Anda di halaman 1dari 4

PENERBITAN BIL.

(08)

FEBRUARI 2012

Rasulullah saw
Kekasih
Teragung..
Kenapa Perlu Mencintai Nabi saw?
1. Untuk kesempurnaan dan kemanisan iman.
2. Manifestasi atau bukti cinta kepada Allah.
3. Melahirkan syukur kepada Allah.
4. Untuk mengharapkan syafaat Nabi saw.

Mutiara Hadis

Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah


saw bersabda, Orang yang
berselawat ke atas aku sekali, Allah
berselawat ke atasnya 10 kali.

5. Untuk bersama dengan Nabi saw di syurga.

(Riwayat Muslim)

6. Untuk mengelak kemurkaan Allah.

Indahnya Rupa Fizikal Rasulullah saw


Dari Jabir bin Samurah ra berkata:
Aku melihat Rasulullah saw pada suatu malam yang diterangi bulan purnama. Pada waktu itu, Baginda
memakai pakaian berwarna merah. Aku memandang Baginda dan bulan silih berganti. Bagiku, Baginda
lebih indah daripada bulan purnama (Riwayat At-Tirmizi).
Ali bin Abi Talib ra bercerita tentang sifat Rasulullah saw:
"Rasulullah tidak terlalu tinggi dan tidak juga terlalu pendek. Baginda bertubuh sederhana dalam
kalangan kaumnya. Rambutnya tidak kerinting bergulung dan tidak juga lurus kaku, melainkan ikal
beralun. Badannya tidak gemuk, bentuk wajahnya tidak bulat, tetapi bujur telur. Kulitnya putih kemerah
-merahan. Matanya hitam pekat dan bulu matanya lentik. Tulang sendinya gagah, bahunya bidang.
Badannya bersih daripada bulu dan rambut, tetapi mempunyai bulu yang memanjang dari dada sampai
pusat. Telapak tangan dan kakinya terasa tebal. Apabila Rasulullah berjalan, pergerakannya kelihatan
tegap (kakinya diangkat dengan kekuatan), seolah-olah Baginda sedang turun dari tempat yang tinggi.
Apabila Baginda berpaling, kedua-dua bahunya berpaling serentak (seluruh badannya turut berpaling).
Di antara kedua-dua bahunya, terdapat khatamun-nubuwwah, iaitu tanda kenabian Nabi. Rasulullah merupakan seorang manusia yang hatinya paling pemurah. Baginda adalah orang yang kata-katanya paling
jujur. Manusia yang perangainya paling lembut dan paling ramah dalam pergaulan. Sesiapa yang melihatnya buat kali pertama, pasti akan menaruh rasa hormat dan segan kepadanya. Sesiapa yang berkenalan dengan Baginda tentu nanti akan mencintainya. Orang yang menceritakan sifat Rasulullah, tentunya akan berkata Belum pernah aku melihat seseorang yang setanding dengannya, sama ada sebelum kelahirannya atau pun sesudah Baginda meninggal dunia (Riwayat At-Tirmizi).
Sumber: Majalah Anis, Bil 162, Februari 2011. Terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd dan www.muzir.wordpress.com.

B il. ( 08), Fe b r uar i 2012

Tips Berkasih Sayang kerana Allah


Menurut Rasulullah saw
Sentiasa membaca zikir atau doa pada akhir solat sebagaimana
dinyatakan oleh Rasulullah saw kepada Muaz bin Jabal ra,
Sesungguhnya Rasulullah saw memegang tangannya (Muaz bin Jabal
ra) dan lantas berkata, Wahai Muaz, sesungguhnya aku menyayangimu
dan aku berpesan kepadamu wahai Muaz: Jangan sekali-kali engkau
lupakan/tinggalkan pada tiap-tiap lepas solat, engkau berkata, Ya
Allah, tolonglah aku mengingatiMu, bersyukur padaMu dan
mengindahkan ibadatku kepadaMu.
Andainya kita menyukai atau menyayangi seseorang kerana Allah
maka ceritakanlah kepadanya bahawa kita mengasihi dan menyukainya
kerana Allah.
Sentiasalah memberi/mengucapkan salam kepada sesama Islam sama
ada kita kenal atau tidak.

