Anda di halaman 1dari 17

Pengajaran Teknologi dan Pentaksiran

Isi kandungan
Portfolio
1.0 Pendahuluan
1
2.0 Perbincangan Umum Aplikasi Penggunaan Ict Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran Subjek Bahasa Melayu Di Dalam Kelas
1
2.1 Kebaikan Pengajaran Berbantukan Ict Kepada Guru
3
2.2 Kebaikan Pengajaran Berbantukan Ict Kepada Murid
3
2.3 Gaya Pembelajaran
4
2.3.1

Teori Pembelajaran Berbantukan Ict

4
2.4 Kegunaan Dan Kebaikan Microsoft Powerpoint
5
2.4.1

Reka Letak Dalam Perisian Microsoft Powerpoint

6
2.4.1.1

Prinsip

CASPER

Reka

Letak

2.5 kegunaan Dan Kebaikan Microsoft Excel


8
2.6

Multimedia

Pendidikan
2.7

Dalam

8
Saranan

Dan
11

Cadangan

Masa

Hadapan

3.0

Kesimpulan
13

Rujukan
14

1.0

PENDAHULUAN

Sedasarwasa ini, perkembangan kurikulum yang semakin kompleks


memerlukan kemahiran pemikiran dan penaakulan yang tinggi agar dapat
diproses dengan teknologi multimedia merentasi pelbagai displin ilmu
yang ada pada dewasa ini. Penggunaan perisian multimedia merupakan
satu medium dan juga cara penyampaian pengajaran konvensional
kepada model baharu pengajaran dan pembelajaran berasaskan pelajar.
Menurut Sharifah Maimunah (2003), Pengarah Pusat Perkembangan,
menyatakan bahawa bermula daripada tahun 2003, mata pelajaran Sains
dan Matematik telah diajar di dalam bahasa Inggeris. Justeru, dengan
adanya teknologi maklumat (ICT), ianya dapat memberikan satu kelebihan
kepada pelajar mendalami ilmu pengetahuan dan kemahiran kerana
mereka dapat membuat pencarian ilmu tersebut daripada pelbagai
sumber yang kebanyakannya ditulis di dalam Bahasa Inggeris.
Bidang pendidikan merupakan satu bidang yang paling penting ke arah
merealisasikan Wawasan 2020. Dalam konteks pendidikan negara pada
dewasa

ini,

ia

merupakan

suatu

usaha

berterusan

ke

arah

memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu


untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,

rohani, emosi dan jasmani. Pendidikan memainkan peranan penting bagi


menjana pertumbuhan ekonomi yang cergas, mempertingkatkan daya
saing negara dan menambah baik kualiti hidup penduduk sesebuah
negara.
2.0

PERBINCANGAN UMUM APLIKASI PENGGUNAAN ICT DALAM

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SUBJEK BAHASA MELAYU DI


DALAM KELAS
Menurut Abd. Rahim (2000), menyatakan bahawa Malaysia sebagai pusat
kecemerlangan pendidikan memerlukan satu rombakan baharu dalam
dasar pendidikan tinggi khususnya dari segi liberalisasi, pendemokrasian
dan reformasi pendidikan tinggi. Justeru, guru hari ini perlu menguasai
konsep pengajaran berbantukan komputer agar pemahaman yang mantap
terhadap konsep tersebut dapat memberi kesan kepada mutu pengajaran
dan pembelajaran guru. Ini disebabkan terdapat pelbagai pemahaman
terhadap konsep yang diberikan oleh guru-guru pada hari ini. Tiga
komponen

utama

berbantukan

yang

komputer

perlu
iaitu

ada

di

komputer,

dalam

pengajaran

bahasa

dan

bahasa

pembelajaran

(Finkbeiner, 2001). Guru pada peringkat awal perlu memahami konsep


dan prosedur pelaksanaan pengajaran menggunakan komputer agar
memberikan kesan yang optimum kepada pelajar. Penggunaan komputer
dalam pengajaran bahasa ada dilakukan oleh guru Bahasa Melayu.
Namun, penggunaan yang tidak menyeluruh dari segi keperluan perlu
diberikan perhatian. Contohnya, penggunaan komputer dalam kemahiran
menulis

