Anda di halaman 1dari 14

Pertelingkahan tentang Telaga Minyak di Sempadan Iraq dan Iran

Pertelingkahan tentang telaga minyak yang berlaku di sempadan Iraq dan


Iran baru-baru ini telah menarik perhatian ramai. Walau bagaimanapun,
kedua-dua negara tersebut telah mengadakan beberapa perbincangan di
peringkat diplomatik. Sekarang, tentera Iran telah pun berundur dari telaga
minyak yang dipertikaikan itu. Pegawai dari kedua-dua negara itu
menyatakan harapan untuk menyelesaikan perselisihan tentang isu
pemilikan telaga minyak tersebut melalui saluran diplomatik.
Media Iraq melaporkan bahawa, tentera Iran telah melintasi sempadan
kedua-dua negara itu 18 Disember, kemudian, menduduki telaga minyak No.
4 di medan minyak al-Fakkah, provinsi Maysan di tenggara Iraq, dan
menaikkan bendera Iran di situ. Inilah peristiwa buruk yang pertama yang
berlaku antara kedua-dua negara ini selepas Saddam Houssein digulingkan
pada tahun 2003.
Iran dan Iraq telah mengadakan perbincangan tentang peristiwa tersebut
beberapa hari ini. Menteri Luar Iran, Manouchehr Mottaki telah menghubungi
rakan sejawatnya dari Iraq, Hoshyar Zebari melalui telefon kelmarin. Mereka
menyatakan bahawa sebuah suruhanjaya bersama perlu dibentuk supaya
perselisihan tersebut dapat dibincangkan, dan salah faham tentang
pertahanan sempadan antara kedua-dua negara dapat dibetulkan. Mereka
menegaskan bahawa mereka akan terus mengadakan dialog dan
perbincangan untuk melindungi kepentingan masing-masing dan mengelak
daripada dihasut oleh kuasa atau pihak yang lain.
Tentera Iran dimaklumkan sudah berundur dari telaga minyak yang
dipertikaikan itu, dan sudah menurunkan bendera mereka. Manakala, pekerja
Iraq sudah kembali semula ke telaga minyak tersebut.
Iran dan Iraq mempunyai sempadan darat sepanjang 1200 kilometer. Konflik
bersenjata telah tercetus antara kedua-dua negara tersebut kerana
percanggahan etnik, perselisihan faham puak agama, dan pertikaian
sempadan wilayah. Peperangan yang berlarutan selama 8 tahun telah
tercetus antara Iran dan Iraq pada tahun 1980. Akan tetapi, hubungan antara
kedua-dua negara tersebut bertambah baik selepas Saddam Houssein
digulingkan. Beberapa tahun terakhir ini, lawatan dan lawatan balas
peringkat tinggi antara kedua-dua negara terus meningkat. Namun, keduadua negara ini tetap mempunyai perselisihan tentang sempadan dan
pembahagian wilayah.
Provinsi Khuzestan, Iran yang berjiran dengan provinsi Maysan, Iraq
merupakan kawasan pengeluar minyak yang paling utama bagi Iran, ia
digelar "jantung minyak". Kebanyakan penduduk Khuzestan ialah orang Arab.
1

Salah satu sebabnya Saddam Houssein melancarkan perang terhadap Iran


pada tahun 1980 adalah untuk memperoleh kawasan yang disebutnya
"Arabistan" ini. Khuzestan merupakan kawasan tempat berlakunya
pertempuran yang paling banyak antara Iran dengan Iraq.
Manakala provinsi Maysan juga merupakan kawasan pengeluar minyak yang
penting bagi Iraq. Medan minyak al-Fakkah di provinsi Maysan merupakan
salah satu medan minyak yang paling besar bagi Iraq, dengan jumlah
pengeluaran 10,000 tong sehari. Kerajaan Iraq menegaskan bahawa telaga
minyak No. 4 yang diduduki oleh Iran itu jaraknya 300 meter dari sempadan
Iran, maka ia merupakan bahagian medan minyak al-Fakkah. Namun, Iran
mendakwa bahawa telaga minyak tersebut terletak di wilayah Iran. Dalam
peta Iran edisi baru, al-Fakkah ditanda sebagai terletak di wilayah Iran.
Sekarang, kedua-dua pihak menarik keluar minyak dari kawasan tersebut.
Pegawai kedua-dua negara mengakui bahawa mereka mempunyai pertikaian
dalam isu pemilikan "telaga minyak No. 4".
Menurut penganalisis, Iran dan Iraq kini merupakan dua buah negara di Asia
Barat yang memberikan kedudukan utama kepada puak Syiah. Dengan itu,
Iran gembira melihat puak Syiah berkuasa di Iraq. Sekarang, hubungan
antara kedua-dua negara agak baik, dan interaksinya lancar. Pertelingkahan
telaga minyak ini dipercayai dapat diselesaikan melalui saluran diplomatik.
Oleh itu, peristiwa ini akan memberikan kesan yang amat kecil terhadap
perkembangan hubungan antara kedua-dua negara.
ARKIB : 12/06/2008

