Anda di halaman 1dari 20

Peribahasa bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing sesuai

menggambarkan sikap masyarakat kita pada masa ini. Tidak dapat dinafikan
bahawa masyarakt kita, terutamanya warga kota, disifatkan sebagai enau dalam
pepatah tersebut kerana hanya mementingkan diri sendiri dan bersikap
individualistik. Natijahnya, kita lebih suka hidup menyendiri dan semangat kejiranan
yang dulunya menjadi teras masyarakat kita, sudah kian pudar dan luntur. Hakikat
ini amat membimbangkan kerana semangat kejiranan, yakni semangat yang dimiliki
oleh ahli-ahli masyarakat untuk menjaga kebajikan dan kepentingan anggota
masyarakat yang lain, sangat diperlukan untuk menjamin perpaduan
masyarakat.Oleh yang demikian, kita perlu meneliti faktor-faktor yang telah
menyebabkan perubahan sikap masyarakat kita. Dalam pada itu, pendidikan
memainkan peranan yang penting. Peluang pendidikan yang semakin meluas telah
pun berjaya menghapuskan buta huruf dan meningkatkan daya pemikirana serta
pengetahuan masyarakat kita. Namun demikian, pada masa yang sama, pendidikan
juga telah mengakibatkan masyarakat mula berubah perspektif terhadap
kehidupan, terutamanya generasi muda. Contohnya, melalui pendidikan, golongan
belia mula memperolehi jawatan tinggi dan berpendapatan tinggi. Oleh itu, mereka
berasa mereka dapat berdikari dan tidak lagi memerlukan orang lain. Mereka pula
hanya mementingkan kebahagiaan dan kepentingan sendiri. Maka, mereka
menumpukan semua masa mereka untuk mencari kepuasan diri dan melupakan
tanggungjawab sosial mereka terhadap kebajikan masyarakat secara keseluruhan.
Selain itu, perkembangan masyarakat kota melalui penghijrahan kampung dan
proses urbanisasi juga merupakan satu faktor yang lain. Kehidupan di kota amat
berbeza jika dibandingkan dengan kehidupan di kampung. Masyarakat desa yang
mementingkan semnagat kejiranan dan kerjasama mula pupus dengan
perkembangan bandar-bandar yang mempunyau pelbagai kemudahan dan peluang
pekerjaan. Sebagai contoh, kita seringkali melihat penduudk kampung bergotongroyong unuk membina jambatan, membersihkan kawasan sekeliling dan
sebagainya. Sikap sebegini tidak langsung wujud di kalangan warga kota kerana
mereka terlalu sibuk dan hidup dalam suasana persaingan yang amat
snegit.Justeru, perbezaan sikap masyarakat juga telah disebabkan oleh pengaruh
norma-norma kebaratan. Kita sedia maklum bahawa pengaruh barat meresap ke
dalam kehidupan dan kebudayaan kita melalui perkembangan media massa.
Kebudayaan dan cara hidup Barat yang mengagung-agungkan kebebasan individu,
sikap materialistik dan mementingkan hak peribadi sebelum masyarakat sentiasa
dipaparkan dalam rancangan televisyen dan radio. Masyarakat tempatan pula
terlalu ingin mengikuti cara hidup barat yang liberal supaya dipandang sama taraf
dari segi kemajuan sosial. Malangnya, ini telah menyebabkan kita menggadaikan
nilai-nilai tradisional yang menyeru supaya kita mempertimbangkan kepentingan
masyarakt dalam melakukan sesuatu perkara.Teknologi juga telah menjadi satu lagi
faktor yang menyebabkan kita kurang menghiraukan semnagat kejiranan. Ini keran,
dengan perkembangan teknologi yang canggih, kita semakin kurang berinteraksi
secara langsung dengan ahli-ahli masyarakat yang lain. Melalui penggunaan
telefon, faksmili dan Internet, kita tidak lagi perlu bertemu secara berseorangan

untuk berhubungan. Ekoran daripada itu, kita hilang kemahiran untuk


berkomunikasi dan sikap ramah-tamah. Sebaliknya, kita menjadi kera sumbang dan
hanya mampu berkomunikasi engan orang lain dengan bantuan teknologi. Jelas
bahawa semangat kejiranan akan pudar kerana semangat ini tidak dapat dipupuk
jika ahli-ahli masyarakat tidak boleh berhubung antara satu sama lain dengan baik.

Struktur perumahan moden juga menyukarkan penanaman semangat kejiranan di


kalangan masyarakat kita. Kebayakan rumah dan pangsapuri moden dibina dengan
tembok yang tinggi dan pagar-pagar. Hai ini jauh berbeza dengan rumah-rumah di
kampung yang tidak mempunyai sempadan untuk membezakan rumah satu jiran
daripada rumah jiran yang lain.Kesimpulannya, kita tidak dapat menafikan bahawa
semngat kejiranan semakin pudar dan luntur di kalangan masyarakat kerana
pelbagai faktor. Dengan itu, kita harus menyedari hakikat ini dan menggembleng
tenaga untuk mencari penyelesaian bagi masalah ini kerana smenagat kejiranan
menjadi teras perpaduan masyarakat.

Jiran merupakan orang yang tinggal berhampiran dengan rumah kita. Semangat
kejiranan merupakan unsur penting dalam kehidupan bermasyarakat.Selain dapat
memupuk persefahaman sesama penduduk, semangat sebegini dapat
menyatupadukan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum di negara kita.
Pada zaman dahulu, hubungan sesama jiran sangat rapat, bak kata pepatah, hidup
sandar-menyandar seperti aur dengan tebing. Pada zaman kini, hubungan sesama
jiran renggang bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.
Pelbagai punca yang menyebabkan semangat kejiranan semakin luntur, antaranya
perubahan gaya hidup masyarakat sekarang yang terlalu sibuk mencari rezeki
untuk menyara keluarga masing-masing. Kos sara hidup yang tinggi serta tekanan
hidup dunia moden sering memaksa warga kota bekerja sepanjang hari. Sebagai
akibatnya, mereka keletihan dan kesuntukan masa untuk bertegur sapa sesama
jiran mereka.Corak pekerjaan yang dilakukan oleh masyarakat dahulu dan sekarang
sangat berbeza. Masyarakat zaman dahulu, pekerjaan mereka berasaskan pertanian
yang memerlukan semangat bekerjasama di antara mereka, bak kata pepatah,
berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Manakala masyarakat sekarang bekerja
sendiri yang tidak menekankan amalan kerjasama. Oleh itu, perubahan hidup
masyarakat sekarang jelas menjadi penyebab kepada kelunturan semangat
kejiranan masa kini. Selain itu, kemajuan dalam bidang teknologi turut
mempengaruhi kelunturan semangat kejiranan masa kini. Pada zaman sekarang.,
bidang teknologi semakin berkembang dengan maju dan pesat. Penggunaan media
elektronik seperti telefon bimbit, televisyen dan komputer pada masa sekarang

