asset negara yang amat bernilai, pelajar yang berintelek sudah tentu dapat
menyumbang kepada peningkatan pencapaian negara daripada pelbagai aspek.
Namun terdapat sebuah laporan kajian yang mendakwa pelajar university di
institusi pengajian tinggi hanya sempat membaca 12 buah buku secara purata
sepanjang mereka berada di menara gading, hal ini mendatangkan
kebimbangan terhadap kualiti modal insan yang bakal dilahirkan jika keadaan ini
berterusan. oleh itu, tahap membaca yang masih rendah ini perlu diberikan
perhatian serius oleh pihak yang bertanggungjawab bagi memastikan indeks
tabiat membaca dapar dipertingkatkan dengan segera.