Peranan Yahudi di AS
Oleh MOHAMAD FAISOL KELING
PERSAINGAN calon presiden Amerika Syarikat (AS) antara bintang Demokrat,
Barack Obama dan John McCain dari Republikan membawa harapan kepada
rakyat AS untuk menyaksikan perubahan dalam pelaksanaan dasar-dasar
yang gagal dijayakan oleh Presiden George W. Bush.
Masyarakat dunia turut meletakkan harapan kepada pemimpin yang bakal
menerajui AS ini agar dapat membawa perubahan yang positif bagi
kepentingan global.
Harapan yang lebih besar tentulah kepada dunia Islam dan Asia Barat
khususnya berkaitan dengan konflik yang selama ini mencatatkan kegagalan
demi kegagalan.
Presiden Bush dilihat turut gagal membawa perubahan positif dalam
merungkai dan menyelesaikan konflik Palestin-Israel seperti mana presidenpresiden yang terdahulu.

Di sini timbul persoalan mengenai nasib dan masa depan konflik yang
berlanjutan hampir 60 tahun itu.
Adakah bakal presiden AS selepas ini mampu menyelesaikan konflik yang
berlaku dan apakah implikasi kepada konflik Israel-Palestin pada masa
depan?
Atau pun konflik Israel-Palestin akan terus melalui situasi sukar seperti mana
kegagalan usaha-usaha penyelesaian dan dasar yang diamalkan oleh
presiden-presiden AS sebelum ini. Kenyataan Obama semasa pertemuan
dengan Jawatankuasa Hal-Ehwal Awam Israel-Amerika (AIPAC) di Washington
memberi petunjuk pertama di mana dan ke mana konflik antara Israel dan
Palestin.
Obama dalam kenyataannya memberi komitmen teguh terhadap
keselamatan Israel dan menegaskan Baitulmuqadis tidak boleh dibahagi dua
dalam perundingan damai Israel-Palestin pada 6 Jun 2008.
Dengan kukuhnya pengaruh para pelobi Yahudi dalam arus politik AS pada
hari ini, pelan damai Israel-Palestin akan mempengaruhi nasib yang memihak
kepada Israel.
Pengaruh Yahudi dalam politik AS adalah sangat besar dan ia dapat dilihat
menerusi kejayaan mereka mempengaruhi dasar luar AS terhadap pelan
damai yang telah dirangka semenjak meletusnya konflik Arab-Israel pada
tahun 1948 sehingga kini.
Bagaimanakah golongan pelobi Yahudi ini dapat mempengaruhi arus politik
dan dasar luar AS terhadap Israel?
Jumlah populasi masyarakat Yahudi di AS dianggarkan lebih kurang 6 juta
orang sahaja daripada hampir 300 juta populasi umum di neagra itu. Namun
golongan ini mempunyai hubungan amat rapat dengan elit-elit politik sama
ada dari pihak Demokrat ataupun Republikan. Golongan ini yang
kebanyakannya mempunyai kedudukan kukuh dalam aspek ekonomi dan
profesional telah menjalinkan hubungan akrab dalam pentadbiran negara
sama ada di peringkat negeri ataupun persekutuan.
PengaruhMalah terdapat para sarjana yang mengaitkan kemunculan
golongan neo-konservatif di AS adalah kerana penglibatan dan pengaruh
puak Yahudi AS.
Penguasaan golongan ini dalam syarikat-syarikat multinasional telah
meletakkan kepentingan golongan Yahudi AS berpengaruh dalam arus
kestabilan sosioekonomi dan politik AS.
Secara langsung ia telah mewujudkan satu bentuk hubungan yang rapat
antara etnik Yahudi dengan masyarakat AS.