menggunakan

aplikasi

perisisan Microsoft

Word sepatutnya

diberikan perhatian kerana penggunaan komputer mampu membantu


pelajar dalam menyusun organisasi teks serta dapat memudahkan
penyuntingan dilakukan. Bagi memastikan keberkesanan pengajaran,
bahan

bantu

yang

digunakan

perlulah

dapat

membantu

guru

menyampaikan pengajaran dengan lebih berkesan (Yahya Othman,


2007). Kesan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa

Melayu

juga

didapati

positif

dengan

kebanyakan

sampel

menyatakan demikian. Antaranya ialah penggunaan komputer dapat


memupuk minat yang mendalam terhadap penguasaan Bahasa Melayu.
Kajian yang dijalankan oleh Saad Al Kahtani (1999) menunjukkan
penggunaan

komputer

dalam

pengajaran

menulis

karangan

dapat

memberi kesan terhadap pencapaian pelajar. Kekangan yang dihadapi


oleh guru Bahasa Melayu dalam melaksanakan pengajaran berbantukan
komputer meliputi aspek kursus peningkatan, pelajar yang pelbagai
kecerdasan, teknologi komputer yang sering berubah, masa yang
diperlukan untuk membuat persediaan pengajaran, dan sebagainya boleh
memberi kesan terhadap pengajaran.

Stallard (1998) pula menghuraikan

faktor kebolehan guru dalam pengendalian komputer, penyediaan bahan


pengajaran dan strategi yang sesuai digunakan merupakan kekangan
yang sering dihadapi.
Dalam hal ini, perancangan dan persediaan pihak pentadbir sekolah
dalam menyediakan guru-guru agar benar-benar menguasai kemahiran
tersebut perlu dilakukan secara professional. Masalah dalam penggunaan
komputer

perlu

dihadapi

dengan

memberikan

penekanan

kepada

penggunaan ICT dalam pengajaran sebagaimana yang ditekankan oleh


Kementerian Pelajaran. Sukatan pelajaran Bahasa Melayu perlu dirujuk
untuk melihat keperluan menggunakan komputer dalam pengajaran.
Selain itu, penekanan pengajaran secara integrasi dalam mata pelajaran
yang lain juga mampu untuk membantu pelajar mahir dalam sesuatu
tajuk (Hokanson & Hooper, 2004).
Guru

sentiasa

mencari

pendekatan

baharu

bagi

mengajar

mata

pelajarannya yang dapat memotivasikan pelajar melakukan penyelidikan,


menelaah, menulis dan meransang pelajar mendapatkan maklumat yang
diperlukan. Kepercayaan kini perisian multimedia berbantukan komputer
adalah cara mentransformkan pendidikan yang paling efisien dan
berkesan.

Menurut Ismail (2002), perisian multimedia boleh menjadi

pemudah cara yang kuat bagi pengajaran dan pembelajaran dengan

sebab-sebab dan kebijaksanaan untuk berjaya. Sebagai contoh, seorang


guru

boleh

menggunakan

aplikasi Microsoft

Excel dalam

subjek

matematik untuk memperolehi nilai tambah, tolak, bahagi dan darab


melalui simbol Autosum. Keadaan ini bukan sahaja dapat memberi satu
pendekatan pengajaran yang baharu tetapi memberi satu nilai tambah
kepada para pelajar terutamanya murid-murid di sekolah rendah bagi
meminati subjek matematik yang dikatakan susah.

2.1

KEBAIKAN PENGAJARAN BERBANTUKAN ICT KEPADA GURU

Proses pengajaran dan pembelajaran ICT sememangnya dapat membantu


memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan
juga dapat mengurangkan beban tugas guru.

