Anda di halaman 1dari 8

1.

0 Pengenalan
Etika merupakan landasan kepada masyarakat yang membolehkan individu
mengawal tingkahlaku sendiri serta membolehkan masyarakat menilai tindak tanduk
mereka dari semasa ke semasa. Secara dasarnya, etika berfungsi untuk memelihara
keharmonian, sokongan, pencegahan disiplin dan memelihara maruah.
Menurut Kizlik (2000) sesuatu kerjaya yang bertaraf professional adalah memberikan
perkhidmatan kepada masyarakat; boleh membuat keputusan ke atas pelanggan;
mempunyai bidang pengkhususan yang tertentu; mempunyai ketinggian pengetahuan
terhadap bidang yang diceburi.
Secara umumnya, setiap organisasi mempunyai pengurus dan para pekerja bawahan
yang akan setiasa dipantau dan dikawal selia.

2.0 Masalah-masalah etika yang dihadapi


i)
Pengurus tidak membuat keputusan secara persetujuan majoriti
-Apabila pengurus meletakkan sebuah tanggungjawab dan keputusan
berdasarkan kepuasan diri sendiri atau kepentingan diri sendiri, maka
keputusan yang diambil itu tidak dipersetujui ramai. Malah, mungkin
keputusan yang dibuat adalah tidak menepati kriteria yang ditetapkan. Hal ini
akan membuatkan setiap ahli organisasi akan terjejas dari segi pengagihan
kerja. Selain itu, keputusan yang dibuat telah menafikan hak setiap ahli
organisasi sebagai sebahagian daripada organisasi.
ii)

Masalah pengurusan atasan


Masalah ini berkaitan etika kepegawaian atau pengurusan dari segi
pemberian gaji, kenaikan pangkat, pendisplinan, pampasan dan gaji selepas
bersara. Pengurusan yang tidak mengamalkan etika yang betul akan
memberikan ketidakadilan kepada para ahli organisasinya terutama kepada
golongan pekerja bawahan.

iii)

Percampuran isu peribadi dalam kerja


Pengurus terutamanya adalah yang bertanggungjawab sebagai majikan,
haruslah bertindak professional. Sebarang urusan peribadi tidak seharusnya
bercampur dan akhirnya akan mempengaruhi sebarang keputusan yang akan
dibuat. Contohnya, apabila pengurus mengambil keputusan berdasarkan
masalah peribadi yang tidaklah memberi pengaruh kepada organisasi. Hal ini
lebih kepada masalah individu itu sendiri.

iv)

Ahli organisasi tidak mengamalkan integriti sebagai asas pembangunan


organisasi
Penerimaan rasuah secara berleluasa akan menyebabkan setiap organisasi
itu menjadi pincang. Terutama apabila ia diamalkan dari peringkat atasan
2

yang sepatutnya lebih berhati-hati dalam setiap tindakan. Hal ini banyak
berlaku dalam kerja kerja pembinaan, terutama dalam waktu menyiapkan
projek. Untuk mendapatkan tender mahupun projek mereka mengamalkan
penerimaan habuan sebagai ganjaran.
v)

Ahli organisasi tidak mematuhi arahan atau polisi organisasi


Setiap organisasi mempunyai polisi masing-masing yang harus dipatuhi. Hal
ini bagi mengelakkan sebarang masalah berlaku terutamanya dari segi
keselamatan. Pkerja yang tidak mematuhi arahan keselematan akan
terdedah melakukan kesilapan yang akan mengheret ahli organisaasi lain
dalam kancah permasalahan mahupun kecederaan.

vi)

Pertindihan kuasa
Setiap ahli organisasi telah ditentukan kedudukan dan jawatan masingmasing. Namun, jika kerana ketamakan, mahupun kerana kecuaian,
pertindihan kuasa boleh berlaku apabila ahli yang tidak berkelayakan dalam
jawatan tersebut membuat keputusan mahupun menggunakan kuasa yang
ada sewenang-wenangnya.

