Anda di halaman 1dari 11

PIDATO 1

Terima kasih Pengerusi Majlis ,Para juri penjun jung kesaksamaan


kelompok pendidik bestari, hadirin pendengar yang dikasihi,...dekat dihati..
Selamat sejahtera.dan Salam 1 Malaysia Berbunga kemesraan arena pada hari
ini..
saya warnai dengan pidato yang berjudul..
Budi Bahasa Amalan Mulia. Hadirin yang dihormati,Merujuk Kamus Dewan edisi
keempat, budi
membawa maksud perangai atau tingkahlaku, bahasa, didefinasikan sebagai
percakapan atau tingkahlaku yang baik, Amalan pula merupakaan sesuatu yang
dilakukan sebagai kebiasaan, manakala.muliapula adalah luhur dan tinggi.lalu
saya simpulkan frasa
Budi Bahasa Amalan Mulia sebagai..perangai atau tingkahlaku baik yang
dijadikan amalan dalam kehidupan kita.
Sidang dewan yang budiman,
Saya mulakan pidato ini dengan seruan marilah kita menghormati dan bersopan
terhadap orang yang lebih tua daripada kita,ibu bapa, para guru dan juga rakanrakan.. Dalam meniti arus kemodenan ini, negara kita mendepani masalah
keruntuhan akhlakyang kian kronik. Sudah lunturkah budi bahasa ini ditelan
arus pemodenan? Tepuk dada..Tanya selera. Pengamalan kesantunan budi bahasa
adalah penting.terutamanya bagi negara yang berbilang kaum seperti Malaysia.
Budi bahasa juga dapat mewujudkanrasa salingmenghormati yang amat
diperlukan untuk kehidupan masyarkat majmuk yang aman..dan harmoni. Budi
bahasa merupakan dua konsep..yang tersirat dalam prinsip Rukun Negara yang
kelimaiaitu, Kesopanan dan Kesusilaan
Yang kurik itu kendi,Yang merah itu saga,Yang molek itu budi,Yang indah itu
bahasa,
Budi bahasa juga penting demi melahirkan masyarakat yang benar-benar membang
un dan bertamadun. Kita mungkin semakin lupa untuk memupuk ciri-ciri
keperibadian luhur, baik untuk diri kita sendiri ataupun untuk warisan generasi yang
lebih muda. Sebelum budaya masyarakat kita merosot
lagi,kita harus sedar dan mempelajari serta mempraktikkan semula budi bahasa da
n nilai-nilai murni warisan
PIDATO 2
LMU PELITA HIDUP

Bismillahirrahmannirrahim,
Terima kasih peneraju acara, panel juri teguh saksama dan seluruh warga dewan
berkarisma. Assalamualaikum dan salam ceria buat semua.
Hayatilah, sebuah pidato cetusan minda kurniaan Allah.. ILMU PELITA HIDUP.

Hadirin sekalian,
ILMU sebagai PELITA HIDUP bolehlah ditakrifkan sebagai prakarsa membudayakan
pemahaman teori dan praktikaliti dalam segenap aspek kehidupan kerana diyakini
ilmu mampu menghijrahkan manusia dari gelita kejahilan kepada cahaya
kebenaran.
Maka, marilah sama-sama kita menilai potensi ilmu dalam menerangi kehidupan
manusia.
Hadirin sekalian,
Hayatilah pragmatik pertama, pembudayaan ilmu meningkatkan darjat manusia.
Kita sedar bahawa ilmu manusia cuma setitis berbanding ilmu Tuhan yang selautan.
Namun bezanya darjat manusia, apabila berilmu pasti dipandang mulia.
Menyedari hakikat ini, maka Falsafah Pendidikan Kebangsaan memacu pelaksanaan
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang memfokuskan kepada
usaha membangunkan modal insan berilmu menerusi proses pendidikan berkualiti.
Natijahnya, menurut laporan agensi Program Pembangunan PBB (UNDP) 2011,
kadar literasi rakyat kita mencecah 92.7%, kadar pengangguran menurun 3.1% dan
indeks kebolehpasaran graduan pula mencatatkan 88.4%. Angka-angka kejayaan ini
membuktikan bahawa dengan menguasai ilmu berguna, untung nasib rakyat dapat
dibela sekaligus taraf hidup mereka mampu dijana.
Hadirin sekalian,
Pragmatik kedua, penerokaan ilmu mampu menjana minda bangsa.
Dek kerana budaya ilmulah, rakyat Jepun tidak pernah malu menggunakan kaedah
Kanji dan Katagana, maka kita juga mampu melakar kejayaan negara dengan
mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa wasilah ilmu.
Bahkan, kerajaan turut berkobar-kobar memperkasakan gerakan budaya membaca.
Hasilnya, peningkatan purata 6 buah buku setahun dalam Kajian Profil Membaca
Rakyat Malaysia 2008-2011 membuktikan bahawa kita yakin bangsa Malaysia akan
berjaya sekiranya ilmu dikongsi bersama, bertitik-tolak dari budaya membaca.
Benarlah bahawa, nadi ilmu amalan membaca yang membuka minda bangsa.