Oleh itu, pembelajaran

berbantu multimedia ini dapat menjadi sumber rujukan dan motivasi


kepada guru bagi membuat seterusnya menghasilkan inovasi pada
pengajaran agar proses pengajaran dan pembelajaran lebih difahami dan
diikuti oleh pelajar.

2.2

KEBAIKAN PENGAJARAN BERBANTUKAN ICT KEPADA MURID

Pembelajaran berbantu multimedia dijangka dapat meningkatkan prestasi


murid-murid di samping memberi pendedahan kepada guru dan pelajar
terhadap

penggunaan

teknologi

multimedia

sebagai

bahan

bantu

mengajar. Dengan secara tidak langsung, ianya dapat meningkatkan imej


sekolah yang terlibat sebagai sebuah sekolah yang memenuhi hasrat
kerajaan untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dan gemilang serta
lengkap dengan nilai intelek, rohani, emosi dan jasmani (JERI).
Pembelajaran berbantu multimedia dapat mempelbagaikan bahan rujukan
pelajar

kerana

ia

boleh

diaplikasikan

dengan

pelbagai

aktiviti

pembelajaran seperti teks, meneliti gambar, video, visual pembelajaran

dan sebagainya. Selain daripada itu pelajar tidak perlu terikat dengan
sesuatu gaya pembelajaran kerana pembelajaran berbantu multimedia ini
dapat menangani masalah perbezaan pelajar dengan mengindividukan
pengajaran mengikut kebolehan mereka (Sharifah Alawiah , 1987).
Secara tidak langsung ianya akan meningkatkan kefahaman pelajar
seterusnya meningkatkan pencapaian pelajar

2.3

GAYA PEMBELAJARAN

Gaya

pembelajaran

merupakan

satu

set

ciri-ciri

peribadi

yang

mempengaruhi bagaimana seseorang itu menerima, mengumpul dan


memproses maklumat.

Semasa di dalam bilik darjah, murid-murid

mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza. Model Gaya Pembelajaran


Dunn & Dunn (1974) berfokuskan kepada 18 elemen yang mampu
mempengaruhi kebolehan belajar seseorang murid. Justeru, kesemua 18
elemen

tersebut

dapat

diklasifikasikan

kepada

persekitaran, Emosional, Sosiologikal dan Fizikal.

kategori

iaitu

Berikut merupakan

prinsip Gaya Pembelajaran Dunn & Dunn :


i)

Kebanyakkan individu mampu dan boleh belajar;

ii)

Setiap individu mempunyai gaya pembelajaran tertentu;

iii) Gaya pembelajaran individu bertindak balas dengan iklim, sumber dan
pendekatan pengajaran dan pembelajaran;
iv) Dengan iklim, sumber dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran
yang bersesuaian dengan gaya pembelajaran, seseorang dapat
mengoptimumkan proses pembelajarannya.

2.3.1

TEORI PEMBELAJARAN BERBANTUKAN ICT

Menurut Fox (2003), teori ini disebut oleh Cotton, J. (1995), selepas Taylor
1980, menyatakan bahawa komputer bertindak sebagai tutor, tutee dan

alat.

Komputer

merupakan

tutor

dalam

teori

behaviorisme

yang

dikemukakan oleh Skinner yang membantu pembentukan program ILS


(Integrated

Learning

Systems).

perisian Microsoft Power

Sebagai

contohnya,

Point dalam subjek sains

penggunaan

di dalam kelas,

kebanyakkan murid seronok dan mudah menerima pembelajaran dengan


berbantukan teknologi.

Selain itu, komputer juga merupakan tutee

dimana dapat membantu murid-murid dalam penggunaan komputer


secara lebih efektif. Manakala menurut Teori Konstruktivisme, komputer
dapat membantu murid-murid bukan sahaja celik komputer, tetapi boleh
membantu murid-murid dalam menguasai subjek yang lain.