yang menyebabkan semangat kejiranan kini semakin hilang. Masyarakat sekarang


terlalu asyik menggunakan kemudahan yang terdapat di sekeliling mereka yang
tidak memerlukan mereka keluar rumah dan bersusah-payah untuk
mendapatkannya. Kemudahan peralatan canggih seperti ini selalunya terdapat di
dalam rumah mereka yang menyebabkan mereka semakin tidak menghiraukan
semangat kejiranan. Budaya sebegini menyebabkan amalan kunjung-mengunjungi
sesama jiran semakin berkurangan. Oleh itu, kemajuan dalam bidang teknologi
pada masa sekarang turut mempengaruhi kelunturan semangat kejiranan. Arus
pembangunan yang semakin pesat melanda negara kita juga menjadi punca
semangat kejiranan semakin luntur pada masa kini. Dewasa ini, pembangunan
negara berlaku dengan pesat sekali.Hal ini mengakibatkan semangat kejiranan
semakin luntur kerana masyarakat akan menghabiskan masa terluang mereka
dengan mengunjungi tempat-tempat seperti pusat beli-belah, taman-taman
permainan dan juga pusat hiburan yang tumbuh bagai cendawan. Situasi ini perlu
ditangani dengan segera demi kebaikan semua pihak. Kita tidak ingin melihat
wujudnya masyarakat yang mementingkan diri sendiri berpanjangan dalam
masyarakat.Hal ini demikian kerana masyarakat yang bersikap seperti ini tidak akan
berjaya kerana perpaduan mereka amat rapuh dan mudah dipengaruhi oleh anasir
luar. Tuntasnya, pembangunan yang begitu pesat melanda negara juga menjadi
punca kepada lunturnya semangat kejiranan dalam masyarakat Malaysia pada hari
ini. Pelbagai langkah yang boleh diambil untuk memupuk semngat kejiranan ,
antaranya menghidupkan kembali amalan bergotong-royong .Hal ini membolehkan
masyarakat bersama-sama menjalankan pelbagai aktiviti seperti membersihkan
kawasan kediaman, memperbaiki alat kelengkapan di taman-taman perumahan,
menebas semak-samun yang mungkin menjadi tempat persembunyian para
penjenayah dan sebagainya. Amalan bergotong-royong ini dapat mengeratkan
hubungan silaturrahim sesama anggota masyarakat yang terdiri daripada pelbagai
keturunan dan latar belakang.Aktiviti ini juga boleh melahirkan semangat kerjasama
sesama jiran , bak kata pepatah hati gajah sama dilapah, hati kuman sama
dicecah.Oleh itu, kita mestilah menghidupkan kembali amalan bergotong-royong
kerana amalan ini dapat menyemarakkan semangat kejiranan dalam kalangan
masyarakat Malaysia. Di samping itu, kempen mengadakan amalan rumah terbuka
juga merupakan salah satu langkah yang boleh menghidupkan kembali semangat
kejiranan. Melalui amalan ini, ziarah-menziarahi dapat diwujudkan dalam kalangan
masyarakat terutama pada hari-hari perayaan kaum masing-masing. Amalan rumah
terbuka ini memberi ruang kepada masyarakat untuk menjalin kemesraan walaupun
mereka menyambut perayaan yang berbeza. Sebagai contoh, penduduk
berketurunan India menziarahi jirannya yang beragama Islam pada Hari Raya Aidil
Fitri dan orang Iban yang berjiran dengan penganut Kristian akan mengunjungi jiran
mereka pada hari Natal, sekali gus dapat mengeratkan hubungan kejiranan sesama
insan. Oleh itu, kempen amalan rumah terbuka harus diperhebatkan lagi agar boleh
mendatangkan pelbagai manfaat dan kebaikan kepada seluruh warga Malaysia
yang mendiami di bumi bertuah ini. Intihanya, semangat kejiranan dapat dipupuk
sekiranya masyarakat menyedari peri pentingnya semangat tersebut dalam

kehidupan bermasyarakat.Semangat kejiranan juga penting dalam konteks negara


kita sebagai sebuah masyarakat berbilang bangsa.Semangat kejiranan yang kental
sekali gus dapat membantu usaha-usaha perpaduan negara yang selama ini
menjadi agenda utama kerajaan untuk memastikan keharmonian negara.Marilah
kita sama-sama mempraktikkan slogan jiran sepakat membawa berkat ini dalam
kehidupan berjiran agar negara kita terus aman dan harmoni sepanjang masa.

UNGKAPAN MENARIK DALAM KARANGAN

UNGKAPAN MENARIK DALAM KARANGAN RESPONS TERBUKA

PENDAHULUAN

Sedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir di segenap empat penjuru negara
ini tentang isu usaha ibu bapa untuk memastikan anak-anak berjaya dalam
kehidupan. Isu tersebut semakin mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat
dan tokoh ilmuan negara baik di warung-warung kopi mahupun di Dewan Parlimen

Dari segi konsepsinya, kejadian tanah runtuh ialah kejadian yang berlaku akibat
daripada gelongsoran tanah di lereng-lereng bukit. Implikasinya, fenomena ini boleh
menyebabkan kerosakan harta benda dan boleh meragut nyawa pengguna jalan
raya mahupun penduduk yang berdekatan. Persoalan yang bermain dalam kotak
fikiran kita ialah mengapakah fenomena ini boleh berlaku dan siapakah yang patut
dipersalahkan? Oleh itu, cara membalas jasa ibu bapa yang mewarnai fokus
perbincangan akan dihuraikan secara terperinci demi manfaat semua.