Hadirin sekalian,
Pragmatik ketiga, pembudayaan ilmu memantapkan kemandirian bangsa.
Hikayat Melayu pernah menukilkan kepintaran Tun Perak menangkis serangan Siam
ke atas Melaka dan kecerdikan Hang Nadim menyelamatkan Singapura dari
serangan todak. Bukti jelas bahawa kemandirian sesebuah bangsa banyak
bergantung kepada kebijaksanaan golongan ilmuannya.
Lantaran itulah, sistem pendidikan kita kini ditransformasikan. Namakan sahaja,
dari pelancaran program i-Think dan Permata Pintar; pemerkasaan pendidikan
teknikal dan vokasional; sehinggalah program Brain Gain di peringkat IPT,
semuanya bertujuan untuk melahirkan golongan ilmuan berpemikiran kritis dan
kreatif sekaligus memberi sumbangan bermakna kepada kesejahteraan negara.
Hadirin sekalian,
Pragmatik keempat, ketinggian ilmu cerminan budi dan sahsiah bangsa terpuji.
Ibnu Khaldun dalam tamsilnya al-Muqaddimah menegaskan bahawa al-insan
madani bi al-taba, manusia sentiasa membina tamadun dengan ilmu dan
sahsiahnya. Bahkan pepatah Melayu turut menggesa agar kita mengikut resmi padi,
semakin berisi, semakin tunduk.
Lantaran itulah, modal insan berilmu dan berakhlak kini bukan lagi satu pilihan
tetapi satu keperluan. Menerusi sistem pendidikan, subjek Sivik dan
Kewarganegaraan kita perkasakan, pendidikan agama dan moral kita mantapkan
bahkan kempen budi bahasa kita jayakan. Hal ini kerana kita sedar bahawa apalah
gunanya ketinggian akal fikir manusia tanpa keluhuran budi bahasa.
Maka hadirin sekalian, bangunlah, siapapun diri anda. Hanya melalui pembudayaan
ilmu dalam kehidupan seharian, kita mampu meningkatkan martabat diri, keluarga,
masyarakat dan negara. Sesungguhnya benarlah kalam pencipta, kalimah iqra
menyemarakkan budaya ilmu lantaran ilmu adalah cahaya, pelita hidup manusia.
Yakinilah bahawa, ILMU itu PELITA HIDUP.

PIDATO 3
TEKS PIDATO ALAM SEKITAR PENJANA KEBAHAGIAAN DUNIA DAN AKHIRAT
Yang dihormati Tuan pengerusi majlis,Yang arif lagi bijaksana barisan hakim yang
berpaksikan keadilan,semestinya saudara penjaga masa yang setia dengan
randiknya, seterusnya rakan seperjuangan yang saya segani serta hormati
sekalian.Assalamualaikum dan salam pertemuan.Berdirinya saya disini ,bukanlah
untuk membuang masa hadirin,bukan pula untuk mengalunkan irama pop yeh

yeh ,akan tetapi saya ingin menyampaikan pidato saya iaitu Alam Sekitar penjana
kebahagiaan dunia dan akhirat.
Sebelum kaki,mengorak langkah,lidah mengalun bicara,marilah kita menghayati
firman Allah S.W.T:
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah nescaya akan dilihat, dan sesiapa
yang berbuat kejahatan seberat zarah,nescaya akan dilihatnya (dalam surat
amalannya)
(Surah Al Zalzalah ayat 7-8)

