Anda di halaman 1dari 5

Jenis Kemahiran Berfikir

- pelbagai jenis kemahiran berfikir


analitikal, logikal, kritikal, objektif, sistematik, pragmatik, positif, negatif,
konstruktif, proaktif, projektif, kreatif, perspektif, lateral, emotif dsb.
- secara amnya KB dibahagikan kepada 2 domain utama:
o
o

KB secara kritis
KB secara kreatif
KB secara kritis = " kecekapan dan keupayaan menggunakan minda
untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meneliti
kebernasan, kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah dan membuat
pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang
munasabah "
contoh KB kritis :

o
o

banding beza
membuat kategori

teliti bahagian kecil dan keseluruhan

membuat sekuens

menerang sebab

membuat ramalan

usul periksa andaian

membuat inferens

mengesahkan sumber maklumat

KB secara kreatif = " kecekapan atau keupayaan menggunakan minda


untuk menerokai pelbagai kemungkinan menggunakan minda untuk
menerokai pelbagai kemungkinan menghasilkan sesuatu yang baru, asli
dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan "
contoh KB kreatif :

o
o

menjana dan menghasilkan idea yang pelbagai


mencipta analogi

mencipta metafora

- kemahiran-kemahiran lain:
o
o

kemahiran membuat keputusan


kemahiran menyelesaikan masalah

Jenis Bahan Yang Digunakan

- Bahan merupakan rangsangan yang digunakan untuk melatih /mewujudkan suasana


berfikir dikalangan pelajar
- Bahan boleh berbentuk :
i. Prosa - cerita, cerpen, rencana, berita
ii. Puisi - pantun, syair, sajak, lirik lagu
iii. Grafik - gambar, rajah, graf, kartun
- Semua bahan tersebut boleh dibahagikan kepada 4 kategori:
i. Bahan seronok - menggalakkan pelajar menggunakan banyak daya
imaginasi yang memerlukan pelajar membuat ramalan yang berbagaibagai
" bagaimana jari anda ada 5 "
ii. Bahan asing - bahan yang berlaku tetapi di luar pengalaman
remaja/pelajar. Bahan ini datang dari dunia orang dewasa.
" Bagaimana cara nak menyekat pemuda yang menunggang
motor dengan laju "
iii. Bahan persekitaran - bahan datang dari dunia remaja yang mereka
alami dan gemari.
" Kamu tahu kawan kamu mengambil makanan dari kantin
tanpa membayarnya. Apa yang kamu akan lakukan ? "

iv. Bahan berat - Bahan yang mempunyai implikasi serius pada kehidupan
remaja.
" Kamu ingin masuk kumpulan rock, tapi ibubapa kamu
menentang. Apa yang patut kamu buat ? "

- Bahan ini hendaklah digunakan mengikut tujuan/objektif, isi pelajaran serta KB yang
hendak diajar

Bagaimana KBKK Diajar

- KBKK bukan satu mata pelajaran khusus ( Dr. De Bono merancang satu sukatan khas
untuk KBKK )
- Ia diajar secara penyebatian
- Penyebatian = strategi pengajaran yang menyepadukan kemahiran berfikir ke dalam
mata pelajaran yang diajar.
- 2 kaedah penyebatian :
i. Penyebatian sepenuhnya : KBKK disepadukan secara menyeluruh
dalam setiap langkah pengajaran yang dikenalpasti. Terdapat 2 cara :
a) kenalpasti tajuk/isi pelajaran dan bahan seterusnya
tentukan KBKK
b) kenalpasti KBKK dan tentukan isi pelajaran yang sesuai
serta bahan
ii. Penyebatian separa : strategi pengajaran yang menyepadukan
sebahagian daripada unsur KBKK dalam langkah-langkah pengajaran
yang sesuai
- unsur KBKK hanya disepadukan dalam langkah-langkah
tertentu sahaja mengikut keperluan dan kesesuian
- penyebatian separa biasanya setelah pelajar telah
mengikut penyebatian sepenuhnya dalam pembelajaran
yang lepas.

- Proses berfikir berlaku dalam dua tahap :


i. apabila minda membuat persepsi
ii. dengan persepsi, minda melakukan pemprosesan logikal
- mengajar berfikir juga beerti mengajar pelajar membuat persepsi, i.e menajam dan
mendalamkan daya persepsi
- kemahiran berfikir berbeza dengan kemahiran membuat
- KB hanya melibatkan pen dan kertas sahaja, walaupun dalam kemahiran
reka cipta
- apa yang penting ialah proses berfikir untuk mengeluarkan sesuatu idea,
yang kemudiannya diwakilkan dalam bentuk lukisan
- reka cipta :
- konkrit - teknikal spt membina sesuatu model
- abstrak - spt merancang/merangka strategi, taktik

Ciri-Ciri Pemikir Yang Bijak/Baik

cekal melaksanakan tugas


mendengar secara aktif/pendengar yang baik

bekerjasama dengan orang lain

jujur dan terbuka ( menerima pandangan orang lain )

peka dengan fikiran sendiri serta dapat menjelaskan langkah-langkah dan


sekuen yang digunakan

mahir dalam menyoal

dapat mengubahsuai konsep dan kemahiran dalam pelbagai situasi yang


berlainan

sifat ingin tahu dan inisiatif yang tinggi

kesediaan mengambil risiko dan cabaran