Pada era globalisasi ini, amalan berjimat cermat amat digalakkan dalam
kehidupan. Isu ini sering diperkatakan. Amalan ini sering menjadi buah mulut dalam
kalangan masyarakat. Dari segi istilah, amalan berjimat cermat adalah berbelanja
secara berhemah dengan berhati-hati dan bukan secara boros

Dari segi konsepnya ,amalan berjimat cermat boleh ditakrifkan sebagai amalan
membelanjakan wang secara berhemah dan merangka perbelanjaan barang
sebelum membeli . Biasanya ,amalan ini dilakukan oleh masyarakat yang dilabelkan
sebagai pengguna yang bijak dan berhemah ketika membeli barang .Pengguna
yang bijak boleh diaforismekan seperti alah membeli menang memakai.

Tetapi malangnya , masyarakat zaman kini terlalu obsess dengan barangan import
yang mahal harganya walaupun cukai yang tinggi telah dikenakan oleh pihak yang
berkuasa . Sedar atau tidak ,sebenarnya barangan buatan tempatan adalah sama
kualiti dengan barangan import

Pada era modenisasi ini, Malaysia semakin gah menempa nama di persada dunia
kerana peningkatan ekonomi yang maju. Hal ini kerana, industri pelancongan telah
menjadi peneraju utama yang menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara
ini.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa melalui industri pelancongan telah menaikkan
taraf ekonomi negara. Persoalan yang bermain dalam kotak minda sanubari kita
ialah siapakah yang memainkan peranan penting untuk memajukan industri
pelancongan ini?

KESAN / IMPLIKASI /IMPAK


Makanan tradisional yang bebas daripada bahan kimia bukan sahaja lebih sihat,
malah dapat memperkukuh silaturahim dan ukhuwah antara golongan tua dengan
yang muda.

Menurut Dato Misbun Sidek, negara Malaysia akan ketandusan atlit-atlit yang
berbakat jika tidak dicari dan dilatih dari usia yang muda. Ungkapan ini dapat
membuktikan bahawa industri sukan negara memang memerlukan pelapis dalam

bidang sukan dunia. Oleh itu, menjadi pasukan pelapis kepada negara adalah
penting untuk kejayaan industri sukan negara.

Sudah terang lagi bersuluh, program 1 Murid 1 Sukan yang diuar-uarkan oleh
Perdana Menteri yang ke-6 iaitu Dato Seri Najib Bin Abdul Razak mampu memupuk
semangat juang yang tinggi dalam kalangan murid sekolah

Pada era globalisasi ini, masalah sosial semakin meningkat seperti cendawan
tumbuh selepas hujan. Berdasarkan laporan daripada pihak kerajaan, terdapat
sebanyak 60 peratus daripada kalangan remaja terlibat dalam masalah sosial.

Masalah yang semakin meruncing ini amat menyedihkan para ibu bapa. Sebagai
anak yang bertanggungjawab, kita tidak seharusnya terlibat dalam sebarang gejala
sosial, pastilah ibu bapa kita akan berasa sedih dan kecewa atas perlakuan kita

Dasar kerajaan yang mewajibkan program 1 Murid 1 Sukan di setiap sekolah bukan
sekadar hangat-hangat tahi ayam tetapi jika dikaji, tanpa dasar-dasar seperti ini
masa yang diibaratkan seperti emas hanya terbiar dan tidak dimanfaatkan dengan
sebaiknya. Natijahnya, kita khususnya golongan remaja akan berpeleseran di kakikaki lima pusat beli belah dan akan terdedah dengan pelbagai gejala sosial yang
tidak memberi manfaat dalam kehidupan

Menurut pakar motivasi, melalui penglibatan sukan dalam kalangan murid-murid


dapat memupuk semangat juang untuk negara kerana di mana ada kemahuan, di
situ ada jalan. Sekiranya tiada program seperti ini, sikap juang murid-murid untuk
negara akan pudar dari lubuk hati mereka.

Sebagai tamsilnya, ketika membeli atau memilih barang yang hendak dibeli, kita
perlu mengetahui isi kandungan dan sumber barang tersebut sebelum membelinya.
Masyarakat juga dapat hidup dengan lebih kondusif.

Menurut Tun Dr Mahathir , amalan berjimat-cermat ini adalah satu cara bagi
memastikan pembangunan negara terus pesat membangun. Hal ini boleh
dianalogikan seperti sampan yang bergerak dengan bantuan enjin bot . Sekiranya ,

semua pengguna di Malaysia bersama-sama membuat keputusan dengan membeli


barangan buatan tempatan , maka secara tidak langsung dapat meningkatkan
permintaan terhadap barangan tempatan sekali gus dapat menstabilkan kewangan
negara .
Dari sudut kodifikasi yang berrbeza , mInhaj yang berkesan untuk menangani
berjimat-cermat ialah menabung . Dengan menabung kita dapat menyimpan wang
untuk masa hadapan jikalau mempunyai masalah kecemasan.

Disebabkan itu amalan menabung sangat penting bagi setiap individu . Hal ini
bertepatan dengan aforisme sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit . Hal ini boleh
dianalogikan sebagai tanah yang bertimbun . Menurut pandangan tokoh Tun Dr
Mahathir, wang daripada tabungan juga boleh digunakan untuk masa hadapan ,
seperti melanjutkan pelajaran ke luar negara

Pada realitinya,memang tidak dapat dinafikan bahawa membantu seseorang ketika


merupakan kepentingan utama amalan berjimat-cermat yang semakin kerap
menjadi polemik masyarakat di negara ini.Menelusuri maslahat ini,dapat kita
saksikan bahawa pada era langit terbuka ini,kebanyakan penduduk di dunia lebih
gemar hidup secara berjiran dan bermasyarakat. Bertepatan dengan aforisme lain
padang lain belalang, lain orang lain ragam.Hal ini kerana, setiap hamba Allah yang
hidup di dunia ini pastinya akan diuji dengan pelbagai masalah kehidupan

Oleh itu, apabila terdapat jiran yang menemui jalan buntu dalam menyelesaikan
masalah yang dihadapi, kita sebagai individu yang terhampir haruslah menjadi
wahana bagi mereka melepaskan diri dari kepompong masalah yang menyelubungi
kehidupan mereka agar mereka tidak menjadi seperti duduk dalam duri. Pada saatsaat genting seperti ini, wang simpanan yang disimpan seharusnya digunakan bagi
membantu mereka seperti peribahasa Melayu,berat sama dipikul, ringan sama
dijinjing. Sesungguhnya terbuktilah bahawa amalan berjimat-cermat dapat
diimplimentasikan dalam usaha untuk membantu orang lain.

