Anda di halaman 1dari 2

APAKAH PERANAN REFLEKSI?

Pertamanya, dengan melakukan refleksi ianya membolehkan guru membuat penilaian


kendiri. Oleh itu secara tidak langsung guru dapat berfikir secara analitik, kritis dan kreatif
semasa menilai semula pengajarannya. Untuk mengatasi masalah atau mengubah amalan
pengajarannya, guru dapat melihat, mengkaji dan menentukan alternative-alternatif dalam
membuat keputusan. Antara peranan utama refleksi dalam amalan seorang guru ialah dapat
menentukan justifikasi untuk mengubah tingkalaku atau amalannya.
Ringkasnya, dalam belajar mengajar, refleksi membolehkan seseorang guru:
membuat penilaian kendiri
berfikir secara analitik, kritis dan kreatif
menganalisis perkara-perkara penting proses bekerja dan hasil kerja
melihat alternatif-alternatif dalam membuat keputusan
mencari jalan penyelesaian berasaskan ciri-ciri spiritual, moral, nilai & estetika
mengubah tingkahlaku

Apakah peranan refleksi dalam belajar mengajar? Pertamanya dengan


melakukan refleksi ianya membolehkan guru membuat penilaian kendiri. Oleh itu
secara tidak langsung guru dapat berfikir secara analitik, kritis dan kreatif
semasa menilai semula pengajarannya. Untuk mengatasi masalah atau
mengubah amalan pengajarannya, guru dapat melihat, mengkaji dan
menentukan alternative-alternatif dalam membuat keputusan. Antara peranan
utama refleksi dalam amalan seorang guru ialah dapat menentukan justifikasi
untuk mengubah tingkalaku atau amalannya. Antara kepentingan refleksi ialah
guru permulaan boleh dibantu melaksanakan refleksi dan mempelajari nilai
refleksi dalam pengajaran dan pembelajaran pembelajaran Malahan, sama ada
di dalam atau pun di luar negara, kita melihat seperti telah berkembang suatu
budaya di mana bakal guru digalakkan untuk mempraktikkan amalan refleksi
sebagai satu cara membuat penilaian kendiri. Calderhead (1989) yang mengkaji
hasil kerja Handal dan Lauvas merumuskan bahawa amalan refleksi dalam
pengajaran membolehkan seseorang menilai keberkesanan dirinya sebagai guru
dan menyoal tujuannya. Saranan ini selaras dengan pandangan yang
menganggap bahawa amalan refleksi memberi peluang kepada kita untuk
menyiasat secara kritis kepercayaan, anggapan-anggapan yang tersirat, amalan
pengajaran dan akibat amalan pengajaran tersebut (Dewey, 1933; Schon, 1987).
Bagi John Dewey (1933), seseorang yang mengamalkan pemikiran reflektif akan
terhindar daripada bersifat impulsive. Seseorang yang reflektif adalah lebih
berhati-hati dan ini membolehkan guru membuat keputusan dalam proses
pendidikan. Seterusnya, pandangan tentang terdapatnya kata sepakat bahawa
amalan reflektif membawa ke arah pertumbuhan profesional (Van Manen, 1977),
menyokong pandangan Wildman, et al, (1990). Kepentingan amalan reflektif ini
juga ditegaskan oleh Steffy B.E, et al., (2000 ) yang menyatakan bahawa adalah
sukar untuk mencapai pertumbuhan profesional tanpa amalan reflektif dalam

karier seorang guru. Seterusnya amalan reflektif juga membolehkan guru


menjadi self-directed, iaitu mempunyai tanggungjawab terhadap perkembangan
kendiri. Pandangan lain menjelaskan bahawa amalan reflektif menghasilkan
kemajuan kepada bakal guru melalui peringkat-peringkat perkembangan kognitif,
perkembangan dari guru pelatih kepada guru terlatih dan membolehkan mereka
menganggap pengajaran dari perspektif yang lebih interpretif dan kritikal .
Ringkasnya, dalam belajar mengajar, refleksi membolehkan seseorang guru:
membuat penilaian kendiri berfikir secara analitik, kritis dan kreatif
menganalisis perkara-perkara penting proses bekerja dan hasil kerja melihat
alternatif-alternatif dalam membuat keputusan mencari jalan penyelesaian
berasaskan ciri-ciri spiritual, moral, nilai & estetika mengubah tingkahlaku

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