Anda di halaman 1dari 7

Huraikan keberkesanan kebangkitan rakyat Palestin menuntut keadilan hak

terhadap Israel, 1987-1991.


1.0 Sejarah Awal Konflik Israel di Tanah Palestin
Israel pada mulanya tidak wujud sebagai sebuah negara yang benar. Setelah
Holocaust yang dilakukan Hitler berakhir, hanya sedikit sahaja jumlah penduduk
Yahudi pada masa itu. Malah, mereka hidup dalam kemiskinan dan ketakutan.
Dalam kesempatan tersebut, Persatuan Yahudi Amerika telah mengutuskan
tuntutan kepada Harry Truman, yang merupakan Presiden Amerika Syarikat pada
ketika itu. Tuntutan tersebut telah dibentangkan dalam Persidangan Persatuan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada November 1947 dan dengan itu, pemisahan
Palestin dideklarasikan. Kerajaan sementara Israel telah ditubuhkan di Palestin
pada 16 Mei 1948 dengan sokongan PBB. Penubuhan Israel yang disokong
sepenuhnya oleh Harry Truman telah membawa kepada pembukaan penempatan
Israel di Tanah Palestin sehingga pada hari ini. Presiden Israel yang pertama ialah
Chaim Weizmann. Amerika yang merupakan kuasa besar dunia memberikan
sokongan sepenuhnya kepada Israel yang telah merampas tanah Palestin secara
haram. Israel kemudiannya menyerang Palestin secara berterusan untuk
meluaskan sempadannya. Palestin pula bertindak melakukan kebangkitan atau
dikenali sebagai intifadah dalam usaha mempertahankan tanah air dan berjihad
mempertahankan agama dan berusaha menawan semula Masjidil Aqsa.
1.1 Pengertian Intifadah
Intifadah bermaksud kebangkitan. Dalam konteks rakyat Plestin pula intifadah
yang diucapkan membawa makna kebangkitan semula rakyat Palestin dalam
menentang penindasan dan penjajahan yang dilakukan oleh rejim ganas Yahudi
Zionis terhadap penduduk asal negara tersebut.1Ada juga pendapat yang
menyatakan bahawa intifadah ini sebagai sebuah perjuangan. Maksudnya di sini
adalah melihat definisi intifadah ini sebagai perjuangan rakyat Palestin yang
menolak pemerintahan Israel di tanah air mereka. 2 Sehubungan dengan itu, pada
14 Disember 1987 sebuah gerakan yang dinamakan Ikhwan al-Muslimin yang
merupakan penggerak utama intifadah ini mengisytiharkan penubuhan HAMAS.
1 Prof Madya Zainur Rashid Bin Zainuddin, Palestin Dijajah: Di manakah Solahuddinnya?, Selangor:
Aman Palestin Berhad, 2009, hlm 52

2 Anwar M.Aris, Israel is Not Real:Negara Palsu di Tanah Rampasan, Kuala Lumpur: Alam Raya
Enterprise,2009,hlm 73

Rakyat Palestin telah menyambut baik cadangan tersebut. Hal ini sedemikian
kerana pada masa tersebut rakyat Palestin sememangnya sudah tidak lagi
bergantung harapan pada perjanjian damai dan berpendapat sudah tiba
masanya mereka mengambil inisiatif sendiri bagi menghentikan kekejaman rejim
Zionis terhadap orang Palestin. Rakyat Palestin juga melihat langkah ini sebagai
menggantikan perjuangan PLO.3
1.2 Faktor Berlakunya Intifadah
Secara keseluruhannya, Intifadah di Palestin boleh dibahagikan kepada dua
peringkat. Peringkat pertama Intifadah berlaku hanya menggunakan lontaran
batu dan lastik dalam memerangi Yahudi yang berlaku zalim kepada rakyat
Palestin.
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kebangkitan Intifadah ini
oleh rakyat Palestin. Faktor utama adalah kerana kekejaman dan penindasan
yang dilakukan oleh rejim Zionis ini telah bertindak meruntuhkan rumah rakyat
Palestin. Selain itu, mereka juga bertindak menangkap orang-orang Palestin dan
menzalimi mereka. Rakyat Palestin juga diusir dari rumah mereka dan dari tanah
air mereka. Rakyat Palestin tidak berpuas hati dengan tindakan memperluaskan
kawasan pendatang haram Yahudi. Selain itu, bukti kezaliman lain adalah tentera
Israel menggunakan buldozer (jentolak) untuk menimbus 4 orang pejuang Islam
yang masih hidup ke dalam tanah. Malah, dalam masa satu tahun pertama telah
mencatatkan lebih 400 rakyat Palestin terkorban, 2000 orang cedera dan 3400
orang mengalami kecacatan seumur hidup. Manakala seramai 23 000 orang
ditangkap.
Faktor

