“Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang 5 waktu, puasa
bulan ramadhan,menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia
dijemput di akhirat supaya masuk syurga mengikut pintu mana yang ia suka
mengikut pilihannya.”
“…Sukakah aku beritahu siapa dan bagaimanakah sifat isterimu yang bakal
ditempatkan di syurga? Jawab para sahabat: Bahkan kami suka. Sabda Rasullah
s.a.w lagi: Iaitu tiap-tiap isteri yangbersifat kasih sayang dan melahirkan banyak
anak.Dan apabila ia dimarahi oleh suaminya, ia menyerahkan diri untuk
dihukum sehingga suaminya redha (memaafkan kesalahannya)…”
Menurut riwayat Al Hassan bin Sofwan, At Tabrani, Ibnu Asakir dan Salamah
yang menyusu Saidina Ibrahim anak Rasullah s.a.w setiap teguk (satu sedutan)
Allah akan berikan satu kebajikan dan ganjaran. Bila si ibu tadi tidak tidur
kerana menjaga anaknya yang sekejap-sekejap menangis kesakitan dan
sebagainya, Allah akan berinya lagi pahala seperti memerdekakan 70 orang
hamba dalam jihad fisabilillah dengan ikhlas.
1. Wanita yang menjaga dirinya daripada perkara yang haram dan dia tetap
berbakti kepada Allah (mematuhi hukum Allah).
4. Perempuan yang kematian suami dan ia mempunyai anak, dan dia tetap
menjaga diri dan terus menerus menjaga dan mendidik anaknya yang
yatim dan tidak bersedia untuk berkahwin lain kerana takut anak-anaknya
itu terbiar.
“… Justeru itu, lakukanlah segala urusan rum ah tangga dengan sabar, ikhlas dan
bersungguh-sungguh. Terim alah hakikat bahaw a A llah m enjadikan w anita itu sebagai
seorang isteri dan juga ibu.”