Golongan Yahudi turut mengambil pendekatan memperluaskan dan


memperkukuhkan hubungan mereka dengan masyarakat awam AS melalui
gerakan saraf lebih 55 pertubuhan Yahudi di 50 buah negeri di AS.
Golongan itu turut memperluaskan hubungan mereka dengan para elit politik
yang berpotensi tinggi dan bakal terlibat dalam pembuatan dasar AS
termasuk elit-elit politik di pelbagai peringkat sama ada Kongres ataupun
White House.
Hakikatnya pengaruh Yahudi dalam dasar luar AS dapat dilihat menerusi
desakan Yahudi AS terhadap Presiden Franklin Roosevelt (1933-1945) agar
menerima para pelarian Yahudi yang melarikan diri daripada kekejaman
Hitler pada era Perang Dunia Kedua.
Hubungan etnik ini semakin berkembang apabila Presiden Harry S. Truman
(1945-1953) mengambil tindakan untuk menjadikan AS sebagai negara
pertama dunia yang mengiktiraf negara Israel pada tahun 1948.
Perkembangan ini telah meletakkan batu asas keakraban hubungan politik
antara Yahudi dengan masyarakat AS yang ada pada hari ini.
Sejajar dengan penubuhan Israel pada 1948 dan kemunculan nilai
kepentingan rantau Asia Barat dari sudut ekonomi dan politik, hubungan
Yahudi AS dengan elit politik AS semakin berkembang.
Israel diharapkan dapat menjadi mata dan telinga AS bagi 'menjaga'
kepentingan negara itu di Asia Barat. Justeru, kepentingan dan keselamatan
Israel mula menjadi agenda dasar luar AS.
Pengaruh Yahudi dalam proses pembentukan dasar AS dapat dilihat dengan
peristiwa tumbangnya Senator dari Illinois, Charles Percy pada tahun 1984
akibat tindakannya yang menyokong penjualan senjata AS kepada Arab
Saudi.
Penubuhan Jawatankuasa Hal-Ehwal Awam Israel-Amerika adalah bukti
keakraban AS-Israel di mana setiap perancangan dan strategi yang digubal
oleh kedua-dua pihak akan melalui proses perbincangan terperinci.
Dalam perkembangan arus politik AS, AIPAC yang ditubuhkan semenjak
tahun 1953 merupakan destinasi wajib calon-calon presiden AS. Pertemuan
ini tidak hanya melibatkan hanya melibatkan Obama malah calon-calon
presiden yang lain termasuklah John MacCain dan Hillary Clinton.
Pengaruh Yahudi dalam arus politik AS secara langsung meletakkan
kemenangan memihak kepada Israel dalam hal ehwal yang melibatkan
konflik Israel-Palestin.
StrategiGolongan ini bijak mengatur strategi dalam mempengaruhi dasar luar
AS demi melindungi kepentingan Israel di Asia Barat. 'Kelonggaran' terhadap
4

dasar AS yang melibatkan beberapa negara Arab di Asia Barat berdasarkan


nilai dan kepentingan yang besar kepada AS. Kelonggaran yang dimaksudkan
adalah hubungan dan bantuan yang disalurkan oleh AS kepada negara Arab
'dibolehkan' tetapi ia perlulah dalam keadaan yang 'terkawal' dan tidak
mampu mengancam keselamatan serta kestabilan Israel.
Perkembangan kukuhnya pengaruh Yahudi dalam arus politik AS ini
sememangnya telah disedari oleh masyarakat Asia Barat dan dunia global.
Namun apa yang menyedihkan kepercayaan dan keyakinan masih diletakkan
kepada AS sebagai orang tengah dalam menyelesaikan konflik di Asia Barat.
Pelan damai yang dirangka pastinya akan membuahkan kegagalan yang
mana ia akan memihak kepada Israel. Dengan kata lainnya, mana-mana
calon yang akan dilantik sebagai presiden AS sama ada dari Demokrat
ataupun Republikan tetap membayangkan kegagalan dalam penyelesaian
dan usaha damai di Asia Barat khususnya yang melibatkan konflik IsraelPalestin.

Ucapan Parlimen oleh Lim Guan Eng di Parlimen pada hari Isnin, 12
Januari 2009:
Pendirian DAP dalam isu Gaza menolak sebarang tindakan
keganasan
Sejak Israel mengiystiharkan kemerdekaannya kira-kira 60 tahun
lalu, rantau Timur Tengah atau Asia barat tidak pernah sunyi dari
konflik yang mengorbankan banyak nyawa. Permulaan berdarah
pada tahun 1948 berlaku apabila negara-negara Arab telah
menyerang Israel untuk membebaskan bumi Palestin dari taklukan
kumpulan Zionis Israel.
Pada tahun 1948 itu, Jordan mengambil alih Tebing Barat manakala
Mesir pula membawa Gaza di bawah penguasaannya. Namun,
negara-negara Arab tewas dalam peperangan pertama mereka
dengan Israel.
Pada 1967, negara-negara Arab sekali lagi cuba menyerang Israel
tetapi masih gagal. Malah dalam masa enam hari, kuasa
ketenteraan mereka dilumpuhkan oleh serangan balas Israel di
mana Gaza turut ditawan.
Pada 1973, serangan mengejut negara-negara Arab yang dipimpin
oleh Mesir terhadap Israel menggegarkan dunia. Walaupun keduadua pihak mengisytiharkan menang perang, ia membawa kembali
kepada keadaan yang sama pada tahun 1967. Yang pasti, jumlah
nyawa rakyat tidak berdosa yang terkorban telah meningkat.

