Anda di halaman 1dari 28

1

PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri, kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

9 Februari 2001 ADNAN BIN NORDIN


P 17638
2

ABSTRAK

Kajian ini membincangkan tentang Permuafakatan Pendidikan dan langkah


perlaksanaannya di peringkat sekolah. Berdasarkan beberapa kajian telah
memperlihatkan Permuafakatan Pendidikan merupakan aspek penting yang harus
dilaksanakan. Ini kerana kejayaan pendidikan bukan sahaja terletak kepada sekolah
tetapi faktor persekitaran turut menyumbang kepada kejayaannya. Justeru itu
masyarakat iaitu individu, agensi- agensi kerajaan dan NGOs harus dilibatkan sama.
Perkara ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Dalam proses menjayakan
permuafakatan ini ia harus dilaksanakan dengan terancang supaya mencapai matlamat.
Kegagalan perancangan akan menyebabkan masalah timbul. Oleh itu kajian ini juga
mencadangkan satu rekabentuk aktiviti yang boleh dijadikan panduan supaya setiap
aktiviti mencapai objektif dan jelas maksudnya. Setiap aktiviti haruslah mudah
dilaksanakan dan memberi impak kepada pendidikan.
3

KANDUNGAN

Halaman

PENGAKUAN 1

ABSTRAK 2

KANDUNGAN 3
Pendahuluan

Permuafakatan Pendidikan 4

Rasional Permuafakatan 5

Falsafah Pendidikan Negara Dan Kaitan Dengan Permuafakatan 6

Komponen Dalam Permuafakatan 7

Konsep Permuafakatan 9

Hubungan Sekolah Dengan Masyarakat 11

Hubungan Organisasi Dengan Sekolah 13

Kenapa Perlu Permuafakatan 14

Proses Permuafakatan 16

Reka Bentuk Permuafakatan 19

Cabaran Permuafakatan 25

Kesimpulan 26

Rujukan 27
4

PERMUAFAKATAN PENDIDIKAN

1.0 Pendahuluan

Institusi pendidikan merupakan sebuah institusi yang wujud untuk memenuhi


keperluan masyarakat. Meneliti sejarah pendidikan negara, kebanyakan kewujudan
sekolah adalah atas keinginan masyarakat setempat. Kehadiran kerajaan dalam
pendidikan kemudiannya adalah untuk memperkemaskan lagi sistem pendidikan supaya
ia lebih tersusun selaras dengan keperluan negara.

Perkembangan mutakhir jelas memperlihatkan masyarakat begitu sensitif dengan


sebarang isu yang berkaitan dengan pendidikan. Peristiwa penutupan sebuah sekolah
jenis kebangsaan China di Damansara dan rancangan penamatan program Asasi Sains di
Universiti Malaya jelas mengukuhkan bahawa isu pendidikan adalah isu yang sering
mendapat perhatian masyarakat.

Justeru itu, sikap prihatin masyarakat ini harus digunakan secara yang positif.
Masyarakat yang prihatin boleh menggerakkan berbagai-bagai program bagi memajukan
taraf pendidikan memandangkan pada hari ini taraf pendidikan masyarakat sekarang agak
tinggi. Kegagalan kita menggunakan kesempatan ini akan menyebabkan wujud sikap
pasif dikalangan masyarakat yang akan hanya menyerahkan segala-galanya kepada
sekolah dan mengkritik jika berlaka kesilapan tanpa memikirkan sebenarnya mereka turut
bertanggungjawab.

Perdasarkan pertimbangan ini, perhatian yang sewajarnya harus dilakukan untuk


mendorong setiap anggota masyarakat memberi sumbangan yang lebih bermakna dan
berkesan dalam hal ehwal pendidikan negara. Mereka perlu diyakinkan bahawa dalam hal
ini masyarakat sebenarnya mempunyai sumbangan yang besar. Oleh itu kita harus
menyediakan ruang untuk anggota masyarakat terlibat dan berperanan dalam dunia
pendidikan
5

2.0 Permuafakatan Pendidikan

Permuafakatan menurut Kamus Dewan (1997) ialah melibatkan proses


perundingan, persetujuan atau permesyuaratan. Manakala pendidikan pula ialah proses
pemberian ilmu kepada manusia dan dalam konteks sekolah kepada kanak-kanak.
Menurut pandangan Tajul Ariffin Nordin (1988) pula “ Pendidikan harus bersumberkan al
Quran dan hadith, disamping adanya intergrasi disiplin-disiplin ilmu ke arah membina
komuniti umah dengan berteraskan aqidah.

Menurut Covey (1990) terdapat tiga faktor yang memepngaruhi seseorang iaitu
faktor genetik, faktor psiko dan faktor persekitaran. Faktor ketiga merupakan elemen
yang ada kaitannya dengan tajuk iaitu permuafakatan pendidikan.