Dalam

konteks ini, pengajaran berbantukan komputer dengan menggunakan


aplikasi Microsoft Word, Power Point dan Excel semasa proses pengajaran
berlangsung
membolehkan

di

dalam

murid-murid

kelas

dianggap

berkemahiran,

sebagai scaffolding yang


membentuk

idea

dan

memahami maklumat yang sukar difahami secara tuntas.


2.4

KEGUNAAN DAN KEBAIKAN Microsoft Powerpoint

Dasawarsa, terdapat pelbagai perisian yang digunakan pada hari ini untuk
membangunkan persembahan elektronik untuk dijadikan bahan bantu
mengajar kepada murid-murid. Antaranya adalah Microsoft Powerpoint.
Merujuk kepada Shaifol (2004), penggunaan media unsur animasi, grafik,
audio, video dan teks dalam satu persembahan pengajaran akan
membuatkan sesuatu persembahan elektronik atau multimedia tersebut
menjadi lebih menarik minat murid, dapat memberi motivasi kepada
murid-murid dan juga guru dan mudah difahami oleh semua kelompok di
sekolah.
Persembahan Microsoft Powerpoint dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas dijalankan menerusi paparan slaid demi slaid
menjadikan persembahan multimedia boleh digunakan sebagai pelantar
dalam membuat gerakkan animasi tanpa rendering. Pada kebiasaannya,
persembahan elektronik ini biasanya digunakan sebagai preview di

peringkat awal sebelum animasi disusun. Tujuan gerakkan animasi ini


adalah bagi menilai gerakkan tanpa menggunakan proses rendering yang
mengambil masa yang lama.
Cara mengoperasikan Microsoft Powerpoint ini lebih kepada mesra
pengguna dimana butang arahan mudah difahami dan tidak perlu
menggunakan

pengaturcaraan.

Justeru,

oleh

kerana

sifat

perisian

persembahan multimedia yang menarik dimana boleh menggabungkan


lima elemen media iaitu video, animasi, grafik, audio dan teks, perisian ini
sangat

sesuai

digunakan

dalam

membentuk backdrop persembahan

dalam apa jua program atau majlis yang diadakan di sekolah mahupun di
luar sekolah.
Oleh yang demikian, penggunaan perisian persembahan elektronik
digunakan secara meluas dalam proses pengajaran dan pembelajaran
dalam kelas. Persembahan multimedia menerusi Microsoft Powerpoint
dalam pengajaran di dalam kelas menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran lebih menarik serta berkeupayaan mengilustrasikan ideaidea

yang

sukar

dan

dapat

memotivasikan

murid-murid

secara

keseluruhannya.
2.4.1

REKA LETAK DALAM PERISIAN MICROSOFT Powerpoint

Reka letak dalam perisian persembahan elektronik atau multimedia


merupakan ilmu atau kemahiran yang digunakan bagi meletakkan
menyusun media pada paparan untuk membentuk satu persembahan
yang menarik. Keupayaan meletak dan menyusun elemen media yang
baik dan berkesan memberi kesan yang positif terhadap persembahan.
2.4.1.1

Prinsip Reka Letak CASPER

Prinsip reka letak CASPER merupakan panduan menyusun media seperti


teks, grafik, animasi dan video pada sesuatu persembahan yang dapat

merangsang perhatian dan minat murid-murid di sekolah. Skrin yang


diletakkan dengan media tanpa dirancang menyebabkan persembahan
multimedia yang kurang menarik.

