Anda di halaman 1dari 1

Politik

Cabaran yang ketiga adalah cabaran kepentingan etnik dari aspek politik iaitu di mana politik
perkauman boleh menimbulkan perasaan kurang senang hati dan mengukuhkan semangat
perkauman jika sesuatu tindakan diambil tanpa mendapat kata sepakat oleh semua pihak. Isu-isu
perkauman seperti bahasa, kebudayaan, pendidikan, agama, kerakyatan, dan ekonomi jika
dipergunakan untuk tujuan berpolitik, pastinya, ia tidak akan menyumbang ke arah masyarakat yang
bersatu padu. Implikasinya mengakibatkan semua etnik akan saling berusaha untuk mengekalkan
identiti kaumnya sendiri tidak kira dari aspek bahasa dan budaya, mereka akan cuba untuk
mempertahankan agar mereka juga mendapatkan hak yang sama rata. Selain itu, semangat taat
setia pada negara Malaysia juga tidak wujud di kalangan etnik kerana masing-masing pasti ingin
menaburkan bakti pada negara mereka sendiri. Lambang bendara Malaysia akan tinggal sebagai
lambang sahaja jika semua etnik hanya mementingkan hak etnik masing-masing.
-Politik perkauman
-setiap kaum di Malaysia di wakili oleh parti politik masing2
-Menyuara, menjaga serta memperjuangkan kepentingan dan kelangsungan kaum masing-masing.
-Mengukuhkan semangat perkauman yang menebal.

Anda mungkin juga menyukai