Firman Allah ini membuka minda kita untuk membuat kebaikan di dunia sebanyak
mungkin bagi menjamin kebahagiaan di dunia dan akhirat. Jika kita lihat tajuk
pidato ini,ianya merupakan satu tajuk yang meluas dan banyak aspek yang boleh
dibincangkan.Saya akan pecahkan tajuk saya ini kepada tiga komponen utama,
yang pertama akan saya kupaskan kepentingan alam sekitar dalam kehidupan
manusia,keduanya punca dab kesan kemusnahan alam sekitar ,seterusnya mencari
jalan alternatif dalam melestarikan alam sekitar.
Pergi ke kedai membeli bunga,
Bunga dibeli cantik sekali;
Alam sekitar perlu dijaga,
Agar hidup sentiasa harmoni.
Sidang pendengar yang penuh santun,
Komponen saya yang pertama adalah kepentingan alam sekitar dalam kehidupan
manusia.Islam menjelaskan bahawa kehidupan manusi tidak hanya terbatas kepada
hubungan sesama manusia tetapi manusia juga wajib menjalinkan hubungan yang
baik dengan alam tabii.Alam tabii mempunyai kepentingan kepada manusia kerana
ia merupakan tempat segala aktiviti manusia termasuklah untuk mengabdikan
dirikepada Allah S.W.T.
Sidang hadirin yang dimuliakan.
Alam tabii terdiri daripada tiga sumber utama iaitu udara, tanah,dan air. Manusia
sangat memerlukan udara yang bersih setiap kali bernafas,dan setiap kali bernafas
manusia akan menyedut gas oksigen yang dihasilkan oleh tumbuhan manakala
tumbuhan menghasilkan oksigen daripada karbon dioksida yang diperolehi daripada
manusia dan haiwan.Alam tabii yang bersih juga amat penting untuk pertumbuhan
mental dan fizikal yang baik.Sebagai contoh,menurut tradisi orang Arab
dahulu,setiap anak yang dilahirkan akan dihantar dan disusukan di kawasan
kampung yang mempunyai suasana yang lebih indah dan tenang supaya anak-anak

mereka akan menjadi seorang yang sihat dan cergas,termasuklah Nabi junjungan
kita Muhammad S.A.W.
Begitu juga sumber air yang bersih, amat penting untuk memenuhi keperluan
harian manusia termasuklah untuk melakukan ibadah seperti wuduk,alat bersuci
dan sebagainya.Selain itu juga sumber air membekalkan sumber makanan kepada
manusia serta menyediakan peluang pekerjaan dan sumber ekonomi kepada
nelayan,ahli pelayaran dan lain-lain.
Sumber yang ketiga pula iaitu tanah. Tanah berfungsi sebagai tempat tinggal dan
juga tempat untuk melakukan aktiviti pertanian dan penternakan bagi menampung
keperluan hidup manusia sebagaimana yang di sebut di dalam Al-Quran,Surah AlAraf ayat 58 yang bermaksud..
Tanah yang baik tumbuh tanamannya (dengan subur) dengan izin Allah,tetapi
tanah yang tidak baik, tumbuh-tumbuhannya hanya tumbuh merana.Begitulah kami
menjelaskan keterangan itu untuk kamu yang bersyukur
Sidang pendengar yang setia.
Sebentar tadi telah saya jelaskan betapa pentingnya alam sekitar dalam kehidupan
manusia namun,apa yang menggusarkan ialah terdapat segelintir individu yang
bersikap tidak bertanggungjawab melakukan perbuatan yang merobek keindahan
alam sekitar,atas nama pembangunan.Pemimpin tersohor India,Mahatma Gandhi
pernah berpesan bahawa dunia hari ini hanya mencukupi untuk orang biasa tetapi
tidak kepada orang yang tamak dan haloba..kata-kata yang terlalu besar ertinya ini
membuatkan saya cukup terpanggil mengajak hadirin sama-sama memikirkan alam
sekitar yang dari sehari-ke sehari semakin musnah oleh tangan-tangan manusia.
Kita terus meneroka dengan komponen kedua saya iaitu kesan-kesan kemusnahan
alam sekitar. Dipetik dari Malaysia Today, para akademik mendapati bahawa dua
pertiga daripada ekosistem yang seimbang yang dikaji, telah mengalami
kerosakan.Sepanjang 50 tahun yang lalu, manusia telah mengubah ekosistem
dengan pantas dan meluas berbanding mana-mana waktu dalam sejarah manusia,
kebanyakannya bagi memenuhi permintaan yang meningkat untuk makanan, air
bersih, kayu balak serta keperluan yang lain. Seluruh akibatnya, hanya kini, kian
nampak jelas. Lebih kurang 15 dari 24 ekosistem yang utama bagi kehidupan atas
bumi telah mengalami kerosakan yang serius.
Sidang saksi yang bermisi,
Sudah banyak kesan buruk dapat dilihat dan dialami oleh seluruh masyarakat dunia
akibat masalah pencemaran.Sedekad lalu, masyarakat dunia heboh dengan
masalah penipisan lapisan ozon. Lapisan ozon yang melindungi bumi daripada
sinaran ultra-lembayung menipis disebabkan pelepasan gas-gas berbahaya secara
tidak terkawal. Aktiviti harian manusia sudah pasti tidak lepas daripada