Prinsip reka letak CASPER adalah

berdasarkan perkataan CASPER berikut :

i) Contrast (Perbezaan yang Ketara)


Bagi menunjukkan perbezaan antara dua objek, warna yang kontra bagi
membezakan

antara

unsur

dengan

latar

belakang

paparan

bagi

membezakan dua item yang berlainan. Perbezaan font, objek besar dan
kecil, garis halus dengan kasar, tekstur licin dengan kasar, unsur
mendatar dengan menegak, garis berjauhan dengan berdekatan dan
grafik kecil dan besar.
ii)

Alignment (Susunan Lurus)

Setiap item yang diletakkan dalam muka perisian harus seimbang dengan
muka perisisan agar kelihatan menarik.
iii)

Simplicity (Mudah)

Grafik dan animasi perlu ringkas dan dapat merangsang pengguna untuk
memahami maksud yang hendak disampaikan. Dengan kata lain, ianya
dapat memudahkan penerokaan dan merangsang pemikiran. Pemikiran
yang dipilih perlulah ringkas, bersesuaian dengan pengguna dan mudah
difahami.
iv)

Proximity (Berhampiran)

Item yang digunakan dalam muka perisian harus dikumpulkan pada satu
kawasan. Item-item yang berkaitan dilihat sebagai satu kumpulan dan
tidak terpisah-pisah.

v)

Emphasis (Penekanan)

Memberi penekanan terhadap perkara yang dirasakan penting. Tidak


digalakkan menggunakan terlalu banyak elemen sampingan. Ini kerana,
murid-murid akan lebih tertumpu kepada elemen sampingan tersebut.

vi)

Repetition (Pengulangan)

Pengulangan menggunakan persembahan media yang berlainan akan


membantu pemahaman dalam kalangan murid-murid semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

2.5

KEGUNAAN DAN KEBAIKAN Microsoft Excel

Microsoft

Excel juga

extension

.xls.

dikenali

Setiap

sebagai

workbook

Excel

terdiri

Workbook

daripada

dengan

hamparan

file
kerja

elektronik yang dikenali sebagai Excel Worksheet. Bilangan hamparan


atau worksheet boelhd itambah dan setiap worksheet yang diaktifkan
dengan cara menekan tab worksheet berkenaan yang terdapat di
bahagian

bawah

kiri

atau worksheet Microsoft

paparan

Excel

di

merupakan

skrin.
seperti

Hamparan
sehelai

kertas

elektronik yang terbina bersama sebatang pensel, pemadam dan mesin


kira.
Microsoft Excel sangat memberi nilai tambah dalam pengajaran di
sekolah

terutamanya

bagi

subjek

matematik.

Guru

inovatif

akan

menggunakan pendekatan sedemikian sebagai bahan bantu mengajar.

2.6

MULTIMEDIA DALAM PENDIDIKAN

Multimedia merupakan integrasi elemen-elemen teks, audio, grafik,


animasi,

dan

video

dengan

menggunakan

komputer

sebagai

alat

persembahan untuk membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran


berlangsung
pembelajaran

secara

signifikan.

Reka

bentuk

berbantukanICT merupakan

satu

pengajaran
disiplin

dan

tentang

kefahaman dan penambahbaikan proses pengajaran secara sistematik


bagi

memperolehi

nilai

tambah

dalam

proses

pengajaran

dan

pembelajaran yang dijalankan oleh seorang guru.


Menurut Jamaluddin dan Zaidatun (2003), penggunaan perisian
multimedia sudah semestinya mendatangkan kebaikan kepada pelajar di
dalam pendidikan. Penggunaannya dapat mengatasi kelemahan serta
masaalah yang dihadapi di dalam proses pengajaran biasa di dalam kelas
yang dilaksanakan secara tradisi. Ianya menjadi perangsang kepada guru
serta menjadi alat yang dapat membantu guru menyampaikan pengajaran
dengan berkesan.
Antara beberapa feadah pembelajaran dengan menggunakan perisian
multimedia adalah:

i) Menyokong Pembelajaran Kendiri.