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI
PERANAN IBU BAPA
Dengan menunjukkan contoh yang baik, ibu bapa merupakan suri teladan yang
terdekat dalam membentuk institusi keluarga yang utuh. Anak-anak juga
memainkan peranan penting dalam membentuk peranan penting dalam

membentuk institusi keluarga yang kukuh. Hal ini boleh dianalogikan seperti,
tentera semut bekerjasama mengumpul makanan. Hal ini juga bertepatan dengan
aforisme, bagai aur dengan tebing.

Ibu bapa yang bertanggunjawab tidak seharusnya leka dan bersikap bena tak bena
dalam menerapkan akhlak terpuji dalam diri anak-anak.

Memetik wasitah nirmala seterusnya,ibu bapa haruslah menyediakan makanan


yang berkhasiat dan seimbang dapat membantu pembesaran anak-anak dengan
sempurna. Natijahnya,tubuh anak-anak yang sihat dapat membantu menjamin
keluarga bahagia.Amsalnya, ibu bapa perlu menyediakan sarapan yang bercoklat
untuk anak-anak mendapat tenaga di pagi hari.
Dari sudut kodifikasi yang berbeza,semua ahli keluarga perlu menjaga kebersihan
tempat tinggal agar persekitaran tempat tinggal bersih dan ceria. Hal ini
kerana,persekitaran tempat tinggal yang bersih dan ceria dapat menenangkan
fikiran

Anak-anak yang mempunyai peribadi yang mulia dan berbudi pekerti yang tinggi
dapat memenuhi tuntutan sebuah keluarga yang bahagia . Natijahnya , anak-anak
yang soleh dan solehah dapat menjaga nama baik keluarga di samping melahirkan
generasi yang cemerlang dan sifar jenayah .

Keluarga terdekat perlulah mengadakan rumah terbuka pada hari-hari tertentu


untuk mngeratkan hubungan kekeluargaan yang kita tidak kenal . Aktiviti kunjungmengunjung ke rumah saudara-mara juga dapat membina keluarga harmoni
terutamanya pada musim perayaan.

Ibu bapa tidak seharusnya cepat berputus asa malah meneruskan usahanya sedikit
demi sedikit tanpa sebarang rungutan di hadapan anak-anak yang kian membesar
dan memahami.Sekiranya ibu bapa berjaya melaksanakan usaha
sedemikian,nescaya apabila anak-anak sudah bergelar remaja mereka akan lebih
memahami soal semangat patriotik dan akan menghormatinya.

Sebagai ibu bapa lagi lebai lagi berjanggut harus memikirkan langkah yang perlu di
pragmatik lagi sistematik yang boleh dilakukan untuk menggalakkan anak-anak
mempunyai masa depan yang cerah dan berjaya dalam kehidupan

Ibu bapa merupakan penjaga kita dalam kehidupan sejak kita kecil lagi dan
merupakan watak terpenting bagi memuliakan kehidupan kita. Ibu bapa
memastikan bahawa anak-anaknya mendapat keperluan kehidupan yang sempurna
serta peluang mendapat pendidikan

Sejak zaman nenek moyang kita lagi, mereka sudahpun mengenali peribahasa dan
juga terkenal dengan ahli-ahli falsafah yang ternama. Ahli-ahli falsafah atau saintis
yang ternama seperti Hippocrates, Aristotle dan Plato merupakan orang yang amat
berilmu dan berperanan penting dalam memajukan sesebuah tamadun.

Justeru, sudah terang lagi bersuluh bahawa ilmu pengetahuan tidak kurang
pentingnya dalam menjamin masa depan yang gilang-gemilang. Justifikasinya, ibu
bapa haruslah menggalakkan anak mereka bergaul dengan orang yang berilmu.

Pada realitinya , memang tidak dapat dinafikan bahawa membeli bahan bacaan
yang berbentuk ilmiah dan dijadikan sebagai hadiah ialah prakarsa utama yang
dapat menggalakkan anak-anak mereka membaca karya-karya ilmiah di negara kita
kita . Dalam konteks ini , anak-anak akan berasa teruja dan dapat meningkatkan
keinginan anak anak untuk membaca apabila ibu bapa menghadiahkan bahan
bacaan kepada mereka.

Jika ditelusuri secara mendalam antara usaha lain yang boleh diimplementasikan
ialah ibu bapa menggalakkan anak-anak menyertai sesuatu aktiviti bersifat ilmiah
seperti diskusi ilmiah tentang sesebuah buku yang baharu diterbitkan. Hal ini
kerana, anak-anak berpeluang untuk berkongsi idea antara satu sama lain melalui
diskusi yang diadakan. Tambahan pula, mereka dapat memperoleh informasi baharu
dan pengetahuan terkini.
Oleh itu, tiada penyakit yang tiada penawarnya maka usaha yang konkrit
,sistematik dan pragmatik seyogia dilakukan oleh anak-anak agar harapan yang
diinginkan oleh ibu bapa dapat dicapai dengan jayanya.

