Anda di halaman 1dari 5

Secara umumnya, bilik darjah dikenali sebagai tempat berlakunya proses

pengajaran dan pembelajaran malah merupakan tempat yang terpenting di sekolah.


Merujuk kepada pernyataan Abdullah Sani Yahaya (2006), bilik darjah dijadikan
sebagai suatu tempat belajar yang menarik, membangunkan minat dan potensi
belajar juga bergantung pada keadaan dan iklim bilik darjah yang menunjukkan
adanya aspek keceriaan. Lantaran, bilik darjah sebagai medan perjuangan utama
kerjaya seorang guru haruslah diurus dengan sistematik dan teratur demi pembinaan
modal insan yang seimbang.
Namun, pelbagai kekangan dan permasalahan akan wujud dalam bilik darjah,
cabaran seperti masalah disiplin murid sering kali membebankan guru sehingga guru
kian kehilangan inspirasi dan aspirasi jika berbanding dengan permulaan mereka
menceburi bidang pendidikan. Oleh hal yang demikian, guru harus mengkaji dan
memahami masalah disiplin murid sehingga ke akar umbi dan mencari jalan
penyelesaian yang sesuai kerana pengurusan yang baik akan memudah dan
melancarkan tugasan harian guru, yakni menjadikannya tidak begitu membebankan.
Disiplin diwujudkan untuk memastikan keharmonian sesebuah sekolah dan
bilik darjah. Menurut Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel (2009), masalah
disiplin boleh dilihat sebagai keadaan atau tingkah laku tidak terkawal yang
menunjukkan ketidakpatuhan kepada peraturan atau nilai yang diterima oleh
masyarakat.Misalnya, membuli rakan sedarjah seperti mengambil bahan kepunyaan
rakan atau menconteng buku latihan rakan merupakan masalah disiplin yang
biasanya dilihat dalam bilik darjah.
Buli menurut kamus dewan dan pustaka membawa maksud perbuatan
mendera, mempermainkan seseorang, supaya dapat menyesuaikan diri dengan
suasana yang baru. Buli dikategori sebagai masalah disiplin destruktif dan dianggap
sebagai perbuatan negatif dan ekstrim kerana ia boleh mendatangkan kecederaan
sama ada dari segi fizikal atau mental kepada mangsa.Jika ditelusi, apakah punca
sebenar gejala buli sering berlaku dalam bilik darjah?Setiap perkara yang berlaku
sudah pasti ada pokok pangkalnya.
Faktor-faktor berlakunya kes buli boleh dilihat daripada empat aspek, iaitu
diri murid, guru, sekolah serta latar belakang murid. Menurut Abraham Maslow dalam
hierarki, setiap manusia mempunyai keperluan fisiologi dan keperluan psikologi,
sekiranya keperluan-keperluan ini tidak dipenuhi maka murid akan berusaha untuk
memenuhinya.Oleh itu, murid-murid mungkin menimbulkan masalah di dalam bilik
darjah misalnya membuli rakan untuk mendapat perhatian guru yang dianggap
1