Justeru itu Permuafakatan Pendidikan merupakan satu gerakan menyatukan


sumber komuniti dan sekolah untuk memenuhi keperluan bersama. Ianya bertujuan untuk
mewujudkan satu suasana dan persekitran belajar yang sempurna ; penglibatanya terdiri
dari Sekolah, Keluarga, PIBG,Masyarakat, Agensi Kerajaan dan Pihak Swasta bersama-
sama berusaha bukan sahaja untuk kebaikan pelajar tetapi juga untuk kesejahteraan
masyarakat keseluruhannya.

Dalam permuafakatan juga, tidak ada beza antara Ketua Pengarah dengan
Pengarah, Pengarah dengan Pengetua atau Guru Besar, Pengetua dengan Guru, Guru
dengan Ibu Bapa, bahkan pelajar dengan pelajar sekalipun. Kesemuanya dalam satu
pasukan. Inilah anjakan minda ( Mindshift) yang perlu dilakukan di peringkat sekolah
dan tujuan Majlis Permuafakatan pendidikan yang dilancarkan pada tahun 1993.
6

3.0 Rasional Permuafakatan Pendidikan

I. Tanggapan pendidikan sebagai hanya peranan institusi pendidikan formal


II. Menganggap sekolah hanya dalam lingkungan kawasan pagarnya sahaja.
III. Sekolah dan masyarakat boleh saling berkongsi sumber
IV. Sekolah adalah kemudahan masyarakat
V. Pendidikan itu sistematik dam sepanjang hayat
VI. Pendididkan adalah tanggungjawab bersama
VII. Melihat keadaan masa depan yang mencabar.

4.0 Falsafah Pendidikan Negara Dan Kaitan Dengan Permuafakatan Pendidikan

Falsafah pendidikan Negara menjelaskan “Pendidikan Di Malaysia adalah suatu


usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha
ini adalah melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Secara jelas FPN ini memberi landasan yang kukuh ke arah mewujudkan individu
yang berguna kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara. Justeru itu tanggungjawab
dan peranan ini bukan sahaja terletak kepada kerajaan tetapi juga semua warga
Malaysia.Oleh itu setiap warga harus berkerjasama untuk menjayakan falsafah ini supaya
ia direalisasikan.
7

5.0 Komponen Dalam Permuafakatan Pendidikan

5.1 Institusi Sekolah.

Sekolah pada hari ini merupakan institusi formal yang melaksanakan proses
pendidikan dari tahap prasekolah hinggalah menengah atas. Setiap peringkat disediakan
salibus atau kurikulum yang setiapnya mempunyai matlamat dan objektif.

Untuk membangunkan proses pendidikan ini satu kumpulan tenaga pengajar dan
pengurus dibentuk dan dilatih. Antara lain tujuannya ialah menjaga kualiti pendidikan
supaya mencapai tahap yang dikehendaki. Selain itu pemantauan turut dilaksanakan
.(Mohd Yusuf Othman .1999).Struktur Pentadbiran dan pengurusan ini dilakukan
semata-mata untuk memastikan proses pendidikan terlaksana dengan baik

Di peringkat sekolah pendekatan yang wajar diambil oleh guru dalam


mempastikan keberkesanan pendidikan adalah pendekatan sebagai Murabbi dan bukan
penguatkuasa disiplin. Dalam hal ini tumpuan juga harus diberi bukan sahaja kepada hal
pengajaran dan pembelajaran tetapi juga pembentukan, pembinaan dan pemupukan
sakhsiah, adab dan budi pekerti yang baik.

Jadi, keberkesanan pendidikan di sekolah banyak bergantung kepada interaksi


antara pelajar dengan system pendidikan, dan antara pel;ajar dengan gurunya. Guru yang
akhirnya menjadi model kepada pelajar.

5.2 Institusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru

PIBG merupakan satu saluran rasmi yang diiktiraf oleh kerajaan dalam
mewujudkan hubungan dengan pentadbiran sekolah. Peranan PIBG terkandung dalam
8

Akta Pendidikan 1996. Menurut Ali Hassan fungsinya ialah membantu sekolah
memenuhi kehendak dan keperluan kegiatan murid-murid, tempat ibu bapa dan guru
bertukar-tukar fikiran, memperbaiki taraf pendidikan, menambah kewangan sekolah dan
lain-lain lagi.

Jelas kepada kita PIBG merupakan satu-satunya saluran permuafakatan antara


sekolah dan masyarakat. Malangnya kegiatan PIBG hanya terbatas kepada projek
pembangunan infrastruktur sekolah, kempen kutip derma dan sebagainya.