Sebagai ibu bapa yang lebai lagi berjanggut, mereka haruslah membuka mata
mereka dan menyedari bahawa mereka adalah khalifah Allah yang paling penting
dalam kehidupan anak-anak supaya mereka berjaya dalam kehidupan di dunia dan
di akhirat. Ibu bapa haruslah berganding bahu dalam mendidik anak-anak mereka.
Sebagai langkah pertama dan langkah utama, ibu bapa mestilah memastikan anakanak mereka berusaha untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan

Langkah lain yang tidak boleh dikesampingkan ialah ibu bapa perlulah berdoa
menadah tangan dan memohon kepada Allah S.W.T supaya anak- anak mereka
mempunyai peribadi yang terpuji. Sesungguhnya doa ibu bapa tiada hijabnya
dengan Allah dan doa ibu adalah lebih diterima kerana ibu memiliki sifat penyayang
yang sangat banyak maka doa orang yang penyayang tidak sia-sia. William
Shakespeare turut berkata, jangan kamu berhenti dari melakukan usaha yang
mulia selagi kamu belum kecapi hasilnya.

Dengan ini, ibu bapa perlu menjadi tulang belakang anak-anak bagi merealisasikan
impian anak-anak untuk cemerlang dalam hidup.

Oleh itu, ibu bapa perlu memberikan penegasan kepada anak anak mereka untuk
menunaikan solat lima waktu , mengaji dan memberi didikan fardu ain bagi
membendung anak anak terjebak dengan perkara yang sia sia . Natijahnya ,
remaja tidak akan terpesong dari landasan yang betul

Selain itu, anak-anak akan lebih cenderung untuk mencontohi perilaku ibu bapa
umpama peribahasa Melayu, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Jika ibu bapa
tersebut mengamalkan sifat tersebut, maka anak-anak akan mengikut jejak langkah
mereka. Sifat anak-anak ini akan dapat diwarisi oleh generasi seterusnya
menjadikan amalan ini tidak lenyap ditelan zaman dan tak lapuk dek hujan tak
lekang dek panas.

Jika ditelusuri secara mendalam, ibu bapa haruslah mendidik anak-anak agar
menyahut kempen yang dianjurkan oleh kerajaan. Langkah ini perlu
diimplementasikan kerana pada zaman kontemporari ini mahaen terlalu
memandang enteng terhadap penjagaan alam sekitar. Natijahnya, generasi muda
akan datang tidak lagi dapat merasai dan melihat keindahan alam sekitar yang
tuhan kurniaka

REMAJA/GENERASI MUDA
Remaja seperti saya memainkan peranan penting untuk mengembalikan zaman
kegemilangan untuk warisan rakyat Malaysia supaya tinggalan nenek moyang kita
sentiasa subur dalam sanubari kita.

Dengan menghadiri perjumpaan dan belajar bermain permainan seperti congkak


dan gasing, kita dapat mengetahui betapa halusnya dan tingginya tahap pemikiran
nenek moyang kita yang mewariskan permainan ini kepada kita. Oleh hal yang
demikian, warisan bangsa ini dapat diturunkan dari satu generasi kepada satu
generasi.

Jika dilihat dari sudut lain, pantang larang ini sebenarnya mendisiplinkan diri kita
selain dapat menglakkan anak gadis daripada terjerumus dalam kebejatan sosial.
Oleh sebab itu, warisan rakyat Malaysia yang juga amalan nenek moyang harus
dijadikan tunjang kehidupan agar kita berjati diri teguh untuk menangkis segala
godaan anasir yang jahat

Jika kita hanya berpeluk tubuh dan menunggu warisan ini tenggelam dalam arus
perdana ini, ke mana akan kita gapai kehidupan sebenar? Apakah erti sebenar
kehidupan ini jika kita hanya mampu merosakkan yang baik dan membinasakan
yang murni?

Sebagai remaja yang lagi lebai lagi berjanggut,kita seharusnya menghargai tokohtokoh pejuangan kemerdekaan yang telah sanggup berkorban nyawa demi negara
tercinta daripada terus menjadi hamba abdi penjajah yang rakus dengan kuasa dan
tamak haloba dengan cara melawat ke tempat bersejarah
Ramai anak muda dalam kalangan kita yang semakin menghiraukan dan
memandang remeh soal patriotik dan hanya memejam mata,memekakkan
telinga,menongkatkan dagu, tidak menghiraukan apa-apa yang dilaksanakan oleh
kerajaan sejurus menjadikan usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan tersebut
sebagaia mainan semata-mata.

Anak-anak patut rajin bergaul dengan orang yang berilmu untuk meluaskan ilmu
pengetahuan diri. Hal ini kerana, ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar

bertanya dan akal yang suka berfikir. Melalui pergaulan, kita boleh mendapat
maklumat dari mulut orang lain dan juga boleh mempelajari cara pergaulan yang
baik. Pengalaman yang diperolehi oleh orang lain juga dapat menjadi panduan
dalam kehidupan kita

Kejayaan memerlukan pengorbanan yang besar daripada kita dan jalan yang kita
harus lalui untuk kejayaan pastinya dipenuhi dengan halangan dan unsur-unsur
negatif yang boleh mematahkan semangat kita. Walaupun begitu, jika kita berusaha
untuk menempuhi segala halangan dan cabaran yang menanti, pastinya kita
mendapat kejayaan yang dikejari itu.
Dengan kejayaan kita dalam peperiksaan pastinya akan lupa segala kesakitan yang
dilalui selepas mengukir senyuman manis di atas muka ibu bapa kita.

Langkah yang lebih efisien lagi pragmatik yang harus diamalkan oleh anak-anak
agar terus berjaya dalam kehidupan ialah menghormati orang yang lebih tua
terutamnya ibu bapa dan guru. Seyogianya, sikap menghormati orang yang lebih
tua sudah sepatutnya disemai dalam setiap individu.
Untuk menjadi orang yang berjaya di dunia dan di akhirat kita perlulah
menghormati orang yang memanifestasikan kita selama sembilan bulan. Ibu dan
bapa adalah orang yang paling berharap untuk kita sebagai anak yang berjaya di
dunia dan di akhirat. Hati dan naluri seorang ibu mudah rapuh dan terasa, maka
kita perlulah menghormati dan mendengar setiap nasihat yang diberi.