seterusnya

adalah

kerana

tindakan

Israel

yang

mencabul

kehormatan dan kesucian qiblat pertama umat Islam. Rakyat Palestin mendakwa
bahawa Israel telah mengyahudikan Baitul Maqdis. Rakyat Palestin juga ingin
protes terhadap tindakan ekstrimis Zionis yang melakukan serangan ke atas
Masjid al-Aqsa. Pembunuhan di Masjid Al-Aqsa juga membuktikan kekejaman
Israel. Pembunuhan tersebut berpunca daripada perbalahan umat Islam dengan
pelampau Yahudi yang cuba meletakkan batu asas ketiga pembinaan biara
Haikal Sulaiman di halaman Masjid Al-Aqsa. Menurut perancangan Zionis, Haikal
3 Maszlee Malik, HAMAS: Pejuang Kota Suci Baitulmuqaddis, Kuala Lumpur: PTS Millennia Sdn.Bhd,
2009, hlm 41

Sulaiman yang mereka impikan itu ialah sebuah biara (kuil) bagi orang Yahudi
yang akan dibina selepas berjaya meruntuhkan Masjid Al-Aqsa suatu masa kelak.
Setelah perbalahan di antara umat Islam dengan pelampau Yahudi itu, tentera
Israel yang lengkap bersenjata datang ke Masjid Al-Aqsa dan melepaskan
tembakan rambang ke arah umat Islam yang sedang menunaikan solat. 21 orang
telah syahid, 150 orang cedera dan hampir 300 orang telah ditangkap. Peristiwa
ini membangkitkan semangat rakyat Islam Palestin untuk bangkit berjihad.
Sekatan ekonomi yang dilakukan oleh Zionis juga merupakan faktor
kebangkitan intifadah ini. Oleh sebab ekonomi disekat, ramai yang terpaksa
bergantung pekerjaan dari Yahudi. Malah keadaan ini melahirkan begitu ramai
penganggur dan juga membawa kepada kemiskinan yang teruk.
Gaya hidup terdesak tidak lagi membuatkan orang Palestin meletakkan
harapan pada perjanjian damai. Keadaan itu menyebabkan mereka mahu
bangkit dengan usaha sendiri untuk berjuang menamatkan keadaan pada ketika
ini yang boleh dianggap sebagai sebuah mimpi ngeri kepada mereka. Mahmoud
Darwish yang merupakan seorang pujangga Palestin pernah menulis sajak
berjudul I come from there.4 Antara kandungannya:
Aku berasal dari sana lahir sebagai insan
dan aku ada ibu serta rumah banyak jendela
aku ada adik-beradik dan kawan-kawan pun
pernah menghuni penjara bertingkap dingin
aku pelajari segala kata-kata supaya boleh
mengingkarinya aku pelajari semua kata-kata untuk
memilih yang satu: Tanah airku.
Sajak beliau membuktikan semangat ini, maka timbullah semangat ingin
membela tanah air dalam diri anak Palestin.
Faktor seterusnya yang membawa kepada Intifadah adalah kerana
kebangkitan

atau

kesedaran

perlunya

mempertahankan Agama Islam dalam diri.