Gaza dan Tebing Barat telah dijadikan kem untuk melatih gerila
Palestin menyerang kubu-kubu tentera Israel. Rakyat Palestin yang
lain melimpah sebagai pelarian di negara-negara Arab seperti
Lubnan dan Syria.
Sejak itu juga, pemimpin-pemimpin Arab bermain politik demi
kepentingan negara dan ideologi masing-masing. Yang terus
menjadi
mangsa
adalah
rakyat
Palestin.
Pada tahun-tahun 1950-an dan 1960-an, rakyat Palestin dibawa ke
kiri ke arah sosialisme Arab. Setelah ideologi itu gagal
menumpaskan Israel, rakyat Palestin dibawa ke arah agama pula
selepas tahun 1980-an.
Rakyat Palestin sendiri yang sudah kecewa dengan kumpulankumpulan politik dan ideologi telah bangkit sendiri menentang
kekerasan dan keganasan Israel. Bermula dengan gerakan akar
umbi "intifadah" pada 1987, akhirnya ia membawa kepada usaha
damai Oslo pada tahun 1993.
Rangka rancangan damai Oslo tidak memberikan hak milik
sepenuhnya kepada rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat, dan
ini menyebabkan proses itu gagal dilaksanakan. Pada tahun 2000,
tawaran untuk tambahan kawasan hak milik Palestin di Tebing Bara
ditambah tetapi penguasaan politik dan ketenteraan tetap di
tangan Israel. Dalam erti kata yang lain, walaupun negara Palestin
"berdaulat" ia tetap dikuasai oleh Israel.
Keadaan ini sekali lagi membangkitkan intifadah di Palestin.
Munculnya Hamas yang menolak rancangan "dua negara satu
untuk Israel dan satu untuk Palestin" juga membangkitkan
semangat baru di kalangan rakyat Palestin yang sering
dipermainkan oleh kuasa-kuasa besar serta sesetengah negara
Arab sendiri.
Namun, di saat-saat genting untuk mencapai perpaduan,
pertelingkahan sesama parti-parti politik di Palestin terutamanya di
antara Hamas dan Fatah memburukan lagi keadaan di mana dunia
melihat kegagalan dalam mencapai perpaduan Palestin.
Pemimpin PLO Allahyarham Yasser Arafat selama berpuluh tahun
telah membawa perjuangan gerila dan kemudiannya melalui
diplomasi untuk mencapai perdamaian di Timur Tengah, dan
kembali kepada strategi menyerang Israel tidak membawa banyak
perubahan.
Namun, pada awal dekad ini, usaha damai menunjukkan sedikit
hasil. Wujud apa yang dikatakan sebagai Kerajaan Palestin. Tetapi
pertentangan ideologi dan tatacara di antara Fatah, Hamas dan
6

Jihad Islamiah menyebabkan usaha murni itu terbantut.


Pada tahun 2007, Presiden Palestin Mahmoud Abbas dari kumpulan
Fatah telah menyingkirkan Hamas dari kerajaan perpaduan Palestin
untuk menubuhkan Kabinet baru di Tebing Barat berikutan
penguasaan Gaza oleh kumpulan Hamas melalui pilihan raya.
Hamas menang pilihan raya itu di atas slogan enggan mengiktiraf
kewujudan Israel dan enggan meletak senjata dan mahu terus
menyerang Israel. Kedua-dua pihak bukan setakat berperang mulut,
malah benar-benar terbabit dalam perang saudara di Palestin.
Tahun lalu, gencatan senjata semua pihak selama enam bulan
mengurangkan ketegangan di rantau Asia Barat. Namun, Israel
telah menuduh Hamas melancarkan serangan roket ke dalam
negara itu yang menyebabkan orang awam terbunuh.
Bulan lalu, sewaktu umat Islam sedunia bersiap sedia menghadapi
Tahun Baru Ma'al Hijrah, Israel telah melancarkan serangan udara
secara besar-besaran terhadap Gaza.
Saudara kita orang awam di bumi Palestin telah sekali lagi
menjadi mangsa. Serangan udara itu telah mengakibatkan lebih
300 orang terbunuh manakala beratus lagi cedera. Tidak lama
selepas itu, Israel melancarkan pula seangan ketenteraan darat.
Makin banyak nyawa melayang, hampir kesemuanya orang awam
termasuk kanak-kanak.
Saya bagi pihak DAP mengutuk sekeras-kerasnya serangan Israel
terhadap orang awam dan mendesak Israel supaya menghentikan
tindakan ganas serta mencari jalan penyelesaian melalui usaha
damai.
Bagi saya, walau apa pun alasannya atas dasar ketenteraan,
tindakan ganas yang mengorbankan orang awam tidak akan dapat
menyelesaikan masalah politik. Jalan terbaik ialah meneruskan
usaha damai melalui rundingan dan tidak perlu ada pertumpahan
darah ke arah mencapai kedamaian di Timur Tengah.
Saya telah pun meminta Kerajaan Malaysia supaya memanggil Duta
Amerika Syarikat di Malaysia untuk menyampaikan bantahan rakyat
Malaysia terhadap sokongan membuta-tuli Amerika kepada Israel.
Jelas tindakan pengeboman yang tidak berperi kemanusiaan telah
membunuh dan mencederakan orang awam termasuk kanak-kanak
yang tak berdosa. Selain daripada menghentikan sokongan
membabi buta kepada rejim Tel-A-Viv, kerajaan Malaysia harus
mendesak Amerika Syarikat menggunakan pengaruh mengarahkan
Israel menghentikan peperangan dan undur dari bumi Gaza.