Dari sudut kodifikasinya yang berbeza, sebagai seorang pelajar kita perlu mendapat
restu seorang guru supaya ilmu yang dibekalkan direstui oleh seorang yang
bergelar guru. Setiap apayang diberikan oleh guru itu adalah ilmu agar anak
didiknya terus berjaya. Maka untuk menjadi seorang pelajar yang berjaya kita
perlulah menghormati guru itu
Memetik wasitah nirmala seterusnya, membaca dapat menjamin keberkesanan
dalam melahirkan masyarakat yang kreatif lagi inovatif. Individu yang telah
tersemat dengan kepelbagaian kreativiti dan inovatif yang tinggi akan sentiasa
berusaha untuk menghasilkan produk atau ciptaan baru berpandukan kepadatan
idea yang datangnya daripada membaca.

Hal ini kerana dengan aktiviti membaca yang dijadikan amalan ini akan memberi
kesinambungan idea yang tidak putus-putus. Sebenarnya, masyarakat telah pun
mendapat pendedahan secara meluas bermulanya di peringkat sekolah lagi.
Melalui membaca bahan ilmiah , kita tidak akan menjadi seperti katak di bawah
tempurung yakni tidak mengetahui sebarang perkembangan mahupun pengajaran .
Membaca juga dapat membentuk sahsiah diri yang terpuji dan tinggi dalam
kalangan marhaen.

Sebagai deduksinya, kita hendaklah mengimplementasian pendekatan dalam


bentuk indoktrinasi kepada ibu bapa supaya harapannya itu tercapai. Kita sebagai
anak-anak haruslah sentiasa menghargai jasa ibu bapa dan menghormati setiap
keputusan yang telah ditetapkan sama ada keputusan itu bercanggah dengan apa
yang kita cadangkan kerana syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

Selain mendapat keputusan yang sangat cemerlang umpama bulan jatuh ke riba,
beliau turut mempunyai nilai-nilai murni lain yang boleh dicontohi oleh semua
pelajar berkat asuhan dan didikan kedua ibu bapanya. Kepatuhan kepada agama
tidak akan sama sekali melahirkan remaja yang kurang sopan dan tidak berakhlak
malah mereka yang patuh akan agama tidak akan menjadi orang yang mundur.
Einstein pernah berkata, agama tanpa ilmu itu lumpuh, ilmu tanpa agama itu
buta. Oleh itu, terbuktilah bahawa didikan agama yang mencukupi mampu
melahirkan remaja yang bersahsiah mulia.

Menurut Dato Dr Hj Fadzillah Kamsah , pengurusan masa merupakan perkara yang


harus dipandang serius dan seterusnya harus dimanfaatkan dengan sebaik
mungkin . Sekiranya , remaja gagal menguruskan masa dengan baik , maka
wujudlah kera kena belacan , sejajar dengan perlakuannya . Hal ini boleh
dianalogikan seperti kaca yang jatuh berderai . Sesungguhnya , amatlah rugi
kehidupan seseorang remaja sekiranya membiarkan masa yang bernilai ibarat emas
berlian berlalu dengan begitu sahaja tanpa disedari

PIHAK SEKOLAH
Dari sudut kodifikasi yang berbeza, organisasi pendidikan merupakan satu
organisasi yang terpenting dalam sesebuah negara. Hal ini bukan sahaja sebagai
indikator pada tahap pembangunan negara, malah akan menjadi indikator hala tuju
negara pada masa akan datang.Umumnya organisasi pendidikan seperti sekolah

merupakan entiti yang unik kerana mampu menghadapi pelbagai cabaran dan
perubahan dalam menyelesaikan masalah disiplin

Pendidikan yang utuh lagi mapan haruslah dipraktikkan dalam diri remaja
bermulanya daripada insan yang bergelar pendidik. Sekiranya pendidikan
memberikan kesan yang mendalam kepada anak-anak remaja maka golongan
perokok di negara kita dapat dikurangkan.

.Hatta , kempen secara berterusan terutamanya pada peringkat institusi


pendidikan merupakan salah satu modus operanda yang efisien dalam menangani
tabiat merokok. Hal ini kerana, melalui kempen di sekolah dan institusi pendidikan
dilihat mampu menyalurkan maklumat secara berterusan kepada pelajar dan
masyarakat. Di sekolah misalnya, penerapan kempen bahana merokok bukan
sahaja diadakan secara formal tetapi juga melalui kempen serampang dua mata
yang merentas kurikulum dalam bilik darjah.

Perkara ini amat penting kerana dilihat mampu mengurangkan tabiat merokok
dalam kalangan pelajar dan masyarakat madani kini melalui pengajaran berkesan.
Uswahnya, melalui mata pelajaran Sains pelbagai impak daripada tabiat merokok
dapat diketaahui oleh pelajar. Kempen Tak Nak Merokok melalui media massa pada
tahun 2010 telah berjaya meningkatkan kesedaran orang ramai.

Menurut Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, guru-guru turut
memikul tanggungjawab untuk menanamkan sikap suka menabung dalam kalangan
murid yang bakal menjadi pemimpin negara kelak melalui pembelajaran di dalam
kelas ataupun di luar waktu persekolahan. Oleh itu, individu yang mengamalkan
amalan berjimat cermat mampu memupuk sikap suka menabung.

Dengan pengimplementasian pakej sebegini golongan remaja akan berminat untuk


bersukan serta melakukan aktiviti yang sihat.Hal ini seterusnya memberi impak
positif kepada negara kita sendiri yang mana dapat memanifestasikan pertambahan
ekonomi melalui sukan yang mempunyai swadaya.Justfikasinya dengan
tanggungjawab terhadap terhadap peranan dimainkan negara kita mampu duduk
sama rendah,berdiri sama tinggi tidak kira melalui kesukanan malah juga kesihatan.