sebagai cara disayangi guru .Murid ini sengaja melalukan perbuatan yang
mengundang kemarahan guru seperti mengusik murid lain sehingga murid lain tidak
dapat menumpu perhatian terhadap pengajaran guru.
Kebosanan dengan aktiviti kelas juga merupakan salah satu punca muridmurid membuli atau mengganggu rakan tanpa alasan yang munasabah. Dalam
konteks ini, sesetengah guru yang mementingkan pencapaian akademik masih kekal
menggunakan pendekatan pengajaran tradisional yang berorientasi satu hala, iaitu
murid-murid secara pasif menerima maklumat dan pengajaran yang disampaikan.
Kaedah dan aktiviti yang sama setiap hari akan menjadikan pembelajaran sebagai
satu rutin dan tidak merangsangkan keinginan murid untuk terus belajar.
Sikap sekolah terhadap status dan peranan murid juga menyumbang kepada
faktor berlakunya kes buli dalam bilik darjah. Bagi mereka yang mempunyai tahap
pencapaian yang sederhana ataupun lemah, sekolah yang mementingkan
pencapaian dan tegas mengamalkan konsep ganjaran hanya kepada yang
mendapat keputusan yang cemerlang hanya suatu organisasi yang tidak
menitikberat terhadap mereka.Bagi murid-murid ini, sekolah hanya suatu tempat
untuk mencapai matlamat masing-masing dan mereka adalah kelompok yang
dipinggirkan.Oleh itu, perbuatan mengusik, mengganggu, membuli rakan dalam bilik
darjah sekadar ingin menunjukkan perasaan tidak puas hati mereka.
Selain itu, masalah buli kadangkala berpunca daripada cara asuhan serta
latar belakang murid. Sesetengah ibu bapa jarang menunjukkan kasih sayang
misalnya tidak mengambil berat keadaan mahupun psikologi anak mereka.Konflik
dalam keluarga atau penceraian ibubapa kemungkinan menjejaskan kestabilan
emosi murid jika konflik ini tidak diurus dengan baik. Perasaan kecewa, dipinggir,
kerisauan yang lama terpendam dalam sanubari murid akan dibawa ke dalam bilik
darjah secara langsung murid melepaskan tekanan mereka dengan membuli murid
yang lain.
Boleh dikatakan semua sekolah melarang perbuatan buli. Menyedari hakikat
ini, pengurusan masalah disiplin di dalam bilik darjah merupakan agenda penting dan
tidak boleh dipisahkan daripada aktiviti pembelajaran dan pembelajaran. Guru
sepatutnya menitikberatkan masalah yang timbul dan langkah penyelesaian haruslah
dirangka supaya kejadian ini tidak terus mengganggu pembelajaran murid-murid.
Menangani masalah disiplin merupakan sasuatu tindakan yang diambil ke atas
kesalahan yang telah dilakukan, namun sebarang bentuk proses atau tindakan yang

diambil perlu memanfaatkan murid dan menyedarkannya tentang kesilapan yang


dibuat.
Terdapat strategi-strategi tertentu yang boleh diaplikasikan oleh guru dalam
membendung dan menangani kes buli di dalam bilik darjah.Menurut Model
Pengurusan Kelompok Kounin, pengurusan disiplin bilik darjah bergantung kepada
pengawasan dan penyeliaan yang teliti guru terhadap aktiviti-aktiviti di dalam bilik
darjah.Dalam hal ini, guru harus mampu menangani lebih daripada satu situasi
dengan serentak. Contoh arahan yang dibagi oleh guru yang berupaya mengurus
pelbagai situasi secara serentak ialah, Abu berhenti mengusik Ali dan mendengar
apa yang dibaca oleh rakan, Bakar teruskan membaca konteks yang seterusnya.
Menurut kajian Kounin, teguran yang diberi terhadap seseorang murid yang
melakukan salah laku akan memberi Kesan Gelombang (Ripple Effect) kepada
murid-murid yang lain di dalam bilik darjah tersebut. Misalnya, guru memberi teguran
yang jelas menyatakan tingkah laku yang perlu diubah kepada murid yang
bermasalah, pada masa yang sama murid lain akan mengambil ikhtibar daripada
tindakan tersebut.Secara implisit, murid-murid dapat menerima mesaj cara
pengurusan guru mereka di dalam bilik darjah.
Prinsip peneguhan negatif seperti yang dinyatakan dalam model modifikasi
tingkah laku B.F.Skinner juga boleh dijadikan sebagai salah satu pendekatan untuk
menangani masalah buli. Pendekatan ini menjurus kepada penggunaan elemenelemen luar untuk mempengaruhi tingkah laku murid.
Dalam peneguhan negatif, katakan ketika guru sedang mengajar di hadapan
dan murid asyik mengusik rakan dengan menconteng buku teks rakan. Oleh itu, guru
bertindak merampaskan pensel dan kotak pensel supaya murid tersebut dapat
menumpu

perhatian

kembali

kepada

pengajaran.Pensel

dan

kotak

pensel

merupakan rangsangan yang tidak diingini. Guru mengaplikasikan peneguhan


negatif dengan mengeluarkan rangsangan negatif supaya tumpuan murid dapat
ditarik kembali kepada pengajaran guru.
Menurut Rudolf Dreikurs dalam Model Akibat Logikalnya, beliau telah
menyatakan murid perlu belajar daripada akibat yang diterima dan perlu faham
dendaan yang diberi adalah akibat daripada salah laku yang ditunjukkan. Sebagai
contoh, seorang murid cuba mendapat perhatian daripada guru dengan mengganggu
rakan di sebelah, sekiranya perhatian yang salah diberikan kepada perbuatan negatif
ini, kemungkinan besar perbuatan yang salah itu diulangi.