Penggunaan teknologi multimedia membolehkan pembelajaran kendiri
dilaksanakan dengan lebih berkesan. Murid-murid boleh memilih masa,
kandungan serta hala tuju pembelajaran mereka dengan kadar yang
cepat kerana program multimedia memberi peluang serta kebebasan
kepada pelajar untuk memilih maklumat yang digemari mengikut
kebolehan individu. Di samping itu, murid-murid berpeluang belajar tajuk
yang susah berulang kali sehingga pemahaman dicapai.
Pembelajaran
pembelajaran

berbantu
dapat

multimedia

digunakan

sebagai

secara

salah

berkesan

satu

untuk

media

memenuhi

keperluan pelajar yang berbeza dari segi keupayaan, intelek dan gaya
pembelajaran. Pembelajaran individu merupakan satu sistem pelbagai dan
prosedur

pembelajaran

tanggungjawab

untuk

yang

fleksibel

merancang

dan

dimana

pelajar

melaksanakan

diberikan

pembelajaran

mereka.

ii)

Membantu Menyelesaikan Masalah Guru Dalam Pengajaran

Perisian multimedia telah membuka jalan baru dalam bidang pendidikan.


Ciri-ciri perisian Multimedia yang lebih mesra, tidak jemu, tidak penat,
dan tidak sakit hati menjadikan ia sangat sesuai bagi para pelajar
terutamanya bagi pelajar-pelajar yang kurang cerdas. Contohnya, strategi
latih tubi di mana beberapa percubaan perlu dilakukan oleh pelajar.
Pembelajaran menggunakan multmedia dapat memberikan tindak balas
serta-merta kepada pelajar. Secara tidak langsung ia dapat memberi
peneguhan yang sangat positif.

iii)

Membantu Imaginasi Terhadap Perkara Abstrak

Elemen-elemen media yang terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran


berasaskan multimedia seperti warna, muzik, animasi dan visual boleh
menambahkan realisme dalam pembelajaran secara latih tubi, ujikaji
dalam makmal, permainan simulasi dan sebagainya.

Dengan

hal

ini,

elemen

multimedia

dapat

menerangkan

sesuatu

pengajaran yang kompleks menjadi mudah untuk difahami dengan


contoh-contoh yang sebenar yang tidak dapat diterangkan dengan
menggunakan teks.

iv)

Keseronokan Belajar dan Menjana Pemikiran Pelajar

Menerusi pengunaan multimedia, ianya berbeza dengan pengajaran dan


pembelajaran biasa yang memperlihatkan guru membaca teks di hadapan
sambil pelajar mendengar. Penggunaan perisian multimedia menjadikan
pelajar lebih seronok belajar apabila perisian tajuk yang digunakan
menyelitkan animasi dan watak-watak tertentu yang dilakonkan mengikut
tema kurikulum subjek itu. Selain itu, penggunaan multimedia ini mampu
melahirkan pelajar yang mahir berfikir,

kreatif dan kritis. Secara

keseluruhannya, ciri-ciri inilah yang diharapkan oleh pihak kementerian


pendidikan dalam menyediakan pelajar yang cemerlang.

2.7

SARANAN DAN CADANGAN MASA HADAPAN

Penggunaan perisian multimedia sebagai modul pengajaran dalam mata


pelajaran adalah amat berkurangan. Hasil dari beberapa kajian lepas,
dapat membantu guru sebagai bahan bantu mengajar kerana ia dapat
meningkatkan motivasi dan pencapaian murid-murid tetapi ia tidaklah
secara menyeluruh kerana peningkatan prestasi murid-murid tidak
meningkat

100%.

Masih

terdapat

banyak

kekurangan

yang

boleh

ditampung pada masa hadapan terutamanya dari segi penyediaan modul


multimedia dengan lebih terperinci.
Bagi tujuan penambahbaikan, penggunaan perisian perlu diperluaskan
agar pelajar dapat memahami konsep dengan lebih jelas. Para guru juga
haruslah membuat lebih banyak penyelidikan bagi menyediakan bahan
pembelajaran berbantukan multimedia lebih menarik dan efisien. Guruguru tidak hanya mengharapkan kepada perisian yang sedia ada malah
mampu membina sendiri perisian multimedia dengan menggunakan
perisian pengarangan multimedia seperti Macromedia Director, Microsoft

Power

Point dan

sebagainya

bagi

membantu

pelajar

memperolehi

keputusan yang lebih cemerlang.