Sudah terang lagi bersuluh, akhlak yang baik perlu ditanam di dalam kalbu setiap
manusia terutamanya golongan pelajar. Sehubungan dengan itu, setiap pelajar atau
murid haruslah melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolah.
Justeru, ibu bapa dan guru perlu bersinergi untuk menggalakkan penyertaan pelajar
dalam aktiviti sukan. Ibarat kata pepatah, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Kita perlu bersinergi untuk mengasah bakat murid-murid yang dianugerahkan oleh
Allah untuk menajamkan bakat yang sedia ada.
Sekiranya semua pelajar berintegriti dalam menyiapkan tugasan serta memahami
tanggunjawab diri, maka elemen kasih sayang antara guru dan murid semakin
terpaut erat. Guru ialah insan yang perlu kita letakkan pada darjat yang tinggi. Guru
banyak berkorban masa dan tenaga mendidik kita sehingga berjaya

Usaha untuk mendapat ilmu pengetahuan dan pendidikan yang banyak dapat
memberi bantuan besar untuk saya berjaya pada masa depan. Pendidikan yang
tinggi dapat membantu saya bersaing untuk mendapat pekerjaan yang gaji tinggi.
Oleh itu, saya harus rajin belajar dengan bersungguh-sungguh serta melakukan
perkara dengan penuh semangat ketekunan, kegigihan, kecekalan, dedikasi dan
berdaya maju.

Aktiviti yang berfaedah boleh dianalogikan seperti lampu jalan yang menerangi
jalan raya. Implikasinya, melalui aktiviti yang diwajibkan setiap murid di sekolah
akan lebih membantu murid dari segi rohani mahupun jasmani. Dalam masa yang
sama, murid dapat memenuhi masa lapang dengan aktiviti yang bermanfaat

Tuntasnya , sudah terang lagi bersuluh , peranan pihak sekolah tidak terkecuali
dalam memupuk minat bersukan dalam kalangan golongan yang berdarah baru
setompok pinang sekarang . Pihak sekolah seharusnya mengadakan pelbagai
aktiviti dan program berteraskan sukan yang melibatkan semua pelajar tanpa
membenarkan seorang pun terkecuali

Statistik terkini jelas memaparkan sebahagian daripada remaja yang merupakan


pelapis negara ini tidak berminat untuk menyertai apa apa aktiviti sukan yang
dijalankan. ,Sukan merupakan satu aktiviti yang mampu memberi seribu satu
manfaat kepada individu yang melibatkan diri mereka dalam aktiviti tersebut .

Kementerian Pelajaran Malaysia juga menyarankan pihak sekolah mengadakan


aktiviti ilmiah seperti resensi buku murid-murid dan guru. Sekiranya hal ini
dilaksanakan dengan penuh jaya, sudah pastilah sikap membaca dalam kalangan
anak-anak dapat diterapkan ke dalam sanubari mereka, bak kata pepatah membaca
itu jambatan ilmu.

Oleh itu, Konsep Sekolah Penyayang yang berteraskan budaya kemesraan dan kasih
sayang antara guru dan murid sewajarnya diterapkan di setiap sekolah. Rentetan
itu, murid akan lebih menghargai setiap ilmu yang dititiskan oleh guru. Malahan,
terdapat pelbagai variasi uslub dan minhaj boleh diswadaya bagi menghargai
golongan guru. Hal ini kerana, guru sentiasa menganggap murid sebagai benih
yang baik dilemparkan ke darat menjadi permata yakut yang bersinar cemerlang,
dilemparkan ke laut menjadi pulau penuh khazanah.

Jika ditelusuri secara mendalam, didikan agama merupakan usaha yang dominan
dalam memastikan anak-anak berjaya dalam kehidupan.
Agama memainkan peranan penting dalam memastikan anak-anak tidak akan
terpesong ke lembah hina. Agama merupakan lampu suluh yang menerangi jalan
anak-anak ke arah masa depan yang cerah.

50,000 satu angka yang sangat besar sekali. Dengan angka sebesar itu, kita boleh
memanfaatkan dengan pelbagai perkara yang diingini. Malangnya, angka sebesar
itu sangat digeruni dan ditakuti setiap golongan marhaen. Mengikut kajian yang
telah dilakukan pada akhir tahun 2011, 50,000 orang setiap hari di seantera dunia
mati disebabkan pelbagai penyakit. Hal ini mungkin memeranjatkan semua orang
akan fakta yang telah dinyatakan oleh salah satu universiti di Amerika Syarikat.

KERAJAAN/PIHAK BERKUASA
Jika ditelusuri secara mendalam peranan yang boleh dimainkan oleh pihak kerajaan
untuk memajukan industri pelancongan ialah kerajaan haruslah mengadakan
pelbagai promosi kepada pelancong. Hal ini kerana untuk menarik minat pelancong
untuk melancong ke negara ini.

Menurut Tan Sri Mustafa Jabar,tidak ada satu bangsa pun di dunia ini yang
mencapai kemajuan dengan hanya bermodalkan kata-kata,sebaliknya bangsa yang
maju ialah mereka yang gigih berusaha.Sekiranya kata-kata hikmat ini disematkan

dalam diri setiap golongan marhaen di Malaysia,tidak industri mustahil pelancongan


Malaysia akan menjadi tumpuan seantero dunia.

Antara langkah yang efektif lagi pragmatik yang boleh dilakukan ialah pihak
kerajaan boleh mengadakan promosi tentang keunikan dan keindahan flora dan
fauna yang terdapat di Malaysia ke segenap pelosok dunia.Dengan adanya promosi
sebegini,industri pelancongan akan menjadi tarikan kepada penduduk di luar
negara untuk melawat Malaysia.

Sudah menjadi satu kebiasaan bagi setiap manusia,menyukai sesuatu yang murah
tetapi mempunyai kualiti yang tinggi . Begitu juga dengan para pelancong yang
sering keluar masuk ke Malaysia silih berganti. Jadi agensi-agensi pelancongan di
Malaysia bolehlah mengadakan pakej-pakej menarik supaya pelancong berminat
untuk berkongsi peluang keemasan sebegini kepada kawan-kawan mahupun kaum
keluarga. Hal ini seterusnya akan memberi impak positif kepada negara kita sendiri
yang dapat memanifestasikan pertambahan ekonomi yang mempunyai swadaya.

MASYARAKAT
Sikap bagai enau melepaskan pucuk masing-masing haruslah dielakkan masyarakat
dalam memajukan industri pelancongan.Seperti yang diketahui umum,tarikan
sesuatu negara itu berpandukan kepada keindahan budi bahasa yang diamalkan
oleh rakyat negara tersebut.Bertepatan dengan filsafat,kecantikan yang abadi
terletak pada keelokan adab dan bukan kepada wajah dan pakaian.

