Anda di halaman 1dari 2

KURIKULUM baru sekolah rendah yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah

Rendah (KSSR) akan diperkenalkan pada 2011 dengan subjek yang lebih sedikit tetapi
menggunakan pendekatan yang lebih interaktif.
Kurikulum tersebut bakal menggabungkan beberapa subjek menjadi satu selain turut akan
memperkenalkan satu subjek baru yang bertema semangat kenegaraan dan patriotik.
KSSR akan mula diperkenalkan dan diterapkan kepada murid tahun satu kerana
kesesuaian murid tersebut yang baru menduduki alam persekolahan atau peringkat awal
pendidikan mereka.
Penerapan dari peringkat awal akan membantu memudahkan perjalanan serta
pembelajaran murid-murid tersebut yang akan melangkah ke tahun-tahun seterusnya
sejajar dengan perubahan umur.
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, KSSR tidak
akan menggantikan tetapi beriringan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(KBSR).
Melalui KSSR katanya, pengajaran dan pembelajaran akan menggunakan modul yang
akan menggantikan buku teks oleh itu guru-guru sedang disedia dan dilatih untuk KSSR.
Ia diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya
dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Pendekatan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menjadi lebih menarik dan
interaktif di mana ia melibatkan penggunaan dua bahasa tersebut serta meningkatkan
penguasaannya bagi guru-guru untuk mengajar dalam subjek Matematik dan Sains sejajar
dengan matlamat kerajaan.
Buat peringkat permulaan, sebanyak 500 buah sekolah telah menjalani uji rintis mulai 31
Mac 2009 sehingga akhir Jun 2009.
Sebanyak 50 buah sekolah akan menjalani uji rintis semua mata pelajaran manakala
sekolah selebihnya akan menjalani uji rintis dalam mata pelajaran terpilih.
KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras, Modul
Asas Tema dan Modul Asas Elektif.
Tahap satu sekolah rendah (tahun 1 hingga 3) akan tertumpu kepada penguasaan 4M
(membaca, menulis, mengira dan menaakul) serta kemahiran asas teknologi komunikasi
dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan
nilai.

Sementara tahap dua sekolah rendah (tahun 4 hingga 6) akan tertumpu kepada
pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi,
kerohanian, fizikal, sikap dan nilai.
Selain itu, kementerian juga akan memperkenalkan Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan (KSPK) bagi murid-murid prasekolah berumur lima dan enam tahun seluruh
negara.
Pada peringkat ini pula, tumpuan akan diberikan kepada perkembangan sosioemosi,
kerohanian, fizikal, kognitif, sahsiah, persediaan ke sekolah rendah serta pendedahan
awal mengenai kemahiran 4M.
KSPK akan memudahkan lagi murid-murid prasekolah ini untuk menyediakan mereka
memasuki alam persekolahan selain pendekatan yang lebih mesra dan menarik digunakan
bersesuaian dengan peringkat umur kanak-kanak prasekolah.

p/s
Maklumat KSSR dalam bentuk powerpoint lihat dalam email masing-masing.

Anda mungkin juga menyukai