Keengganan Amerika Syarikat sebaliknya sikap degil terus bekalkan


senjata peperangan kepada rejim Israel untuk membunuh wanita
dan kanak-kanak menjadikan kerajaan Amerika Syarikat di bawah
pimpinan George Bush sama-sama bersalah dan tidak bertamadun
yang perlu dibaling kasut.
Saya ingin menegaskan bahawa DAP tidak memusuhi rakyat
Amerika Syarikat tetapi hanya kerajaan dan Presidennya George
Bush. Rakyat Amerika Syarikat sendiri pun telah menolak parti
George Bush bila memberikan kemenangan besar kepada Obama
dan parti Demokratnya dalam pilihanraya Presiden tahun lepas. Kita
harap bahawa Obama akan memenuhi aspirasi dunia untuk suatu
dasar luar negara yang seimbang adil dan perikemanusiaan kepada
rakyat Palestin yang terpinggir, terlupa dan terhanyut oleh dunia
antarabangsa selama ini.
Saya juga meminta Kerajaan Malaysia supaya mendesak kerajaan
Amerika Syarikat untuk campur tangan bagi mendapatkan
penyelesaian yang adil dan saksama untuk semua pihak yang
berbalah di bumi Palestin.
Untuk itu, saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan kerana
sudi menerima cadangan parti pembangkang mengadakan sidang
khas di Dewan Rakyat hari ini untuk menyuarakan bantahan rakyat
Malaysia terhadap kekejaman yang berlaku di dumi Palestin.
Pada hari Jumaat yang lalu, Majlis Keselamatan Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu atau PBB telah meluluskan resolusi menggesa
dilaksanakan gencatan senjata secara serta-merta yang mesti
dihormati oleh semua pihak. Resolusi itu juga mendesak Israel
berundur dari Gaza dengan segera.
Saya bagi pihak DAP menyokong penuh Resolusi 1860 itu yang
menggesa diadakan gencatan senjata segera, secara berpanjangan
dan dipatuhi sepenuhnya, dan seterusnya membawa kepada
pengunduran seluruh askar Israel dari Gaza.
Majlis Keselamatan PBB turut menggesa agar diambil langkah untuk
menyekat penyeludupan senjata ke Gaza di samping membenarkan
penghantaran masuk bantuan kemanusiaan untuk 750,000
penduduk di Gaza.
Sebanyak 14 anggota majlis menyokong resolusi berkenaan
manakala Amerika Syarikat bersikap berkecuali. Setakat ini Israel
dan Hamas tidak pula menunjukkan sikap positif terhadap resolusi
itu.
Kita sedar terlalu banyak pihak yang berkepentingan dalam konflik
8

Palestin ini di mana masing-masing mempunyai agenda tersendiri.