Ziarah-menziarahi kerana Allah bukan kerana faktor atau sebab lain.

Selalu menziarahi orang sakit.

Laksanakan apa jua perintah Rasulullah saw seperti solat berjemaah,


menjaga adab percakapan, membaca al-Quran pada waktu fajar dan
menolong orang dalam kesusahan.
Sentiasa mendoakan seseorang dalam keadaan mereka tidak
mengetahui bahawa kita mendoakan mereka.

Kasihi dan cintai orang-orang Ansar dan orang-orang soleh.

Berkawanlah dengan orang-orang beriman.


Sumber: Majalah Anis, Bil 162, Februari 2011.Terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd.

Mari
Mengenal
Khalifah
Islam

Item

Khulafah arRasyidin

Khalifah
Umaiyyah

Khalifah
Abbasiyah

Khalifah

Tempat

Madinah

Syria (kota
Damaskus)

Baghdad,
Iraq

Turki

Tempoh
Jumlah

30 tahun
4 khalifah

89 tahun
14 khalifah

446 tahun
55 khalifah

404 tahun
30 khalifah

Khalifah

Abu Bakar as-Siddiq


ra
Umar bin Khatab ra
Uthman bin Affan ra
Ali bin Abi Thalib ra

Uthmaniyah

Khalifah pertama
Muawiyyah
bin Abi
Sufiyan
Marwan bin
Muhammad

Abu alSalim I
Abbas alSafaah
Khalifah terakhir
Al-Mutawakil
Ala al-Allah

Abdul Majid II

Sumber: Ahmad Sarwat, Lc, www.eramuslim.com.

B il. ( 08), Fe b r uar i 2012

Kurniaan Allah kepada Rasulullah saw


1. Diberi kelapangan dada
Pendapat yang sahih ialah Allah mengurniakan kelapangan dan keluasan sehingga Rasulullah saw dapat
hidup selesa. Kelapangan di langit dan di bumi kerana kurniaan iman, hikmah, yakin dan cahaya
hidayah.
Bukankah Kami melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan
hidayah petunjuk)? (Al-Insyirah:1).
2. Diangkat sebutannya seiringan dengan nama Allah
Qatadah mengatakan: Allah meninggikan sebutan beliau di dunia dan di akhirat. Tidak ada seorang
khatib, orang yang mengucapkan syahadah dan juga orang yang mengerjakan solat melainkan
menyebut dua kalimah syahadah.
Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan
pelbagai kemuliaan)? (Al-Insyirah: 4).
3. Pemeliharaan Allah terhadap Rasulullah saw
Pemeliharaan Allah di sini ditafsirkan juga dengan Selamat daripada melakukan maksiat, seperti kata
Ibnu al-Jauzi dalam Zad al-Masir fiIimi al-Tafsir.
Dan Allah jualah akan memeliharamu daripada (kejahatan) manusia (Al-Maidah: 67).
4. Kurniaan kemenangan dan pembukaan kepada Rasulullah saw
Al-Mawardi dalam tafsirnya, al-Nukat wa al-Uyun, menyebut dua pendapat:

Sesungguhnya Kami ajarkan kamu ilmu yang nyata dan kami turunkan kepadamu Al-Quran dan
perintahkan dalam urusan agama.

Kami putuskan bagimu hukuman dan balasan yang amat nyata dengan cara membuka untukmu
negeri-negeri di dunia.

Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan
yang jelas nyata (Al-Fath:1).
5. Mempunyai akhlak yang agung
Syeikh Tahir Ibn Asyur dalam tafsirnya al-Tahrir wa-Tanwir, Sebagaimana Allah menjadikan Rasulullah
saw di atas akhlak yang agung, dia juga menjadikan syariatnya supaya membawa manusia dengan
akhlak yang agung dalam kemuncak ketaatan.
Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia (al-Qalam: 4).
6. Sebagai pembawa rahmat kepada sekalian alam
Dr Aid al-Qarni dalam bukunya, Rahmatan li al-Alamin menyebut beberapa tafsiran, antaranya:Baginda
seorang manusia utusan Allah. Baginda datang membela nasib umat yang lemah, tertindas, terbelakang
dan terpenjara dengan pelbagai kezaliman. Baginda datang untuk mengangkat maruah mereka sehingga
setaraf dengan bangsa lain. Baginda membina satu tamadun baru di antara sekalian tamadun yang sedia
ada dan ia menjadi tamadun yang paling tinggi nilainya.
Dan tiadalah kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi
sekalian alam (Al-Anbia: 107).
7. Dikurniakan beberapa kelebihan lain
Daripada hadis Huzaifah: Dilebihkan kami atas semua manusia dengan tiga perkara. Dijadikan saf-saf
kami seperti saf malaikat (Riwayat Muslim).
Daripada Abu Hurairah ra: Dilebihkanku atas sekalian nabi dengan enam, diampunkan dosaku yang
terdahulu dan kemudian dijadikan umatku sebaik-baik umat, diberikan aku telaga al-kauthar, sahabatmu
adalah pembawa bendera kepujian pada hari khiamat, di bawahnya Adam dan kesemuanya (Riwayat Al
-Bazzar).
Sumber: Rasulullah saw-Sifat, Akhlak dan Cinta kepadanya. Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Majalah Anis. Bil 162, Februari 2011. Terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd.

Sunnah Rasulullah saw Ketika Makan


Cara makan, kenapa kita menggunakan tangan?
Mengikut cara Rasulullah saw, sebelum baginda makan, baginda
akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya lalu
menghisap garam itu. Kemudian baru Rasulullah saw makan
makanan tersebut. Garam merupakan sumber mineral daripada
tanah yang diperlukan oleh badan manusia. Dua cecah garam dari
jari adalah bersamaan dengan satu liter air mineral. Oleh kerana
manusia berasal daripada tanah, lumrahnya bahan yang berasal
daripada bumi (tanah) ini yang paling berkhasiat untuk manusia.
Selain sebagai sumber mineral, garam juga merupakan penawar
yang paling mujarab bagi keracunan. Menurut doktor perubatan di
hospital, rawatan terawal bagi pesakit adalah dengan memberikan
sodium chloride, iaitu garam. Garam juga dapat menghalang sihir
dan makhluk halus yang menggangu manusia.
Cara Rasulullah saw mengunyah
Rasulullah saw mengunyah sebanyak 40 kali bagi membiarkan
makanan itu betul-betul lumat agar perut kita mudah memproses
makanan itu.
Membaca Bismillah
Membaca Bismillah sebelum makan adalah bagi mengelakkan
penyakit. Ini kerana bakteria dan racun telah membuat perjanjian
dengan Allah, apabila Bismillah dibaca, bakteria dan racun itu
musnah daripada sumber makanan itu.
Sumber: Amalan 24 jam dalam Kehidupan Rasulullah saw. Zulkarnain Dollah. PTS Islamika Sdn Bhd.

Belum Menjadi Ahli PKKIM?


Nikmati Keistimewaan Sebagai Ahli PKKIM

Sumbangan Kematian PKKIM (SKEP) jika berlaku


kematian kepada
ahli sebanyak RM 300
manakala ahli keluarga sebanyak RM 150.

Sumbangan Perkahwinan (RM 300/RM


tertakluk kepada kedudukan kewangan.

Sumbangan ihsan daripada PKKIM sekiranya


berlaku musibah (kebakaran dan lain-lain)
sebanyak RM 150 bagi ahli dan RM 100 bagi
bukan ahli (tertakluk kepada case by case basis).

Menyertai aktiviti PKKIM/program korban/


aqiqah melalui potongan gaji.

Potongan/diskaun kepada ahli apabila


PKKIM menganjurkan seminar/kursus.

Boleh
menyumbang
kepada
tabung
masjid/surau melalui potongan gaji.

200)

Bagi mendapatkan
borang, sila layari
intranet.

Risalah ini diterbit dan diedarkan oleh Biro Dakwah dan Penerbitan, PKKIM Sesi 2010/2012

maklumat lanjut dan


laman web PKKIM di

Anda mungkin juga menyukai