Langkah yang wajar dilaksanakan oleh PIBG ialah mengadakan program budaya
ilmu disekolah dan komuniti. Selain itu PIBG sewajarnya menjadi badan yang dapat
menjalin hubungan dan merancang pelbagai program bercorak pendidikan,
social,ekonomi dengan agensi kerajaan, swasta, NGOs dan PIBG sekolah-sekolah
lain.Dalam menghadapi abad ke 21, cabaran dunia pendidikan semakin mencabar. Justeru
itu peranan PIBG harus diletakkan pada landasan yang benar dan berfungsi secara
proaktif.

5.3 Institusi Masyarakat.

Masyarakat merupakan institusi tidak formal yang mempengaruhi pendidikan


seseorang pelajar. Ia berfungsi sebagai wahana yang menerima pelajar di luar aktiviti di
sekolah. Keadaan ini wujud kerana masa pelajar lebih banyak terarah untuk beriteraksi
sesama rakan sebaya dan masyarakat dalam institusi masyarakat selain intitusi keluarga.

Bentuk-bentuk institusi masyarakat yang wujud ialah persatuan belia, badan


kebajikan penduduk, badan koperasi, institusi masjid dan lain-lain lagi. Di peringkat
sekolah yang dilihat aktif dan bereranan pada hari ini ialah Persatuan Ibu bapa Dan Guru
(PIBG).Apa yang belaku pada masa kini, sebahagian besar institusi masyarakat ini tidak
berkesan dalam melaksanakan fungsinya. Kebanyakannya gagal melakukan perkongsian
bijak ( Mohd Yusuf Othman ). Perkara ini turut melibatkan institusi Masjid yang juga
9

Institusi masyarakat. Fungsi masjid kini hanyalah untuk ibadat khusus seperti solat dan
kelas mengaji Al-Quran.
Menurut Prof. Ismail Faruqi (1992), fungsi masjid kini berbeza dengan yang
berlaku pada zaman Rasulullah. Masjid pada masa itu merupakan pusat ilmu dan
bermuzakarah. Justeru itu sepatutnya pada hari ini masjid haruslah lebih aktif
menjalinkan permuafakatan dengan sekolah .

Sekira adanya perkongsian atau permuafakatan yang baik dengan sekolah,


institusi masjid dan institusi masyarakat yang lain, banyak faedah yang akan diperolehi
oleh masyarakat setempat seperti kelas tuisyen, motivasi, dan sebagainya. Yang lebih
penting iinstitusi masyarakat akan dapat menangani segala gejala social yang merosakkan
masyarakat pada hari ini. Inilah budaya permuafakatan yang memang telah lama wujud
sebelum institusi pendidikan formal mendominasi pendidikan negara kita. Kegagalan
institusi sosial ini berfungsi pada landasannya menyebabkan kualiti pendidikan sering
dipersoalkan dalam membina tamadun manusia.

6.0 Konsep Permuafakatan

Konsep permuafakatan atau perkongsian menyarankan cara perkaitan peranan


penting dalam hubungan di antara sekolah, masyarakat dan agensi-agensi masyarakat
termasuk sumber dan pihak berkuasa peringkat daerah. Perkongsian akan
mengenengahkan pandangan dan pendapat semua pihak menangani tugas utama iaitu “
Bagaimana sesebuah sekolah dapat mempertingkatkan prestasi pendidikan pelajar dan
kemajuan sekolah itu sendiri.”

Tugas utama permuafakatan ini ialah mengenal pasti pasti arah tujuan kemajuan
sekolah, membuat perancangan selaras dengan tindakan-tindakan yang perlu untuk
pencapaian objektif ibu bapa, masyarakat dan agensi-agensi masyarakat yang lain.

Setiap rakan kongsi haruslah memahami peranan mereka. Rakan kongsi perlu
bertanggungjawab untuk mewujudkan suasana usahasama dan penglibatan(Collobrtion
10

and participation) suasana ini adalah merupakan perkongsian bukan sahaja di dalam
merencana akan rancangan, organisasi, operasi perlaksanaan dan penilaian tetapi juga
bersama didalam komitmen atas sumber-sumber yang ada (Comitmen of resoucers).

