Anda di halaman 1dari 5

MODUL

TEKS PENGACARA
SAMBUTAN HARI GURU 2015
TEKS PENGACARA MAJLIS
BI
L

ATURCARA

SKRIP PENGACARA

Murid2 duduk di tempat yg


disediakan. (dlm barisan)

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.


Perhatian kepada semua murid-murid anda diminta untuk duduk di tempat yang
disediakan dan berada dalam keadaan senyap.

Ketibaan para jemputan.


Ketibaan Tetamu Kehormat.

Tuan-tuan dan puan-puan diminta bersedia dengan ketibaan YB Pengerusi Lembaga


Pengurus Sekolah, En.Tan Chu Kang, Pengerusi PIBG, En. Zulaxmal Bin Yasa dan Yang
Berbahagia En.Ahmad Hasbullah Bin Alias ,_____________________
sebentar sahaja lagi. Diminta agar tuan-tuan dan puan-puan dapat memberikan
kerjasama agar tidak mengganggu kelancaran majlis kita pada hari ini.
Terima kasih di atas kerjasama daripada tuan-tuan dan puan-puan.

Ketibaan

Mengumumkan ketibaan _____________________________serta Yang Berbahagia


En. Tan Chu Kang selaku Pengerusi LPS ,

Setelah semua hadirin duduk

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1 Malaysia, salam Perak Aman Jaya.

Nyanyian lagu

1. Yang Berhormat Doktor Haji Mohd Amin Bin Zakaria


merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Perak
2.Yang Berbahagia En.Tan Chu Kang
Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah
3.Yang Dihormati Encik Zulaxmal bin Yasa
Pengerusi PIBG Sekolah
4.Yang Dihormati Encik Ng Poh Soon
Naib Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah
5.Yang Dihormati Encik Wong San Hai
Bendahari Lembaga Pengurus Sekolah

CATATAN

6. Yang Berusaha Pn.Chee Meng Queen


Guru Besar SJKC Phooi Wah
Serta para guru,murid dan hadirin hadirat sekalian.
Selamat datang ke Sambutan Majlis Hari Guru 2015. Sebelum majlis dimulakan
dipersilakan semua jemputan dan murid berdiri dan bersama-sama menyanyikan lagu
Negaraku. Seterusnya adalah nyanyian lagu sekolah yang akan dinyanyikan oleh para
murid.
Hadirin dipersilakan duduk.
4.

Bacaan doa

Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia dan keizinannya dapat kita
dapat sama-sama berkumpul bagi meraikan Sambutan Hari Guru 2015 dengan tema
Guru: Membina ilmu, menyempurnakan akhlak.
Bunga mawar cantik tersemat,
Dipetik gadis di tepi titi,
Doa dibaca memohon rahmat,
Moga majlis sentiasa diberkati.
Bagi memberkati majlis pada pagi ini, majlis dengan sukacitanya menjemput Ustaz Mohd
Yusfee untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terimakasih kepada Ustaz Mohd
Yusfee di atas bacaan doa itu tadi.

Ucapan GB dan YB

Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan guru besar SJKC Phooi
Wah Pn. Chee Meng Queen untuk menyampaikan ucapan alu-aluan sempena majlis
pada hari ini.
Terima kasih diucapkan atas ucapan guru besar sebentar tadi.
Seterusnya majlis mempersilakan Yang Berhormat Doktor Haji Muhammad Amin

bin Zakaria merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Perak, kawasan Batu
Kurau
untuk menyampaikan ucapan perasmian dan seterusnya merasmikan Majlis Sambutan
Hari Guru 2015.
Terima kasih diucapkan atas ucapan itu sebentar tadi.
Majlis dengan sukacitanya menjemput Pn.Chee Meng Queen bagi menyampaikan
cenderahati sebagai tanda penghargaan kepada Yang Berhormat Doktor Haji
Muhammad Amin bin Zakaria dengan diiringi oleh En Tan Chu Kang.
Terima kasih diucapkan kepada Pn.Chee Meng Queen, Yang Berhormat Doktor
Haji Muhammad Amin bin Zakaria dan Encik Tan Chu Kang.
.

Bacaan Perutusan Hari Guru


daripada KPM & Nyanyian lagu
Kami Guru Malaysia

Majlis diteruskan dengan bacaan perutusan Hari Guru daripada Ketua Pengarah,
Kementerian Pelajaran Malaysia yang akan dibacakan oleh guru besar, Puan Chee
Meng Queen...Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Terima Kasih diucapkan kepada Puan Chee Meng Queen diatas bacaan tadi..
Sidang hadirin sekalian,
Sebagai hiburan dan tatapan hadirin sekalian, marilah kita sama-sama menyaksikan
persembahan nyanyian lagu Kami Guru Malaysia oleh barisan guru-guru kita.
Dipersilakan..
Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas persembahan itu tadi.

Deklamasi Puisi Hari Guru

Sidang hadirin sekalian,


Seterusnya, marilah kita menghayati bait-bait indah Puisi Hari Guru yang akan
dideklamasikan oleh En.Ibrahim Bin Mohd Isa.
Majlis mengucapkan terima kasih di atas bacaan puisi yang penuh penghayatan
sebentar tadi..

