengekalkan kemerdekaan negara ini seterusnya.
Perpaduan negara yang jitu juga dapat membina sebuah masyarakat yang saling menghormati antara satu
sama lain disebabkan faktor rasa bersama dan kekitaan yang lahir dalam jiwa seluruh anggota masyarakat. Sifat
dengki dan khianat akan terlebur begitu sahaja jika semua anggota masyarakat memiliki sifat saling menghormati
yang dipupuk sejak kita kecil lagi.
(c) Faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum
Peristiwa 13 Mei telah menjadi catatan sejarah yang suram di negara ini. Hal ini demikian kerana peristiwa ini
memperlihatkan bahawa hubungan kaum akan menjadi rapuh jika ada tindakan luar batasan dilakukan dan tindakan
mencegah tidak dilakukan dengan secukupnya. Peristiwa berdarah ini menjadi iktibar bahawa perpaduan kaum
boleh menjadi bom jangka yang boleh meletup pada bila-bila masa memandangkan terdapat sebahagian anggota
masyarakat yang gemar menjaja isu sensitif bagi meraih sokongan politik mudah untuk bangsa mereka. Selepas
kejadian ini lahir kesedaran untuk menyatupadukan kaum di negara ini dengan terbentuknya Rukun Negara yang
menjadi satu identiti bagi semua anggota masyarakat. Dalam masa yang sama kekurangan orang Melayu dalam
bidang ekonomi cuba diselesaikan dengan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru yang dilancarkan pada 1970.
Rentetan peristiwa tersebut juga telah terbentuknya MAGERAN pada 17 Mei 1969 yang berfungsi sebagai
pengembali keamanan dan undang-undang negara; penentu pentadbiran yang licin dan sempurna; dan pengembali
keharmonian dan kepercayaan antara kaum. MAGERAN didapati berjaya mengembalikan keamanan kepada negara
selepas dua tahun ditubuhkan. Seterusnya, pada tahun 1969 juga, Jabatan Perpaduan Negara(JPN) dan Majlis
Muhibah Negara(MMN) telah dibentuk. JPN yang diketuai Tan Sri Mohd Ghazali Shafie telah ditubuhkan untuk
membantu kerajaan menggerakkan dan membimbing rakyat ke arah perpaduan negara. MMN pula ditubuhkan pada
18 Julai 1969 bertujuan memulihkan kepercayaan dan keyakinan antara kaum, mengkaji dan mengatasi masalah
untuk menghapuskan perselisihan faham, membantu dan menyusun kerja-kerja sukarela. MMN dan JPN telah
digabungkan pada 1Januari 1972 menjadi Kementerian Perpaduan Negara yang kini bergelar Kementerian
Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat yang ditugaskan untuk mengendalikan aktiviti-aktiviti bercorak
muhibah untuk masyarakat yang berbilang kaum
Penubuhan parti politik di negara kita sebenarnya bermula pada 1940 apabila kesedaran politik mula melonjak hasil
pengenalan Malayan Union oleh Inggeris di negara ini. Penubuhan UMNO , MCA dan MIC pada awalnya
bermaksud untuk membela masyarakat atau kaum masing-masing dalam bidang politik, ekonomi dan sosial.
Perpaduan kaum mula dibentuk apabila Parti Perikatan mula ditubuhkan hasil gabungan UMNO,MCA dan MIC
yang merapatkan hubungan antara orang Melayu, Cina dan India dalam bidang politik dalam usaha memuju
kerjasama kaum ke arah mencapai kemerdekaan. Proses ini dilakkukan mulai 1948 hinggalah 1956 . Dapat dilihat
pada masa ini kesedaran pentingnya perpaduan kaum dibentuk bagi menjamin keadaan negara yang aman dan
damai dengan penduduknya dapat bekerjasama antara satu sama lain.