Masalah yang saya ingin kemukakan ialah siapa yang benar-benar
memikirkan nasib dan masa depan rakyat Palestin?
Sudah banyak pihak mengemukakan cadangan bagi melaksanakan
proses damai di Palestin dan semuanya tidak dapat bertahan lama.
Namun saya berharap usaha damai perlu diteruskan atas dasar
kemanusiaan.
Saya menyokong usaha PBB untuk mencari penyelesaian terhadap
krisis yang semakin meruncing ini serta memastikan proses
perdamaian jangka panjang demi membela nasib orang awam
tanpa mengira di mana mereka berada.
Sebelum Resolusi 1860 yang menggesa gencatan senjata serta
mendesak Israel keluar dari Gaza, Majlis Keselamatan PBB bulan
lalu telah mengulangi ketetapan untuk menggalakkan usaha
mewujudkan penyelesaian dua-negara bagi menamatkan konflik
Israel-Palestin.
Saya menyokong usaha ini, seperti mana yang dijelaskan oleh
Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon, bahawa keamanan yang
berkekalan hanya boleh diwujudkan atas iltizam semua pihak untuk
saling menghormati dan mengiktiraf kewujudan masing-masing,
bebas dari keganasan dan kekejaman, dan penyelesaian duanegara yang dibina atas janji-janji dan tanggungjawab sebelum ini.
Saya berharap Kerajaan Malaysia juga menyokong penuh usaha
PBB melalui inisiatif "Quarter" bagi Asia Barat, iaitu PBB, Amerika
Syarikat, Rusia dan Kesatuan Eropah (EU) di samping saluransaluran lain yang mana matlamatnya adalah untuk memastikan
wujudkan perdamaian di Timur Tengah serta memastikan tidak ada
lagi nyawa orang awam menjadi korban konflik politik.
Walaupun kita sedar peranan Amerika dalam Quartet ini masih
boleh dipertikaikan kerana terlalu berlembut dengan Israel, saya
berharap setitik nila tidak akan menghancurkan usaha murni
perdamaian.
Quartet ini telah pun menyuarakan iltizam untuk memastikan
wujudnya sebuah negara Palestin yang berdaulat yang berjiran
dengan Israel yang dapat hidup aman dan damai. Apa yang telah
ditetapkan, dan boleh diubah suai mengikut keperluan, adalah
"road map" untuk menamatkan konflik yang kejam dan berdarah
ini.
Walaupun Hamas menolak usaha Quartet, saya berharap kita di
Malaysia tidak akan berputus asa dan terus mencari jalan untuk
9

memujuk Hamas menyertai proses usaha damai yang dapat


memastikan berakhirnya pertumpahan darah serta tidak merugikan
rakyat Palestin.
Saya juga ingin menegaskan bahawa ini bukan isu agama atau
kaum tetapi usaha semua pihak untuk mendapatkan penyelesaian
yang adil tanpa mendiskriminasi sesiapa mengikut agama dan
kaum. Ini adalah soal kemanusiaan sejagat yang harus diselesaikan
bersama tanpa sentimen tertentu.
Pendirian DAP adalah jelas kami menolak sebarang tindakan
keganasan, sama ada dilakukan oleh kumpulan pengganas atau
mana-mana kerajaan. Selagi orang awam menjadi mangsa, selagi
itulah kami menganggapnya tindakan keganasan.
Dengan itu, saya menyeru semua sahabat saya di Dewan yang
mulia ini, agar sama-sama memberi sokongan penuh terhadap usul
ini, sebagai membuktikan iltizam kita sebagai rakyat Malaysia yang
menolak keganasan dan sebaliknya mencintai perdamaian dan
keamanan.

* Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP & Ketua Menteri Pulau
Pinang; Ahli Parlimen Bagan

Potensi Ancaman di kawasan Asia Barat daya


terhadap Yordania
Di lihat dari kapabilitas Negara di kawasan Asia barat daya terdapat
satu Negara yang dianggap dapat mengancam stabilitas keamanan di
kawasan ini, Negara tersebut ialah Israel karena dilihat dari kultur serta
Ideologinya yang berbeda dengan Negara-negara di kawasan tersebut.
Dianggap mengancam keamanan Yordania karena keberadaan Israel dengan
Zionisme nya di kawasan merupakan pemicu suatu konflik bagi Negaranegara arab yang mayoritas Islam yang dimana memiliki keyakinan
tersendiri dengan anti terhadap kaum yahudi khususnya anti zionisme. Hal
ini terbukti dengan terjadinya perang Arab-Israel dalam perang enam hari
pada tahun 1967, yaitu perang antara Israel dengan Mesir, Yordania dan
Syria (suriah). Israel dan Yordania saling berbatasan langsung, dimana
pendudukan yang dilakukan para zionis di wilayah yang diklaim telah lama
dimiliki oleh bangsa Palestine menyebabkan para penjuang Palestine selalu
melawan ketidakadilan serta keberadaan kaum zionisme dikawasan dan
perbatasan yordania karena dianggap telah mengambil hak milik bangsa
Palestin. Tindakan balasan Israel terhadap para pejuang palestina di
perbatasan seringkali mengakibatkan kerugian bagi Yordania.
10