Dalam konteks pendidikan pada hari ini, guru perlu didedahkan kepada
idea baharu dan peluang dalam kerjaya profesion keguruan mereka
seperti menghadiri kursus ICT jangka pendek. Pihak sekolah juga perlu
mengambil

inisiatif

memajukan

profesion

keguruan

dalam

konteks

penggunaan ICT dalam pendidikan agar guru-guru yang berkhidmat di


sekolah menerima transformasi dan kemajuan dalam kerjaya profesion
keguruan.
Program perkembangan staf yang melibatkan profesion keguruan di
sekolah-sekolah

haruslah

dirancang

dengan

kemudahan

sekolah

hendaklah

dipantau

di

baik.
bagi

Pasarana

dan

membolehkan

penggunaan komputer secara meluas dalam kalangan guru-guru. Pada


hari ini, masih banyak ruang kosong yang mampu diisi dan digunakan
untuk mempertingkatkan lagi pengajaran dan pembelajaran dengan
menggunakan komputer terutama dalam era globalisasi di mana ilmu
boleh didapati hanya di hujung jari sahaja. Penggunaan komputer dan
Internet

diyakini

akan

dapat

membantu

mewujudkan

suasana

pembelajaran bestari yang menekankan tiga unsur penting iaitu, self


access, selffaced, dan self directed.
Seterusnya gabungan pengajaran guru berasaskan teknologi maklumat
dan

komunikasi

serta

penerapan

nilai

murni

semasa

pengajaran

terutamanya semasa penerokaan ledakan sumber maklumat melalui


Internet.
Pengajaran

berbantukan

komputer

seperti

penggunaan

perisian

multimedia dalam sistem pembelajaran adalah berguna sebagai satu


alternatif selain pengajaran tradisional. Teknologi Multimedia adalah
teknik untuk meningkatkan kefahaman dan ingatan terutamanya pada
murid-murid

khasnya,

di

samping

memotivasikan

mereka.

Bahan

pengajaran seperti perisian multimedia tidak boleh menggantikan tempat

guru tetapi boleh digunakan sebagai satu cara menarik minat murid-murid
untuk belajar dengan lebih baik.
Kaedah

pengajaran

tradisional chalk

and

talk perlu

diubah

untuk

disesuaikan dengan kaedah mengajar menggunakan peralatan ICT seperti


menggunakan projektor LCD, komputer dan persembahan PowerPoint.
Teknologi maklumat menyediakan peluang kepada golongan guru sekolah
rendah untuk mempelajari sesuatu perkara dan kaedah baru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
Antara cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pihak guru termasuklah
kekangan

menghabiskan

sukatan,

sikap

negatif

guru,

kekurangan

kemahiran, kekurangan prasarana dan bahan sokongan serta sumber


kewangan yang tidak mencukupi. Bagi mengatasi cabaran-cabaran yang
dihadapi oleh guru, pelbagai usaha perlu dilaksanakan supaya ICT dapat
digunakan

dengan

sepenuhya

disekolah.

Bagi

melaksanakan

pembaharuan ini, guru harus bersedia mengambil cabaran baharu dan


melaksanakannya di sekolah.
3.0

KESIMPULAN

Howard Gardner (1983) menyatakan bahawa Teori Kecerdasan Manusia


sebagai satu medium untuk memupuk minda murid untuk mencapai
kecemerlangan dalam pelajaran. Teori ini menyokong bahawa pendidikan
seni mempunyai peranan yang penting dalam kurikulum yang ada. Oleh
yang demikian, seseorang guru itu haruslah memberi galakan kepada
murid-murid untuk mengenal potensi diri masing-masing seterusnya
menggunakan kelebihan yang ada dalam diri mereka. Dalam konteks ini,
guru harus merancang aktiviti pembelajaran yang mempunyai variasi dan
bersepadu bagi memenuhi keperluan murid yang lebih mencabar
ditambah lagi dengan persekitaran yang memberikan inspirasi dan
motivasi.