menghasilkan bahan buangan. Kita makan dan menghasilkan najis, bekas pembalut
makanan menjadi sampah, menhidupkan enjin melepaskan asap dan sebagainya.
Namun, apakah tindakan kita? Jangan biarkan diri anda diselubungi dengan misteri.
Kita teruskan dengan komponen ketiga saya iaitu kempen melestari alam sekitar.
Ramai yang beranggapan bahawa pencemaran secara besar-besaran sahaja boleh
mencemarkan alam sekitar. Namun, hakikatnya memang berbeza seperti yang
difikirkan. Saya bawakan contoh membuang puntung rokok dan kertas pembalut
gula-gula juga perbuatan mencemarkan alam sekitar. Biarpun kecil, tetapi sekiranya
jumlahnya berlipat kali ganda tetap mencemarkan alam sekitar. Acapkali kita lihat
tempat-tempat seperti perhentian bas, tandas awam dan sebagainya kelihatan
agak kotor disebabkan benda-benda kecil ini. Sebenarnya, setiap antara kita
mempunyai peranan untuk melestarikan alam sekitar biarpun perkara itu dianggap
remeh. Jangan disebabkan benda remeh ini, kelak membawa binasa kepada seluruh
komuniti masyarakat.
Hadirin sekalin, sidang penonton penuh santun,
Harus dikejut mana yang lena
Harus ditegur mana yang alpa
Sebelum manusia ditimpa bencana
Sebelum alam mulai bicara
Oleh itu, hadirin, bukalah mata dan minda sama-sama kita memulakan anjakan
paradigma dan menanamkan sikap mencintai alam sekitar. Ingat, alam gemilang,
hidup pasti cemerlang. Tepuk dada tanyalah minda, tepuk dahi fikirlah sendiri.
Wabillahitaufik wal hidayah. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarkatuh.
Pemidato bestari, mohon permisi!
PIDATO 4
TAJUK PIDATO : ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB BERSAMA
Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis,
Barisan Panel Hakim Yang Arif Lagi Bijaksana,
Dif-Dif Terhormat dan seterusnya hadirin hadirat sekalian.
Assalamualaikum pembuka bicara.
Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama. Begitulah tajuk pidato yang akan saya
sampaikan pada hari ini. Sebelum lidah menerus bicara, izinkan saya
mendefinisikan dahulu tajuk pidatoan ini.
Mengikut kamus dewan, alam sekitar ditakrifkan sebagai segala yang ada di bumi
dan di langit.