memperjuangkan

agama

dan

Mereka mahu mempertahankan

4 I Come from there daripada http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?


y=2009&dt=0104&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_08.htm&arc=hiv
e#ixzz28iEFGSi6 diakses pada 25 Oktober 2012.

tanah air mereka yang pernah mencatatkan kerajaan Islam yang megah pada
suatu ketika dahulu dan mahu mempertahankan Masjidil Aqsa.
1.3 Peristiwa Sepanjang Intifadah Pertama
Peristiwa Intifadah bermula dengan peristiwa yang berlaku pada 8 Disember
1987. Dalam kejadian itu, sebuah trak milik Yahudi Israel dikatakan telah
melanggar 13 orang Palestin. Kejadian itu telah menyebabkan 4 orang terbunuh. 5
Menurut sumber lain pula, dikatakan bahawa lori itu dengan sengaja melanggar
dua buah kereta dari belakang.6 Peristiwa itu telah menyebabkan bermulanya
intifada dan penentangan secara terang-terangan oleh rakyat Palestin terhadap
Israel.

Pihak

Ikhwan

al-Muslimin

(IM)

di

Gaza

dan

Tebing

Barat

telah

mengarahkan seluruh anggotanya bertindak setelah melalui kelompok-kelompok


usrah.7
Demonstrasi yang pertama bertempat di Masjid Muhayyam Jabahiya
setelah selesai sembahyang subuh pada 9 Disember 1897. Peristiwa tersebut
telah menjadi titik-tolak intifadah yang pertama. Kebangkitan Intifadah ini
melibatkan seluruh rakyat Palestin sebagai tanda kebersatuan mereka dalam
menentang atau membantah pemerintahan Israel di tanah air mereka. Pada
asalnya, demonstrasi yang dipelopori oleh anggota-anggota dan kader-kader IM
bermula dari masjid-masjid dan kemudiannya merebak ke kawasan jalan raya.
Semangat juang ini bukan hanya dalam kalangan dewasa, malah turut
ternanam dalam diri kanak-kanak, remaja serta golongan belia. Mereka bertindak
menyerang anggota tentera Israel dengan hanya bersenjatakan batu-batu jalan.
Amat menakjubkan apabila mereka yang hanya bersenjatakan batu-batu jalan
mampu membuatkan rejim Zionis berundur.8 Ekoran daripada peristiwa tersebut,

5 Maszlee Malik, HAMAS: Pejuang Kota Suci Baitulmuqaddis, Kuala Lumpur: PTS Millennia Sdn.Bhd.
2009, hlm 40

6 Prof Madya Zainur Rashid Bin Zainuddin, Palestin Dijajah: Di manakah Solahuddinnya?, Selangor:
Aman Palestin Berhad. 2009, hlm 52

7 Maszlee Malik, HAMAS: Pejuang Kota Suci Baitulmuqaddis, Kuala Lumpur: PTS Millennia Sdn.Bhd.
2009, hlm 40

8 Maszlee Malik, HAMAS: Pejuang Kota Suci Baitulmuqaddis, Kuala Lumpur: PTS Millennia Sdn.Bhd.
2009, hlm 41

Intifadah turut dikenali sebagai atfal masajid iaitu kanak-kanak masjid dan atfal
al-hijarah yang bermaksud kanak-kanak batu.
Pemudi Palestin bertindak melempar batu, bom Molotov dan lastik kepada
tentera Israel.