Antarabangsa : Muslihat politik AS mewarnai hubungan Islam-

Kenyataan itu nampaknya benar terutama selepas berakhir Perang


Dingin antara Amerika Syarikat (AS) dan Soviet Union. Barat
bimbang Islam akan menjadi ancaman pasca komunisme. Selepas
keruntuhan ideologi komunis, Barat yang diketuai AS melihat Islam
bukan saja sebagai saingan, malah juga sebagai musuh yang
mesti dihapuskan. Persepsi buruk ini menimbulkan apa yang
dinamakan
Islamophobia.
Islamophobia adalah masalah psikologi barat yang terbit hasil
daripada tanggapan salah terhadap Islam. Tanggapan salah ini
lebih kepada kejayaan propaganda dan dakwah jahat dimainkan
media barat terhadap Islam.
Usaha jahat Barat ini dimulakan secara berterusan sejak kejayaan
Revolusi Iran (1979) dan kebangkitan beberapa gerakan Islam.
Tragedi 11 September menyemarakkan lagi propaganda jahat
media
Barat
terhadap
dunia
Islam.
J
ohn L Esposito pernah menyatakan tragedi 11 September 2001
sudah mengubah hubungan konstruktif Islam dan Barat yang
dibina sekian lama. Tragedi itu mengubah hubungan harmoni itu
kembali menjadi tegang dan berkonflik.
Ia seolah-olah mengingat sejarah lalu ketika perang salib (crusade)
yang mewarnai hubungan tegang Islam dan Barat. Justeru, tidak
hairanlah tindakan AS memerangi Afghanistan, Iraq dan kini terus
bermusuh dengan Iran dinilai oleh sesetengah pihak sebagai
gerakan crusade moden memerangi dunia Islam.Ini diperkukuhkan
lagi dengan beberapa insiden jelek dilakukan Barat yang dapat
digambarkan sebagai penghinaan dan provokasi ke atas umat
Islam.
Terbaru ialah isu penghinaan al-Quran yang dilakukan tentera AS
di Teluk Guantanamo, Cuba yang mencetuskan kemarahan umat
Islam seluruh dunia.Sebenarnya terlalu banyak tindak- tanduk
Barat, terutama selepas peristiwa 11 September yang
memperlekeh Islam, meledakkan konflik antara Barat dan Islam.
Kesombongan Barat yang gemar memprovokasi Islam dan
beberapa tindakan mereka terhadap dunia Islam mengundang
reaksi militan di kalangan beberapa kelompok gerakan Islam
11

seperti al-Qaeda, Hizbullah dan Taliban. Tentangan militan inilah


yang dilabelkan sebagai tindakan ganas.
Pertentangan Islam dan Barat juga banyak didasari oleh muslihat
politik AS yang mahu memastikan sistem kapitalis dan demokrasi
Barat kekal mendominasi sistem politik dunia.Propaganda AS
melalui agenda memerangi keganasan sebenarnya satu strategi
jahat untuk memerangi negara umat islam yang tidak pro
kepadanya. Ini jelas dalam kes serangan dan pencerobohan AS ke
atas Afghanistan dan Iraq,
AS juga nampaknya bersedia menggunakan kekuatan ketenteraan
untuk berdepan Iran yang tidak mahu tunduk kepada
tekanannya.Jika ini berlaku, maka ia pasti memburukkan lagi
konflik peradaban di antara Islam dan barat. Propaganda jahat AS
ini membentuk citra negatif Islam yang mendominasi pemikiran
Barat.
Secara psikologinya, ia membangkitkan `dendam masa lampau`
seperti yang pernah diungkapkan oleh orientalis, Montgomery
Watt yang menyatakan Barat sudah lama menjadi ahli waris
prasangka masa lalunya.Di pihak Islam pula, kebimbangan timbul
apabila Barat yang diketuai AS menampilkan wajah agresif mereka
untuk mengekang kemunculan beberapa negara Islam yang
dianggap mencabar kewujudan negara haram tajaan mereka iaitu
Israel.
Justeru, campur tangan mereka di rantau Asia Barat dilihat
sebagai usaha melemahkan beberapa negara umat Islam yang
dilihatnya berpotensi mencabar dan menggugat Israel. Malah niat
AS untuk menguasai minyak yang kebanyakannya berada di
rantau teluk adalah sebagai usaha melemahkan kebangkitan
kuasa Islam.
Gerakan Islam pula melihat kebanyakan pemerintah negara umat
Islam bersifat tunduk dan pro-AS. Oleh itu, mereka bergerak
sebagai satu kekuatan militan yang sanggup berdepan dengan
kuasa Barat terutama AS.Ini jelas dalam kes al-Qaeda, menentang
kerajaan Saudi yang dianggap pro-Amerika. Begitu juga Taliban di
Afghanistan. Tindakan mereka dijadikan alasan AS untuk masuk
campur urusan politik di negara umat Islam yang dituduh menjadi
pangkalan gerakan Islam seperti al-Qaeda.
Gerakan Islam yang dianggap militan menolak apapun yang
berbau Barat. Tindak tanduk barat yang menampilkan wajah
kolonialisme membimbangkan dunia Islam. Justeru, Barat
seharusnya menilai semula tindakan agresifnya terhadap dunia
Islam.Dalam banyak hal, kejahilan Barat terhadap Islam yang
12