Kerajaan telah merangka Dasar Pendidikan Kebangsaan sebagai landasan mewujudkan masyarakat yang bersatu
padu. Penyata Razak dan Ordinan Pelajaran yang telah termaktub sebelum merdeka telah disemak semula
menghasilkan Laporan Rahman Talib dan seterusnya dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961 merupakan antara
usaha awal kerajaan dalam sektor Pendidikan. Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan diharapkan dapat memenuhi
keperluan tenaga rakyat negara ini dalam jangka pendek dan panjang demi melahirkan masyarakat yang bersatu
padu, berdisiplin dan terlatih. Antara strategi yang dirancang untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan
Kebangsaan ialah menjadikan Bahasa Kebangsaan bahasa pengantar yang utama, mengadakan kurikulum yang sama
dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah, mewujudkan sistem peperiksaan yang sama dan sebagainya.
(d) Cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum
Cabaran kepentingan etnik dari aspek politik iaitu politik perkauman boleh menimbulkan perasaan kurang
senang hati dan mengukuhkan semangat perkauman jika sesuatu tindakan diambil tanpa mendapat kata sepakat oleh
semua pihak. Isu-isu perkauman seperti bahasa, kebudayaan, pendidikan, agama, kerakyatan, dan ekonomi jika
dipergunakan untuk tujuan berpolitik, pastinya, ia tidak akan menyumbang ke arah masyarakat yang bersatu
padu.Ianya ditambah lagi dengan usaha parti tertentu yang mengemukakan ideologi Malaysian Malaysia
bagi mendapatkan hak yang sama rata dalam kalangan penduduk di negara ini.Sekali pandang ianya merupakan
suatu isu yang kecil tetapi sebenarnya isu ini berlawanan dengan kontrak sosial yang dibuat sebelum negara ini
mencapai kemerdekaan.
Sejak zaman penjajahan lagi, masalah integrasi telah wujud terutamanya semasa penjajahan British. Mereka
menjalankan dasar divide and rule iatu dasar pecah dan perintah agar dapat memerintah dan mengeksploitasi
ekonomi negara. Dasar ini jugalah yang memisahkan kaum-kaum utama negara ini mengikut bidang ekonomi yang
dijalankan. Masyarakat melayu mengendalikan pertanian dan ditempatkan di kawasan luar Bandar iaitu di kampongkampung. Masyarakat Cina ditempatkan dilombong-lombong bijih timah dan bandar-bandar kerana aktiviti
perlombongan dan perdagangan yang dijalankan mereka. Manakala masyarakat India pula ditempatkan di ladingladang getah. Perubahan fungsi ini telah menyebabkan ketiga-tiga kaum ini terpisah dan hubungan semakin terhada
dan menjadi bertambah renggang.
Sistem persekolahan yang wujud di negara ini, pada dasarnya berpandukan sistem Barat yang diperkenalkan oleh
pentadbiran British mulai abad ke 19, Pelajaran Cina telah memberi kesedaran kebangaaan pemuda pemuda Cina.
Sekolah Cina bukan hanya menggunakah bahasa Cina sebagai bahasa pengantar, gurunya datang dari negara China,
buku teks diimport dari negara China dan berkiblatkan China.
Sekolah Tamil pula menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar yang tunggal. Kebanyakan sekolah Tamil
terletak di kawasan ladang dan sebahagian besarnya dibiayai oleh syarikat-syarikat yang memiliki ladang-ladang
berkenaan. Kerajaan sebelum merdeka menganggap sekolah Inggeris sebagai sistem persekolahan yang unggul.
Kelulusan sekolah Inggeris terdedah kepada pemikiran Barat. Perbezaan di antara sekolah Inggeris dengan sekolahsekolah lain bukan dari segi bahasa pengantar sahaja, sukatan pelajaran juga tidak sama dan sekolah Inggeris juga
memberi kesan kepada perpecahan yang berlaku di dalam masyarakat. Jelas sekali, sistem persekolahan sebelum
merdeka memainkan peranan penting mengekalkan keperibadian satu-satu golongan etnik dan, di samping itu,
mewujudkan dua golongan terdidik berpelajaran Inggeris dan berpelajaran vernakular yang tidak mempunyai
pandangan dunia (world view) yang sama. Pihak Inggeris tidak memberatkan objektif perpaduan dalam sistem
pelajarannya. Tidak ada satu dasar pendidikan kebangsaan sepertimana yang kita lihat hari ini. Yang penting bagi
mereka ialah memberi pelajaran kepada segolongan rakyat untuk membolehkan sebahagian mereka memenuhi
keperluan tenaga dan ekonomi.