Palestin hanya bersenjatakan batu kerana mereka tidak

mempunyai jalan untuk mendapatkan senjata api. Hal ini sedemikian kerana,
sempadan negara ditutup dan dikawal ketat oleh tentera-tentera Israel dan
Negara Arab yang bersempadan. Remaja dan kanak-kanak Palestin yang
melemparkan batu ke arah tentera Israel ditangkap dan dizalimi atau ditembak
mati. Gambar-gambar kekejaman ini telah tersebar dan mengakibatkan Israel
dikecam teruk oleh dunia luar. Namun, Israel tidak mengendahkan kecaman
yang diberikan. Amerika Syarikat yang merupakan penyokong Israel ini telah
bertindak meminta Israel menggunakan cara lain untuk mengatasi serangan
batu daripada pemudi dan kanak-kanak. Akhirnya Yitzhak Rabin yang Menteri
Pertahanan Israel pada masa itu memutuskan untuk mematahkan tulang-tulang
sesiapa yang melemparkan batu kepada tenteranya. 10
Intifadah juga bertindak mengisytiharkan boikot ke atas produk-produk
yang dihasilkan oleh Negara Israel dan juga Amerika Syarikat sebagai tanda
protes mereka.11 Intifada ini mendapat sokongan

teguh daripada dunia

antarabangsa terutamanya pemerintahan Iran.

2.0 Sejauh mana keberkesanan Perjuangan Intifada Pertama

9 Anwar M.Aris, Israel is Not Real:Negara Palsu di Tanah Rampasan, Kuala Lumpur: Alam Raya
Enterprise, 2009, hlm 74

10 Prof Madya Zainur Rashid Bin Zainuddin, Palestin Dijajah: Di manakah Solahuddinnya?,
Selangor: Aman Palestin Berhad.2009, hlm 54

11 Anwar M.Aris, Israel is Not Real:Negara Palsu di Tanah Rampasan, Kuala Lumpur: Alam Raya
Enterprise, 2009, hlm 74

Setelah meniliti perjuangan Intifada ini, ternyata ianya telah membuka mata
dunia. Rakyat Palestin yang berkeadaan serba kekurangan masih mampu bangkit
untuk mempertahankan maruah agama dan negara mereka. Walaupun dikelilingi
tentera Israel yang bersenjata, pemudi Palestin masih lagi berani untuk
menyuarakan perasaan mereka dengan membaling batu-batu jalan sebagai
tanda protes mereka terhadap pemerintahan Israel. Kebangkitan mereka telah
membuka mata umat Islam di segenap pelusuk supaya turut menghayati
perjuangan mereka mempertahankan agama dan meningkatkan semangat
keislaman untuk turut sama membantu mereka yang sedang bertarung untuk
agama dan negara. Kebangkitan ini juga menjadi permulaan kepada sebuah
perjuangan yang akan diikuti dengan perjuangan yang seterusnya lebih radikal.
Pemboikotan produk dari Israel dan Amerika juga serba sedikit mempengaruhi
pihak Israel dan Amerika. Mereka sedikit sebanyak sedar akan reaksi dunia luar
dan kecaman yang ditohmahkan kepada mereka. Walaupun tidak mampu
mengalahkan kuasa Israel dalam Intifada yang pertama ini, rakyat Palestin tidak
berputus asa. Mereka bangun untuk merangka strategi yang lebih baik untuk
meneruskan perjuagan mereka. Sebagai kesimpulannya, tanpa berlakunya
Intifadah pertama ini, warga Palestin tidak akan menyedari
harus dan mampu bangkit
negara.

bahawa mereka

berjihad mempertahankan maruah agama dan

Rujukan
Buku
Anwar M.Aris (2009). Israel is Not Real:Negara Palsu di Tanah Rampasan, Kuala
Lumpur: Alam Raya Enterprise.

Maszlee Malik (2009). HAMAS: Pejuang Kota Suci Baitulmuqaddis, Kuala Lumpur:
PTS Millennia Sdn.Bhd.

Prof Madya Zainur Rashid Bin Zainuddin (2009). Palestin Dijajah: Di manakah
Solahuddinnya?, Selangor: Aman Palestin Berhad.

Artikel
Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2009&dt=0104&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_08.htm&arc=hi
ve#ixzz28iEFGSi6
Utusan Melayu (M) Bhd