Menurut Syed Idrus & Musa Muhamad Radzi ( 1994 ) ini dapat diperlihatkan
dalam rajah ( bawah ) yang memperlihatkan rakan-rakan kongsi “ Sekolah sebagai satu
intitusi Masyarakat” yang diwakili oleh tiga kumpulan permuafakatan atau perkongsian
iaitu Sekolah, Masyarakat dan Agensi Masyarakat .Kewujudan kerjasama ini boleh
menghasilkan tercapainya tujuan atau kepentingan bersama seperti

I. pencapaian akedemik dan pendidikan pelajar ( A. Dalam Rajah)


II. pembentukan akhlak dan kesedaran tanggungjawab masyarakat terhadap
masyarakat. ( B. Dalam Rajah )
III. kesedaran terhadap alam pekerjaan dan masalah yang berkaitan (C. Dalam
rajah)
IV. kesedaran terhadap masalah-masalah penduduk.( D. Dlama Rajah )

RAKAN KONGSI 1
(SEKOLAH,PENGETUA,GURU)

B A C
RAKAN KONGSI 2 RAKAN KONGSI 3
( PIBG ) D ( MASYARAKAT)
11

Menurut Kamarudin pula ( 1989), konsep pendidikan pada hari ini ialah
pendidikan untuk masyarakat, mementingkan persefahaman, perhubungan rapat dan
interaksi yang berkesan dengan masyarakat sekeliling. Hal ini di peraku dalam penyata
Razak 1956.
Konsep Persekolahan Untuk Masyarakat

SEKOLAH

MASYARAKAT

Robiah ( 1989 ) pula berpendapat pendidikan ialah institusi yang didirikan untuk
kepentingan dan keperluan awam.

7.0 Perhubungan Sekolah Dengan Komuniti / Masyarakat

Perhubungan antara sekolah dan komuniti adalah sangat penting. Ini adalah
kerana pelajar-pelajar datangnya dari masyarakat. Mereka di asuh dan di didik oleh
institusi pendidikan untuk kepentingan masyarakat. Oleh itu memang sewajarnya
institusi pendidikan mendapat bantuan bukan sahaja kewangan tetapi juga bantuan dan
asuhan moral dari masyarakat.

Berdasarkan rajah dibawah, didapati budaya , etos, dan nilai-nilai komuniti


mempunyai hubungan yang sistematik dan berterusan dengan harapan sekolah sebagai
12

institusi. Oleh itu Pengetua harus mengenalpasti pecahan-pecahan kelompok dalam


komuniti yang berbeza-beza ini mengikut criteria tertentu. Kelo,pok-kelompok yang
berbeza ini mempunyai kuasa dan pengaruh terus ke atas aliran dan kekerapan
perhubungan komuniti sekolah.

Rajah : The School – Community Relationship

Subpublic Differentiation In The Community

A. Geograpic Region E. Age


B. Type Of Occupation F. Religion
Environment C. Income Level G. Political Affiliation
On The D. Level Of Schooling H. Race
School I. Other Group Memberships

Culture Ethos Values

Institutional
Behavior

The School Institution Roles Expectations


13

8.0 Hubungan Organisasi Dengan Sekolah.

Kamarudin ( 1989 ) pula, melihat hubungan sekolah dengan beberapa organisasi


lain dalam komuniti. Antara organisasi yang mempunyai kaitan rapat dengan institusi
pendidikan, ditunjukkan dalam rajah dibawah.

Di antara Organisasi yang ada kaitan dengan institusi Pendidikan


14

Dalam hal ini, pengetua sebagai pentadbir sekolah perlu mewujudkan hubungan
yang harmonis dengan organisasi-organisasi di atas. Dengan adanya hubungan baik,
segala kerjasama yang dipinta oleh pihak sekolah dari organisasi tersebut akan menjadi
mudah dan lancar.

Isu yang timbul ialah terdapat juga sekolah yang wujud dan hampir dengan
organisasi tersebut mempunyai hubungan yang renggang seolah-olah terpisah. Selain itu
ibibapa memencilkan diri dan tidak ambil tahu tentang program yang dirancang oleh
pihak sekolah. Oleh itu kerenggangan adalah tidak diingini dan tidak sesuai pada masa
kini, khususnya dalam mencapai matlamat permuafakatan pendidikan.

9.0 Kenapa Perlunya Permuafakatan Pendidikan


Pemebelajaran merupakan satu proses yang berterusan dan ianya tidak bergantung
kepada kebolehan semulajadi dan suasana fizikalnya ( Nichols & Nicholls 1975).
Sebenarnya proses pembelajaran adalah bergantung kepada faktor-faktor sosial
khususnya pengaruh orang lain samada secara langsung atau tidak. Mereka yang
dimaksudkan orang lain itu ialah ibu bapa, sahabat andai, rakan sebaya dan komuniti
secara menyeluruh.

Kita kerap kali melihat seorang guru cuba mempengaruhi pelajaran anak
muridnya, malangnya ada kuasa lain yang mempengaruhi mereka. Ini ditambah pula
seorang guru hanya mampu bersama muridnya pada kadar waktu yang terbatas,
sedangkan sebahagian pelajar diluar kelas. Perkembangan teknologi terkini turut
mempengaruhi situasi ini. Justeru itu tidak hairanlah akan wujud konflik antara guru dan
pelajar. Situasi di luar mengganggu apa yang cuba diajar oleh guru.