Tanggungjawab pula ditakrifkan sebagai amanah dan tugas yang perlu dipikul oleh
seseorang, manakala bersama pula diertikan sebagai semua yang terlibat.
Oleh itu dapatlah disimpulkan bahawa menjaga kebersihan, keindahan atau
mencorakkan alam sekitar merupakan satu kesedaran dan tanggungjawab semua
pihak. Bak kata pepatah hadirin-hadirat sekalian, bulat air kerana pembetung,
bulat kata kerana muafakat. Maka segala usaha untuk membersihkan dan
mencantikkan alam sekitar adalah tanggungjawab kita bersama.
Hadirin yang dihormati,
Negara kita Malaysia sedang dilimpahi dengan arus pembangunan yang maha
hebat. Di sana sini mata dapat menikmati bangunan pencakar langit. Kita amat
berbangga dengan arus pembangunan yang kita nikmati. Namun di sebalik
pembangunan yang semakin rancak, janganlah pula kita leka dengan isu
pembangunan alam sekitar kerana sesungguhnya kedua-dua pembangunan ini
amat berkait rapat.
Hadirin yang dihormati,
Menjaga alam sekitar bukanlah semudah menjaga haiwan ternakan. Rasa
tanggungjawab itu lebih daripada yang dituntut kerana menjaga alam sekitar tidak
boleh dilakukan secara sendirian. Semua pihak wajib mencintai alam sekitar. Kita
tidak mahu menuding jari ke arah pihak lain sekiranya alam sekitar tercemar. Yang
perlu kita lakukan adalah melihat ke dalam diri kita sendiri dan perlu
bertanggungjawab untuk memulihara alam. Tahukah hadirin sekalian, fenomena
tanah runtuh, jerebu, sungai dipenuhi sampah-sampah sarap dan dipenuhi toksid
dan seribu lagi masalah berkaitan alam sekitar mencerminkan sikap masyarakat
kita yang tidak menyayangi alam sekitar.
Kita sewajarnya mencontohi sikap masyarakat Jepun yang yang mempercayai
semangat alam. Mereka percaya sekiranya alam sekitar sihat dan segar, manusia
dan penghuninya juga demikian.
Hadirin yang dikasihi.
Wajah kita sebenarnya dapat dilihat daripada alam sekitar. Alam sekitar ialah imej
kita. Alam yang cantik akan menjadi daya penarik kepada pelancong luar. Keadaan
ini secara tidak langsung hadirin sekalian, akan membantu dasar ekonomi Negara.
Kita boleh beralih ke sector pelancongan untuk menarik pelabur luar. Oleh itu amat
wajar sekiranya kita mempunyai tanggungjawab yang tinggi untuk memelihara
alam sekitar.
Hadirin yang dihormati,
Siapakah yang perlu menjaga alam sekitar ?Sudah tentulah jawapannnya merujuk
kepada kanak-kanak sehinggalah orang dewasa. Kanak-kanak perlu diberi