Sudah terang lagi bersuluh,masyarakat haruslah membuka langkah untuk


memajukan industri pelancongan dengan menyaambut pelancong dengan
bersopan. Perilaku yang sopan akan memberikan mereka tanggapan pertama
mengenai keperibadian rakyat sesebuah negara yang membuatkan mereka berasa
selesa dan berminat untuk melancong lagi ke negara tersebut

Kita harus mencontohi sifat-sifat tokoh terdahulu dan mempraktikkannya bagi


menjana idea membangunkan Malaysia sejajar dengan hasrat 1
Malaysia.Sesungguhnya,kita mampu tenggelam sama basah timbul sama hanyut
seiringan dengan negara maju yang lain.Surah Al-Alaq ada menyatakan, bacalah
dengan nama Tuhanmu, wahai Muhammad.

Hal ini menunjukkan akan kepentingan ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.Oleh
itu,kita perlu membaca bagi meningkatkan ilmu pengetahuan.Natijahnya,ilmu yang
diperoleh dapat menjadi pemangkin untuk membangunkan negara tercinta
Dalam menjayakan prakarsa pragmatik ini,semua pihak haruslah sebulat suara
berganding bahu bergerak sederap seia sekata dalam menerapkan rasa cinta akan
negara dalam diri setiap individu

Tambahan pula, bukan sahaja ibu bapa yang memainkan peranan penting dalam
memupuk budaya membaca malahan semua pihak seharusnya berganding bahu
dalam merealisasikan budaya membaca sebagai satu budaya dalam kehidupan
seharian.

Sudah terang lagi bersuluh, membaca dapat meningkatkan ilmu pengetahuan.


Kecermelangan pembangunan negara bermula dengan permata negara yang
dinamik

Di samping itu, peningkatan ilmu pengetahuan dapat memajukan diri kita.


Masyarakat yang lebih berdaya maju akan berusaha untuk mendapatkan ilmu yang
terbaik tanpa mengenepikan kepentingan orang lain dan boleh membantu orang
lain bagi menyelesaikan masalah.

Hal ini bertepatan dengan kata-kata Francis Barchan bahawa ilmu ialah kuasa.
Menurut Dato Dr. Fadzillah Kamsah, membaca merupakan jambatan ilmu yang
perlu diterokai dan dicari. Oleh itu, tabiat membaca perlu diperkasakan agara
peningkatan kualiti wacana nasional dapat dilestarikan.

Dalam mengejar wawasan 2020, semua rakyat perlu memahami amalan membaca
supaya amalan ini mampu menjadi amalan turun temurun. Jika kita halusi dengan
lebih terperinci, negara-negara moden seperti Jepun mengamalkan amalan
membaca yang sangat penting dalam diri setiap penghuni yang berada dalam
negara tersebut. Hal ini disebabkan mereka mengamalkan amalan membaca dalam
kehidupan seharian

Selain itu, harapan Perdana Menteri dapat direalisasikan apabila melihat anak-anak
didik cemerlang yang kaya dengan ilmu intelek dapat dilahirkan. Lantaran itu,

sudah tentu Malaysia mempunyai lapisan generasi yang berkualiti dan berilmu
pengetahuan yang dapat memartabatkan negara kita. Generasi ini akan membawa
Malaysia memacu ke hadapan untuk mencapai kejayaan yang setanding dengan
negara lain ibarat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. Sesungguhnya,
membaca buku ilmiah membawa banyak maslahat yang positif dan tidak merugikan
sesiapa.

PENUTUP
Akhirul kalam, kita haruslah pandai dalam berjimat cermat. Hal ini kerana, amalan
berjimat cermat itu amat penting untuk menjamin kewangan kita pada masa
hadapan. Oleh itu, kita haruslah mempraktikkan amalan ini sejak dari azali lagi. Bak
kata pepatah, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

Sebagai pengitlakannya, amalan membaca dapat memberi manfaat yang berguna


kepada setiap individu tidak kira golongan tua mahupun golongan muda. Sekiranya
semua pihak tidak memekakkan telinga, tidak hanya membisukan mulut,
membutakan mata mereka, maka negara akan berdiri standing dengan negara
moden pada masa ini. Dalam mengejar wawasan 2020, semua rakyat perlu
memahami amalan membaca supaya amalan ini mampu menjadi amalan turun
temurun.

Menggorak langkah berjalan pulang,


Mawar disisip hiasan dara,
Membaca amalan cemerlang terbilang,
Mencorak ke arah kemajuan negara.

Oleh itu , kita perlulah meneruskan amalan ini hingga ke generasi seterusnya yang
bakal menaikan negara kita pada masa hadapan kelak .
Seorang badut melompat lompat
Disimbah air bajunya basah
Kita perlu berjimat cermat
Agar hidup tidak bermasalah .

Sebagai deduksinya,kita hendaklah melaksanakan pendekatan dalam bentuk


indoktrinasi kepada pelancong-pelancong luar supaya Malaysia menjadi tempat
yang terbaik untuk mereka lawati dan mesra kunjungi.Seyogia marhaen Malaysia
hendaklah mengamalkan sifat altruisme untuk menjadikan Malaysia sebagai negara
yang memorabilia kepada setiap pelancong.Peranan setiap lapisan masyarakat
perlu di pertingkat dan diperkuat.Kita perlu mengorak langkah sederap untuk
menjadikan nama Malaysia akan menjadi bualan di setiap pelosok dunia.

Prakarsa yang dilakukan bersifat pragmatik dan tidak bersifat impulsif kerana
setiap pelancong mempunyai pelbagai ragam yang perlu di hadapi oleh kita.Kita
perlu bijaksana dalam melangkah untuk menghadapi semua ini.Seumpama kata
Elbert Hubbard, kebijaksaan ialah keupayaan untuk bertindak pada masa yang
benar-benar tepat. Jika kita tersalah langkah,kita ibarat menconteng arang ke muka
sendiri. Janganlah kita hanya melepaskan batuk di tangga dalam menaikkan air
muka Malaysia kerana jatuh bangun Malaysia terletak di tangan kita.

Anda mungkin juga menyukai