dilihat berat sebelah menjadikan Islam mangsa ketidakadilan


barat. Barat berkelakuan keterlaluan sehingga Islam dianggap
sebagai musuh kepada tamadun manusia.Barat juga cuba melupai
sejarah bahawa Islam pada satu ketika dulu berjasa kepada
tamadun Barat, khususnya dalam bidang ilmu.
Pandangan konservatif kedua-dua pihak menjejaskan keharmonian
dua peradaban ini, sekali gus menjejas masa depan peradaban
global.Justeru, usaha pihak tertentu untuk meneruskan dialog
peradaban antara Islam dan barat patut disokong supaya keduadua peradaban ini dapat dilihat dalam bingkai dialektika
peradaban kemanusiaan. Prinsip dialektika peradaban itulah yang
akan mampu mengembalikan keharmonian hubungan Barat-Islam
kerana prinsip ini secara asasnya mengandaikan bahawa tidak ada
satu peradaban yang universal dalam mempengaruhi tamadun
global hari ini.
Untuk mencapainya Barat harus menghargai sumbangan tamadun
lain
dalam
mewujudkan
perdamaian,
pencerahan
dan
kemanusiaan. Barat juga tidak harus membutakan matanya
bahawa dalam banyak hal, mereka adalah pemusnah nilai
kemanusiaan. Misalnya, dalam konteks sistem ekonomi kapitalis
yang lahir daripada tamadun moden Barat menunjukkan dimensi
ketidakadilan terhadap nilai kemanusiaan. Kekejaman yang
ditimbulkan kapitalisme Barat meninggalkan impak cukup besar
terhadap penindasan negara miskin dengan bebanan hutang yang
tidak mampu ditanggung oleh mereka.
Berikutan itu, kemiskinan tercetus di negara terbabit dan Barat
dilihat kurang mempedulikannya. Di sisi yang lain, meskipun Barat
berjaya membawa kemajuan material dan keilmuwan, namun
kemajuan yang dipisahkan dari agama ini membawa kepada
kemerosotan
kehidupan
spiritual
manusia
yang
mengikutinya.Ramai pemikir Barat memberi penilaian terhadap
masalah
ini.
Z Brezinsky, seorang pemikir Barat menyatakan bahawa di Barat
nilai agama tidak lagi berperanan sebagai acuan akhlak sama ada
dalam membentuk tingkah laku peribadi mahupun masyarakat.
Dunia Barat dan Islam harus lebih terbuka dan sewajarnya mampu
berdialog secara rasional dengan mengikis sikap mengagungkan
tradisi masa lampau masing-masing. Masa lampau harus dilihat
dalam pandangan positif terutama bagi mengembangkan
peradaban yang mengajar nilai kemanusiaan.
Sejarah

membuktikan

bangkit
13

dan

berkembangnya

sesuatu

tamadun itu selalunya berkait rapat dengan kerjasama keilmuwan.


Ketika permulaan kebangkitan Islam, pengaruh ilmu dan filsafat
Yunani turut mempengaruhinya.
Demikian juga halnya peradaban Barat yang bangkit pada abad
pertengahan banyak dipengaruhi karya penting pemikir Muslim
seperti Al-Farabi, Al-Kindi, Ibnu Sina, Ibnu Rusyd dan al-Ghazali.
Karya mereka diterjemahkan ke dalam bahasa Latin bahkan AlQuran juga turut diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada 1143
M.
Justeru, kebijaksanaan Barat tidak seharusnya disandarkan kepada
kekuasaan tentera yang bersifat sementara, sebaliknya Barat dan
Islam harus memberi perhatian terhadap masa depan keilmuwan
yang mempunyai peranan sangat signifikan bagi pembinaan
tamadun global yang lebih manusiawi.
Umat Islam harus melihat dialog peradaban sebagai satu ruang
dan peluang untuk menyampaikan dakwah secara berhikmah. Jika
dilihat dari segi positifnya, dialog peradaban ini sepatutnya
memberi peluang kepada umat Islam menjelaskan bahawa Islam
memiliki doktrin dan gagasan jelas mengenai nilai kemanusiaan,
hak asasi manusia, demokrasi, etika politik, hubungan
antarabangsa, prinsip keadilan, kebebasan bersuara dan
sebagainya yang bukan saja dapat dikemukakan secara
konseptual, malah juga secara praktikal. -- BH2 Julai 2008

14