pendidikan supaya mencintai alam sekitar. Manakala golongan dewasa pula


diingatkan supaya menjadi teladan kepada golongan muda terhadap kepentingan
menjaga alam sekitar. Para pengusaha perlu beringat dan jangan hanya memikirkan
keuntungan semata-mata sebaliknya berusaha mencari jalan untuk menjadikan
alam sekitar lebih menarik. Mereka perlu berganding bahu dengan pihak kerajaan
untuk sama-sama menjaga dan memelihara alam sekitar agar kelestariannya
terpelihara. Jelaslah hadirin sekalian bahawa pendidikan menjadi teras kepada rasa
tanggungjawab ini. Benar kata seorang pujangga Yunani, iaitu hanya pendidikan
sahaja yang dapat mengubah alam ini. Kata-kata itu mengingatkan kita kepada rasa
tanggungjawab yang lebih besar maknanya dalam konteks mencintai alam sekitar.
Hadirin sekalian.
Malaysia juga sebenarnya sudah mulai sedar tentang pentingnya pemeliharaan
alam sekitar. Sambutan Hari Alam Sekitar yang disambut pada setiap 23 April
menunjukkan kepekaan kita terhadap alam sekitar.
Berdasarkan hujah yang telah saya sampaikan tadi, maka tidak dapat dinafikan
bahawa tanggungjawab menjaga alam sekitar ialah tanggungjawab kita bersama.
Kita tentu tidak mahu hidup kita diselubungi pencemaran. Yang kita perlu untuk
tubuh badan kita ialah sumber makanan dan udara yang sihat. Oleh itu, untuk
memastikan tubuh kita sihat, semuanya bergantung pada alam sekitar yang sihat.
Akhir kata, saya menyeru kepada semua yang berada di dalam dewan ini agar
sama-sama bertanggungjawab untuk menjaga keindahan alam sekitar. Renungilah
bait-bait ini sebelum saya menutup bicara :
Bumi yang tiada udara, Bagai tiada nyawa
Dia dikelar manusia, yang jahil tentangnya.
Sekian, terima kasih.
KOLEKSI PIDATO SPONTAN DAERAH
KEPENTINGAN KEBERSIHAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN
Kebersihan bermaksud terhidar daripada sebarang kekotoran sama ada kekotoran
yang nampak seperti najis-najis dan juga kekotoran dalaman seperti perbuatan
serta sikap negatif termasuk sombong, bongkak, iri hati dan sebagainya
Antara kepentingan kebersihan dalam kehidupan seharian ialah menjaga
kebersihan fizikal termasuk kebersihan diri. Contohnya kebersihan kuku, rambut,
pakaian dan sebagainya. Seseorang yang selalu tampil bersih pasti akan disenangi
oleh rakan dan taulan. Orang yang mementingkan kebersihan akan tehindar
daripada sebarang penyakit seperti wabak H1N1, denggi, chikukunya dan lain-lain.

Selain kebersihan fizikal, kebersihan hati, minda dan rohani juga memainkan
peranan penting dalam kehidupan seharian. Contohnya seorang pelajar yang rajin,
tekun, sering menunaikan perintah Allah, sentiasa bersedia belajar di dalam kelas
serta menghormati ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan pasti akan mencapai
kejayaan cemerlang dalam kehidupannya.
Kesimpulannya, kebersihan itu amat penting dalam kehidupan seharian kerana
kebersihan merupakan cabang iman. Oleh itu marilah kita sama-sama menjaga
kebersihan kerana kebersihan lambing ketamadunan seseorang.
KESELAMATAN JALAN RAYA TANGGUNGJAWAB BERSAMA
Negara kita Malaysia mempunyai sistem perhubungan jalan raya yang sangat baik.
Namun, kadar kemalangan jalan raya di negara kita tidak setanding dengan
kemudahan infastruktur yang ada di negara kita. Mengapa ini terjadi??
Persoalannya bagaimana kita sebagai pengguna jalan raya bertanggungjawab
untuk memastikan jalan raya selamat digunakan??
Sebagai seorang pengguna, kita seharusnya sentiasa mematuhi peraturan yang
telah ditetapkan. Antaranya memandu mengikut had laju yang ditetapkan, memakai
tali pinggang keledar, mematuhi lampu isyarat, memandu di lorong yang betul dan
banyak lagi. Jika semua pengguna mematuhi pertauran yang ditetapkan, maka
keselamatan di jalan raya sudah pasti dapat ditingkatkan.
Selain itu, para penggun jalan raya patut mengamalkan sikap bertolak-ansur, saling
menghormati antara satu sama lain dan berhemah ketika memandu. Sikap ini akan
sentiasa diaplikasikan pengguna ketika di jalan raya, pasti tahap keselamatan dapat
dipelihara malahan nyawa dapat diselamatkan.
Kesimpulannya, keselamatan di jalan raya adalah menjadi tanggungjawab bersama
baik pejalan kaki, penunggang basikal mahupun pemandu kenderaan. Keselamatan
semua pengguna bergantung kepada keperihatian dan komitmen tinggi para
pengguna. Oleh itu, berhati-hati di jalan raya, nyawa pengguna di tangan kita.
Sekian, terima kasih.
FAEDAH MENABUNG
Berapa ramai di antara kita yang suka menabung? Kenapa menabung penting
kepada setiap orang? Orang-orang tua ada menyatakan, Berakit-rakit ke hulu,
berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.
Maksudnya jika hari ini kita berjimat cermat, hasilnya kita akan memperoleh
kesenangan di hari kemudian.