3.0 Penyelesaian
i)
Persaingan sihat
Dalam sesebuah organisasi terutamanya organisasi dalam bidang
pembinaan, setiap pihak perlu melaksanakan tugas dan peranan masingmasing dengan baik. Mereka tidak seharusnya menggunakan jawatan yang
ada atas dasar kepentingan peribadi malah harus bersikap amanah dan jujur.
ii)

Menjaga kebajikan pekerja


Setiap majikan mempunyai tanggungjawab besar sebagai pengurus kepada
orang bawahannya. Mereka seharusnya membela nasib pekerja mereka
terutama berkenaan gaji, waktu bekerja, penghargaan dan kenaikan pangkat
3

mahupun gaji. Hal ini akan menjadikan organisasi lebih membina kerjasama
yang baik antara majikan dan pekerja.
iii)

Mengamalkan integriti sepanjang proses kerja


Setiap ahli organisasi seharusnya berpegan kepada konsep dan pendirian
yang kukuh dengan mengamalkan integrity dalam diri masing-masing.
Mereka seharusnya mengelakkan diri dari terjebak dengan aktiviti rasuah,
habuan yang akan menjadikan setiap duit itu akhirnya akan merosakkan
perjalanan sesebuah organisasi malah akan memberi kerugian kepada pihak
lain.

Mengamalkan kod etika professional sebagai pengurus


i)

Mewujudkan persekitaran etika


Setiap organisasi harus mengadakan satu polisi dengan membentangkan
setiap polisi kepada setiap ahli organisasi. Bagi seorang pengurus perlu
mereka seharusnya mewujudkan persekitaran yang kondusif yang melibatkan
polisi organisasi budaya kerja, sikap dan komutmen setiap individu di dalam
organsisasi berkenaan. Terdapat 5 langkah utama
a)
b)
c)
d)
e)

ii)

Memberikan penekanan ke atas komitmen pihak pengurusan atasan


Bentuk kod etika
Bentuk mekanisme ikutan
Libatkan semua pekerja pada semua peringkat
Ukur hasil yang diperolehi

Membuat keputusan beretika

Sebagai pengurus, tindakan pembuatan keputusan seharusnya dibuat


dengan penuh adil dan saksama. Suara setiap ahli organisasi seharusnya
diambil kira sebagai cadangan mahupun persetujuan. Nash (1981)
mencadangkan untuk membuat keputusan yang beretika dengan panduan
berikut:
Kenalpasti masalah sebenar
Lihat masalah dari sudut yang berlainan
Mencari punca masalah terjadi
Ambil kira setiap cadangan ahli organisasi
Apa kesan keputusan yang akan dibuat
Apa kesan jangka panjang dan jangka pendek bagi keputusan yang
dibuat

iii)

Pengurusan konflik
Meskipun konflik tidak dapat dielak secara keseluruhannya, seorang
pengurus yang baik harus menguruskannya dengan bijak. Pengurus perlu
cekap dalam membuat keputusan dengan menekankan priority areas.
Bagi menyelesaikan konflik, Pengurus perlu mencari jalan penyelesaian
bersifat win-win dan bukan bersifat I win-you lose.

Individu: Adakalanya masalah sebenar adalah kurang komunikasi

dengan individu lain yang terlibat.


Kepentingan: Jangan mencari silap yang kecil sehingga menafikan

segala kebaikan yang ada


Pilihan: Setiap konflik pasti mempunyai jalan penyelesaian yang lain.
Kriteria yang standard: Kembali kepada matlamat organisasi. Setiap
organisasi pasti mempunyai polisi yang perlu dipatuhi. Hal ini akan
memberi keadilan bagi setiap pihak yang berkonflik.

3.1 Kaedah matrik penyelesaian konflik

4.0 Kesimpulan
6

Justeru itu, pengurus-pengurus organisasi sektor awam dan sektor swasta


haruslah beriltizam dalam mengaplikasikan pelbagai pendekatan dan startegi
yang bersesuaian bagi mempengaruhi minda atau pemikiran, sikap,kelakuan
atau tingkah laku dan tindakan anggota organisasi.
Setiap permasalahan dalam organisasi seharusnya ditangani dengan berbalik
kepada kod etika kerja atau bidang masing-masing. Hal ini akan membuatkan
setiap organisasi lebih berwaspada dan lebih bertanggungjawab dalam setiap
aktiviti dan perlakuan yang dilaksanakan.

Rujukan
Etika Profesional Pembinaan, Mohd Yamani bin Yahya & Saiful Hadi bin Mastor,
terbitan UTHM
Card, F.R. (2005). Individual Responsibility Within Organizational Contexts.
Journal of Business Ethics, 62, 397-405.
www.utusan.com.my/ pengurus-sebagai-pembela-pekerja