Pendidikan hari ini tidak lagi hanya mengugnakan kapur tetapi lebih
kepada teknologi multimedia yang mampu meningkatkan kreativiti dan
inovasi guru. Pendidikan tidak lagi hanya berada di bilik darjah sematamata tetapi guru dan murid boleh melangkah keluar bagi melihat
pengajaran dan pembelajaran yang serba baharu. Berdasarkan kepada
Kementerian

Pendidikan

Malaysia

dalam

bukunya

Pelan

Induk

Pembangunan Pendidikan 2006 menyatakan bahawa Misi Nasional dan


Rancangan Malaysia ke Sembilan telah menetapkan Pembagunan Minda
insane kelas pertam sebagai salah satu teras utama ke arah mencapai
Wawasan

2020.

Sistem

pendidkan

dan

kurikulum

skeolah

telah

menerapkan teknologi dan maklumat ini dan berusaha maju serta


memupuk minat di samping memupuk minat dan mengukuhkan lagi sikap
positif dalam kalangan murid dan pelajar serta pendidik terhadap
perkembangan teknologi maklumat ini. Teknologi dan perisian komputer
ini bukan sahaja membantu dalam pengurusan dan pentadbiran, tetapi
memberi nilai tambah yang sangat berguna dalam proses pengajaran dan
pembelajaran secara total.
Kesimpulannya, dunia pendidikan pada hari ini sedang mengalami zaman
penuh

cabaran

terutama

dari

segi

pandangan

umum

terhadap

kepentingannya dalam pengajaran (A. Aziz Deraman, 2007). Walaupun


demikian,

aspek

pengajaran

perlu

diberikan

perhatian

dengan

menekankan penguasaan kemahiran bahasa yang diajarkan. Penggunaan


komputer dalam pengajaran berupaya meningkatkan lagi keupayaan
pelajar dalam menguasai semua subjek dengan lebih baik. Oleh itu, aspek
latihan dalam perkhidmatan, penyediaan bahan pembelajaran interaktif,
menggalakkan penggunaan internet dalam pengajaran serta penyediaan
teknologi

yang

sesuai

dengan

keperluan

semasa

perlu

perhatian.
RUJUKAN
A.Aziz Deraman (2007). Bahasa Melayu dan cabaran global.

diberikan

Dewan Bahasa, 7(2), 26-30.


Cuban, L. (2001). Oversold and underused: Computers in the classroom.
Cambridge, Mass.:
Harvard University Press.
Ertmer, P. A. (1999). Addressing first- and second-order barriers to change:
Strategies for
technology

integration.

Educational

Technology

Research

and

Development, 47 (4), 47-61.


Finkbeiner, C.(2001). One and all in CALL? Learner, moderator dan
researcher. Computer
Assisted Language Learning. 14 (3-4), 339-361 (54) 1st International
Malaysian Educational Technology Convention
Grove, K., Strudler, N., & Odell, S. (2004). Mentoring toward technology
use: Cooperating
teacher practice in supporting student teachers. Journal Of Research on
Technology in Education. 37(1), 85-110.
Hokanson, B., & Hooper, S. (2004). Integrating technology in classrooms:
We have met the enemy and he is us. Paper presented at the annual
convention of the Association for Educational Communications and
Technology, Chicago, IL, October 19-23. (ERIC Document Reproduction
Service No. ED485143)
Jeong-Bae Son (2006). Using online discussion groups in a CALL teacher
training course.
Regional Language Centre Journal. 37(1), 123-135
Saad Al Kahtani (1999). Electronic portfolios in ESL writing: An Alternative
Approach. Computer Assisted Language Learning. 12 (3), 261268
Yahya Othman (2007). Bahan bantu mengajar memperkukuh Bahasa
Melayu.