Menabung sangat penting. Melalui wang tabungan, kita dapat membeli barangan
yang diperlukan tanpa mengharapkan pemberian orang lain terutama ibu bapa.
Wang yang disimpan dapat digunakan ketika kita berada di dalam kesempitan
selain membantu ibu bapa terutama untuk membeli keperluan persekolahan.
Menabung juga mengajar kita berjimat-cermat ketika berbelanja. Wang yang
disimpan secara berterusan boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan
ketika melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kerana kos untuk
menyambung pelajaran adalah tinggi. Ini membolehkan kita membantu ibu bapa
daripada terlibat dengan pinjaman pelajaran dan seterusnya menanggung hutang
yang sudah pasti membebankan.
Kesimpulannya, amalan menabung memberi impak yang positif kepada kita. Oleh
itu marilah kita mula menyimpan dan menabung agar dapat membantu kita di
masa hadapan bak kata orang sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Sekian, terima
kasih.
KEPENTINGAN MAKANAN SEIMBANG
Tahukah anda apa yang dikatakan makanan seimbang? Bagaimana untuk
mendapatkan makanan seimbang? Dan apakah kepentingan makanan seimbang?
Makanan seimbang adalah makanan yang mengandungi semua jenis zat makanan
yang diperlukan oleh tubuh badan seperti karbohidrat, mineral, protein, zat besi dan
juga vitamin.
Makanan seimbang amat penting untuk semua orang. Kegagalan individu
mengambil makanan seimbang akan mengundang kepada pelbagai gejala penyakit,
menyebabkan pertumbuhan individu terbantut malahan turut menyebabkan organ
badan gagal berfungsi dengan baik.
Makanan seimbang penting terutama kepada para pelajar. Pengambilan makanan
berkarbohidrat pada sebelah pagi akan menyebabkan seseorang pelajar mengantuk
ketika di dalam kelas, pergerakan menjadi tidak cergas malahan daya ingatan
kurang tajam. Malahan makanan seimbang penting untuk mengekalkan daya
konsentrasi pelajar di dalam kelas.
Secara keseluruhannya, makanan seimbang amat penting buat semua orang. Tanpa
pemakanan yang seimbang, individu mengundang dirinya ke kancah pelbagai
wabak dan penyakit yang memudaratkan diri sendiri. Oleh itu, pastikan anda
mengamalkan pemakanan secara seimbang untuk kestabilan kesihatan. Terima
kasih.
KEPENTINGAN MENYERTAI KOKURIKULUM

Kegiatan kokurikulum merupakan kegiatan yang disertai oleh para pelajar di luar
bilik darjah dan di luar waktu persekolahan. Antara aktiviti kokurikulum adalah
aktiviti dalam sukan dan permainan, kelab dan persatuan serta menyertai kegiatan
unit beruniform.
Kegiatan kokurikulum sangat penting kepada para pelajar. Antara manafaatnya
adalah kegiatan kokurikulum dapat menanam nilai-nilai murni dalam diri pelajar
termasuk saling bekerjasama, melahirkan rasa 1 Malaysia terutama bagi kegiatan
berbilang kaum, belajar berdikari malahan memupuk keberanian melalui aktivitiaktiviti yang diadakan. Selain itu, para pelajar juga akan sentiasa berwawasan
tinggi, berdaya saing malahan cergas dan cerdas sepanjang masa.
Di samping itu, melalui kegiatan kokurikulum para pelajar dapat memanafaatkan
masa senggangnya dengan melakukan kegiatan berfaedah termasuk bermain,
berkhemah, berekspedisi, berkayak dan lain-lain. Ini membantu mereka daripada
terjebak dalam kegiatan tidak bermoral dan bercampur dengan individu yang
rendah akhlak.
Kesimpulannya, kegiatan kokurikulum merupakan kegiatan yang sangat baik
terutama kepada para pelajar yang sentiasa berwawasan dan bercita-cita tinggi.
Bak kata orang; kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Kalau
tidak sertai kokurikulum, manakan tahu nilai faedahnya!

Anda mungkin juga menyukai