Bagi tujuan inilah maka masyarakat harus memberi sumbangan positif ke arah
peningkatan mutu pendidikan. Perkongsian atau permuafakatan perlu ada bagi
mewujudkan satu pembelajran yang berkesan. Pada masa kini terdapat beberapa isu yang
memerlukan sokongan masyarakat terhadap meningkatkan mutu pendidikan supaya
mnjadikan sekolah lebih berkesan. Antara isu-isu tersebut ialah:
15

1. Kos pendidikan yang meningkat

Di negara ini pendidikan adalah disediakan, ditadbir dan dibiayai oleh kerajaan
pusat kerana pendidikan memainkan peranan penting di dalam pembangunan negara
terutama mengimbangkan sosiao ekonomi antara kaum, untuk membekalkan guna tenaga
professional dan separa professional bagi memenuhi permintaan sector awam dan swasta.
Sheehan (1973) mengatakan pendidikan mendatangkan faedah langsung dan tidak
langsung kepada individu dan masyarakat. Justeru itu tidak hairanlah setiap tahun
perrutukan terhadap kementerian pendidikan sentiasa diberi keutamaan.

Namun kebergantungan yang berterusan kepada pihak kerajaan boleh


melembabkan proses pendidikan kerana kos pendidikan kini adalah sangat tinggi. Oleh
itu peranan masayarakat adalah dituntut turut serta. Perkongsian antara masyarakat dan
kerajaan ini telah lama berlaku dinegara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan
United Kingdom (Shahril@ Charil 1994 )

II. Sekolah Berkesan

Sekolah berkesan ialah sekolah yang melahirkan pelajar yang maju atau lebih
tinggi daripada apa yang diharapkan berdasarkan pada pandangan
pengambilannya.Menurut kajian Coleman (1966) tiada perkaitan antara banyaknya
sumber yang boleh diperolehi sekolah dengan pencapaian pelajarnya. Perbezaan
pencapaian antara pelajar disebabkan faktor-faktor peribadi dan keluarga. Menurut
Berstein (1970 ) kebanyakan pengaruh masyarakat lebih kuat daripada pengaruh
sekolah.Kajian Thomas dan Mortimore (1995 ) faktor latar belakang pelajar
menyumbang 60% kepada kecemerlangan pelajar, manakala sekolah dan bilik darjah
hanya pada kadar 12 hingga 18 % dan selebihnya oleh lain-lain faktor.

Justeru itu jika kita melihat antara elemen keberkesanan sesebuah sekolah adalah
penyertaan masyarakat dalam setiap aktivitinya. Elemen ini tekandung dalam salah satu
16

daripada sembilan cirri-ciri sekolah berkesan yang dirumuskan oleh Corcoran dan
Wilson ( 1997 ).

III. Proses Membuat Keputusan.

Pada masa kini masyarakat begitu prihatin terhadap sebarang isu melibatkan
pendidikan. Tidak hairanlah terdapat desakan masyarakat untuk melibatkan diri secara
intensif dalam membuat keputusan berkaitan pendidikan. Ini membawa kepada tindakan
penilaian semula tentang hubungan kuasa atau agihan kuasa pada peringkat dasar dalam
organisasi sekolah.

IV. Terhadap pendidikan Di Malaysia

Di negara kita sistem pendidikan ditentukan oleh Kuasa Pusat dan Kerajaan
Malaysia. Hal ini membayangkan bahawa komuniti seolah-olah menyerahkan
tanggungjawab sepenuhnya kepada sekolah. Komuniti berharap bahawa semua
perubahan dan pembaharuan digerakkan oleh kerajaan. Masalah yang timbul dikaitkan
secara langsung dengan keberkesanan persekolahan.

11.0 Proses Permuafakatan

Oleh itu satu perancangan harus dilaksanakan supaya penglibatan ibubapa dan
masyarakat lebih menyeluruh dan aktif. Untuk melibatkan ibubapa, maka sekolah harus
menubuhkan satu badan penyelaras Permuafakatan Pendidikan melibatkan semua pihak
seperti PIBG, Bekas Pelajar,Persatuan-persatuan Tempatan, Ahli Koporat, Dermawan,
Profesional dan sebagainya ( Lihat Rajah sebelah ). Dengan adanya badan penyelaras ini
aktiviti berbentuk dua hala dapat dilaksanakan seperti :
17

Rajah : Sekolah Institusi Masyarakat

Sekolah

Kanak-kanak Pelajar-pelajar meninggal


Masuk sekolah S I M kan sekolah.