Persembahan murid

Sidang hadirin yang dimuliakan,


Majlis kita pada hari ini akan lebih meriah jika diserikan dengan persembahan daripada
anak didik SJKC Phooi Wah, Jelai.
Majlis akan dimulakan dengan persembahan ______________
dipersembahkan oleh murid-murid Tahun ___. Majlis mempersilakan ...

yang

akan

Seterusnya, majlis diserikan lagi dengan persembahan nyanyian yang bertajuk Jasamu
Guru yang akan dipersembahkan oleh para murid Tahun 3. Majlis mempersilakan ...
Demikianlah tadi persembahan yang menarik daripada murid-murid...
Sukaneka

Hadirin yang dihormati sekalian,


Majlis akan diteruskan lagi dengan acara sukaneka yang akan turut dimeriahkan oleh
para guru, ibu bapa dan murid. Para hadirin dijemput untuk memeriahkan lagi acara ini.

Terima kasih diucapkan kepada para hadirin sekalian di atas kesudian bagi
memeriahkan acara sukaneka itu tadi.
Penyerahan Puisi

Majlis akan diteruskan dengan upacara penyerahan Puisi Hari Guru ; Dialah Guruku
kepada pihak sekolah.
Majlis mempersilakan ________________________ dengan diiringi oleh Puan Chee
Meng Queen, Guru Besar SJKC Phooi Wah untuk menyempurnakan upacara ini.
Dipersilakan ...
Terima kasih diucapkan kepada ______________________dan Puan Chee Meng
Queen, di atas kesudian menyempurnakan upacara ini..

7.

Nyanyian lagu Terima kasih


Cikgu & Acara Mengenang
Budi Cikgu

Majlis akan diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada guru-guru. Majlis


mempersilakan Yang Berhormat Doktor Haji Muhammad Amin bin Zakaria
dengan diiringi Puan Chee Meng Queen, Guru Besar SJKC Phooi Wah untuk
menyempurnakan pemberian cenderahati.
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Doktor Haji Muhammad Amin
bin Zakaria dan Puan Chee Meng Queen, di atas kesudian pemberian cenderahati itu
tadi.
Seterusnya majls mempersilakan para murid yang ingin menyerahkan hadiah atau kad
ucapan kepada guru-guru. Murid-murid diminta beratur.

Pemotongan kek

Sidang hadirin yang dirahmati sekalian,


Seterusnya, adalah acara pemotongan kek sempena sambutan hari guru ini. Dengan itu,
majlis mempersilakan Puan Chee Meng Queen, selaku Guru Besar
Sekolah,__________________, _________________ untuk mengiringi
________________________________ bagi menyempurnakan acara pemotongan kek.
Dipersilakan tuan.
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada __________________ kerana sudi
menyempurnakan acara pemotongan kek sebentar tadi dan untuk makluman semua,
kek tersebut adalah sumbangan ____________________. Terima kasih diucapkan.

Nyanyian lagu Terima kasih


Cikgu
Majlis penutup & Jamuan
ringan

Majlis akan diteruskan dengan nyanyian lagu Terima Kasih Cikgu oleh para murid.
Murid-murid diminta berdiri.
Dengan berakhirnya persembahan nyanyian sebentar itu tadi, maka majlis pada pagi ini
telah sampai ke penghujungnya. Sebelum majlis menutup tirainya,
Terima kasih daun keladi,
Panjang umur kita sambut lagi,
Selamat hari guru buatmu dikasihi,
Jasa guru terpahat di hati,

Akhir kata daripada kami, bagi pihak warga kerja dan semua yang terlibat bagi mengurus
dan menjayakan majlis ini, kami memohon ribuan kemaafan sekiranya terdapat
sebarang kekurangan dan kesilapan. Terima kasih kpd semua hadirin atas kerjasama
yang diberikan.
Majlis dengan segala takzimnya menjemput Yang Berhormat Doktor Haji
Muhammad Amin bin Zakaria, Yang Berbahagia Pengerusi Lembaga Pengurus
Sekolah , En. Tan Chu Kang PJK diiringi oleh Yang Berusaha guru Besar sekolah,Pn
Chee Meng Queen,Pengerusi PIBG sekolah,Encik Zulaxmal ,para jemputan, para guru
dan semua murid untuk menikmati jamuan yg disediakan. Dipersilakan.

Majlis akan diteruskan dengan pemberian hadiah kepada pemenang dalam sukaneka
sebentar tadi. Majlis mempersilakan En Zulaxmal, Pengerusi PIBG sekolah
dengan diiringi Puan Chee Meng Queen, Guru Besar SJKC Phooi Wah untuk
menyempurnakan pemberian cenderahati.
Terima kasih diucapkan kepada Puan Chee Meng Queen dan Encik Zulaxmal di atas
kesudian pemberian cenderahati itu tadi.

Anda mungkin juga menyukai