Anda di halaman 1dari 3

Teori Ekuiti

Adams Theory
1.Terangkan apakah yang dimaksudkan dengan Teori Ekuiti?
Teori Ekuiti merupakan salah satu teori dalam teori motivasi. Teori ekuiti
diperkenalkan oleh John Stacey Adams iaitu seorang ahli psikologi tempat
kerja dan perilaku. Beliau telah berjaya mengembangkan teori motivasi kerja
ini pada tahun 1963. Dalam teori ekuiti ini, ia mementingkan keseimbangan
antara input dan output. Input adalah sumbangan yang diberikan dalam
sesuatu tugasan atau kerja manakala output pula adalah ganjaran atau
pulangan daripada apa yang diterima daripada input. Input biasanya meliputi
usaha, kesetiaan, kerja keras, komitmen, kemahiran, kemampuan, fleksibiliti,
toleransi, tekad, sokongan dari rakan sekerja dan pengorbanan peribadi.
Manakala, output pula biasanya meliputi semua ganjaran kewangan seperti
gaji, kemudahan, tatacara bersara, bonus, dan juga pujian. Dalam teori ekuiti
ini juga, ia mengakui bahawa faktor halus dan pembolehubah boleh
mempengaruhi penilaian antara pekerja dan majikan. Sebagai contoh, jika
seorang majikan ingin memotivasikan pekerjanya, dia boleh mengunakan
teori ini dengan menyeimbangkan input dan output. Jika seorang pekerja
bekerja dengan tekun, maka gaji yang diberikan juga lumayan. Dengan gaji
yang tinggi ditawarkan sebagai output maka input pekerja juga dapat
ditingkatkan. Struktur ekuiti di tempat kerja didasarkan pada nisbah input
untuk mendapatkan hasil. Apabila input semakin meningkat disebabkan
output

yang

ditawarkan

maka

keadaan

ini

akan

sekaligus

akan

memotivasikan seseorang. Maka, berdasarkan teori ekuiti ini, jika seseorang


itu berpuas hati dengan apa yang dia telah berikan dan mendapat pulangan
yang setimpal dengan apa yang telah dia sumbangkan maka di sini wujudlah
keseimbangan

antara

input

dan

output.

Namun,

sekiranya

keadaan

memperlihatkan seseorang yang merasakan dirinya tidak mendapat output


yang setimpal dengan apa yang telah disumbangkannya maka ia dianggap
sebagai ketidakadilan. Sebagai contoh, seorang pelajar telah berusaha

dengan tekun untuk menyiapkan sesuatu tugasan namun guru tidak memberi
markah untuk tugasan yang telah dibuat.
2. Bagaimana anda menggunakkan teori tersebut untuk memotivasikan
murid-murid anda.
Teori persamaan juga disebut sebagai Teori Ekuiti yang bermakna
seseorang murid itu akan membuat perbandingan diantara input yang
diberikan oleh seseorang guru dan output yang diterimanya hasil daripada
sumbangan terhadap input yang diberikan. Murid-murid akan menganggap
ketidakseimbangan atau ketidakadilan wujud di antara ganjaran atau
penghargaan

dengan

usaha

yang

dilakukan,

maka

ia

akan

cuba

mengurangkan usahanya.
Antara input yang terlibat ialah usaha murid untuk melaksanakan
tugasan yang diberikan, pengetahuan dan kemahiran serta komitmen yang
dibawa sekali dalam menyiapkan tugasan yang diberikan guru. Sebagai
contoh, seorang guru memberikan tugasan contohnya tugasan amali
geografi, menjalankan kelas tambahan, aktiviti pembelajaran luar kelas
dengan teknik pengajaran melalui pengalaman sebenar kepada murid. Muridmurid

pula

berusaha

menyiapkan

tugasan,

memberikan

komitmen

sepenuhnya serta menghantar tugasan tepat pada masa yang telah


ditentukan oleh guru, menghadiri setiap kelas tambahan yang diadakan guru,
dan berusaha memahami dan memberikan tumpuan terhadap setiap
penerangan isi kandungan pelajaran yang diberikan guru.
Oleh itu, di akhir daripada apa yang sepenuhnya telah diberikan oleh
murid terhadap apa yang diminta oleh guru tentunya output yang
memuaskan dan wajib diterima oleh murid-murid seperti pemberian markah
yang cemerlang, mengadakan hari anugerah pelajar cemerlang, pemberian
bantuan biasiswa serta perlantikan pelajar contoh di sesebuah sekolah. Maka
dengan itu, seseorang pelajar itu tentunya akan lebih bermotivasi untuk terus
berusaha dan memberikan komitmen sepenuhnya kewajipannya sebagai
seorang pelajar.
Sebaliknya jika pelajar sudah memberikan sumbangan yang terbaik
kepada input yang diberikan oleh guru dan menerima output yang sederhana
seperti pemberian markah yang sederhana, penghargaan tidak diberikan
kepada pelajar yang layak serta perlantikan pelajar contoh juga tidak

diberikan kepada pelajar yang layak, maka secara langsung pelajar itu akan
menjadi kurang bermotivasi dan mengurangkan komitmen serta usahanya
dalam pembelajarannya serta pencapaiannya.
Kesimpulannya, sebagai seorang guru yang bertanggungjawab terhadap
pelajarnya guru seharusnya wajib mengambil kira peranan mengaplikasikan
teori ekuiti ini untuk melahirkan motivasi pelajar agar pencapaian dan
prestasi pelajar terus dapat digarap.

3. Pada pandangan anda, bagaimana seorang pengetua boleh menggunakan


teori tersebut untuk memotivasikan stafnya.
Teori

Ekuiti

seringkali

memotivasikan

stafnya.

diaplikasikan
Salah

satu

oleh
kaedah

pengetua
yang

dalam

digunakan

proses
dalam

pengaplikasian teori ekuiti ini adalah melalui proses penilaian prestasi guru.
Pengetua

atau

Guru

Besar

dan

pemegang

kepentingan

sekolah

stakeholders bertanggungjawab menilai prestasi kerja guru agar tidak


terkeluar daripada sasaran kerja yang telah ditetapkan.
Keseimbangan antara input dan output dapat dicapai apabila pengetua
bertindak untuk membangunkan motivasi dan memberikan sokongan yang
membina kepada guru untuk membaiki prestasi kerja mereka. Penilaian
prestasi digunakan sebagai fokus utama dalam usaha untuk menilai hasil
kerja seseorang guru berdasarkan standard piawaian yang telah ditetapkan.
Justeru itu, sistem ini digunakan bagi memastikan setiap guru memiliki
kemahiran untuk mendidik murid. Hasil laporan penilaian pretasi ini
digunakan untuk pengesahan jawatan, peningkatan kerjaya, dan penentuan
gaji merit. Hal ini akan mendorong guru untuk berusaha dengan lebih gigih
untuk mancapai standard piawaian prestasi yang telah ditetapkan. Selain itu,
penilaian prestasi

dapat meningkatkan

kualiti pendidikan di samping

menyumbangkan kemahiran pengajaran dengan lebih efektif.

Anda mungkin juga menyukai