PIBG J/ K Kampung Belia orang perseorangan

Anggota Masyarakat

1. Sekolah dapat memberi penjelasan mengenai perlaksanaan sesuatu dasar yang


ada kaitan dengan masyarakat. Dengan adanya penjekasan sebarang
kekeliruan dapat di atasi dengan segera dan tidak dipolitikkan atau digunakan
oleh pihak yang cuba mengambil kesempatan
18

2. Sekolah mengadakan tempat dan kepakaran dalam melatih ahli-ahli


masyarakat setempat dari aspek:
a. ekonomi
b. sosial
c. pendidikan
d. agama
e. kemahiran-kemahiran tertentu.

3. Sesuai dengan situasi hari ini masyarakat pula dapat membantu sekolah
dengan sumbangan seperti :
a. Projek menambah bangunan
b. Projek komputer
c. Kelas tambahan
d. Sambutan perayaan pelbagai kaum untuk berinteraksi seterusnya
kenal akan komuniti sekolah. Seterusnya perpaduan dapat
diwujudkan

Sesungguhnya permuafakatan ini akan hanya berjaya dilaksanakan sekiranya ada


rasa tanggungjawab dan komitmen masyarakat setempat
19

Reka Bentuk Program Permuafakatan Pendidikan

Tajuk : Program Pendidikan Dan Pembangunan Keluarga

A. Pendahuluan

Keluarga merupakan agen pertama dalam sosialisasi dan pembudayaan. Justeru


itu institusi merupakan batu asas kepada pembentukan masyarakat dan keluarga.
Kepincangan dalam institusi keluarga akan menyumbang kepada masalah
terutama pendidikan anak-anak. Justeru itu keluarga yang berkesan akan
menyumbang kepada pencapaian dan peningkatan pendidikan.

B. Rasional

1. Institusi Keluarga Memang mempunyai amanahnya sendiri


2. Keperluan kepada melaksanakan prinsip pendidikan sepanjang hayat
3. Cabaran dan permasalahan moden banyak memberi kesan kepada institusi
keluarga
4. Cabaran permasalahan moden banyak memberi kesan kepada institusi
keluarga
5. Keperluan kepada sentiasa kemaskini dengan perkembangan Mutakhir.

C. Matlamat

6. Mewujudkan keluarga yang menghayati amanhnya


7. Mewujudkan penghayatan budaya ilmu.
8. Membina kemahiran dalam urusan kehidupan kekeluargaan.
9. Mewujudkan kepekaan terhadap persekitaran
10. Membina daya juang dan daya saing.
20

D. Isi Kandungan Program

11. Kepentingan institusi keluarga


12. Proses pembinaan keluarga
13. Peranan Institusi Keluarga;-
a. Pemeliharaan keturunan
b. Pemeliharaan akhlak
c. Hubungan dan interaksi
d. Perlindungan ekonomi dan social
e. Pendidikan, permasyarakatan dan pembudayaan
f. Hubungan persaudaraan
g. Membina semangat berkorban

14. Tanggungjawab Ahli keluarga:-


a. Tanggungjawab Ibu dan Bapa
b. Tanggungjawab Isteri/suami
c. Tanggungjawab anak
d. Tanggungjawab adik beradik

15. Institusi Keluarga dan Isu-Isu semasa


a. Vandalisme
b. Rakan sebaya dan pengaruh
c. Budaya samseng di sekolah
d. Kerjaya anak-anak
e. Krisis Keluarga dan kesan terhadap anak-anak
f. Wawasan negara.

16. Urusan Rumah tangga


21

a. Ekonomi
b. Kebersihan
c. Kesihatan
d. Keselesaan

E. Strategi Program

1. Ceramah dan Perbincangan


2. Seminar dan Perbengkelan
3. Tayangan Video
4. Lawatan
5. Pameran
6. Gotong Royong
7. Percontohan.

F. Perlaksanaan

1. Dilaksanakan secara bersiri sepanjang tahun.


2. Diadakan pada hari-hari yang sesuai seperti hujung minggu dan cuti Umum.
3. Hari-hari yang sesuai mengikut keputusan mesyuarat pelaksana.

G. Peserta.

a. Pemimpin-pemimpin masyarakat
b. Tokoh-tokoh masyarakat
c. Persatuan bekas pelajar
d. Pemimpin-pemimpin belia
e. Ibu Bapa
f. Para belia
g. Pelajar sekolah
22