Murid yang membuli rakan sebelahnya dengan mengusik dan menendang


kerusi serta membaling buku teks rakan dikenakan dendaan time out .Apabila
membuat kesalahan, dia akan diminta ke satu tempat atau sudut bilik darjah dalam
tempoh

masa

tertentu

bagi

muhasabah

diri

kesalahan

yang

telah

dilakukan.Sebenarnya kaedah ini bertujuan untuk mendidik murid agar insaf dan
enggan mengulangi kesalahan yang mereka lakukan kerana perlu berada di sudut
renungan tanpa boleh membuat perkara yang lain.
Guru harus membimbing murid untuk mengetahui motif murid membuli dan
didenda akibat daripada salah laku yang ditunjukkan.Melalui hukuman ini, murid
tersebut harus mendapat iktibar daripada akibat yang diterima dan mengubah
tingkah laku mereka kepada bentuk yang diingini dan dapat memberi manfaat
kepada mereka seperti mendapat perhatian daripada guru.
Canter menerangkan Disiplin Asertif sebagai pendekatan di mana guru
mengendalikan bilik darjah dengan berinteraksi secara tenang, serius dan konsisten.
Canter juga menekan tentang hak guru dan murid dalam pengurusan bilik darjah,
iaitu hak murid untuk belajar dan hak guru untuk mengajar tanpa gangguan.Lantaran
itu, guru boleh mengamalkan peraturan tingkah laku yang jelas di dalam bilik darjah.
Apabila murid-murid mematuhi peraturan, guru memberi peneguhan positif seperti
pujian dan ganjaran, sebaliknya memberi dendaan dan hukuman.
Menurut Canter, seseorang guru akan gagal melahirkan iklim bilik darjah
yang sihat dan mesra sekiranya guru tidak mengambil sebarang tindakan ke atas
tingkah

laku

yang

mengganggu

kelancaran

sesi

pengajaran

dan

pembelajaran.Canter telah mencadangkan guru supaya menghasilkan sebuah


hierarki disiplin berdasarkan pembetulan yang dikenakan. Misalnya memberi amaran
kepada murid yang membuli rakan bersebelahan pada kali pertama.Ali, peraturan
kita ialah JANGAN GANGGU RAKAN. Ini ialah amaran daripada saya.
Pada kali kedua dan ketiga murid tersebut membuat kesalahan, guru
menyatakan lagi peraturan dan ditambah lagi dengan dendaan time out. Pada kali
keempat Ali mengganggu rakan, dia diarah menelefon ibu bapanya dan memberitahu
ibu bapanya tentang salah laku yang dibuat.Kali kelima Ali mengganggu rakan, dia
diarah berjumpa dengan Guru Besar. Jika perbuatan Ali semakin agresif seperti
menumbuk rakan, dia dihantar untuk berjumpa dengan Guru Besar dengan kadar
segera.Dalam konteks ini, setiap tindakan pembetulan dalam hierarki akan menjadi
semakin serius daripada sebelumnya.

Kesimpulannya, pengurusan bilik darjah yang berkesan perlu mempunyai


asas pengurusan disiplin yang kukuh. Oleh itu, guru seyogia mengambil inisiatif
merancang bentuk pengurusan disiplin bilik darjah yang sesuai dengan persekitaran
bilik darjah masing-masing.Dalam hal ini, guru perlu bijak menilai dan membuat
pertimbangan yang menjurus kepada situasi yang dihadapi. Memandangkan bilik
darjah merupakan tempat yang mampu melahirkan modal insan yang berkualiti
selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, guru haruslah
memainkan peranan sebaik mungkin bagi menghasil bilik darjah harmonis demi
perlaksanaan

pengajaran

dan

pembelajaran

memberangsangkan serta mencapai objektif.

menjadi

lancar

dan

Anda mungkin juga menyukai