(e) langkah-langkah untuk mengekal dan memantapkan perpaduan kaum di Malaysia


Beberapa kempen dan program yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan mampu mengekal dan memantapkan
perpaduan kaum di negara ini. Pelan Tindakan Perpaduan & Integrasi Nasional telah dirancang oleh Jabatan
Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Ia merupakan rancangan lima tahun iaitu dari 2005-2010 yang merancang
pelbagai usaha untuk memupuk dan mempertingkatkan perpaduan dan integrasi nasional. Pelan ini mengandungi
pelbagai strategi yang dirancang dari pelabagai aspek seperti strategi politik, ekonomi, pendidikan, penggunaan
Bahasa Kebangsaan, Agama, Kebudayaan, Integrasi Wilayah, Keselamatan, Pembangunan Kawasan, Penggunaan
Tenaga Manusia, Media Massa, Kesukanan, Pemasyarakatan Perpaduan, Pertubuhan Sukarela, Penyelidikan Dan
Penerbitan Bahan Bacaan, Pemantauan Isu-isu Semasa dan Konflik, Penubuhan Panel Penasihat Perpaduan Negara
(PANEL) dan Jawatankuasa Penasihat Perpaduan Peringkat Negeri (JKPPN), program dan aktiviti perpaduan,
Sekolah Wawasan dan Program Latihan Khidmat Negara. Kesemua program, pelan dan aktiviti yang dirancang telah
dijalankan dengan bertujuan supaya masyarakat dapat melibatkan diri dan memupuk hubungan etnik yang erat
antara
rakyat
di
negara
ini.
Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkenalkan program Rancangan Integrasi Murid
Untuk Perpaduan (RIMUP) sejak tahun 1986. Program ini pada awalnya telah dilaksanakan di peringkat sekolah
rendah dan kini diperluaskan ke semua sekolah rendah dan menengah pada tahun 2005. KPM memandang berat
akan pentingnya dijalin hubungan yang rapat antara murid pelbagai kaum di sekolah supaya wujud kesefahaman dan
perpaduan antara mereka. Dengan adanya persefahaman dan berbaik sangka maka akan timbul suasana hormatmenghormati terhadap agama, budaya dan adapt resam sesuatu kaum dengan kaum yang lain. KPM menyediakan
peluang kepada murid pelbagai kaum untuk bergaul mesra secara sedar dan terancang. Proses perpaduan ini dapat
dipupuk dan dibina agar semangat tersebut dapat diamalkan dalam masyarakat. Usaha ini dijana semula kea rah
merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia hidup bersatu padu dan harmoni.Antara aktiviti
yang dilaksanakan ialah lawatan sambil belajar, kursus motivasi, kem perpaduan , sambutan hari perayaan , pameran
kebudyaan dan persembahan pentas.
Sekiranya isu ini diperinci secara mendalam, kerajaan telah mewajibkan remaja yang berumur 17 tahun ke atas
menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Modul kenegaraan PLKN sememangnya bertujuan untuk
melahirkan semangat perpaduan dalam sanubari remaja daripada masyarakat majmuk yang merupakan bakal
pemimpin negara. Selaras dengan modul kenegaraan, para remaja berbilang kaum berpeluang untuk bekerjasama
bagai aur dengan tebing dan seterusnya perpaduan dapat disemai melalui aktiviti-aktiviti berkumpulan yang
dilaksanakan dalam PLKN. Sesungguhnya, tidak dapat disangkal bahawa PLKN turut memainkan peranan dominan
dalam iltizam membentuk perpaduan kaum.
f) Rumusan
Pengetahuan
Keamanan negara ini sangat penting dalam usaha negara ini menginjak menjadi sebuah negara maju menjelang
tahnun 2020. Antara faktor utama kejayaan ini boleh dicapai ialah melalui situasai keamanan dan kesejahteraan
negara sentiasa terjamin atau tidak boleh dikompromi oleh sebarang faktor lain.
Berdasarkan peristiwa 13 Mei 1969 kita wajar memperkuat semula perpaduan kaum di negara ini agar semua
anggota masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni di negara yang kita cintai ini.
Dalam nada yang sama kita seharusnya memahami dan menghayati peristiwa sejarah negara negara ini yang terjajah
sekian lama dan memerlukan kekuatan segenap sudut bagi menjamin penjajahan ke atas negara ini tidak lagi akan
berlaku .

Iktibar
Kita juga seharusnya mengambil iktibar bahawa perpaduan hanya dapat dicapai jika semua rakyat bersatu padu ,
bertolak ansur, hormat menghormati antara sesama angota masyarakat
Harapan
Saya berharap agar semua warga negara ini akan sentiasa mematuhi undang-undang/ peraturan, tidak terpengaruh
dengan anasir luar dan menghargai jasa tokoh yang telah banyak berjuang bagi mendapatkan kemerdekaan dan
memenuhi kemerdekaan ini agar menjadi lebih bermakna akhirnya.
(g) sumber rujukan

Anda mungkin juga menyukai