H. Penganjur

a. Pihak Sekolah
b. Persatuan Ibu bapa dan Guru
c. Persatuan Bekas Pelajar
d. Jawatan Kuasa Kemajuan kampung
e. Jabatan-jabatan Kerajaan
f. Badan-badan Agama
g. NGOs

a. Sumber Kewangan

Aktiviti tidak akan berjalan tanpa sumber kewangan yang kukuh. Untuk
menjayakan program ini sumber kewangan diperolehi dari;-

b. Sumbangan peserta
c. Sumbangan Kerajaan/Wakil Rakyat
d. Sumbangan Penaja
e. Sumbangan Dermawan Individu
f. Tabung PIBG
f. Projek-projek Bercorak Ekonomi

a. Proses Perlaksanaan

g. Penubuhan Ahli jawatankuasa Induk


Berperanan menyelaras dan mengurus program dengan melibatkan
semua pihak Terlebih dahulu Jawatan kuasa Induk akan menganalisis
keperluan sesuatu program itu dilaksanakan Ini dilakukan semasa
mesyuarat jawatan kuasa induk. Setelah dikenalpasti keperluan maka
sesuatu program akan di rancang dan dilaksanakan oleh jawatankuasa
pelaksana.Selain itu berfungsi sebagai pemantau dan badan penasihat.
23

h. Menubuhkan Jawatan Kuasa Pelaksana


Merupakan pihak yang bertanggung jawab menyusun dan
melaksanakan aktiviti sesuai dengan keperluan semasa. Jawatankuasa
pelaksana akan menubuhkan jawatakuasa kecil mengikut tugasan,
tanggugjawab dan kebolehan. Antara jawatankua yang terkandung
ialah :
a. Pengerusi
b. Setiausaha
c. Bendahari
d. Jawatan kuasa Sambutan
e. Jawatan kuasa Persiapan
f. Jawatan kuasa Makanan dam Minuman
g. Jawatan kuasa Persiapan Dewan
( Mengikut Program yang dianjurkan )

a. Penilaian

i. Penilaian Semasa Program


Penilaian pada peringkat ini perlu dilakukan bagi mengesan sebarang
masalah semasa kursus,seminar dan sebagainya. Ianya harus dilakukan
semasa program berjalan. Melaluinya kita boleh mengesan secara terus
sebarang kelemahan sesuatu program dari pelbagai sudut.

j. Penilaian selepas program


Penilaian pada peringkat ini diperolehi dari setiap peserta, mereka
boleh memberi pendapat atau kritikan. Bagi pihak penganjur pula
mereka boleh mengadakan sebarang ujian bagi menilai sejauh mana
peserta benar-benar terlibat semasa kursus. Penilaian peringkat ini
akan dapat memberi gambaran keseluruhan program .
24

k. Penilaian Tahunan

Penilaian tahunan dilakukan bertujuan sejauh manakah permuafakatan


ini telah dapat memberi faedah kepada pembangunan pendidikan dan
keluarga. Soal selidik boleh diedarkan kepada semua peserta yang
pernah terlibat untuk melihat adakah program-program yang
dijalankan telah memberi impak kepada mereka. Melalui penilaian
tahunan ini kita akan dapat merancang aktiviti untuk tahun yang akan
datang.

l. Pengukuhan Program

Berdasarkan maklumat yang telah diuperolehi maka jawatankuasa


Induk boleh membuat sebarang tindakan untuk menyingkirkan
sebarang unsure kelemahan dan membaiki lagi program-program yang
mendapat sambutan dan memberi sumbangan kepada sekolah.

a. Penutup

Kejayaan program ini banyak bergantung kepada sokongan dari setiap ahli
yang terlibat. Tanpa sokongan setiap anggota masyarakat maka permuafakatan
ini akan gagal

12.0 Cabaran Permuafakatan Pendidikan


25

Dalam usaha mewujudkan permuafakatan pendidikan antara institusi masyarakat


dan sekolah, terdapat beberapa cabaran yang menghambat antaranya ialah:

1. Tiadanya kepimpinan yang berwibawa di kalangan masyarakat, termasuk


dikalangan belia dan ahli masyrakat. Ini mungkin disebabkan
penghijrahan ahli-ahli masyarakat ke tempat lain disebabkan factor
kerjaya dan juga hambatan ekonomi. Terdapat juga mereka yang telah
bersara yang pernah menjadi pemimpin kepada beberapa institusi kerajaan
dan swasta, namiun sebahagian mereka mungkin tidak tampil dan bersedia
untuk menjadi pemimpin masyarakat.

2. Tiadanya kepimpinan yang berwibawa di pihak sekolah untuk turut serta


menggerakkan aktiviti sekolah dengan masyarakat setempat. Terdapat di
kalangan kepimpinan sekolah yang kurang berminat melibatkan
masyarakat dalam aktiviti bercorak permuafakatan.

3. Tidak wujud ikatan masyarakat yang baik, sama ada antara generasi muda
dan tua atau sesama ahli masyarakat kerana ada yang beranggapan
institusi masyarakat tidak memberi sumbangan dalam hidup mereka.

