Anda di halaman 1dari 3

3.

2 Kedudukan Frasa Sendi Nama dalam Ayat


Frasa sendi nama boleh hadir sebagai predikat dalam pola ayat dasar Bahasa
Melayu dan sebagai unsur keterangan dalam ayat-ayat yang lain.
3.2.1 Predikat Frasa Sendi Nama
Predikat frasa sendi nama ialah konstituen yang hadir selepas subjek dalam ayat
yang mempunyai susunan yang biasa. Contohnya :

35.
Pelajar merupakan elemen atau aset penting untuk dalam negara dan
bakal menjadi pemimpin negara pada masa hadapan

3.2.2 Frasa Sendi Nama Sebagai Keterangan


Frasa sendi nama boleh wujud sebagai unsur keterangan kepada frasa kerja,
frasa adjektif, dan frasa nama.
(i) Frasa sendi nama keterangan frasa kerja.
Frasa sendi nama jenis ini boleh mendukung beberapa makna, antaranya
keterangan masa, tempat, bandingan, tujuan, hal, penyertaan, dan alat.
Contohnya :
36.

Tiada seorang individu pun yang mempunyai semua ciri-ciri kesihatan


mental yang baik pada setiap masa. (masa)

37.

Kesihatan mental adalah ekspresi emosi dan melambangkan keupayaan


untuk menyesuaikan diri dalam pelbagai tekanan dan tuntukan hidup.
(hal)

(ii) Frasa sendi nama keterangan frasa adjektif


Frasa ini mendukung makna lain, seperti makna keterangan, bandingan, hal,
masa, dan tujuan. Contohnya :
38.

Sebenarnya, punca utama wujudnya amalan ponteng sekolah adalah


bermula oleh masalah keluarga seseorang pelajar itu sendiri.
(keterangan)

39.

Kebanyakan mi segera digoreng dalam proses pembuatannya. (hal)

(iii) Frasa sendi nama keterangan frasa nama


Frasa sendi nama yang menjadi unsur keterangan bagi frasa nama dapat, antara
lain, mendukung makna keterangan, tempat, pembuat, sumber, masa, asal, dan
tujuan. Contohnya:
40.

Masalah disiplin di sekolah kini telah menjadi lebih kompleks dengan


kewujudan kes pelajar yang terlibat dalam aktiviti pemujaan serta ajaran
sesat yang dikenali Black Metal. (tempat)


3.3 Penggunaan Kata Sendi Nama Secara Umum
Dalam penggunaan sesuatu frasa sendi nama dalam ayat, dua kata sendi nama
yang serupa boleh digabungkan dalam bentuk setara dengan menggunakan kata
hubung seperti dan, atau, tetapi. Namun, dalam penggabungan frasa sendi
nama yang menggunakan kata hubung tetapi, kata nafi bukan harus digunakan
sebelum kata sendi nama yang pertama.

43.
Segala tindak-tanduk anak-anak mereka di luar rumah dan di sekolah
tidak diambil berat

Binaan frasa sendi nama yang menggunakan frasa nama dengan bentuk semempunyai peraturan seperti yang berikut. Binaan yang sedemikian yang
menggunakan kata sendi nama dari dan ke tidak membenarkan pengguguran
bentuk se- secara berasingan. Sekiranya pengguguran se- dilakukan pada satu
bahagian frasa sendi nama, maka pengguguran bentuk yang sama hendaklah
dilakukan juga pada frasa nama yang kedua untuk keseimbangan. Contohnya :

49.

(a) Penyakit mental telah menjadi semakin bertambah dan terdapat


peningkatan dari tahun ke tahun.

(b) *Penyakit mental telah menjadi semakin bertambah dan terdapat


peningkatan dari tahun ke setahun.

Anda mungkin juga menyukai