Anda di halaman 1dari 2

Kitar semula

Kitar semula ialah satu proses melibatkan 3R iaitu educe, Reuse dan Recycle
(kurangkan, guna semula dan kitar semula) ke atas barangan yang boleh dikitar
semula seperti kertas, aluminium, barangan kaca, plastic dan lain-lain. Program ini
juga bertujuan menjimatkan kos dan sumber alam yang semakin berkurangan. Oleh
itu, masyarakat haruslah mmenyokong program ini dan kitar semula bahan
buangan mendatangkan pelbagai kebaikan kepada masyarakat dan negara.

Sebenarnya, kitar semula bahan buangan dilaksanakan kerana penambahan


sampah-sarap setiap hari oleh pengguna. Program ini dapat mengurangkan jumlah
sampah yang dibuang, secara tidak langsung kitar semula dapat membantu
mengatasi masalah pencemaran yang hebat diperkatakan kini.Program kitar semula
juga berupaya menangani masalah kekurangan kawasan pelupusan sampah yang
sememangnya semakin sukar disediakan oleh Majlis Perbandaran atau Dewan
Bandaraya. Situasi ini dapat mencegah perebakan pelbagai jenis penyakit oleh lalat
atau nyamuk. Justeru, program ini juga dapat menjamin kesihatan masyarakat.

Antara barang yang menjadi pilihan program kitar semula ialah barangan kertas.
Ramai orang tidak sedar bahawa kita sebenarnya membuang sumber alam yang
amat bernilai. Maka, program ini dapat menyelamatkan pokok-pokok di dalam hutan
yang semakin hari semakin pupus, sebagaimana yang kita ketahui pokok balak di
hutan merupakan input penting dalam industri penghasilan kertas. Contohnya,
untuk menghasilkan satu tan kertas, sebanyak 17 batang pokok terpaksa ditebang.
Kertas yang dikitar semula juga dapat menurunkan kos barangan kertas. Akhirnya,
sudah tentu menguntungkan pengguna.

Selain barangan kertas, tin-tin aluminium juga boleh dikitar semula. Ini dapat
mengatasi masalah pengusutan logam besi atau bijih timah di negara kita. Secara
tidak langsung dapat meneruskan proses pengeluar tin-tin contohnya untuk
minuman ringan. Oleh itu, kitar semula ini juga dapat mengurangkan kos yang
harus penguasa tanggung dan akhirnya sudah tentu harga kepada pengguna juga

dapat dikurangkan. Kesinambungan ini juga dapat menyumbang peluang pekerjaan


kepada mesyarakat.

Kesimpulannya, pihak masyarakat haruslah menyahut seruan murni kerajaan ini.


Setiap wang yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk kempen ini tidak dibazirkan.
ikir dahulu sebelum buang ......(gunakan ayat sendiri)