4. Tiada hubungan yang baik antara sekolah dan masyarakat. Dalam hal-hal
tertentu, penglibatan penduduk Bandar dalam kegiatan PIBG dan dalam
kegiatan sekolah agak memberangsangkan, terutama dalam membiayai
kegiatan di sekolah dan membantu dalam mengadakan prasarana, tetapi di
kalangan masyarakat luar Bandar penglibatan dalam aktiviti PIBG agak
kuarng memberangsangkan. Ini mungkin disebabkan oleh kewibawaan
kepemimpinan dan juga faktor ekonomi.

5. Ketidak jelasan wahana atau platform yang dapat menggerakkan


permuafakatan atau perkongsiaan antara institusi masyarakat dan juga
sekolah.
26

6. Hilangnya semangat gotong-royong dan kesukarelaan di kalangan


masyarakat.

7. Terdapatnya pengarauh kumpulan atau ahli politik yang ingin


mendominasi institusi masyarakat. Ini akhirnya menyebabkan
kewibawaan kepimpinan tempatan terjejas.

13.0 Kesimpulan.

Keseluruhannya kita melihat bahawa sekolah dan masyarakat perlu wujud


permuafakatan yang baik. Usaha-usaha mewujudkan permuafakatan tidak mudah. Ia
memerlukan komitmen yang bersungguh-sungguh semua pihak supaya apa yang
dihajatkan akan tercapai. Semuanya dilakukan untuk merealisasikan pembangunan
insane, masayarakat dan negara pada masa hadapan.

Untuk meneruskan kelangsungan permuafakatan, ianya harus diterjemahkan


dalam bentuk aktiviti. Menerusi aktiviti akan wujud interaksi antara masyarakat dan
sekolah. Justeru itu aktiviti yang dirancang haruslah berkesan dan setiap ahli berasa diri
turut terlibat yang akhirnya merasa seronok apatah lagi permuafakatan itu mendatangkan
hasil. Kita tidak perlu memikirkan aktiviti yang hebat atau gah, tetapi memadai sesuatu
yang mampu dilaksanakan dan mendatangkan impak.

Akhirnya nanti apabila masyarakat menyedari kebaikan dan kepentingan


permuafakatan demi melaksanakan sesuatu aktiviti, maka mereka akan rasa terpanggil
dan rela diri untuk terlibat dalam memenuhi permuafakatan.

Rujukan

Covey S. R, 1990. The 7 Habits of Highly Effective People. N.York. A Fireside


27

Book Published by Simon & Schustee.

Ismail R. al-Faruqi dan Louis Lamya’ al-Faruqi, 1992. Atlas Budaya Islam.
Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka. 160-162.

Kamarudin Kachar, 1989. Kepimpinan Profesional Dalam Pendidikan. Kuala


Lumpur. Teks Publishing Sdn.Bhd.

Lipham, J.M. & Hoeh, J.A, 1974, The Principalship : Education And Functions.
New York: Harper & Row Publishers.

Mohd. Ali Hassan, 1999. Perkongsian Bijak Komuniti Dan sekolah: cabaran Dan
harapan sekolah Berkesan Dari Perspektif PIBG. Kerta kerja Persidangan
Pendidikan Nasional Ke – 6. Institut Aminudin Baki, Sri Layang, Genting
Highland.

Mohd. Yusuf Hj Othman. 1999. Perkongsian Bijak Komuniti Dan sekolah :


Harapan dan Cabaran Bagi Merealisasikan Sekolah Berkesan. Kertas
Kerja Persidangan Pendidikan Nasional Ke – 6. Institut Aminudin Baki,
Sri Layang, Genting Highland.

Nicolls’s Howard & Nicholls, Anderey, 1975. Creative Teaching to tha


Achievment of Educational Qualities. George Alen and Unwin Ltd.
London.

Robiah Sidin, 1994. Pendidikan Di Malaysia: Cabaran Untuk Masa Hadapan,


Kuala Lumpur, Fajar bakti Sdn Bhd.

Shahril @ Charil Marzuki, 1994, Penertaan Masyarakat Ke Arah Membantu


Membiayai Kos Pendidikan Bagi Meningkatkan Mutu Pendidikan. Journal
Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia. 38 : 81 24-31,

Sheehan, 1993. The Economic of Education, London: George Allener Unwin Ltd.

Syed Idrus & Musa Muhamad Radzi, 1994. Sekolah Satu Institusi Masyarakat :
Perkongsian ( The Partnership Concept ), Journal Pendidikan Kementerian
Pendidikan Malaysia. 38 : 81 15 –23.

Tajul Ariffin Nordin, 1988. Konsep Asas Pendidikan Bersepadu. Kuala Lumpur.
Nurin Enterprise.
28

Wan Mohd. Zahid Mohd. Nordin, 1993. Wawasan Pendidikan- Agenda Pengisian
Kuala Lumpur.

Anda mungkin juga menyukai